Friday, May 18, 2007

Muhammad Irfan

Yang terpuji, berpengetahun.

Itulah maksud "Muhammad Irfan".

Dia aku idamkan sejak aku disahkan hamil. Aku memang mahu anak sulungku seorang lelaki. Kenapa? Aku mahu dia jadi tonggak keluarga selepas ayahnya. Aku mahu dia menjadi pelindung adik-adik. Aku mahu dia berperibadi baik dan soleh. Aku mahu dia jadi berilmu dan budiman.

Memang besar cita-cita aku untuk Muhammad Irfan. Tapi ibu mana yang tidak mahu yang terbaik hanya untuk anaknya? Semua ibu mahu begitu.

Muhammad Irfan permata hati sulung keluarga belahku. Dia anak sulung aku dan suami. Dia cucu sulung mak dan ayah. Di sebelah suami, dia cucu yang 7 tapi yang membuat dia istimewa, dia anak sulung seorang anak bongsu yang disayangi dan ditatang keluarga. Beruntung jadi Muhammad Irfan.

Menjaga Muhammad Irfan ketika kecil agak merisaukan. Sering demam, kuat menangis. Memang kuat menangis. Kuat pulak tu. Kalau anak Jepun, memang diraikan tangisan itu. Sementalah irasnya memang seperti anak jepun. Di hari panas, kedua belah pipi montok itu bewarna kemerah-merahan. Apa lagi matanya yang sepet itu memang melayakkan dia menjadi anak Jepun.

Muhammad Irfan membesar dengan begitu pantas. Menjelang usianya 2 tahun, sudah menjadi abang kepada seorang adik perempuan, Zinnirah yang lahir 2 hari sebelum ulangtahun Muhammad Irfan yang ke-dua.

Pada usia 3 tahun, Alhamdulillah sudah pandai menghafal doa-doa pendek, mengenal huruf dan angka. Sudah banyak bertanya itu dan ini. Ada sekali ditanya dia, "Ibu kenapa orang tu tak tutup aurat?" Ya. Pertanyaan itu dilempar ketika dikhalayak. Kuat.

Sehingga hari ini dia suka bertanya. Hanya kekadang ibu ini sering kesuntukan masa untuk melayani segala pertanyaan yang bertubi-tubi.

Dan semalam ... 17 MEI, 2007 ... Muhammad Irfan genap 9 tahun. Seorang lagi anak ibu semakin dewasa ....

Ayam masak merah. Kegemaran Muhammad Irfan.

Nota kecik-kenot: Masih teringat memori dikala ibu bersedih, Muhammad Irfan di seawal usia 2 tahun akan merangkul dan memujuk, malah menangis bersama-sama. "Ibu jangan nangis. Fan ada jaga ibu." :)

26 comments:

achik said...

"Ibu jangan nangis. Fan ada jaga ibu." :) <-- sgt sweetnya... kecik2 dah 'gentleman'.. ;)

selamat hari lahir irfan.. panjang umur murah rezeki..

izinni said...

achik,
sekarang ni .. maklumlah dah nakal .. ada jugak buat ibu ni nangis. tapi cepat2 datang peluk minta maaf. dia memang suka peluk2. yang zinnirah pulak tak berapa suka peluk2 .. macam ibu dia ehehhe ..

Pa'chik said...

"Ibu jangan nangis. Fan ada jaga ibu." :) <-- sgt sweetnya... kecik2 dah 'gentleman'.. ;)

selamat hari lahir irfan.. panjang umur murah rezeki..

Kemat said...

nampaknya saya berkongsi tarikh lahir dengan mohamad irfan 17.05..

selamat ulang tahun untuk dia

akirasuri said...

Selamat hari lahir untuk irfan.

moga membesar menjadi mujahid yang soleh :)

panjang umur dalam iman.

berjaya dalam hidup. amin.


psssttt: nanti kita jadi besan ek kak izi :P saya cop irfan jadi anak menantu. ha ha ha.

