Realiti yang Gila
"SILA JELASKAN BIL TERTUNGGAK ASTRO ANDA DENGAN KADAR SEGERA. HUBUNGI 1 800 *** *** UNTUK PENYAMBUNGAN KHIDMAT ASTRO ANDA DI MUSIM AKADEMI FANTASIA KE-5 INI."
Itulah mesej penuh mesra dan sopan dari syarikat milik seorang manusia yang diiktiraf salah seorang manusia terkaya di Malaysia dan Asia, ditujukan khas buat salah seorang rakyat Malaysia yang sudah tidak mampu lagi untuk membayar tunggakan bil siaran televisyen satelit yang dilanggannya.
Begitu "hantu"nya rancangan hiburan yang memaparkan realiti manusia tanah melayu dan borneo yang kemaruk hiburan nyanyian dan jeritan teruja. Masakan tidak? Sejurus diterimanya layangan ingatan itu, manusia yang tidak mampu itu lekas-lekas mengeluarkan simpanan hari kecemasan semata-mata untuk memastikan dia tidak tertinggal walau sesaat pun isi kandungan rancangan itu.

Sampai sekarang aku tak faham apa yang seronok sangat rancangan ni. Dari musim yang pertama hingga musim terkini aku tidak mengikuti. Adalah sekali beberapa tahun dulu, aku bertanya pada seorang sahabat akan peri pentingnya rancangan itu.
Dia menontonnya. Malah adakalanya turut bercerita tentang watak-watak manusia yang menyertainya. Dia juga kata dia agak kagum dengan kebolehan watak-watak itu yang perlu berlatih menyanyi, menghafal lirik, belajar menari serta turut sama menjadi penyanyi iringan ketika watak lain menyanyi. Kata dia, susah nak buat semua itu dalam masa seminggu cuma. Apatah lagi kesemua watak-watak itu dikurung di dalam sebuah rumah tanpa boleh berhubungan dengan sesiapa pun di luar "alam realiti" mereka.
Satu hari kami singgah ke rumahnya di waktu makan tengahari kerana bosan di pejabat. Dia pun buka saluran yang memaparkan diari watak-watak dalam rancangan yang rupanya menjadi kegilaan seantero malaya ketika itu dan juga kini.
Menontonlah aku. Macam-macam soalan yang tanya dan macam-macam jawapan yang aku dengar. Tapi ianya tidak cukup memahamkan aku tentang kegilaan itu. Itulah sekali aku menonton. Selepas itu aku abaikan "kepentingan" rancangan berkenaan. Sekali sekala ada juga seorang rakan yang memasang kuat rakaman nyanyian watak-watak di dalam rancangan itu yang dimuat turun ke dalam komputernya, sambil memberi ulasan samada watak itu menyanyi lebih bagus berbanding penyanyi yang asal.
Tiba satu musim dimana makhluk bernama "Mawi" menjadi kehisteriaan manusia malaya. Aku pelik sekali lagi. "Lorrrr sapa pulak manusia itu?"
Rupanya watak makhluk "Mawi" itu amatlah popular. Siapa yang tidak kenal akan dia. Anak kecil dalam buaian dan nenek yang makin nyanyok pun kenal akan dia. Semua akhbar-akhbar orang melayu memuji-mujinya. Cuma aku je yang tidak tahu siapakah makhluk itu. Ya. Dirumah aku tiada khidmat siaran berbayar itu.

Akhirnya aku tahu juga gerangan makhluk itu. Kini sedang sibuk belajar berlakon pula makhluk itu dengan Mrs. Sifu.
Kini, histeria yang sama berulang lagi. Dari pembacaan, aku tahu yang kononnya, kisah seorang watak yang terbaru sedang heboh diperkata. Beraksi lucah, orang kata. Nauzubilllah.
Bilalah tiba masanya aku akan faham akan kegilaan ini? Aku tak tahu dan aku tak mahu faham.
Nota kecik-kenot: aku suka nengok "Agrotek" dan "Agrojurnal", sebab setiap kali aku nonton terbayang pelbagai jenis lauk dan masakan yang boleh dihasilkan dari produk-produk yang dipaparkan. huhuhuhuhu ...
