Friday, March 30, 2007

Perempuan Oh! Perempuan

Aku perempuan tapi terus-terang aku sendiri tak faham akal perempuan. Cara perempuan ni fikir kekadang merunsingkan kepala. Aku sendiri kekadang tak faham dengan perangai aku tapi sekurangnya aku berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain dengan masalah-masalah yang dibuat sendiri. Bila tentang agama, tiada garis kelabu pada aku. It's always either black or white! No two ways about it.

Apa yang aku baca dan saksikan semalam betul-betul mengguris hati aku sebagai seorang perempuan dan juga ibu. Aku bayangkan Zinnirah dan Nisaa' Az-Zahraa. Semoga kedua-dua permata hati ini sentiasa dilindungi Allah dan ditunjukkan jalan yang benar sepanjang kehidupan mereka, terutama jika aku tiada lagi untuk membimbing mereka. Doa aku agar mereka menggunakan akal mereka dengan bijaksana, bukan mengikut hati dan nafsu melulu semata-mata.

Di dalam sebuah suratkhabar harian semalam:

Di Kota Kinabalu, seorang perempuan berusia 24 tahun risau dirinya jadi perhatian masyarakat, terutama masyarakat Islam sebab dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Dia lebih selesa dan gemar menjalani hidup seperti orang bukan Islam. Alasannya dia tidak pernah diberi pendidikan agama sejak dari kecil oleh kedua ibu bapanya. Bapanya Melayu Islam manakala ibunya Sino-Kadazan yang menganut Islam ketika hendak bernikah dengan bapanya. Disebabkan alasan-alasan yang dua itu, perempuan itu mahu keluar dari agama Islam secara "sah". Pergilah dia ke mahkamah meminta agar perkataan Islam dipadamkan dari kad pengenalannya. Dia juga mahu keluar dari Islam. Kata perempuan itu, jika dia masih dikenali sebagai orang Islam, sukar untuknya menjalani kehidupan seperti yang dia mahu dan suka - iaitu seperti orang bukan Islam. Jika begitu keadaannya, orang keliling akan mencemuhnya.
Mahkamah tolak permohonan perempuan itu sebab 2 alasan itu tidak cukup kukuh.

Di dalam laporan berita stesen televisyen swasta semalam:

Seorang budak perempuan pergi ke mahkamah dengan kedua ibu dan bapanya. Budak perempuan itu mahu mahkamah memerintahkan lembaga peperiksaan menyahkan perkataan "GAGAL" yang dicetak bersebelahan keputusan peperiksaan matapelajaran Agama ISLAM. Budak perempuan itu rupanya tidak mengambil peperiksaan untuk pelajaran itu ketika SPM. Dia ambil PELAJARAN MORAL.
Mahkamah kata tidak boleh juga. Permintaan budak perempuan itu ditolak sebab budak itu yang membuat keputusan untuk tidak mengambil peperiksaan untuk matapelajaran agama ISLAM padahal ianya wajib diambil kesemua pelajar ISLAM.

Inilah jadinya kalau perempuan-perempuan mengikutkan perasaan. Perempuan-perempuan ini samada kurang mendapat bimbingan yang terbaik dari kedua ayah dan ibu atau sengaja tidak mahu mendengar kata.
Kasihan? Simpati? Dah boleh bini dan mak orang ... masih tak boleh nak pikir apa yang betul dan apa yang salah???
Ingat, dengan salahkan mak bapak, boleh dijadikan lesen untuk keluar dari agama?
Ingat, dengan tidak ambil periksa agama ISLAM boleh lepas?
Aku hangin betui dengan mak pak budak pompuan tu! Sokong anak buat macam tu? Adehhh ....


Nota kecik-kenot: Aku bersyukur sebab dua orang hakim tu masih lagi waras. Sementelah hakim yang decide nak tolak permohonan budak pompuan tu hakim india. bagus.

27 comments:

Anonymous said...

cik kak, ini bukan masalah perempuan sahaja...ini masalah global.

adie said...

masalah ini juga akan menjatuhkan maruah islam itu sendirik.

izinni said...

naj,
setuju ... memang masalah global tapi ko perasan tak orang perempuan yang "rajin" buat kecoh macam ni. hehehe contoh kes lina joy, pompuan yang masuk hindu kat perak pastu suruh boipren hindu dia balun pak dia, kes aishah bukhari, SIS ...

errr aku bukan anti-perempuan sebab aku sendiri perempuan TULEN youuuu .. hehehehe

izinni said...

penyu,
pada aku ianya bukan AKAN menjatuhkan maruah Islam tapi MAKIN menjunamkan maruah Islam yang SUDAH parah ke tahap koma di ICU.

achik said...

buat malu je... sedangkan hakim india tu pun boleh berfikir dgn waras... tapi betul la kak, memang ramai perempuan buat keputusan bodoh camtu dan kebanyakkan kes pasal nak ikut agama pakwenya... buduss betul...

