Sunday, May 10, 2009

Lawak sadis yang entah bila akan habis ...

Tidak boleh tidak ... aku mahu menulis juga pasal Perak, negeri tanah tumpah ayahandaku dan suamiku. Hampir satu dunia blog Malaya dok menulis tentang perkara ini.

Beruk dan badut bersungguh-sungguh pada 7 Mei lalu. Lawak sadis sungguh! SS dengan Polis ... itu pelawak antarabangsa sungguh! Hebat!

Pada akulah ... kalau susah sangat kepala badut ...... nak bubarkan dewan ... letak jawatan je la sorang-sorang yang nak dewan bubar tu. Apa susah?! Takut?!

4 pilihanraya kecil yang lepas, PR memang 3, BN dapat 1.
Di Penanti, BN tidak pasti lagi mahu bertanding. Katanya membazir duit rakyat.
Nasib ADUN ISA itu sudah dibebaskan. Kalau tidak, satu lagi PRK di Selangor. Pening hendak difikir mahu bertanding atau tidak.

Apa kata ... 28 Ahli Dewan Undangan Negeri PR di Perak, letak jawatan seorang demi seorang selang 2 hari. Wahhhh .. mesti seronok. Pening kepala SPR!! hahahahaha
Pening juga kepala BN ... apa alasan hendak diberi untuk tidak bertanding. Bazir duit rakyat, mungkin?! Tapi tak kan la hendak dibiar 28 DUN diberi percuma pada PR. Mungkin juga ... sebab adalah alasan untuk berkata yang PR dapat kerusi-kerusi itu bukan atas landasan demokrasi sebenar sebab rakyat tidak berpeluang untuk memilih siapa calon mereka. hahahahhaha ...

Makin seronok lawak depa sekarang. Memang Raja Lawak sungguh. Esok tengok pula apa keputusan dari mahkamah lawak. Kenapa ya aku rasa Nizar akan diisytihar bukan MB yang sah? hmmmm ....

Tapi yang paling lawak bila Raja Nazrin kena tunggu 6 jam. Kemudian, keluar baca ucapan. Selamba kodok je macam tak ada apa-apa berlaku kat DUN sepanjang dia 'terkurung' menunggu untuk berucap. Adehhhh ... sungguh atas politik Raja Muda ya. Tabik! Daulat Tuanku!

4 comments:

Pa'chik said...

saranan serta cadangan ko ni terpaksa ditolak...
letak jawatan... tak leh bertanding lima tahun woooo.... mana nak cari ganti... yang pas okei lagi... yang dap dan keldaian tu... susah la... kalau dah sampai posmen pun leh jadik calon... nampak sangat takde calon...

nizar hanya akan jadik bekas mb je esok... hohoho...

pak lawak sebenar... jatuh kepadaaaaa.... dua beranak...

mudin001 said...

tok tahu nok kato gapo doh kawe...

Zuraini said...

Salam...

Alhamdulilah, yang benar tetap menang... :)

izinni said...

pa'chik,
oooo tak boleh ek? ekekekkeke


tok,
tak yah kato gapo dah weiiii ... kita pakat gelak je la ramai-ramai

neen,
menang alhamdulillah tapi lawak tetap tak habis lagi. kita tunggu pulak twist lawak yang seterusnya.