Seawal usia aku 6 tahun aku sudah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak. Aku suka membaca. Aku suka baca apa-apa pun. Buku sekolah aku baca sampai habis walaupun baru seminggu dibeli. Sebab tu aku suka awal tahun. Banyak buku sekolah yang boleh dibaca. Seronok. Serba-serbi aku baca. Malah signboard pun aku akan baca. Setiap tulisan dalam bas aku akan baca. Suratkhabar bungkus nasi lemak pun aku baca. Plastik pembungkus gula-gula atau coklat pun aku belek baca. Pendek kata aku teramatlah suka membaca.
Ayah melanggan akhbar harian setiap hari. Tepat 7 pagi setiap hari, Ane surat khabar akan membaling 2 naskhah suratkhabar yang digulung kemas dan diikat dengan getah pengikat. Berita Harian dan Utusan Malaysia. Aku penunggu setia terutama dihujung minggu. Kedatangan Ane satu kegembiraan pada aku. Sebabnya aku boleh baca suratkhabar lebih dulu dari ayah. Ayah selalunya tidak membenarkan aku baca dulu sebab katanya aku baca lambat.
Kalau aku bersekolah, kelaziman menanti Ane membaling suratkhabar tidak dapat dilakukan. Tengahari sekembali dari sekolah baru aku berpeluang membaca akhbar-akhbar itu.
Ayah kata aku lambat bila baca suratkhabar. Nak tahu kenapa?
Masakan tidak. Cara aku membaca suratkhabar sangat-sangat teliti. Dari muka pertama hingga muka akhir. Semua berita .. dari sebesar-besar hingga sekecil-kecilnya aku baca, termasuk iklan! hahahahaha
Begitulah tabiat aku membaca suratkhabar, sampai sekarang. Cuma aku tak baca bahagian iklan classified sahaja. Jangan tak tau bahagian notis tender, notis kematian, notis muflis dan sebagainya pun ada banyak "cerita" menarik. hehhehe
Aku juga minta ayah berlanggan satu lagi akhbar iaitu New Straits Times. Memang aku tak faham banyak perkataan tapi aku rujuk kamus untuk tahu makna perkataan-perkataan bombastic yang aku tak pernah temui.
Setiap kali aku baca akhbar-akhbar itu, banyak perkara selalu bermain dalam minda.
"Macamana orang tu boleh dapat berita ni? Mesti orang yang dapat berita ni dapat jumpa ramai orang. Mesti best dapat jadi orang pertama sekali tahu pasal berita ni. Mesti seronok dapat tolong orang susah."
Sejak seawal 7 tahun lebih, aku nekad hendak menjadi "orang itu". Orang yang hanya punya nama tapi tiada wajah. Pasti sangat mengujakan melihat nama sendiri terpampang di atas dada akhbar.
Bermula dari situ, tekadku kuat. Aku susun perancangan untuk menjadi "orang itu", tanpa memberitahu sesiapa termasuk mak dan ayah. Sebab itu aku tolak tawaran untuk mengikuti kursus undang-undang di UIA tanpa pengetahuan mak dan ayah juga. Aku buat permohonan pun atas desakan mak dan ayah. Pada mak dan ayah aku katakan permohonan aku ditolak. Aku nekad mahu kerja di bangunan biru di Jalan Riong yang aku perhati tiap kali menaiki bas ke pusat ibu kota. Aku mahu ke situ.
Ketika aku bertegas meneruskan persekolahan ke tingkatan enam, ayah membantah keras. Ayah tidak yakin dengan STPM. Ayah tidak tahu mengapa STPM yang aku kejar sedangkan keputusan SPM aku baik. Aku teruskan juga walaupun ayah bantah. Walaupun ayah menarik semua perbelanjaan. Aku bekerja part-time selepas sekolah sepanjang di tingkatan enam bawah. Akhirnya, ketika aku mahu membayar yuran STPM, ayah mengalah. Aku cemerlang dalam peperiksaan itu dan dengan gembira la-la-la-la aku pohon kursus di menara atas bukit itu. Memang itu matlamat aku. Sebab itu aku ambil juga STPM.
