Zinnirah

Kita boleh menciptakan segala-galanya kerana memang pun kita boleh. Dengan kuasa ada pada kita, kita boleh. Kita boleh. Kita boleh adakan yang tiada. Kita boleh tiadakan yang ada kerana kita berkuasa dan kita boleh. Kita boleh hasilkan kebusukan baru, kalau kita mahu. Kita boleh terus kekalkan kebusukan yang sedia ada. Kalau kita mahu - S.A

dari minda
izinni
at
3:16:00 PM
18
minda berkongsi sembang
Anak teruna aku ternampak aku membaca blog. Dia tanya ibu baca apa. Aku cakap aku baca blog. hehehehe ...
Aku jelaskan pada dia blog adalah semacam diari tetapi boleh dibaca oleh orang lain terutamanya kawan-kawan. Dia tanya, "Irfan boleh baca tak?"
Aku katakan boleh sebab memang niat aku untuk anak-anak baca blog aku ni satu hari nanti. Biar mereka tahu apa yang ada dalam kepala ibu mereka ni.
Irfan tanya, "Ibu ada cerita pasal Irfan tak?"
Mahunya tak ada. hehehehhee
Aku beri dia baca entri "Maaf".
Mula-mula senyum lebar. Kemudian, berkerut dahi. Akhirnya jelas terpampang raut sedih.
"Kenapa ibu cerita pasal irfan merajuk? Mana ada ibu jahat. Irfan sedih."
Komen irfan selepas selesai membaca "Maaf".
"Ibu tulis sebab ibu nak ingatkan diri sendiri ...jangan buat kat irfan atau adik-adik macam tu. Jangan sedih."
"Ibu ada cerita pasal adik-adik tak?"
"Ada."
Aku izinkan Irfan baca entri "Tolor" tentang Syabil dan "Nisaa Az-Zahraa".
"Kenapa takde pasal Zinnirah?"
"Ada. Hari Isnin ibu cerita pasal Zinnirah."
"Ibu. Kanak-kanak boleh ada blog macam ni tak?"
"Boleh. Bagus kalau ada. Boleh belajar menulis. Bila nak menulis kena fikir. Berfikir tu kan bagus."
"Ibu buatkan untuk Irfan, boleh?"
Aku senyum. Selama hampir sejam kami sama-sama menjelajahi dunia internet. Buka e-mail buat irfan. Kemudian bukakan akaun blog untuknya. Pilihan dibuatnya sendiri. Ibu tukang tekan keyboard.
Irfan's first entri ... "Diri Saya". Sooo naive. hehehhee
Aku jadi steno Irfan. Dia cakap, aku menaip. Sepanjang menaip, aku senyum lebar ... bahasa buku habis! hahahahhaah
Dalam diam aku sendu ....
Kenapa?
Anak aku dah besar .... sayunya .. my baby is no longer a baby ... but always be my baby until my last breath
Nota kecik-kenot: "Ibuuuu ... nanti Irfan tulis apa yang irfan nak cakap. Pastu nanti irfan bagi kat ibu. Ibu tolong taip sebab irfan taip slow sangat."
Boleh? hahahhahahaa
dari minda
izinni
at
2:03:00 AM
19
minda berkongsi sembang
Ibu mana yang tidak sayangkan anak? Ibu mana yang sanggup melukakan anak-anak? Ibu mana yang sampai hati menghampakan anak-anak?
Betullah bicara orang tua. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tanpa sebarang rungutan. Malah penuh kasih sayang dan kesabaran dengan setiap satu karenah anak-anak.
Namun, 10 orang anak itu belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitulah hakikatnya.
Itu belum lagi dengan cara anak-anak menghargai seorang ibu. Cara anak-anak menunjukkan penghargaan serta kasih sayang adakalanya pelik.
Ada yang "mengharapkan" ibu menjaga anak-anak mereka. Cara menjaga anak pula mesti mengikut telunjuk mereka. Padahal si ibu lebih arif bagaimana hendak menjaga anak. Kalau tidak pandai, masakan anak menjadi orang sekarang?
Oleh sebab tahu anak diasuh ibu sendiri, tiada merasa bersalah balik lambat dari pejabat. Lagaknya masih sama seperti sebelum ada anak. Keluar selepas subuh, pulang selepas Isya'. Bila difikirkan semula kenapa mahu beranak jika masih mahu bersikap begitu?
Seorang anak tidak perlukan material. Seorang anak hanya mahukan belaian dan kasih sayang seorang ibu. Apatah lagi anak itu masih lagi bayi. Sukarkah untuk difahami?
Kepenatan menjaga cucu menyebab ibu yang sudah lanjut usia cepat lesu. Hampir 3 bulan menggelek cucu, kesihatan nyata terjejas. Selepas diberi "cuti" beberapa hari, si ibu kembali menjaga cucu.
-----------------------------------------------------
Rokiah Mohd Amin. Ibuku tersayang. Angah sayang mak. Angah tak pernah ucapkan. Angah tidak zahirkan kasih sayang yang amat mendalam ini. Semuanya tersemat dihati. Angah tahu betapa peritnya mak menjaga serta mendidik kami 4 beradik. Angah tahu mak. Sebab tu angah berjanji pada diri sendiri. Angah tidak akan minta mak jaga anak-anak. Angah tak mahu mak jaga anak-anak angah. Biar cucu-cucu mak yang berempat ni bermanja semata dengan neneknya. Angah tak mahu mak susah lagi. Biar angah rasa sendiri peritnya menjaga anak-anak sendiri.
Angah tahu mak tak pernah mintak apa-apa dari kami adik-beradik. Tapi, angah tahu kami banyak melukakan hati mak. Angah tahu mak banyak pendam perasaan. Angah tahu mak banyak makan hati dengan karenah kami adik-beradik yang seperti tidak berkesudahan. Selama ini angah banyak berdiam diri. Angah cuba sedaya upaya menggembirakan hati mak dan tidak membebankan mak. Tapi apa daya angah nak menghalang yang lain dari terus berlaku sebegitu. Sabarlah wahai ibu tersayang. Anak ini akan sentiasa ada di sisi. Anak ini akan sentiasa mendoakan. Anak ini akan sentiasa menyayangi. Anak ini akan sentiasa melindungi sedayanya. Terimalah anak ini seadanya kerana anak ini amat rindu dan sayang padamu, MAK.
pecal kegemaran mak :)
Nota kecik-kenot: Rasulullah pernah bersabda bahawa di akhir zaman nanti seorang ibu akan melahirkan tuannya. Benar sekali.
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu.
dari minda
izinni
at
1:15:00 AM
16
minda berkongsi sembang

