Sunday, May 13, 2007

"Diri Saya"

Anak teruna aku ternampak aku membaca blog. Dia tanya ibu baca apa. Aku cakap aku baca blog. hehehehe ...
Aku jelaskan pada dia blog adalah semacam diari tetapi boleh dibaca oleh orang lain terutamanya kawan-kawan. Dia tanya, "Irfan boleh baca tak?"
Aku katakan boleh sebab memang niat aku untuk anak-anak baca blog aku ni satu hari nanti. Biar mereka tahu apa yang ada dalam kepala ibu mereka ni.

Irfan tanya, "Ibu ada cerita pasal Irfan tak?"
Mahunya tak ada. hehehehhee

Aku beri dia baca entri "Maaf".
Mula-mula senyum lebar. Kemudian, berkerut dahi. Akhirnya jelas terpampang raut sedih.
"Kenapa ibu cerita pasal irfan merajuk? Mana ada ibu jahat. Irfan sedih."
Komen irfan selepas selesai membaca "Maaf".
"Ibu tulis sebab ibu nak ingatkan diri sendiri ...jangan buat kat irfan atau adik-adik macam tu. Jangan sedih."
"Ibu ada cerita pasal adik-adik tak?"
"Ada."

Aku izinkan Irfan baca entri "Tolor" tentang Syabil dan "Nisaa Az-Zahraa".
"Kenapa takde pasal Zinnirah?"
"Ada. Hari Isnin ibu cerita pasal Zinnirah."
"Ibu. Kanak-kanak boleh ada blog macam ni tak?"
"Boleh. Bagus kalau ada. Boleh belajar menulis. Bila nak menulis kena fikir. Berfikir tu kan bagus."
"Ibu buatkan untuk Irfan, boleh?"

Aku senyum. Selama hampir sejam kami sama-sama menjelajahi dunia internet. Buka e-mail buat irfan. Kemudian bukakan akaun blog untuknya. Pilihan dibuatnya sendiri. Ibu tukang tekan keyboard.
Irfan's first entri ... "Diri Saya". Sooo naive. hehehhee
Aku jadi steno Irfan. Dia cakap, aku menaip. Sepanjang menaip, aku senyum lebar ... bahasa buku habis! hahahahhaah

Dalam diam aku sendu ....
Kenapa?
Anak aku dah besar .... sayunya .. my baby is no longer a baby ... but always be my baby until my last breath


Nota kecik-kenot: "Ibuuuu ... nanti Irfan tulis apa yang irfan nak cakap. Pastu nanti irfan bagi kat ibu. Ibu tolong taip sebab irfan taip slow sangat."
Boleh? hahahhahahaa

19 comments:

Pa'chik said...

patut la lewat malam ni ada lagi.. haha..

elok la tu, buleh belajar menulis, warisi bakat ibu. Err.. jangan garang macam ibu dah la.. hehehe...

Achik_Sufi said...

bagusnya izinni...bertuah irfan dapat ibu camnie.selamat hari ibu...

( achik setuju ngan kata2 pa'chik tue...)

Azhar Ahmad said...

Hummm.... tak ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah kannn...

Ibunya penulis... Anaknya mestilah nak ngikut juga kannnn

zwitterion said...

selamat hari ibu

Anonymous said...

ibu,nak tengok blog adek shaye tuh..:))

camat ari ibu,kak izinni.:)

Anonymous said...

oh sweet... berapa umur irfan? meh url blog dia... nak melawat dan mengenal irfan ni.. :)

pB said...

Selamat Hari Ibu...

Anak anak pB pernah tengok blog pB tapi mereka tak tanya. Mereka cuma xcitedbila tengok ada gambar gambar mereka itu..

Tks for the resepi...

izinni said...

pa'chik,
oit oit .. sapa garang? hehehhehe

achik sufi,
terima kasih ... tapi sebenarnya banyak sangat lagi kekurangan sebagai seorang ibu.

bung ajehar,
dia tak nak jadi penulis/wartawan katanya. dia nak jadi ustaz + businessman keluar produk makanan halal. Ibu ni sentiasa doakan je.

zwit,
selamat kembali :) dah penuh dah bateri? heheheh .. thanks for the wish.

ryn,
thanks dear. irfan dah check comment box dia. excited sangat baca komen kakak ryn dia. dia kata takde idea lagi nak tulis apa2. hehehe

izinni said...

najmudin,
khamis 17/5 ni genap 9 tahun tapi adakalanya macam budak 4 tahun. hehehe link dia ada di blogroll kat tepi tu ...carila ..kat bawah2 sikit :)

selamat hari ibu untuk pB juga :)
anak-anak saya suka tengok gambor makanan pastu suruh masak. hehehhee
sama-sama :)

BaYu SenJa said...

selamat hari ibu buat pn Izinni..

kalau si ibu rasakan terlalu cepat anaknya meninggalkan zaman bebudaknya..
begitu lah jugak si anak tidak sedar zaman bebudaknya semakin jauh pergi tinggalkannya..

itulah yang bayu rasa tentang hidup sendiri :)

hati anak pastikan tersentuh bila dapat membaca sekeping hati ibu..

Iman Mawaddah said...

Hehe so sweet..masa kecil lah saat yang paling membahagiakan bagi seorang anak dan seorang ibu. Mudah2an irfan menjadi anak yang soleh.

13may said...

wow! ayam goreng!

bgtau Ifran...uncle 13may kim salam;)

izinni said...

bayu rindu-rinduan ya :)

iman,
begitulah doa ibu dia ni hari2 . semoga mereka 4 beradik jadi anak yang soleh dan solehah :)

ahmay,
adehhhh kirim salammu merungsingkan ku. hahahahhaa ... jangan diajar dia ilmu2 lelaki-wanitamu itu. ekekkeke

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu has. wah nak bagi ibunya baca isi kandungan blog! Savor it while you can Has, there will be one time, your children will learn to keep secrets from you. Biasalah, kita dulu pun macam tu kan.

izinni said...

div,
thanks. budak 9 tahun apala yang dia tahu tentang rahsia2 ni. kalau boleh semua nak dikongsi dengan ibu. but as you say ... another 2,3 years .. jenuh pulak aku yang nak mengorek rahsia. hehehhee

Anonymous said...

huhuhu...kecik2 lagi dah didedahkan dgn dunia cyber......bes betul....
kecik2 dah ada blog sendiri..dah ada email sendiri.....bertuah betul kanak2 zaman skrg kan....

izinni said...

hehehe betui tu azah
ibu dia ni tahu pasal internet masa masuk sekolah atas bukit tu. kalau tak haram tak tau apa. first email add pun bukak masa dah 2,3 tahun keje. itupun orang tolong ajorkan .. hahahaha

LadyTiz said...

sudah tgk blog dia...
mewarisi bakat ibu dia ni...

Anonymous said...

reads feel suffix almaty ristiku disclaims resnick explicitness cande metallurgy blinkered
lolikneri havaqatsu