Permohonan pertama ditolak, selepas aku menghadiri temuduga. Aku pohon sekali lagi untuk kemasukan kedua. Aku dipilih sekali lagi untuk sesi temuduga. Yang menemuduga orang yang sama. Aku jengkel. Mereka-mereka inilah yang telah menolak aku dulu. Aku jawab sebaik mungkin setiap soalan. Di akhir bicara, aku tanya kenapa aku ditolak dulu. Mereka kelihatan kaget. Aku katakan aku ingat mereka ketika di temuduga pertama. Aku katakan aku telah menjawab semua persoalan mereka dengan baik. Aku katakan aku berhak tahu kenapa aku ditolak.
"You were selected the last time. You were in our final list. But we have to follow the quotas of each intake. That's why your name had to be cancelled. But, we kept your name. When you reapplied, we knew you really want this."
Aku senyum.... seronokkkkk ... hahahhaah
Secara tidak langsung dan tidak rasmi aku sudah diberitahu aku diterima untuk belajar di sekolah itu. WOOHOOOO!! rasa macam nak melompat.
Dipendekkan cerita. Itulah permulaan matlamat aku mengejar tempat di bangunan biru itu. Asam garam bekerja di bangunan biru itu mengajar aku erti hidup. Alhamdulillah .. ramai sahabat yang aku kenali di sana. Sahabat yang baik. Sahabat yang tidak membawa aku ke arah yang tidak pasti.
Yang aku tahu. Bekerja sebagai wartawan perlukan iman dan tekad yang kuat. Mesti rajin belajar, tidak malu bertanya dan bermuka tebal.
Jangan takut, mesti berani.
Jangan MALAS.
Jangan terlalu merendah diri, mesti ada sedikit keangkuhan terutama bila berdepan dengan orang-orang besar yang rasa diri mereka BESAR dan BERKUASA sangat.
Jangan terima bulat-bulat apa yang orang kata, mesti ada sedikit "buruk sangka" sebab dengan itu kita akan selidik lanjut apa yang dikata samada ada yang tersirat.
Jangan sesekali pandang rendah pada orang lain, waima penyapu sampah atau pengangkut najis.
Jangan MELAWAN bos tanpa sebab.
Jangan terima apa-apa pun pemberian yang diragui keikhlasannya. Kalau terima jugak .. kena kongsi dengan kawan-kawan! hahahhahahahaha
Yang pasti perlu kuat mental, fizikal dan spiritual. Mesti redha sebab gaji memang ciput! hehehhehehe .. tapi kalau nak naik cepat, kena pandai main politik dan pasang air-cond paling kuat dalam dunia. Sebab aku bukan begitu, 10 tahun di bangunan biru aku masih wartawan cabuk dan aku berbangga dengan title itu. :)
Nota kecik-kenot: pa'chik. Aku harap aku dah jawab persoalan "kenapa aku jadi wartawan?" hang tu. Hutang langsai naaaa ...
29 comments:
Menara? Yang dekat Pusat Islam tu ker? Dewan Sri Budiman?
Bangunan Biru? Sekolah Komunikasi Massa? Huhuhuhuhuhuhuhu
patut ler jd wartawan..;)
hahahahah
azhar,
ada berapa buah menara di sekolah di atas bukit di ibu negeri sebuah negeri paling maju dalam malaya ni?
bangunan biru bukan merujuk kepada mana-mana sekolah pun. bangunan biru tu terletak di jalan riong, bangsar. :D
nanti la kalau ada yang buleh disalin tampal ye...
zwit,
ya. tapi tak semestinya belajar ilmu kewartawan akan jadi wartawan. realiti yang aku pelajari .. ramai wartawan yang mempunyai pelbagai kelulusan .. kejuruteraan, economic, accountancy, law, guru dan sebagainya .. malah antara wartawan yang ku kenal yang begitu berdedikasi dan sangat bagus penulisannya hanya memegang sijil STPM ;)
pa'chik,
aku tahu ko tunggu sapa untuk disalin tampal! hahahhahaha
salam izinni,
curi masa sat. Kat library. Esok Politics bluwek!! hahahaha
Ops! Terlepas nak ucap Selamat Hari Jadi untuk anak pompuan kau. Cik Nie kirim kirim salam. Semoga jadi anak yang solehah, jangan nakal-nakal dan dengar cakap ibu ngan ayah.
