Monday, March 12, 2007

anak mak

pa'chik, aku tau sebenornya ko nak manja-manja kucing ngan mak ko kan?

resipi mee kari simple untuk pa'chik masak khas untuk mak dia dan pada sesapa yang tak suka nak susahkan mak depa.

bahan-bahan

ayam (potong kecik-kecik)
kentang (potong dadu)
serbuk kari ayam (aku suka guna baba's)
santan
kerang (siap direbus dan dikopek)
fish ball (selalunya aku buat sendiri guna isi ikan tenggiri)
bawang merah + bawang putih + halia (kasi blend semua tu)
mee kuning (celur)
taugeh (celur)
sawi (celur)
telur ayam rebus
tauhu kering

1) panaskan minyak. tumis bahan blend sampai naik wangi.
2) masukkan kari yang dibancuh dengan air. tumis sampai naik minyak.
3) masukkan kentang dan ayam. gaul dan masak dalam seminit.
4) masukkan air. biar mendidih. masukkan fish ball.
5) masukkan pati santan, garam. pelankan api.
7) pastu masukkan tauhu kering + kerang. bila dah mendidih untuk kali kedua boleh tutup api tu.

bila nak makan, masukkan mee yang dicelur dalam mangkuk. letak taugeh, sawi, telur ayam. curah kuah kari yang panas tu. letak ler bawang goreng ke, daun pudina ke .. suka hati la. pastu dah leh makan.

------------------------------------------------------------------------------------
uiksss dah jadi blog masak-memasak la pulak! :-P

udah ler tu wei!


aku ni takde specific wallpaper. aku jenis cepat bosan. hari ni wallpaper aku .. kat atas tu. satellite view time malaysia dilanda jerebu.

yang bawah ni aku guna minggu lepas. anak sulung aku yang rongak yang suka gi demo. hehehhe


esok lusa tah bila-bila aku akan tukar lagi .. bergantung pada mood aku. aku rasa nak guna ni kot ... kot la kan.




Nak juga ...

Dalam perjalanan rutin ke seluruh pelusuk dunia melalui alam maya di depan mata ini, aku terjumpa beberapa artikel mengenai perkhidmatan teksi yang disediakan khas untuk wanita sahaja di Mumbai, India. Lelaki yang boleh turut sama menaiki teksi ini adalah kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun. Nama teksi berkenaan begitu canggih sekali - eForsche - diambil dari nama pengeluar kereta mewah Jerman dan perkataan efor shei (untuk dia, wanita).

Rupanya bukan Mumbai sahaja yang ada perkhidmatan teksi sedemikian rupa. Ianya turut diadakan untuk wanita di Dubai, UAE; dan Moscow, Russia.

Selain dari itu, penyediaan gerabak keretapi untuk wanita sahaja telah lama dipraktikkan di India dan negara maju Jepun.




Negara-negara Amerika Latin seperti Brazil dan Mexico serta negara bekas komunis Russia turut sama menawarkan khidmat gerabak untuk wanita sahaja di bandar-bandar utama mereka.

Bandaraya besar dan pesat Shanghai di negara komunis Cina pun ada juga. Di Kaherah, Mesir disediakan juga. Indonesia sendiri berura-ura untuk memperkenalkan sistem yang sama.


Kita di negara Islam ini bila lagi? Mungkin Tengku Adnan akan membantah. Azalina, Shahrizat, Rafidah dan Noraini mungkin juga akan kata tidak perlu. SIS pun mungkin kata tindakan begitu membelakangkan tamadun. DAP apa lagi. Terus bangun kata tidak mahu juga.

Tapi itu cuma spekulasi dari AKU ... mungkin juga mereka akan setuju lalu mendesak semua perkhidmatan awam di negara ini berbuat perkara yang sama. hmmmm aku perlu bermimpi seperti zwit untuk melihat ianya menjadi kenyataan.

Aku bukan pendokong feminism. Malah aku lebih banyak tidak setuju dari bersetuju dengan ideologi dan pemikiran golongan itu. Aku juga tidak setuju dengan diskriminasi kaum dan jantina kerana Islam yang indah tidak mendiskriminasi sesiapa. Pucuk pangkal keimanan padaNya penentu status kita disisiNya.


