Wednesday, May 23, 2007

Sembang-sembang

Perbualan antara Along dan Angah di dalam kereta dari Taman Tun Dr Ismail menghala ke Bukit Damansara pagi tadi.

Along: Banyak betul gaji orang government naik.
Angah: *senyum*
Along: Melampau sangat. Kata tak ada duit. Naik minyak la. Pastu sekarang ada duit. Macamlah orang government akan berubah. Kawan-kawan along yang kerja dengan government mesti seronok gila.
Angah: Biasalah .. dah nak election.
Along: Memang pun. Tapi tak patut sungguh. Sebelum gaji naik, harga barang dah naik. Ni dah sah naik, mesti naik lagi la harga barang tu. Pastu ada ke patut dinaikkan pencen sama. Ikut current scheme pulak tu.
Angah: *sengih"
Along: Government bukan produce. Tak ada produktiviti. Diaorang more on service. Yang government servant cuma dalam 1juta lebih orang je. Yang private tripple than that. Yang bayar tax bukan government servant je.
Angah: Patutnya the increment should be done years ago. Not in one lump sum like this. Macam nak compensate pulak.
Along: Tu lah. Kalau naik selang 2 tahun in acceptable amount pun takpe. Ini dah lebih sepuluh tahun baru nak naik. Pastu sekali naik, mencanak-canak macam ni. Pastu hujung tahun, dalam budget dok announce bonus lagi. Orang private jugak yang melopong. Lepas ni makin ramai la yang nak keje government.
Angah: Bukan senang nak dapat pun kalau takde connection.
Along: Sejak Pak Lah naik ni makin lemak la government servant. Service sama je, no improvement. I bet they're not going to buck up their act.
Angah: hehehehhe .. biasalah nak undi. Takan nak govern satu term je.
Along: Memang. Kalau satu term malu la dia. Dia mesti make sure dia menang satu term lagi.
Angah: *sengih" ... contruction of the house has resumed?
Along: Alah! menyampah sungguh. Masa meeting hari tu, pemaju cakap kalau 70% of the buyer decides not to proceed with the LAD claims, they would resume construction. Tapi kalau majoriti nak claim jugak, diaorang tak boleh nak proceed sebab kononnya takde duit nak bayar.
Angah: Alah bohong je tu. Talam bukan takde duit. Melambak. Kalau takde duit takan dia still buat projek lagi.
Along: Tu la yang geram sangat tu. 7 tahun lewat. Kalau along claim Talam kena bayar over 30ribu. Bukan sikit. Tapi bila fikir balik rasanya tak nak claim. Yang penting rumah tu siap, pastu nak jual je.
Mokhtar Dahalan ada masa meeting tu. Menyampah tengok dia. Asyik kata akan pantau. Patutnya bila pemaju nak start each phase of construction, kenalah hantar pantau pastu baru arah bank release duit. Ini duit bank dah release penuh. Yang suffer pembeli.
Angah: Biasalah. Kerajaan mesti nak protect developer.
Along: Mana boleh macam tu. Mokhtar tu cakap S&P signed between developer and buyer. So, government is not involved and cannot do anything. Ada ke macam tu. Habis apa guna ada government kalau tak boleh nak protect buyer. Asyik nak protect developer je. Mentanglah Talam provide election money kat area Puchong tu semua.
Angah: *Sengih*

Sembang-sembang yang mengambil lebih kurang 15 minit itu terhenti apabila kereta yang Angah pandu tiba di depan bangunan CIMB, Bukit Damansara.

Nota kecik-kenot: Jangan lupa .. tahun depan tol PLUS hiway pulak naik. PLUS kata kalau gomen tak bagi naik, gomen kena bayar kat depa gantirugi. huhuhuhuhu .. jom undi 'gomen' hehehhee

14 comments:

Pa'chik said...

oit.. cer cerita pasal haiwei ni.. kenapa kena bayar, masa buat dulu, sapa keluar duit... berapa banyak abis... dah berapa banyak kutip..

aku tau ko bukan orang gomen.. tapi, mungkin ko tau cerita..

13may said...

tol jambatan penang pun naik dah....cehhh!!!

mudin001 said...

*sengih*

izinni said...

pa'chik,
ko bagi aku assignment ek? hehehhe

ahmay,
naik. jangan tak naik. rakyat kena berkorban ....

najmudin,
"SENGIH* gak

khairyn said...

hahahaha

Aku pun tak sabar nak ngundi. Undi pos! lalala

Rindu la kat Mokhtar Dahalan hahaha. Banyak kenangan 'manis' ngan dia nih.

PLUS & TALAM, macamana nak untung, kalo dok penuhkan kocek 'orang2 tertentu' je.

tugas kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat. kenapa pula rakyat yang 'bersyukur' sentiasa ni harus 'berkorban' pula? Lebih baik tak payah 'bersyukur' kalau dipaksa 'bekorban'.. hahaha aku pun pening.

tyrexia said...

itulah propaganda politikus...

menSAMPAH!

Achik_Sufi said...

selamatla achik duk kat syria lanie...

bang_gugar said...

salam,

*saya pun tersengih-sengih*

(",)

kingbinjai said...

tu la undi la lagi umno tu

achik said...

sengih gak.. ;)

~~~***aZaHygCoMeL***~~~ said...

pasni makin ramai ler tak jenguk mak ayah kat kampong...takder duit nak bayar tol :)) sumer pon nak naik...tensen jer kan....

Si B*ntang said...

berat aku pon ikut naekk :))

akirasuri said...

*sengeh jugak*

so"od said...

nak jd anti_establishment gak la
HAHAH