Tuesday, May 22, 2007

Asli

Mula-mula depa lari. Pastu depa dekat.
Mula-mula depa takut. Pastu depa berani.
Mula-mula depa kerut dahi. Pastu depa senyum .. manja.

Begitulah reaksi depa-depa itu. Susuk tubuh yang montok .. hmmm mungkin pada mata-mata manusia yang tertentu ... dibaluti pakaian yang amat seksi. Solekan begitu menyerlah. Aku cemburui alis serta bulu mata depa-depa itu. Namun aku syukuri apa yang aku ada. Asli. Lenggang-lenggok mereka .. aduhai ... memang mengancam terutama jika diperhati dari belakang. Memang indah ciptaan Allah yang ini-ini.

Apabila mulut terbuka untuk berbicara ... terserlah segala-galanya. TIDAK asli. Garau. Terserlah kejantanan depa-depa itu.

Depa-depa inilah yang didekati Muslimat semalam. Depa-depa yang sekian lama dipinggir dan dilupakan. Depa-depa yang tidak dipedulikan. Depa-depa yang dipandang serong tanpa ada yang cuba membimbing mereka kembali kepada jalan yang tidak lencong. Depa-depa yang dibiarkan bergelumang dalam dunia depa.

"Terima kasih kak sebab datang menjenguk kami. Kami hargai sangat-sangat. Nanti kami undi. Kemudian insyaAllah kami bertaubat."

Aku tidak mahu komen apa-apa kenyataan depa yang seorang ini. Hanya mendoakan depa ini mendapat hidayah dariNya. Dan nampak sangat depa-depa ini mahu didekati, cuma tiada yang mahu.

-----------------------------------------------------

Sesi bayar hutang .... nak langsai hutang bayu.

Kesihatan- Baik alhamdulillah. Setakat belum pernah kena penyakit-penyakit yang menyakitkan diri dan poket. Cuma sakit bersalin je. Walaupun tidur jarang cukup, makan kadang tertinggal tapi syukur. Doa dipanjatkan agar kesihatan dipeliharaNya agar tanggungjawab sebagai hambaNya, isteri dan ibu dapat dilakukan dengan sesempurna yang mampu, insyaAllah.

Fizikal- Alhamdulillah. Cukup sifat. Cuma dalam rangka kerja nak menurunkan beberapa angka! hahahahahha

Gaya hidup - Sangat sederhana. Tidak berapa pandai berbelanja untuk diri sendiri. Banyak dihabiskan untuk suami dan anak-anak. Pakaian pula asalkan menutup aurat, tidak berwarna-warni. Lebih selesa jika tiada sesiapa yang memerhati. I like to be invisible .. but sometimes people still recognise me .. aiyaaaa ..

Pemakanan - Bak kata orang tua tolak batu dan kayu, yang penting HALAL! ekekeke

Sikap - Terus-terang, tidak pandai menilai diri sendiri. Jadi aku akan bagitau apa yang orang selalu bagitau pasal sikap aku.
Aloof. Garang. Tegas. Friendly. Sarcastic. Proud. Determine. No nonsense when it comes to work. Loyal. Anti-social. Very independant. Motherly <-- This from a staff ... adehhhh!!)
Aku dah tak buleh nak ingat apa lagi .. hehehehhe ... korang tambah la ek.. hehehhehe


Nota kecik-kenot: Aku penat dan ngantok gila!

26 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Benar. 'Depa-depa' itu keliru sebenarnya. Semoga 'depa-depa' diberi petunjuk.

Hmmmm...Gambar itu agak mengelirukan... :)

izinni said...

blackie,
keliru tapi tiada yang mahu menguraikan kekeliruan itu. cuma tahu menempelak.

gambar itu .. yang pasti jangan dikelirukan dengan "kemontokan" depa-depa itu :D

Anonymous said...

paun izi..

sehat hari ni? irfan dan adik-adiknya sehat? oh oh!

emmm. sekarang banyak pendakwah yang tak mencari orang untuk didakwahi. tapi lebih senang tunggu orang datang kepada mereka untuk didakwahi. Rasulullah dulu pergi cari sampai depan pintu rumah orang untuk berdakwah. sebab tulah golongan-golongan ini terusan terperosok dalam dunia mereka tanpa ada yang mahu membantu.

oh oh! maaf ayat saya agak kekelingan sikit. ha ha ha.

izinni said...

uikksss .. paun? aku tau la aku berat beratus pound! hahahahah

alhamdulillah sihat walafiat. irfan, zinnirah, syabil, nisaa' semuanya sihat2 belaka. oh oh.

pendakwah sekarang banyak yang malas. semua nak mudah. tak sepatutnya macam tu. patutnya pada orang2 macam depa-depa tu yang perlu didekati.

kamu abih thesis terus jadi rakyat kampung loceng pa'chik ya? hahahaha

Anonymous said...

oh..baguslah, tak ramai orang nak buat kerja sebegitu. Aku geli... tak boleh dekat! heh!