Aku hanya mahukan keselesaan ketika keluar kemana-mana tanpa muhrim bersama, terutama ketika pergi bekerja. Sekurangnya aku tidak perlu lagi memandu di dalam keadaan jalanraya yang sentiasa padat dengan kenderaan, membayar tol yang begitu mencengkam isi pouch merahku. Tapi disebabkan sering dihimpit kiri kanan depan belakang sipi sipa ketika didalam komuter atau LRT tak kira lelaki atau perempuan hingga aku terasa dicabul kehormatan diri, aku lebih rela memandu walaupun mata kuyu mengantuk di dalam kesesakan selama 2 jam pergi dan 2 jam balik.


Jika di Lembah Klang ada perkhidmatan sedemikian rupa, akulah yang akan jadi pelanggan nombor wahid dan setia, sepertimana aku menjadi pelanggan ikan keli serta talapia bakar yang setia di kedai makan bawah opis ni. Tapi pasti akan ada sekelompok wanita sendiri yang membangkangnya ... begitulah lumrah dunia.




Sunday, March 11, 2007

Berita Hari Ini

Kuala Lumpur - Menteri Pelancongan Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Yaacob menyatakan kekesalannya kerana kenyataannya mengenai pengendali blog wanita telah disalah-erti pihak media, terutama media berbahasa Cina.

Didalam kenyataan akhbarnya kepada semua media cetak dan eletronik hari ini, Tengku Adnan berkata kenyataannya telah diputar belitkan media sehingga kini beliau dikritik keras oleh pengendali-pengendali blog, terutamanya pengendali blog wanita.

Kenyataan beliau itu dikatakan telah dibuat ketika seluruh wanita di dunia sedang menyambut "Hari Wanita Sedunia."

Tengku Adnan menjelaskan beliau telah diminta mengulas ulasan seorang wartawan media elektronik Indonesia di dalam laman blognya yang kesal dengan layanan Majlis Pelancongan Malaysia ketika wartawan berkenaan berada di negara ini untuk membuat rakaman promosi Tahun Melawat Malaysia, baru-baru ini.

"Kata-kata saya telah disalah petik sesetengah media. Saya berkata tidak semua pengendali blog di Malaysia adalah penipu. Malah saya yakin bukan semua wanita tidak bekerja adalah pengendali blog yang menipu dan cuba menyebabkan huru hara di negara ini," katanya.

Oleh kerana itu, Menteri Pelancongan itu menuntut agar akhbar berbahasa Cina berkenaan memperbetulkan laporan mereka, atau tindakan undang-undang akan diambil kerana cuba mencemarkan nama baik beliau.
-------------------------------------------------------------------------------------











haaaaa .. ni baru dikatakan menipu! korang takan jumpa berita ni kat mana-mana pun kecuali di sini. hehehehehe ... kalau menteri tu sedikit pandai, dia akan berdiam diri .. tapi jika akai dia suku inci, dia akan beri kenyataan cliche "I was misquoted!" hehehehhehe ....

btw, dalam acara menjelajah dunia web hari ini, aku terjumpa satu maklumat yang sangat menarik mengenai "the One who said all women bloggers are liars." Kononnya, dia self-proclaimed Tengku. Dia dilahirkan sebagai Adnan bin Mansor tetapi ketika berusia 21 tahun, tiba-tiba dia menjadi Tengku Adnan. Ayahnya turut menjadi Tengku Mansor. huhuhuhuhuhu ... so who's liar now? lawak betui!

maklumat mengenai "penipuan" itu didapati dari http://www.malaysia-today.net/MMblues/2005/05/how-to-build-six-million-dollar-house.htm

Saturday, March 10, 2007

Aku suka tipu tau ...

"Bloggers are liars. They use all sort of ways to cheat others. From what I know, out of 10,000 unemployed bloggers, 8,000 are women.“Bloggers like to spread rumours, they don’t like national unity. Today our country has achievements because we are tolerant and compromising. Otherwise we will have civil war.“Malays will kill Chinese, Chinese will kill Malays, Indians will kill everybody else.”He asked people not to believe bloggers and gamble away Malaysia’s future because 50 years of Merdeka (Independence) takes a lot to achieve it.“We have to show to the people our positive attitude. If the world learns from us, there will peace and no civil war."

