Thursday, May 10, 2007

Moh Masak!

HAINAN CHICKEN RICE
- Hainanese chicken (bahan-bahan)

Seekor ayam yang montok dan gebu
3 ulas bawang putih, dikupas kulitnya
Halia dalam sebesar ibu jari
Minyak bijan dalam 2 sudu kecil
Air untuk merebus (satu periuk)
Daun bawang dalam 5 jurai
Daun bawang, daun sup, timun, tomato
Garam seadanya

- Nasi ayam (bahan-bahan)
4 cawan beras (utk 3-4 orang)
Minyak masak dalam 2 sudu besar
9 ulas bawang putih (dicincang atau ditumbuk)
9 ulas bawang merah (cincang)
Anggaran 6-7 cawan air rebusan ayam (ada beras yang perlu air lebih, ada yang jenis tak buleh lebih air .. jadi pandai2 ler agak ya. Kalau tak nanti mentah atau lembik sangat pulak nasi ayam tu)
Garam secukup rasa

Caranya:
1) Ayam tak perlu dipotong kecil. Biarkan kegebuan dan kemontokan ayam itu terpelihara.
2) Cari ler periuk besar yang boleh muat seekor ayam montok. Rebus air sampai mendidih.
3) Sementara tu, tumbuk bawang putih bersama garam. Lumurkan bahan yang sudah ditumbuk ke seluruh ayam dan juga bahagian dalam ayam. Jadi jangan malu-malu untuk “memperkosa” ayam itu ya. Hehehhe
4) Ikat simpul daun bawang.. Pastu masukkan daun bawang tu dengan hirisan halia yang dah dititik ke bahagian dalam ayam itu juga.
5) Cerrr check air dalam periuk tu .. dah didih ke belum? Kalau udah .. haaaa apa lagi?! Masa berendam sudah tiba untuk ayam montok kita. Pastikan ayam tu betul2 tenggelam dalam air.
6) Rebusler ayam tu dalam 30 hingga 40 minit. Jangan lupa pulak dibalik-balik. Nanti tak masak plak nanti.
7) Dah masak ayam tu, keluarkan ayam dari dalam periuk tu. Mandi lulurkan minyak bijan atas badan ayam yang seksih itu. Pastu biorkan sejuk.
Moh masak nasiknya pulak.
8) Mudah je … basuh ler beras tu bersih2. Pastu tos beras dalam tapis sampai kering air.
9) Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau.
10) Masukkan beras, goreng ler kejap dalam beberapa minit sampai naik bau wangi.
11) Pastu pindahkan dalam periuk nasi. Tambah air rebusan ayam dengan garam. Biorler sampai masak yaa …
12) Pehtu buleh ler kome makan. Pepandai sendiri ler macamana nak kerjakan ayam tu. Nak potong ke idak, terpulang la yer.
13) Kalau nak bercili … mudah je. Blend cili merah dengan garam, gula secukup rasa. Pastu masak tanpa minyak, bubuh ler cuka sikit.

AYAM ADOBO


½ ekor ayam dipotong kecil
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
Sehelai daun salam (bay leaf) – kalau masa nak masak tu takde pun takpe.
2 sudu cuka
3 ulas bawang putih (tumbuk sedikit, jangan hancur)
Cendawan butang di belah dua (satu tin)
2 biji Bawang besar (dibelah 6)
Sedikit air (kalau nak kuah lebih, tambah je)

Cara:
1) Masukkan kesemua bahan dalam periuk, kecuali bawang besar. Tutup dan rebus hingga mendidih.
2) Pastu pelankan api, renih dalam 30min sampai kuahnya pekat.
3) Boleh ler masukkan bawang besar. Dah buleh makan!
* Aku ada jugak masukkan hirisan cili kering atau serbuk lada hitam, kalau nak pedas.


NASI DAGING

1 kg daging....potong sebesar

4 inci dan rebus dgn halia sampai lembut

6 cawan beras (bersih dan toskan)

8 cawan air rebusan daging

1 cawan susu cair

3 sudu besar minyak sapi

5 helai daun pandan ..disimpulkan

garam secukup rasa

2 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 kuntum buah pelaga

2 bawang besar

3 ulas bawang putih (cincang atau tumbuk)

1 inci halia

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi atas dapur (jangan korang letak badan rice cooker tu sekali atas dapur .. mau meletup plak nanti)

2. Tumiskan bahan tumis

3. Masukkan air rebusan daging, susu cair dan daging. Biarkan mendidih.

5. Masukkan daun pandan, garam, beras

6. Pindahkan periuk nasi tu ke badannya dan biarkan nasi masak macam biasa. 7. Hidangkan dengan jelatah tomato

Jelatah tomato
Hiris bulat tomato. Hiris bawang merah, cili merah/api. Masuk dalam mangkuk.
Bakar belacan pastu hancurkan. Gaulkan belacan dengan semua bahan dalam mangkuk sampai mesra ria ceria gembira.

Nota kecik-kenot: Lega separuh hutang dah langsai!

11 comments:

~~~***aZaHygCoMeL***~~~ said...

wahhh....shedap betol tgk nasi daging tu....huhuhu...rasa cam nak masak senyap2 jer kat umah biar sumer tekejot :))

Azhar Ahmad said...

Nasi daging ru akan ku cuba buat...

achik said...

bleh la try nanti..

Iman Mawaddah said...

ooo...senang je buatnya hehehe..berlagak betul neh..best2

Iman Mawaddah said...

BTW..mekasih bebanyak kak ya..sebab bayar hutang ngeh3x

tyrexia said...

aaahh... air liur dah habih menitik atas baju....

ssluurpppp... sedap... nk try...

Pa'chik said...

bleh la try nanti..
ooo...senang je buatnya hehehe..
mekasih bebanyak

BaYu SenJa said...

kalau guna minyak nyok dalam masakan ok tak?!

fuh, memang mencabar nafsu makan ni

izinni said...

azah,
errr macamana nak masak senyap2 tu ek? dapur hang kalis bunyi ke?

bung ajehar,
buat jangan tak buat. lebih kurang macam nasi ayam je

achik,
:)

iman,
hehehe .. err nak masak untuk sapa tu?

t-rex,
uikss .. comot sungguh kamu. heheheh masakla istimewa untuk ibunda kat rumah tu :)

pa'chik,
dialog sama lagi! hahahaha mu tak abih lagi mengayat iman ek? hehehhehe

bayu,
minyak apa2 pun buleh ... asalkan jangan minyak babi.

mudin001 said...

woit... apalah silapnya aku masuk blog ni masa perut tengah keroncong. lagi dahsyat jadinya ni... huhu!

izinni said...

najmudin,
hehehehehe ..hang gi dapur rebus maggi, pecah telur sejibik.