Pa'chik said...

macam kat tukri dulu, masa refah menang...

izinni said...

najmudin,
hang geli ek? tak buleh dekat ek? sebab kalau dekat terus melekat ek? ekekekek

pa'chik,
tukri? lubuk manakah itu?

Pa'chik said...

haha.. taipo la.. taipo...

err... tu geng depa-depa... geng yang darurat tu pulak.. gi jumpa tak?

ko pegi perasmian bangunan tu ke? ada india cina pegi tak?

izinni said...

aku blur la pa'chik.
geng darurat mana tu? hehehe
ha ah aku kat sana. ada cina. ada omputih dari negara idamanku. india elek. oppss nehiii .. ada india tapi india kije dengan american embassy. berahim ali pun ada.

pB said...

Salam...

tak nak komen apa apa ...

cuma nak tanya ...

itu ayam percik ker??

izinni said...

ya pB :D

akirasuri said...

ha ha ha. saya lagi blur apa pokcik komeng. hahak.

oh oh! ibuk ya ampun. guer bukan maksud paun. guer maksudkan puan. ha ha ha. mengong sampai menaip pun tak betul :))

jom pi dapo masak :D

Pa'chik said...

geng darurat.. ko ingat tak jawapan seorang su parlimen dulu.. maSHITah... haha...

izinni said...

tiada maaf bagimu! muahahahahhaa

uikkk hang nak masak asam keladi ek? aduhhh enak bangat tu.

teruskan perjuangan di medan dapur! huhuhhu

izinni said...

pa'chik,
hang rindu aku ek? ekekkeke

Pa'chik said...

cheh.. dah ko jawab dengan blur.. aku tanya la lagi.. haha...

13may said...

hehhe....

sedap betoi ayam tuh???

ps: dulu penah kena taboh ngan 'depa' tuh...kuat bukan main walaupun nampak lembut...

adehhh...

Kemat said...

Betul depa2 tu keliru..tapi ada juga orng diluar saner yg keliru tentang status depa-depa nie....

harap2 depadepa tu insaf

Achik_Sufi said...

baguslah ade usaha2 cam tue...moga kembali ke pangkal jalan. amin...

kingbinjai said...

kesian kat depa depa itu

so'od said...

heheheh.. selalu kalau dah jadi pengkomen belakang2 neh aku ketawa je.. sbb baca komen2 org.. yg mengong la.. yg taipo la.. yg kena taboh la.. heheh..

kak has, want me to list down other adjectives to describe u or not? wakakak..

zwitterion said...

lapar ayam panggang!..;)kesian kat depa2 tu

izinni said...

pa'chik,
hang cheh aku ek? hehehe

ahmay,
ayam tu MEMANG sodap! hahahaha
uiksss .. hang kena taboh? memang ler kuat ..sah2 depa tu satu species dengan hang. hehehe

kemat,
orang luar yang keliru tu bukan tak sengaja .. saja buat2 keliru. Kita sama2 doakan.

Achik_Sufi,
Amin ...

kingbinjai,
tu lah. kalau pompuan buleh gak jadi nombor 2,3 atau 4. kan? kan?

izinni said...

so'od,
hang psycho kan. cer buat satu entry kenapa depa-depa tu jadi macam tu. betui ke apa yang depa selalu cakap ..They were trapped in a man's body.

list down other adjectives to describe me? errrr ... buleh gak. untuk muhasabah diri. hahahhaha

zwit,
tu ayam percik la. hehhee

MakcikMuda said...

terpikat dgn ayam yg begitu sexxy.

hakhak!

ingat lagi time jalan2 dl tjumpe dgn 'depa-depa' ni.mulenyer jalan nengok bawah.sepasang kaki bmini skirt ttp berbulu lebat.

ingatkan pompuan mane yg tlupe nak cukur bulu kaki.

upernyer 'depa-depa' ini.

hakhak !

bmini skirt dgn btube sahaja.

LadyTiz said...

depa-depa ramai kat uitm... puan repoter taknak buat liputan ke...

hoho... pasti gamat Ibrahim Abu Shah(Vice Chansellor)...