36 comments:
nafsu aku...terangsang! maksud aku... nafsu makan!
tak perlulah ambil tahu. tidak mendatangkan apa apa faedah pun. berblog jelah macam biasa.
oit, dah gi bayar bil astro tu ke? kang takleh tengok konser malam esok..
atok,
uikkss! time hujan sejuk2 ni memang ler! hehehe
kingbinjai,
HAMBA menurut titah perintah tuanku!
oit pa'chik,
aku takde astro camana nak bayor wei! huhuhuhu
errr apsal rumah ko? aku gi tadi separuh je ada ..separuh lagi dah tenggelam. banjir ke?
tak ah.. orang naik masuk oke saja..
ooo ... itu maknanya tak bagi aku sembang kat umah ko la tu! huhuhuhuhu
Nampaknya kita ada "penyakit" yang sama. Penyakit kehairanan melihat kegilaan orang lain menonton Akademik Fantasia
errr... izinni,
aku ada terima gambar lucah satu orang peserta itu AF5... amacam cerita?
Wah! Getik sungguh dan aku tergetik-getik ketawa hahahahaha
budus!!
heheheh aku pung ada! ekekeke .. dia tara mengaku juga. dia kata itu gambar superimpose juga. itu sebab tara join itu konsert first punya. hahahaha ...
errr ko kenai tak sahabat yang dalam entri ni? ekekekke
indera,
rancangan itu begitu akademik dan ilmiah sehingga saya tak dapat faham satu pun ilmu yang dipertontonkan. :D
Ilmu la tu...ajar orang jadi berani terkinja2 dan tergediks2 depan orang ramai ..menangis2..berpeluk2an..ishh x kesior teman.
Saya teringat bila singgah rumah seorang saudara terdekat malam ahad..satu family dok terlongo ngadap tv..walhal si ayah tok imam tu..hafal kisah setiap finalis. Siap kasi undi sms lagi tu. Saya sebagai tetamu pun turut terlongo...terlongo sebab tetamu tak dilayan seperti biasa. Macam tersalah masuk rumah la pulak. Hebat betul penangan menatang tu.
Adehh sakit idong taip pepanjang ni
ko masuk salah pintu kot. apa da...
iman, ko marah mereka tak ajak ko tengok rencangan bodoh tu ye?.. haha..
iman,
isyyy rancangan tu ada macam-macam ilmu tau. jangan memain ...
1) ilmu hafazan (ingat semua tentang rancangan tu)
2) ilmu tawarih (belajar sejarah keturunan watak2nya)
3) ilmu geografi (baru tahu kampung sekian, sekian ujud)
4) ilmu hisab (-+ bahagi darab duit + sms yang dah dihantar)
5) ilmu bahasa dsbgnya.
hehhehe
pa'chik,
aku masuk ikut pintu umah orang lain pun banjir gak umah ko. hehehe . takpe takde rezeki ko dapat berkat aku bertandang hari ni.
wah...
hangat ya isunya. Bukan di tanah melayu saja ditsunamikan dengan hiburan sebegini.. fikir saya dari barat bumi ke timurnya, dari selatan bumi ke utaranya semua disapu bersih. yang tandusnya, orang islam juga..
alahai...
kat Tanah arab juga semakin dahsyat.. malah hadiahnya lebih mahal dan dahsyat berbanding Malaysia-ku tercinta
saya juga tidak faham apa kegilaan yang ada pada benda tu. fantasia yang dicipta untuk membohongi rakyat malaya sekadar untuk mengaut untung. ya! sekadar beraksi nangis cereka murahan kelas bawahan. huh! tak berkenan nak nengok langsung.
menci tau!!ha ha ha.
musim akan datang aku nak masuk. Gerenti aku boleh menang. Aku orang susah, aku anak felda, aku sekolah arab, aku pernah ada kumpulan nasyid Al-kuburan, tapi aku tak sehebat mawi. Seluar kecik aku tak bisa menjadikan makcik-makcik yang sudah monopous kembali datang bulan.
astro cuma untuk tengok bola...yesss!!!
kawan yang mana ek? Mek Za ka?
samalah kita buk izzi... Saya tak ambik pusing pun pasal benda nihhh.... Tumpu pada pelajaran ngan blog pun dah tak cukup masa, nak layan menda tu plak? Huhuhuhuh
malam tadi, tertengok kejap masa aku singgah kat kedai makan untuk beli rokok. haha.. rokok lagi. (Dalam paper hari ni kata lebih bahaya dari xtc)
nampak la makcik oji yang dulunya kata taknak dedah aurat tu, puh, dengan tudung kecik, menampakkan leher... haha.. mentang-mentang dah slim river sekarang ni...
