Nak juga ...
Dalam perjalanan rutin ke seluruh pelusuk dunia melalui alam maya di depan mata ini, aku terjumpa beberapa artikel mengenai perkhidmatan teksi yang disediakan khas untuk wanita sahaja di Mumbai, India. Lelaki yang boleh turut sama menaiki teksi ini adalah kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun. Nama teksi berkenaan begitu canggih sekali - eForsche - diambil dari nama pengeluar kereta mewah Jerman dan perkataan efor shei (untuk dia, wanita).
Rupanya bukan Mumbai sahaja yang ada perkhidmatan teksi sedemikian rupa. Ianya turut diadakan untuk wanita di Dubai, UAE; dan Moscow, Russia.
Selain dari itu, penyediaan gerabak keretapi untuk wanita sahaja telah lama dipraktikkan di India dan negara maju Jepun.
Negara-negara Amerika Latin seperti Brazil dan Mexico serta negara bekas komunis Russia turut sama menawarkan khidmat gerabak untuk wanita sahaja di bandar-bandar utama mereka.
Bandaraya besar dan pesat Shanghai di negara komunis Cina pun ada juga. Di Kaherah, Mesir disediakan juga. Indonesia sendiri berura-ura untuk memperkenalkan sistem yang sama.
Kita di negara Islam ini bila lagi? Mungkin Tengku Adnan akan membantah. Azalina, Shahrizat, Rafidah dan Noraini mungkin juga akan kata tidak perlu. SIS pun mungkin kata tindakan begitu membelakangkan tamadun. DAP apa lagi. Terus bangun kata tidak mahu juga.
Tapi itu cuma spekulasi dari AKU ... mungkin juga mereka akan setuju lalu mendesak semua perkhidmatan awam di negara ini berbuat perkara yang sama. hmmmm aku perlu bermimpi seperti zwit untuk melihat ianya menjadi kenyataan.
Aku bukan pendokong feminism. Malah aku lebih banyak tidak setuju dari bersetuju dengan ideologi dan pemikiran golongan itu. Aku juga tidak setuju dengan diskriminasi kaum dan jantina kerana Islam yang indah tidak mendiskriminasi sesiapa. Pucuk pangkal keimanan padaNya penentu status kita disisiNya.
Aku hanya mahukan keselesaan ketika keluar kemana-mana tanpa muhrim bersama, terutama ketika pergi bekerja. Sekurangnya aku tidak perlu lagi memandu di dalam keadaan jalanraya yang sentiasa padat dengan kenderaan, membayar tol yang begitu mencengkam isi pouch merahku. Tapi disebabkan sering dihimpit kiri kanan depan belakang sipi sipa ketika didalam komuter atau LRT tak kira lelaki atau perempuan hingga aku terasa dicabul kehormatan diri, aku lebih rela memandu walaupun mata kuyu mengantuk di dalam kesesakan selama 2 jam pergi dan 2 jam balik.
Jika di Lembah Klang ada perkhidmatan sedemikian rupa, akulah yang akan jadi pelanggan nombor wahid dan setia, sepertimana aku menjadi pelanggan ikan keli serta talapia bakar yang setia di kedai makan bawah opis ni. Tapi pasti akan ada sekelompok wanita sendiri yang membangkangnya ... begitulah lumrah dunia.
17 comments:
Hahahah, baguslah kalau begitu. Takdelah terjadi zina mata ke hape... Takdelah pompuan tak selesa duduk berhimpit-himpit dengan lelaki. Lelaki, rasanya syok kot berhimpit nehhh...
Apapun, syedap giler talapia bakar tuhhhh.....
