Friday, May 11, 2007

Mak

Ibu mana yang tidak sayangkan anak? Ibu mana yang sanggup melukakan anak-anak? Ibu mana yang sampai hati menghampakan anak-anak?
Betullah bicara orang tua. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tanpa sebarang rungutan. Malah penuh kasih sayang dan kesabaran dengan setiap satu karenah anak-anak.
Namun, 10 orang anak itu belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitulah hakikatnya.
Itu belum lagi dengan cara anak-anak menghargai seorang ibu. Cara anak-anak menunjukkan penghargaan serta kasih sayang adakalanya pelik.


Ada yang "mengharapkan" ibu menjaga anak-anak mereka. Cara menjaga anak pula mesti mengikut telunjuk mereka. Padahal si ibu lebih arif bagaimana hendak menjaga anak. Kalau tidak pandai, masakan anak menjadi orang sekarang?
Oleh sebab tahu anak diasuh ibu sendiri, tiada merasa bersalah balik lambat dari pejabat. Lagaknya masih sama seperti sebelum ada anak. Keluar selepas subuh, pulang selepas Isya'. Bila difikirkan semula kenapa mahu beranak jika masih mahu bersikap begitu?
Seorang anak tidak perlukan material. Seorang anak hanya mahukan belaian dan kasih sayang seorang ibu. Apatah lagi anak itu masih lagi bayi. Sukarkah untuk difahami?
Kepenatan menjaga cucu menyebab ibu yang sudah lanjut usia cepat lesu. Hampir 3 bulan menggelek cucu, kesihatan nyata terjejas. Selepas diberi "cuti" beberapa hari, si ibu kembali menjaga cucu.


-----------------------------------------------------
Rokiah Mohd Amin. Ibuku tersayang. Angah sayang mak. Angah tak pernah ucapkan. Angah tidak zahirkan kasih sayang yang amat mendalam ini. Semuanya tersemat dihati. Angah tahu betapa peritnya mak menjaga serta mendidik kami 4 beradik. Angah tahu mak. Sebab tu angah berjanji pada diri sendiri. Angah tidak akan minta mak jaga anak-anak. Angah tak mahu mak jaga anak-anak angah. Biar cucu-cucu mak yang berempat ni bermanja semata dengan neneknya. Angah tak mahu mak susah lagi. Biar angah rasa sendiri peritnya menjaga anak-anak sendiri.


Angah tahu mak tak pernah mintak apa-apa dari kami adik-beradik. Tapi, angah tahu kami banyak melukakan hati mak. Angah tahu mak banyak pendam perasaan. Angah tahu mak banyak makan hati dengan karenah kami adik-beradik yang seperti tidak berkesudahan. Selama ini angah banyak berdiam diri. Angah cuba sedaya upaya menggembirakan hati mak dan tidak membebankan mak. Tapi apa daya angah nak menghalang yang lain dari terus berlaku sebegitu. Sabarlah wahai ibu tersayang. Anak ini akan sentiasa ada di sisi. Anak ini akan sentiasa mendoakan. Anak ini akan sentiasa menyayangi. Anak ini akan sentiasa melindungi sedayanya. Terimalah anak ini seadanya kerana anak ini amat rindu dan sayang padamu, MAK.



pecal kegemaran mak :)


Nota kecik-kenot: Rasulullah pernah bersabda bahawa di akhir zaman nanti seorang ibu akan melahirkan tuannya. Benar sekali.
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu.

16 comments:

akirasuri said...

Selamat hari bonda..

sedih pula bila baca entri ni :)

Anonymous said...

Selamat hari Ibu kepada kamu Izinni!
Anak awak pulak sekolah mana?

izinni said...

Akira san,
nanti peluk cium mak ek. :)

Accia,
Terima Kasih. :)
Irfan dan Zinnirah di Sekolah Islam Integrasi Darul Ehsan, Subang Jaya.
Suami sedang merancang nak masukkan anak-anak ke IIS, Gombak. Masih lagi buat survey untuk cari good islamic, arabic-spoken school

13may said...

Selamat hari Ibu kepada kamu Izinni!

sedih plak citer nih...

LadyTiz said...

happy mothers day...

teringat kecik kecik suka menyusahkan ibu, suruh beli itu ini, kalau tak dapat suka amuk-amuk...

kdg2 jerit2.

haish~~~

izinni said...

ahmay,
cer hang buat entri analisa tentang ibu plak. hehehhehe

t-rex,
kamu anak zaman millenium. hehehhe macam sikecik nisaa'. kalau nak apa2 ... tak dapat terus nangis, hempas badan. aiseyyyy ...
aku dulu .. tak berani nak mintak2 .. apa yang mak ayah beli itu yang aku terima. anak aku? hehehhehe

Azhar Ahmad said...

Inilah dinamakan, entri sedif insaf dan kemudiannya lapar! Huhuhuh

izinni said...

hahahaha ... azhar .. hang lapar, hang gi makan mee rebus power tu.

Pa'chik said...

Selamat hari bonda..

sedih pula bila baca entri ni
Selamat hari Ibu kepada kamu

achik said...

selamat hari ibu kak izinni.. :)

Kemat said...

selamat hari ibu...
"ibu oh ibu fitrah mu murni,
kasih sayangmu kasih yang suci
sanggup bersusah dan menderita
kau disayangi kerana menyayangi"

kingbinjai said...

happy mothers day

so'od said...

selamat hari ibu kak has :(

so'od said...

aiseh.. silap emoticon..
ini sebenarnya ---> :)
maaf.. mamai!

Iman Mawaddah said...

Selamat hari ibu..
Sedih pula bila baca entri ni
Selamat hari Ibu kepada Puan reporter

izinni said...

pa'chik,
terima kasih :)
kita ambil sebagai pengajaran :)

achik said...
terima kasih, achik :)

kemat,
selamat hari ibu untuk ibu kamu juga. sayangi dia kerana ibu tiada galang gantinya :)

kingbinjai said...
happy mother's day untuk queen juga :)

Am,
hehehhe .. thanks, mu dan mamaimu.

Iman,
terima kasih iman.
hmmmm entah kenapa ya ... sejak mutakhir ni. komen pa'chik ala2 sama je ngan iman dan komen iman ala-ala seiras dengan pa'chik. hahahahhaa ...