(Petikan terjemahan berita akhbar berbahasa cina yang disiarkan di blog Jalan Sudin)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
WOW!! Penipu rupanya aku ni! So korang yang baca blog bidan terjun aku ni .. jangan sesekali percaya apa yang aku tulis. SEMUAnya palsu belaka! hahahahahahah ...
by the way, pot tu hanya sebuah PERIUK! :-P

And Adnan was not even an elected-to-the-office Minister!! SETUPID! What's happening with Abdullah's cabinet staff?
One loves to unsheath the kris to show the whole world that Melayu is indeed a strong and no-nonsense race.
One likes to "Go To Hell!".
One said it's not wise not to allow men watch a women's only sports tournament.
One believes Malaysia can't survive without FTA and she clearly cannot live without AP.
One calls another stupid and the stupid one said sorry.
One alleged to have receive RM5million to free 3 criminals.
The latest One puts his foot in his mouth!

WHO'S NEXT?

But again, the father of all ONEs is the One who denied buying a jet plane and a yatch! DUH!!!

Disclaimer: My mistake. Maybe because I AM a liar. The-One-who-said-all-women-bloggers-are-unemployed-liars is actually an MP ... so he is an elected-to-the-office-minister. He's the MP of Putrajaya.:-P

Thursday, March 08, 2007

Aku Salah

Semalam aku menangis. Pagi ini aku menangis lagi.

Kenapa?

Aku tidak tahan melihat kerakusan manusia mengasari manusia lain semata-mata kerana harta dunia. Aku tidak tahan melihat deraian air mata anak-anak kecil yang ketakutan melihat keganasan dihadapan mata mereka.
Aku tidak sanggup melihat orang yang diamanahkan menjaga rakyat tapi bersekongkol dengan sekumpulan manusia yang tak berhati perut ingin merampas hak orang lain.
Aku marah kerana sikap manusia yang tidak sabar untuk menuntut hak yang belum lagi dijanjikan kepada mereka.
Aku sakit hati dengan perangai manusia yang berselindung disebalik kuasa untuk menindas manusia lain yang tidak berdaya.

Aku sangkakan aku dah lali dengan peristiwa-peristiwa begini tapi nyata aku salah!

Selamat Hari Wanita

Aasiyah, isteri Fir’aun, imannya di sisi Allah subur di sebalik bayang seorang yang berkata “Akulah Tuhan kamu, yang Maha Tinggi!” Apabila khabar tentang keislaman Aasiyah sampai ke pengetahuan Fir’aun, dia memukul Aasiyah di samping menyuruh pengawalnya menyiksa Aasiyah.

Mereka mengheretnya di bawah terik matahari, mengikat tangan dan kakinya, dan memukulnya berulang-ulang kali. Kepada siapakah Aasiyah mengembalikan dirinya? Dia kembali kepada Allah!

Dia berdoa:

“Yaa Tuhanku, binakanlah untukku sebuah rumah bersama-samaMu di syurga dan selamatkanlahku daripada Fir’aun dan amalannya, dan selamatkanlahku daripada golongan yang zalim.”

Adalah diceritakan bahawa ketika Aasiyah berkata sedemikian, langit dibukakan untuknya dan dia melihat rumahnya di Jannah. Dia tersenyum. Pengawal yang melihat keadaannya terkejut – dia diseksa, dan masih boleh tersenyum? Dalam kekecewaan, Fir’aun mengarahkan untuk dibawakan batu besar dan dihempaskan ke atas Aasiyah, agar dia mati dihempapnya.

Namun, Allah mengambil nyawanya sebelum batu tersebut dibawakan, dan sesungguhnya dia terukir sebagai contoh kepada semua orang beriman, lelaki dan perempuan, sehingga akhir zaman.

Ketika Rasulullah s.a.w berdiri di banjaran Arafah dan menyampaikan ucapan selamat tinggal, baginda berkata kepada ummah:

“Layanilah wanita dengan sebaik mungkin!”.

Sementara sejarah mencatatkan bahawa di Eropah, pada tahun yang sama Islam mengetengahkan didikan ini, pendakyah Kristian berdebat sama ada wanita adalah manusia atau binatang. Golongan pendakyah ini merupakan nenek moyang golongan kafir yang mahu "membebaskan kita sekarang."

Sabda Rasulullah setiap ibu, anak dan isteri Muslimah, bahawa:

“Jika seorang wanita memelihara solat lima waktunya, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara dirinya daripada zina dan mentaati suaminya, akan dikatakan kepadanya, ‘ dari mana-mana pintu yang kamu suka, masuklah ke dalam Jannah!”