Wah..idea yang bagus..kalau dah negara maju pun banyak yang dah buat kenapa negara kita tak buat. Sekurang2nya boleh kurangkan jenayah gile 18sx. Kaum wanita pun rasa terselamat.
oh bestnya kalau ada sistem pengangkutan begini ya..tapi sistem pengangkutan awam kat mesia ni masih buruk dan bobrok..banyak perlu diperbaharui..bas ke uum saja masih bas tahun 70 an, dan tambangnya usah dikata..masya-Allah tak shesuai gitu! ha ha ha..
pssstt: akak telah ditag :P
si perut "hensem",
bukan takat tak selesa sebab dihimpit, tak selesa sebab bau-bau yang sangat tidak menyenangkan! hehehhe ..
saya selalu naik kenderaan awam ni kalau ada anak2 sekali .. hahahaha .. musti diberi duduk. maklumlah anak ramai!hehehhee
iman,
errr negara kita belum maju sebab tu tak buat. hehehhe ...
akirasuri,
begitulah adanya ... bas zaman jopun banyak yang masih beroperasi. sadis betui mesia nih. kesiannnn ...
oppsss lupa plak,
azhar ... balik nanti saya nak bakar ikan cencaru sumbat sambal kelapa sebagai lauk makan malam. huhuhuhuhu ..
apa ni,cencaru, talapia bakar?..nyum.nyum
aku x setuju pasal bla..bla..x bleh berhimpit..bla..bla..x bleh bergesel..bla..bla..x bleh ambil kesempatan..bla..bla : kata seorang pekerja yg pergi kerja dgn memandu kereta sendirik.yg mane tanga bas or pintu lrt pun dia x kenal.
cencaru? tak sedap. haha..
siakap sama kerapu la sedap.
zwit,
yum yum yum! sluurrppppp
pa'chik,
hmm baru kelmarin aku tala siakap bakar besar sorang2. hehehhehe yummy!
penyu,
ko berenang-renang dalam air masin.. ko tak perlu pengangkutan awam, apatah lagi kereta. hahahaha
btw ... bila masa aku tulis benda'alah ni? -->> bla..bla..x bleh berhimpit..bla..bla..x bleh bergesel..bla..bla..x bleh ambil kesempatan..bla..bla
btw lagi sekali .. aku tak pandu kereta sendiri .. keta pinjam je. abang ipar aku punya. lalalallalaa
tangga bas mana ko nak? Rapid KL? Transnasional? etc etc etc
pintu lrt yang cepat benor tutup tu sapa yang tak kenal! hehehhe
eleh...
pa'chik,
hek eleh! kalau tak tau nak komen apa diam je la!heheheheh
ramai lelaki gatal suka meraba dalam kenderaan awam.
Oh! Teringat zaman baju sekolah. Pernah sound lelaki menggatal. Kawan sorang lagi siap pukul dengan payung lagi hahahaha. Lelaki itu. Tidak sedar diri sungguh!
errr pengeluar kereta mewah? Di mana??? di Jerman??? efor sher? Ja Ja! Ah! Cintaku semakin mendalam!
betul tu khairyn,
one of the reasons the service was provided is due to groping issue which has gone out of hand in those countries.
heheheh ... oh zaman sekolah. manis sungguh. Aku pulak pernah sound mamat satu ni sebab duduk kangkang sampai orang lain nak duduk pun tak boleh. "Err bang, kecikkan sikit kangkang tu boleh tak. bukan abang sorang je nak duduk!" punyala bengkek dia ngan aku.
pastu masa balik keje time keje kat opis bangunan biru tu .. dalam bas yang sentiasa berhimpit2 itu, aku siku sahaja manusia2 yang cuba amik kesempatan! hahahah
huh! silap aku menulis perkataan yang menjadi kegilaan ko! hahahahaha
2 jam pergi, 2 jam balik? wah...tmpt keje kt mn? tmpt tinggl kt mn?
sodap pulak tgk ikan bakaq tuuu...slurp! slurp!
hehehee hayadayah,
mana tak lama. sebelum ke opis, banyak menyinggah. anak 4 orang. 2 hantar sekolah di subang jaya, 1 hantar tadika di seksyen 27 shah alam, 1 hantar babysitter kat usj. kami tinggal kat pinggir2 usj. hehehhe .. opis kat perut KL. jem jangan kata la! kalau ada khidmat bas yang buleh hantar aku dari satu tempat ke satu tempat ke satu tempat .... dah lama aku tak drive. hehhehe .. adehhhh penat! begitulah hari2 ... pergi dan balik.
Post a Comment