Anonymous said...

haha.. kau tau pandangan aku... hahaha...

macam babi sekor-sekor. kalau ada yang nak berjihad, aku on saja. tak perlu hidup aman kalau ugama kena hina.

izinni said...

achik,
orang melayu dah ramai tak boleh pikir dengan waras. perempuan melayu pulak makin lalai dek api asmaradana. cinta perasaan lagi penting dari agama.
Sama-sama kita doa agar anak cucu cicit piut perempuan kita tak jadi gitu ...

izinni said...

aku.. ah. kau tau la sapa,

oohhh siapa kah kau itu?! hehehe
isyyy jihad tu kan terrorist?

akirasuri said...

hakim india tu bagus la. i suka tau! auww!

hmmmm budak-budak sekarang nak kata bodoh, pandai. tapi nak kata pandai, bodoh jugak. jadi kat mana sebenarnya kedudukan budak-budak sekarang?

kes1: bapak dia gagal sebab memang sah-sah gagal didik isteri mualaf dan anak dia. hampeh!
kes2: mak bapak dia gagal. memang gagal untuk diri sendiri dan untuk anak dia. hampeh!

menci tau!

Azhar Ahmad said...

Tapikan.... pompuan kan selalu stress... Tu yang membentuk peribadi mereka sebenarnya....

izinni said...

irusarika,

pandai budak sekarang dari segi IQ tapi dari segi EQ bodoh!!

hampeh pun berguna .. buleh bagi itik makan .. dapat telur buleh buat telur asin. huhuhuhu .. sodap tu!

mehchih kan. hehehhe

so'od said...

yg lebih ironi, orang yg bijak pandai la yg selalu buat kerja2 tak btol mcm tu.
kalau yg mmg bengap tu understood la.
hehe.

hai kak! org baru neh.

izinni said...

hi so'od,
klasik namamu itu. huhuhuhu
selamat datang ke umah saya ni. :)

orang bijak pandai tak boleh nak ngajor lagik sebab dia rasa dah pandai bebenor.
ok lagi orang bengap .. masih boleh diajar walau mungkin lembab. hehehhe

Anonymous said...

assalamualaikum izinni,
kata so'od tu memang betul. yang bijak pandailah yang buat hal ini. sebabnya, lagi bijak lagilah syaitan yang higher ranking tu datang menghasut.

'Ya ALLAH, lindungilah kami dan keluarga kami daripada segala kejahatan. Amin.'

Pa'chik said...

kan aku dah kata, nak buat undang-undang Islam kena tanya kristian, hindu, budha, pagan, semua dulu. kalau mereka tak setuju, takleh la.

Iman Mawaddah said...

Ermm ..seram kalo dipikirkan. Banyak sangat ancaman dan ujian iman akhir zaman ni.

Pa'chik said...
This comment has been removed by the author.
Kemat said...

risau bila org mula fikirkan ISLAM itu menyusahkan, tidah sesuai dengan kemajuan zaman sekarang..

aku paling risau dengan mereka yg kononya pakar dalam ISLAm tapi pendapat mereka mencelarukan keadaan. Aku maksudkan Sister in Islam

izinni said...

waalaikumsalam accia,
Amin ....

pa'chik,
itupun orang melayu islam ni tak sedar diri dan masih nak ikut telunjuk yang bukan islam.

iman,
kekadang tu nama alhamdulillah elok cantik dan indah maknanya TAPI? .... paham2 sendiri la kan ..

kemat,
apabila kata2 orang yang pakar dikatakan ketinggalan zaman ... yang kononnya liberal dan bersuara lantang itulah yang dikatakan benar.
cakap doktor dengor bulat2, cakap ulama'? pertikaikan pulak tu ...

akirasuri said...

hahak.

hampeh pun boleh makan. betul tu. tapi sampeh-sampeh tu patut diTong sampahkan. ciss. busuk betullah diorang tu.

menci tau!

izinni said...

akira,
hahahaha ... sampah pun berharga tau! kalau tak takan ler sampai ada cadangan nak suruh bayar untuk sampah yang dibuang. hehhehee

i hate you know!

Pa'chik said...

oit oit, cerita la pasal rumah $60juta tu. RPK keluar cerita sikit, tapi takde gambar.

banggugar said...

salam,
wau.. masalah perempuan yg global. minta lindunglah kita semua dari sebegitu.. amin ya rabb

(",)

blackpurple @ jowopinter said...

Memang terguris bila membaca berita-berita sebegitu.

Tapi kalau ingin menunjuk salah siapa pun susah juga. Pokok pangkalnya kalau jiwa kislaman tidak dipupuk sejak dari kecil..begitulah jadinya.

Ingin disalahkan ibu bapanya pun susah juga kalau datuk neneknya dulu juga begitu.

Masing-masing ada peranan sebenarnya. Kita semua.

zwitterion said...

apalah yg merasuk depa ni..lps tgk berita kat tv,pasal bdk dpt GAGAL tu mmg bengang sgt..

BaYu SenJa said...

aduh.. terlambat mengikuti entri yang sebegini menarik :)

permepuan....
fitnah terbesar kepada bani Israil ialah wanita..
tapi serikandi Islam seperti Masyitah, Sumaiyyah, Khadijah dan ramai lagi menunjukkan wanita itu lebih baik dari lelaki dengan akhlak dan agamanya...

wanita itu untuk dijaga, maka eloklah ditutup saja..
kalau dibiar terbuka, nanti pastikan ulat suka....

Anonymous said...

We are a group of volunteers and opening a new scheme in our
community. Your site provided us with valuable information to work on.
You have done an impressive job and our whole community will be grateful to you.


Review my blog post: personal injury attorney