sy pun suka agrojurnal n agrotek..best..
teringin nak tanam buah naga...hehe
gila apa mereka itu..
chop!
superimpose?
dey!! do not insult my intelligence la beb. lu sapa, orang nak susah payah buat superimpose mcm tu punya perfect?
hahahaha.. aku ingat itu '1999 cute calendar'. Aku simpan sampai sekarang sebab alasan depa - its superimpose. That really tick me off! And it would forever remain in my inbox. hehehe
mintak la kalendar tu..
hahha...
memang dia pun. apa pulak malu nak ngaku.. bongok...
say juga menci macam akira.. hehe
Salam bayu,
Selamat kembali. Hiburan ni kan janji yahudi dan kristian lepas depa tahu takan dapat kalahkan umat islam dalam peperangan. Sebab Muslim apabila berperang, mereka berjihad. Kalau tak silap saya yahudi dan kristian berikrar untuk memerangi umat Muhammad s.a.w dengan 3S – Song, Sports, Sex. Bila umat dah lalai dengan ketiga-tiga unsur tu, senang sangat nak kalahkan kita. Sekarang dah terbukti. Dimana-mana sahaja umat Islam ralit dengan 3S ni. Wallahualam.
Suri,
Cheh cheh! Macam panggil anak tom kurus plak! Hehehehhe … masalahnya rakyat Malaya suka diperbodoh dan dibohongi. Masing2 hidup dalam alam fantasia termasuk mak bapak budak2 tu yang memanjatkan syukur pada Allah kerana anak dapat masuk AF! DUH! Menci kan …
Paya,
Hahaha … ko bawak hantu kubor sekali. Tentu terus depa jadi GILA! Tak tengok AF lagi dah. Hehehhe
Kumay,
Hmmm ko salah sorang manusia yang dirasuk 3S. hehhehee
Khairyn,
Hmm kalau tak salah aku nama dia start ngan huruf “H”
bapak ajehar,
jangan sebarangan dipusing-pusing, nanti kok lehernya kehel nanti. Waaaa .. baru ku tau blogging juga salah satu sukatan pelajaran. ekekkeke
pa’chik,
tertengok ek? Hehehhe .. kata je la ko memang nak nengok.
Huh! Ma’chik oji tu .. aduuh! Aku baca suratkhabor semalam, ada sorang reporter hiburan dalam kolum dia cakap … teruja nengok serkup oji ..sampaikan dia teringin nak pakai “tudung” jugak supaya lebih glamer dari oji. Boleh? Adehhhh
Zwit,
Aku paling suka masa depa cerita pasal cendawan., aduuhhh sedap sungguh.
Sesungguhnya mereka memang CRAZY!
Khairyn,
Hehehe … itulah adanya. Mereka-mereka itu menganggap rakyat Malaya ni bodoh seperti mereka. Mereka anggap rakyat Malaya ni buta teknologi, buta computer.
Errr … aku pun ada lagi kalender cute tu! heheheh
Pa’chik,
Chit! Budak2 mana buleh nengok calendar tuh! Ahahahha ..
Sebab tu dia tu terus tarik diri dari AF. Hahahaha .. bengong!
Bayu,
Jangan menci2 .. nanti cayang! ekekekeke
uiks..cerita pasal kalendar pula ye. Aku pelik kenapa minah tu sanggup ambil gambar sendiri. Snap sendiri. Suka dan rela.
paya,
jangan pelik .. nanti saya buat entry pasal kepelikan ni. hehhee
paya,
tu memang selalu untuk yang suka iklan diri kat maispais ngan frenster... takkan nak suruh adik/abang/kakak/mak/abah/tokwan/tok/pakmenanakan
yang amik kot... hahaha...
woit.. kedekut la... bagi la kalendar tu, aku takde kalendar taun 99 ni.. dah hilang dah... mintak la wei...
lagi satu... sambung internet ko rosak ye?
uikks .. ko budak kecik kenot. tak boleh nengok kalendar 99 tuh! huhuhuhu
aku tak tau pulak! aku reti pakai je .. hehehhe. ngapa ek?
SlotsSpot presents to go to the directory and play free on-line slot machines 우리카지노 Bally without downloading and registration
Many 우리카지노 will remember it from its outstanding role within the 1942 Humphrey Bogart classic Casablanca
Post a Comment