uiks, cerita nak jadi wartawan macam sama je? hahaha.. Aku bantah cakap pak aku masa dapat tawaran dari bangunan biru tu dulu. hahaha... pesan dia, jangan libatkan diri dengan rahsuah dan jangan suka buat fitnah. Tapi dia tak de cakap 'tok sah kenakan orang "jahat"' hehehe.
gottago now! i'll contact u friday 25th or Monday 28th. InsyaAllah. Kami bank holidays.
haha.. takde orang yang khusus la. Mana ayat yang lebih kurang sama dengan aku nak cakap aku salin tampal je. Tapi, pasal takde apa nak dicakap tadi.. takde la... hahah...
err.. kawan ko yang atas ni ke?
pernah menulis cerita utk buletin kt fakulti. x pernah dipublish. :(
bukan cerita tak publish, buletinnya yg tak dipublish...
ooo...hebat2, bagusla ada jiwa begitu...
Kak Izinni, kamu antara orang yang sukar untuk dijumpai, kerana mempunyai cita-cita sejak berumur 7 tahun. Dan lebih sukar lagi untuk ditemui, kerana kamu dapat merealisasikan impian itu.
Jarang sekali orang mempunyai cita-cita seawal itu apatah lagi memenuhinya. Biasanya cita-cita masa kecil, jadi cikgu la, polis la, apa la...dan jadi ntah apa-apa la...
Haha! Syabas!
time umo enam tahun,nak jd doktor.sbb suke sgt beli pmaenan doctor2 sambel menggunakan papa sebagai pesaket olok2.
time da darjah 4,nak jd pakar bedah jantung sbb dgr2 cter,gaji lumayan.(kicik2 da meteriyelistik)
nek darjah tingkatan 1,nak jd wartawan entibi 7.
nek form 4 nak jd doctor balek.sbb kakak jd doctor.impian mama nk tengok anaknyer jd doctor.
skang,amek journalism.:)
insyaAllah,satu hari nnt,akan tetap tunaikan impian mama.
kamu antara orang yang sukar untuk dijumpai, kerana mempunyai cita-cita sejak berumur 7 tahun. Dan lebih sukar lagi untuk ditemui, kerana kamu dapat merealisasikan impian itu.
Jarang sekali orang mempunyai cita-cita seawal itu apatah lagi memenuhinya. Biasanya cita-cita masa kecil, jadi cikgu la, polis la, apa la...dan jadi ntah apa-apa la...
Haha! Syabas!
berjaya gak pa'chik menyalin tampal.. hehe ;p
cayalah kak.. susah nak tau apa yg kita betul2 nak jadi.. sampai skang saya pun xtau saya nak jadi apa sebenarnya.. huhu
achik, ko mesti nak jadi isteri, lepas tu jadik ibu kan? kan? heheh...
kalau antik mahal.. tapi kalau cabuk mungkin takde harga..
tapi pn izinni punya cabuk kira mahal jugak ni :)
hehe aku mula2 masa kecik nak jadi dentist (wah mcm tau2 je jadi dentist leh kaya!). Lepas tu bila tau sindrom takut darah, tukar nak jadi loyar sampai upper six. Tapi by that time, dah ada org2 dari USM perkenalkan dunia kewartawanan.
Sebenarnya, aku baca Berita Harian sejak kecik lagi. Mula2 baca Utusan, tapi aku tak suka style utusan, so aku pindah baca BH.
Memang bercita2 nak keje kat Jalan Riong sejak kecil walaupun aku nak jadi loyar, kelakarkan.
Akhirnya aku dapat gak keje kat sini. Biarlah duitnya tak la seberapa banding dengan kengkawan aku yang lain
Focus dan bermatlamat sungguh si kecil yang berumur 7 tahun tu dulu.
wow! sekalung tahniah utk anda
Dear Izinni,
Wow... kagum saya dgn cerita ini. So glad you got it your way in the end.
A friend of mine, a columnist in the local newspaper once said "if you dont get to be what you want to be ever since you were a child - you ll end up being unhappy"
If at all this is true, you are one of those lucky persons!
All said and done, I am always in awe with journalists, columnists and writers. I honestly think they are born with a gift!
Entri yang bermotivasi..Tahniah !