NASI DAGING
1 kg daging....potong sebesar
4 inci dan rebus dgn halia sampai lembut
6 cawan beras (bersih dan toskan)
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam secukup rasa
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
2 bawang besar
3 ulas bawang putih (cincang atau tumbuk)
1 inci halia
Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi atas dapur (jangan korang letak badan rice cooker tu sekali atas dapur .. mau meletup plak nanti)
2. Tumiskan bahan tumis
3. Masukkan air rebusan daging, susu cair dan daging. Biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam, beras
6. Pindahkan periuk nasi tu ke badannya dan biarkan nasi masak macam biasa. 7. Hidangkan dengan jelatah tomato
Jelatah tomato
Hiris bulat tomato. Hiris bawang merah, cili merah/api. Masuk dalam mangkuk.
Bakar belacan pastu hancurkan. Gaulkan belacan dengan semua bahan dalam mangkuk sampai mesra ria ceria gembira.
dari minda
izinni
at
10:41:00 AM
11
minda berkongsi sembang
Entri kali ini adalah untuk mengingatkan aku akan kepentingan melunaskan hutang. Tanpa aku sedari hutang-piutang aku makin berlonggok sehingga aku kesuntukan masa untuk memastikan setiap satu daripadanya dilangsaikan. Aku takut nanti tidak kesampaian masa. Walaupun setiap mereka yang memberi hutang itu tidak memberi sebarang tarikh akhir untuk aku melunaskan hutang-hutang mereka, aku tetap menjadi tidak tentu arah memikirkan tanggungjawab yang tidak selesai. Jadi, aku akan cuba sedaya upaya dan kudrat aku untuk memastikan segala hutang dilunaskan satu persatu.
Senarai hutang yang perlu dibayar:
1) Pemberi hutang - Bayu Senja
Tag meminta diterangkan mengenai kesihatan, fizikal, gaya hidup, pemakanan, sikap serta kesalahan paling besar yang pernah aku lakukan. Memang amat personal.
2) Pemberi hutang - pa'chik
Didalam satu sembangnya disebalik tingkap, dia ada bertanya dan mahu tahu kenapa aku jadi wartawan.
3) Pemberi hutang - Dr So'od
Pop culture madness. Aku diminta memberi senarai lagu-lagu popular yang memberi makna ketika aku berusia 18 tahun, tidak kira aku suka atau tidak lagu-lagu itu. Dia kata dia nak tahu samada tahap kebrutalan aku selari dengan lagu-lagu yang aku minati. Another request which i feel was quite personal.
4) Pemberi hutang - Iman Mawaddah
Yang ini hutang baru. Iman nak resipi ayam adobo dan nasi daging. Mudah untuk dilangsaikan sebab tidak perlu memerah kepala memikirkan segala macam nostalgia dan rasa hati.
5) Pemberi hutang - pB
Baru juga. Mahukan resipi nasi ayam hainanese dan nasi daging. InsyaAllah.
6) Pemberi hutang - izinni (errrkkk aku la tu!)
Finale "Meeting Barata". Aku sendiri tidak pasti bila aku dapat menukilkan pengakhiran bicara aku dengan Duta negara Cuba ke Malaysia yang sudah lama tertangguh. Dua episod bersama Barata mengambil sekurang-kurangnya 1 jam lebih untuk setiap satu untuk aku sempurnakan. Segalanya ada dibalik minda ini masih terngiang setiap butir bicara bersama Barata. Namun untuk menzahirkannya memerlukan konsentrasi yang jitu.
Wah! banyak juga hutang piutang dalam senarai. Ada lagi ke? 
Nota kecik-kenot:
“Semua dosa orang mati syahid akan diampuni kecuali masalah hutang piutang.” (Hadith riwayat Muslim); namun ...
"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
dari minda
izinni
at
9:29:00 PM
11
minda berkongsi sembang
Hari Selasa 24/4/07. Hari jiwa kacau semakin serabut. Call suami yang dah sedia ada dirumah untuk keluarkan ayam dari dalam peti sejuk. Dalam kepala dah terbayang-bayang nak masak apa. Sampai je kat rumah, lepas menggelek anak-anak .. terus ke dapur memulakan operasi terapi jiwa kacau. Dan ini hasilnya .... hainanese chicken rice.