Pa'chik said...

nampaknya kemat berkongsi tarikh lahir dengan mohamad irfan 17.05..

selamat ulang tahun untuk dia

izinni said...

pa'chik,
kamu macam rekod pecah la! hehehhe dok ulang .. ulang .. ulang .. ulang ...

kemat,
salam ulangtahun untuk kamu juga :)

akirasan,
errr nak cop dengan cop apa ek? tak nak cop kerajaan malaysia ek .. ekekekek

pa'chik,
record rosak + mesin fotostat! hahahaha
anyway .. terima kasih banyak doa kamu untuk anak teruna aku :)

13may said...

selamat hari lahir irfan.. panjang umur murah rezeki..

Anonymous said...

alhamdulillah, selamat hari ulangtahun muhammad irfan. rasanya ramai sambut harijadi bulan ini.

LadyTiz said...

allah selamatkan keatas muhammad irfan!

sy juga sukakan ayam masak merah. apakah petanda ini?
saya...????
irfan...???
irfan...??
saya...???

*konfius*

Achik_Sufi said...

selamat menjadi ibuyang baik buat anak2. dalam ahli keluarga achik, 5 orang lahir dalam bulan 5...achik, ayah,abang,adik lelaki n adik perempuan.

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang terlewat buat Muhammad Irfan.

Semoga terus menjadi anak lelaki yang macho, soleh, akademis dan bertaqwa. :)

Pa'chik said...

kamu tau izi, dalam ahli keluarga achik (sufi), 5 orang lahir dalam bulan 5...achik(sufi), ayah,abang,adik lelaki n adik perempuan dia.

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang terlewat buat Muhammad Irfan.

Semoga terus menjadi anak lelaki yang macho, soleh, akademis dan bertaqwa. :)

kingbinjai said...

selamat hari jadi. semasa anak saya dalam kandungan nama pilihan pertama adalah Amirul Irfan. :)

Iman Mawaddah said...

Selamat hari lahir Irfan..nanti suruh ibu buat kenduri kesyukuran. Ajak kami ramai2 makan hehe

Pa'chik said...

Selamat hari lahir Irfan..nanti suruh ibu buat kenduri kesyukuran. Ajak kami ramai2 makan hehe

banggugar said...

salam,
hehehehe.. gugar dah kembali..

saya pun--- selamat hari lahir buat MUHAMMAD IRFAN

(",)

zwitterion said...

selamat hari lahir Muhammad Irfan.

CerminDiri said...

salam kehidupan,
pastinya hidup kita ada warnanya tersendiri.

selamat hari lahir buat mohd irfan.

so'od said...

adeh.. apsal sy dah lama x komen neh?

happy besday irfan.. jadilah anak yg baik.. to zinnirah jugak.. adeh..

sori ye kak has..

Anonymous said...

hepi besday irfan!

Anonymous said...

selamat hari lahir irfan!

MakcikMuda said...

eyh eyh !

adekku yg sorang nih pon sambut besdei.

hiks !

heppi besdei irfan.

moge :-

a.menjadi anak yg soleh.
b.mjadi pelindung pade adek2.
c.mjadi pelajar yg cemerlang.
d.mjadi hamba yg beriman.
e.mjadi pemimpin suatu hari nnt.
f.panjang umo.
g.murah rezeki.
h.mjadi kebanggaan ibu n ayah.

hiks !

demikian.:)

Pa'chik said...

adeh.. apsal ko dah lama x jawab komen neh?

happy besday irfan.. jadilah anak yg baik.. to zinnirah jugak.. adeh..

so'od said...

siot je pa'chik.. xde keje ke.. hahah..

izinni said...

terima kasih banyak2 pada semua yang mendoakan muhammad irfan. InsyaAllah doa kalian jadi panduan untuk si ibu ni dalam mendidik dia menjadi anak yang jadi "orang".

btw ... pa'chik .. hang rindu sungguh dengan aku ka? hehehhee

aku sibuk laa .. lagipun tenet aku dah kena potong. ekekeke ... semalam satu hari kat bangunan baru tu. jenuh. penat pun tak abih lagi ni.