Sup kotak gearkah itu..?
wah! gear box!!!!
oh ya! aku dulu masa sekolah, membaca sambil merangkak....kena denda!
hahha
oh! patut pun jadi puan reporter :)
oh oh! saya suka baca bahagian notis kematian. ha ha ha. my peberet part kat dalam NST. ha ha ha.
I was on a 2 days leave to care for nisaa' who was bogged down with measles. kesian, garu2, nangis je.
and those two days, i was without internet connection... argghhhh... that's why i couldn't reply any of you guys' comments.
khairyn,
salam kembali. rindu kat hang! ekekekekkeek bluwekkk ....
kita kan sama .. rebels with a cause! hehehhe
pa'chik,
ada jeee alasan mu! hehehe
kenapa ngan kawan aku tu?
t-rex,
hahahaha so bukan silap kamu menulis .. silap editorial tu la. ekekkee
Achik_Sufi,
takde apa yang hebat pun. biasa-biasa je :)
najmudin,
Alhamdulillah. Kuasa Allah tu Maha Besar. Apabila Dia yang mengizinkan, maka jadilah.
Bila difikir-fikir balik .. hampir semua yang dimahukan dalam hidup ni tercapai. bersyukur sangat-sangat.
Semua plan yang dibuat dalam minda ni telah pun dikecapi. Mahu kawin dalam usia 25 tahun .. tercapai, walaupun suami terpaksa tunggu 7 tahun sebelum dapat menikah...hehehe
Mahu anak yang sulung lelaki .. Muhammad Irfan anugerahnya. Mahu berhenti bekerja, alhamdulillah dapat juga .. cuma sekarang bekerja semula. Mahu anak 6 orang .. hmmmmm hehehhehe
ryn,
kalau tak dapat jadi duktur pun .. jadi ISTERI doktor pun buleh! hehehehhehe
hmmm kenapa entibi 7 ek? sebab penangan edisi siasat ke?
pa'chik,
hahahahhaha
kamu ni ... entri ni khas menjawab persoalan kamu, last2 kamu tak reti nak komen ikut otak kamu sendiri. hehehhe
achik,
pa'chik buleh dapat anugerah penyalin tampal terunggul abad ini! hahahah ...
honestly, dari kecik saya jenis bila dah nekad .. apa nak jadi .. jadilah! itu yang dapat saman 7juta tuh! hahahaha
pa'chik,
semua wanita yang normal memang bercita-cita nak jadi isteri dan ibu yang baik :)
bayu,
mahal ek? ekekekeke
div,
ko takut darah .. aku suka nengok darah! hahahah .. ada potential nak jadi pontianak aku nih! ekekekek
you can still be a lawyer. providing you start applying laaa .. apa la hang ni. jenuh advice .. tak jalan gak! ekekeke
jadi reporter ni memang kecik je fulusnya diakhir bulan biar pun kerjanya macam buruh kasar! tapi the best part is .. KEPUASAN. betul kan? :)
iman,
hmm insyaAllah si kecil yang dah jadi ibu orang tu masih lagi fokus dan bermatlamat.
king,
terima kasih. kalung tahniah je ke? kalung lain takde? ekekeke
Dear elviza,
Welcome. Terima Kasih kerana singgah :)
I always make sure I got my way in anything I do. My hubby got a big headache with that part of my attitude. ehehhehe
Alhamdulillah. I think it's all about ikhlas. Even if we do something we dreamt of when we were a child, it would meant nothing if we are not sincere in doing it :)
I myself in awe with lawyers and doctors .. how they managed to memorise every single details of thousands cases, theories and all ... wow! I remembered crying in the loo after my final law paper ... Alhamdulillah .. pass jugak! hahahaha
blackie,
Terima Kasih. Memang sup kotak gear. Adakah gambar itu memberi motivasi jugak? ekekkeke
Ahmay,
garangs sungguh cikgu kamu. tapikan ... sapa suruh kamu merangkak sambil membaca!? hahahaha
akirasan,
mula2 jadik cik reporter dulu, pastu baru jadik puan reporter. kekekeke
notis kematian tu kan ... suka nengok nama2 anak2 depa yang dah mati tu. canggih2 .. hehehe
hehe aku tau la
tapi kalau aku buat law karang mak aku tuduh aku anak derhaka plak, ha sapa mau jawab?
Post a Comment