Hari Rabu 25/4/07. Penat sangat selepas seharian di Ijok. Memang kalau diikutkan tak larat nak masak atau makan apa-apa. Tapi terapi mesti diteruskan. Memandangkan dah beberapa hari juga tekak dok teringin sangat nak makan laksam, jadi projek buat laksam disetkan dalam kepala. Dah lama tak buat. Masalahnya tak reti la pulak nak buat laksamnya. Tahu buat kuahnya aje. Jadi alternatifnya, gunakan laksa je la. Yang penting kuahnya.

Hari Khamis 26/4/07. Bos dok cerita dia masak lamb biryani kat rumah. Alahaiiiii sedapnya. Call cik abang mintak tolong belikan daging kambing dengan beras basmathi. Diturutkan je la .. sebab dia tahu isteri tengah tak betui! hehehhee

Hari Jumaat 27/4/07. Hari "mogok" sedunia. Aku dan bos buat keputusan untuk protes! 3pm dah balik! hahahhaha ... So aku singgah ke pasaraya besor dan beli bahan-bahan untuk buat PIZZA! Pastu singgah rumah kakak untuk songlap oven dia sebab aku takde oven. huhuhuhuhu .... 6 keping pizza!

Hari Sabtu 28/4/07. Hari "Ijok" Sedunia. Satu famili ke Ijok sebab aku terpaksa bekerja dan suami sudi menemankan aku dan bantu jagakan anak-anak ketika aku sibuk "menjaga" anak2 teruna orang yang bengong!! Aku buat spaghetti bolognese, boiled potatoes, meehoon goreng, garden salad.
Hari Ahad 29/4/07. Sekolah anak-anak ada karnival. So terpaksa perabih duit kat situ tapi makkkk aiiiii meehoon sup utara satu mangkuk kecik kenot RM4!!! Sabor je lah! So petang tu pergi beli tulang untuk buat sup. Blend cili padi dengan kicap. Hulalala!

Hari Isnin 30/4/07. CUTI!!! Teringin nak makan ayam adobo. Ayam Adobo ni lauk jenis stew yang popular kat Filipina. Simple tapi amat sedap. Sesuai untuk anak-anak.

Hari Selasa 1/4/07. Hari Pekerja! Tapi ibu tak berhenti bekerja! :) Buat Nasi Daging resipi ayahanda. Siap dengan sup daging, papadom dan jelatah tomato. HMMMM YUMMYYYY!!

