Setia
Di jambatan itu. Lalu lalang manusia. Dekat sungguh dengan bangunan-bangunan besar dan moden. Terik mentari tidak menghalang manusia meneruskan kehidupan.
Di situ ada seorang ibu duduk bersila. Seorang anak kecil berlari-lari riang tanpa berlapik kaki kecilnya. Seorang gadis kecil duduk bersimpuh tidak jauh dari ibu dan adik kecil itu. Di depannya ada kole kecil. Ada mangkuk kecil di depan si ibu.
Sejenak kemudian, mendung pun tiba. Guruh bagaikan halilintar memecah kesibukan kota. Rintik hujan mula turun. Seketika namun. Curahan hujan membasahi bumi. Lebat. Adik kecil berlari mencari si ibu. Takut pada bunyi guruh. Takut dibasahi hujan. Gadis kecil masih duduk tidak berganjak. Makin mengecil simpuhnya. Tempias hujan mengenai gadis itu. Tunduk kepalanya.
Si ibu turut basah disimbah hujan. Anak kecil tadi menangis. Kesejukan pastinya. Mengerekot badannya didalam ribaan si ibu. Si ibu menggunakan selendang menutupi anak itu dari disimbahi hujan.
Mereka tidak berganjak. Mereka setia di situ. Kole dan mangkuk ada butir-butir kepingan bulat tidak seberapa.
Hujan berhenti. Orang masih lalu lalang. Ada yang memandang. Ada yang tidak mengerling pun. Ada juga yang melontar sisa baki sekadar syarat. Selebihnya berlalu seakan tidak sedar akan keujudan mereka.
Si anak kecil tertidur di pangkuan ibu. Nyenyak lelapnya. Si ibu mengelap titisan air di wajah anak itu. Basah baju mereka. Si gadis kecil .. tetap tidak bergerak. Masih diposisi yang sama. Sesekali mengerling ke arah si ibu dan anak kecil itu. Matanya tiada sinar. Wajahnya tiada riak. Kelam, suram.
Di sayup senja kedengaran suara memuji kebesaranNya ....
13 comments:
hehehe entri baru kita hampir serupa
:) kebetulan pulak. sehari dua ni saya agak melankolia. lebih2 bila dengar lagu "aitai" kat blog khairyn. hmmmm .. saya respons macam ni ada gak laaa yang nak mengenakan nanti. ekekkeke
memang dia tiru kamu iman.. haha..
awalnya cuma cerita dna tu saja. haha..
Ada satu situasi yang benar2 buat aku menyesal sampai sekarang. Aku pernah zalim kerana ego.
tapi bila dia berlalu pergi. Aku menyesal. Sampai sekarang aku ingat. Aku azam, sekiranya aku bertemu 'dia' aku akan hulurkan bantuan yang mungkin lebih dari mampu.
Satu malam, ketika makan dengan zura.
Rasa bersalah bila kengkadang tidak menghiraukan mereka di atas jambatan itu.
Tetapi, bukan ajaran Islam menyuruh umatnya mengemiskan...
salam.
hmmm kadang-kadang rasa bersalah kalau tak menghulur barang seposen dua. lagi sedih kalau yang mengemis itu orang tua. ohh ohhh rasa sebak kalau melihat :)
pa'chik,
nak buat macamana .. aku kan penipu. orang tua kan selalu cakap, mula2 tipu dan bohong, pastu mencuri.
khairyn,
yup! ko pernah cerita kat aku dulu. kekadang kerja kita buat kita keras hati sampai ke tahap macam tu. sekarang aku latih diri aku supaya tak prejudis sangat kat orang.
kemat,
saya pun. selalu, bukan kengkadang.
azhar,
memang bukan ajaran agama kita. agama kita mahu kita berusaha dengan kudrat yang ada. sebab tu saya marah sebab 3 orang itu mengemis dekat sangat dengan kementerian yang sepatutnya memastikan kebajikan orang2 ini terbela.
akira,
ya. orang tua, kaki berbalut tebal. balutan dah lusuh, kotor. aduhaii ...
ya. betul tu kak. aduhaiii. kesiankan. kalau saya nak pergi ke stesen plaza rakyat dari puduraya, aduhai..watak-watak buta itu buat hati tak sampai hati..hmmm entahlah..
pssstt: sedang bersedih ya :) mari kita sama-sama baca Ar-Rahman :D
sorang kawan aku, pendirian dia, dia bagi saja, peduli hapa mereka tu tipu ke tidak, dia cuma nak dapatkan pahala saja.
kalau nak bagi, bagi saja.kalau tak nak bagi pun,dok diam je la.kwn pa'chik tu bagus..
akira,
terima kasih. insyaAllah diamalkan selalu.
pa'chik,
itu seeloknya.
Post a Comment