Sunday, May 03, 2009

Mee Celup ... Oh! Mee Celup ...

Mee celup adalah sangat popular sejak kebelakangan ini. Aku musykil. Bukan musykil apa. Aku musykil macam mana rupa mee celup ini dan adakah sedap rasanya. Dengar cerita dari 'sumber yang boleh dipercayai', mee celup ini sangat popular di negeri Kelantan. Adakah rasanya sama enak dengan meehun sup utara kegemaranku yang dimakan dengan sambal kicap atau sambal belacan itu?


meehun sup utara - sumber: cik google

Mencarilah aku resipi mee celup ini didalam internet. Ada. Aku jumpa di web resipi mesra.net. Dari paparan resipi itu, agak tinggi juga 'rating'nya - 7.25 dari 10 markah. Boleh tahan. Menurut pengirim resipi pula, resipi yang dikongsinya adalah resipi turun-temurun dalam keluarga.

Mari aku berkongsi didalam blog ini pula resipi dari cik asmiza jaffar.

Bahan-Bahan:
mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk
(favourite aku ni!)
ikan bilis goreng
kangkung
kacang tanah tumbuk
garam
gula
serbuk perasa (aku andaikan ini adalah si aji)
limau nipis
bawang putih (ditumbuk dan digoreng)

Bahan-bahan sup:
perut lembu

daging lembu

rempah sup

Cara: terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).

Cara-cara menyediakan mee celup:
1) Ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup.
2) Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.


Cadangan Hidangan:
Dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali.



Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, iya tak? Jadi aku masukkan juga carian wajah si mee celup yang enak terhidang dari enjin carian google. Nampak sungguh menyelerakan. Hmmm ... bolehlah aku mencuba nanti.

Dari pembacaan aku, orang-orang pantai timur terutama di Kelantan memang suka sangat mee celup ini. Malah mereka yang merantau mencari rezeki diluar Kelantan, pasti mencari mee celup ini untuk melepas rindu pada makanan ini. Dengar ceritalah. Perlulah aku mengemukakan bukti kenyataan aku disini? Tidak perlulah ya ... aku takut nanti ramai yang tidak mahu di'quote' pula. Jadi, SILALAH terima kenyataan aku bulat-bulat. :-D


mee celup - sumber: cik google


Apa yang pasti, hikmah dari kekecohan semenjak dua ini adalah, mee celup semakin popular. Aku pasti, orang-orang luar Kelantan yang pergi melawat negeri Cik Siti Wan Kembang itu akan mencari-cari mee celup ini. Maklumlah, anak pemimpin Kelantan yang paling dihormati 'mengesyorkan'nya. Pasti hebat penangannya. ;)

16 comments:

mudin001 said...

lebih sukakan kailan ikan masin. :)

Zuraini said...

Salam...

suka tomyam & laksam...

mee ni rupanya lebih kurang cam soto mee jer kat Jhr ni... & apa2 yang berkaitan ngan sop saya suka...

izinni said...

mudin,
kailan ikan masin tengah tak popular time ni. hehehhe .. tapi sangat sedap makan dengan nasi panas-panas.

neen,
ya ya .. lebih kurang je. since tak pernah cuba mee celup ala kelantan, mee celup ala utara juga menjadi idaman :D

Pa'chik said...

senarnya... bahan asas dia kena gak ada kicap cap sotong siam tuh...
pas tu... serbuk lada merah baru jadik...

mee celup ni pasal... masaknya men celup-celup je.. kikiki...

kingbinjai said...

macam sedap

achik said...

nampak sedap..

Kartini Mohd said...

MasyaAllah... memang sedap mee ni... sy ni prantau.. tiap kali blik kg (klate) mmg kompem kna pkena mee celup ni.. rsnya lain dr sup utara @ pun soto jhor..nk sedap lg, ia dihdangkan ngn taugeh celur, air lada(sos cili api+cuka) pastu ade kcng tnah yg d tmbuk, ade isi ayam yg d racik.. perghhh.. terliur sudah...uuwaaaa nk blik klate...

pendekar laut said...

sebenarnya mee celup asal siam la… aku membesar makan mee celup… skrg aku berniaga mee celup kat lumut perak… mana ada resepi turun temurun… bohong tu… resepi tu org siam punye… nak buat benda tu kena pandai makan baru leh buat… bkn main blajar kat website.. byk rempah salah situ dan xcukup…. tengok gambar mmg sedap tp bila rasa… biasa ja sb resepi salah

Anonymous said...

oh mee celup, semalam jerk baru mkn, my friend org Yala yg buatkan..betul apa yg pendekar ckp tu..sy sokong.
Kwn sy buatkan 2 mangkuk, utk dia dan saya..meleleh air idung pekena..dgn masam nya dgn pedasnya. Mmg sgt2 kick..manis rasa dagingnya..Taburan kacang yg di kisar dgn serbuk cili kering kisar..mmg betul2 terangkat. Sy kenal dh lama mee celup ni, tp lama dah takde sape yg pandai buat..smlm ngendeng2 kt kwn yala ni..rajin plak dia. nah ko..mkn smpi nanes..sgt shedap

pendekar laut said...

aku xfaham kenapa org slalu ngaku resepi org siam dia kata turun temurun..... mcm pernah aku tgok kat tv yg cakap pulut mangga resepi keluarga dia... nak pecah perut aku gelak... lama berzaman org siam buat tu... sama gak dgn mee celup ni...

baso_gong said...

ye ke resepi orang siam.....aku slalu gak naik bangkok....orang belah2 sane xde pun aku tgk wat mee celup......kalo belah pattani, yala, nara tu adalah.... dan untuk pengetahuan lu... kelantan dan pattani..tu macam india dgn pakistan... palestin dgn mesir...

lain kali baca sejarah eh.....

wearz84 said...

sedap wooooo....
da lama x pekena mee celup nie...
rindu ar...

Anonymous said...

pendekar laut ni angin semacam jer..agknya xpaham kot maksud RESEPI...btul la resepi trun temurun keluarga, meaning cara membuatnya..lain org kn lain cara..bkn mksud die asal usul family die yg punya mee celup tuh...haissyyyy...

Unknown said...

Walau rupanya spti mi sup soto dan sbgainya..rasanya lain dan tersendiri sbb dia ada keseimbangan rasa masam manis masin..enak di garnishing dgn chilie flake kcg tanah garam gula dan cili jeruk

Unknown said...

Setuju..resepi warisan keluarga=resepi yg keluarga dia guna sejak turun temurun dgn cara mereka sendiri

Unknown said...

Setuju..resepi warisan keluarga=resepi yg keluarga dia guna sejak turun temurun dgn cara mereka sendiri