Hari Rabu 2/4/07. Semalam la tu ek?! Goreng kueteow je! hehehhe

dari minda
izinni
at
2:56:00 PM
24
minda berkongsi sembang
Pagi ini, pagi Isnin. Cuaca mendung. Semendung hati ini. Mungkin tidak lama lagi akan gugur hujan menyirami bumi. Air mataku dah pun gugur dulu. "Aku jahat."
Apa yang terjadi malam tadi begitu meruntun jiwa yang kononnya keras ini.
"Ayah, ibu. Jangan masuk bilik fan. Biarkan fan. Biarkan fan tidur. Jangan pedulikan irfan. Biarkan irfan bersendirian."
Itu bukan nota kecik-kenot, tapi ditulis dengan huruf-huruf yang besar bulat oleh Muhammad Irfan, anak teruna aku. Dia gunakan sepotong kertas berwarna kuning dan ditampal di pintu biliknya. Bilik dikunci dari dalam. Pintu aku ketuk perlahan-lahan. Kesal bersarang di hati. Muhammad Irfan tidak menjawab. Aku senyum sayu. Muhammad Irfan lupa aku seorang ibu. Seorang ibu tidak akan berputus asa selagi apa yang telah ditekad dalam diri tidak dipenuhi. Aku ambil kunci biliknya yang aku sorok di dalam laci bilikku. Pintu bilik Muhammad Irfan aku buka.
Muhammad Irfan sedang memeluk bantal peluk dan memalingkan muka ke dinding.
"Jahatnya ibu," kesalku dalam hati.
"Irfan, ibu minta maaf."
Irfan mendiamkan diri. Matanya pejam. Aku tahu dia merajuk. Aku tau dia sengaja memejamkan matanya.
"Irfan, ibu minta maaf. InsyaAllah ibu tak marah Irfan lagi." Aku tertinggikan suara pada Irfan ketika aku menyusukan Nisaa'. Tidak sepatutnya aku berbuat begitu.
"Jahatnya aku."
Irfan terus tidak mengendahkan aku.
"Takpe lah. Anak ibu tidur ya. Esok pagi kita jumpa. Ibu sayang Irfan banyak-banyak. Assalamualaikum." Aku usap rambutnya. Aku kucup kening dan dahinya.
Aku beredar dari kamar tidurnya. Aku masuk ke bilik dan meneruskan acara melipat kain yang sama tinggi dengan Nisaa'. Aku anggarkan pasti hampir 3 jam aku akan duduk melipat kain. Semua permata hatiku telah lena dibuai mimpi. Mungkin mimpi Muhammad Irfan sedikit berbeza ... dia berjauh hati denganku. Menitis air mata ....
Aku tidak tahu apa terjadi dengan emosi aku sejak kebelakangan ini. Berkecamuk. Pemikiran diselubungi dengan emosi yang tidak menentu. Pelbagai yang bermain di benak fikiran.
"Am I a good friend? Am I a good mother? Am I a good wife? Am I a good daughter? Am I a decent person?"
Ahhhh ... kenapa harus aku lampiaskan kegusaran hati pada anak. "Jahat sungguh aku ni!"
Nota kecik-kenot: Aku akan bercuti dari mewarnai rumah ini untuk seketika. Aku juga akan berhenti seketika dari bertandang ke rumah-rumah yang lain. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Bertimbun masalah kerja yang perlu dirungkai. Aku mahu berteleku seketika. Aku mahu ......hmm abaikan apa yang aku mahu.
Pada yang rajin membaca dan meninggalkan komen di tingkap rumah, aku hargai sangat-sangat. Jaga diri kalian baik-baik. Jaga kesayangan kalian baik-baik juga. Aku minta maaf jika ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan. InsyaAllah aku akan kembali dengan semangat dan perasaan yang lebih ceria. InsyaAllah .... :)
Nota enot-enot: Especially to a friend who i care like my own brother, if you are reading this .. please forgive me ya. I was being immature. I was supposed to give you support but I acted like a foolish child. I feel like I had deserted you and give you more burden. The truth is you are not at fault. I just want you to know that I regretted my way. My doa is always with you. I apologised .. deeply, truly.
Nota enot-kenot: Khairyn ... wish you were here. Not for a shoulder to cry on but i need someone who can drum senses into this brain of mind. I need a friend to put a hand on my shoulder and said that everything would be just fine. I need a friend who I can confide my inner feelings to ... argghhhhh!! I think I need to be alone and think la .. hehehhe
You may not be able to contact me via google talk for while. I'll be extremely busy for the next few days. Study bebaik naa .. my doa is always for you. I'll read your tigris during this hybernation period from blogging. hehehhehehe
dari minda
izinni
at
10:19:00 AM
17
minda berkongsi sembang