Tuesday, March 20, 2007

Tolor

Bila baca entry Pa'chik pasal bola golf, terus teringat kisah yang agak lucu antara aku dan Syabil Iman beberapa bulan dulu. Kalau aku teringat mesti aku senyum sorang.

Petang tu aku tengah masak di dapur untuk makan malam. Masak daging kicap lada hitam, sambal tumbuk ikan bilis, tumis bayam, sup kentang, ikan selar kuning goreng. Syabil Iman dalam bilik air. Tengah yak-yak (berak ler tu!)

Tiba-tiba aku dengar dia menjerit panggil aku. Panik aku sat. Terus terfikir jatuh ke dia dalam lubang tandas tu sebab Syabil Iman ni "budak kampung". Guna tandas tak reti nak duduk, mesti dipanjatnya tandas duduk tu, nak bercangkung juga. Puas aku ngajor.

Aku berlari anak ke bilik air dengan perut boyot macam busut.

"Ngapa tu?" Terus aku jenguk dalam bilik air. Masa tu dia dah abis yak-yak! Dah basuh pun.

"Ibu, jom gi kinik." Syabil Iman suka ke klinik. Pada dia klinik adalah salah satu tempat yang paling cool dalam dunia. Ada toys, gelongsor, buaian. Pastu mesti dapat vitamin C. Kalau doktor tak bagi dia selamba je mintak. Siap mintak untuk abang dengan kakak lagi.

"Kenapa pulak? Syabil jatuh ke?"
"Takde lah. Kalau jatuh Syabil nangis la. Ni ha .. kat bawah uci Syabil ni sakit kot." Penuh yakin dia buat dianogsis.

Untuk pengetahuan korang, anak2 aku panggil zakar tu "UCI"! hehehehehe ...
"Sakit macam mana?" Sambil pakaikan seluar, aku belek gak ler uci Syabil Iman nak pastikan betul-betul. Maklumlah Uci kan "nyawa" lelaki. Aku nak anak lelaki aku tiada cacat celanya.

Syabil Iman pegang bahagian berkantung dibawah ucinya dan tunjuk pada aku.

"Ni haa .. kat sini ada benda bulat-bulat. Syabil basuh berak tadi Syabil rasalah."

Aku pelik, benda bulat-bulat apa pulak. Aku pun tengok bahagian yang Syabil Iman tunjuk.

"Yang ni?" aku pegang bahagian yang dia tunjuk.

"Haaa yang tu la! Buylat-bulat tu ada dua la bu." Risau muka Syabil Iman. Berkerut dahi dia.

"Ooooo itu bukan sakit. Itu telur."

"Haa? Uci pun ada tolor?"

"Ya."

Terus dia belek kantung dibawah uci dia. Penuh fascination.

"hahahahahhahahaha. Syabil ingat ayam je ada tolor. Uci pun ada tolor. ahahahahhaha" Terkekek dia gelak. Aku pun gelak sama.

Bila abang dan kakak balik dia beria-ia bercerita tentang penemuan barunya itu. Dengan ayah pun dia cerita. Teruja dia ada "tolor"! ;-)



Nota kecik-kenot: Aduuhhhh kenapa masih terasa syahdu hati ni? Apa yang tak kena sebenarnya ni? Aku sendiri tak faham? PMS ke aku ni? hehehhehe ..

20 comments:

Azhar Ahmad said...

Huhuhuhuhuhuhuihuhu seronoknye ada anak nihhhhhh

zwitterion said...

hehe..

achik said...

hehe comel..

akirasuri said...

hahak. tak tahan nak gelak.

comel!!

Pa'chik said...

hahaha...

rasanya bukan pms, tapi meno.. meno..
ah.. ntah.. hahaha...

kingbinjai said...

ha ha ha

bila nak tukar tempalte ni? tukar la tukar la tukar la tukar la tukar la hahahaha

Pa'chik said...

ha.. baru aku ingat,
menos grande;

ada tiga jenis, gillian, adjucas, vastro lorde.
gillian ni bodo, slow, semuanya nampak seakan, tapi kuat jugak.

adjucas; bijak dari gillian, kira tahap vice-captain shinigami.

vastro lorde; macam rope shinigami, lebih kuat dari tahap kapten.

Iman Mawaddah said...

Hehe lawak crita ni.Oitt bila tukar langsir nehh..raya lambat lagi la.

izinni said...

azhar,
memang seronot. awak tu bila lagi. hehhehe

zwit,
hheheehhe balik

achik,
salam perkenalan :) syabil iman memang keletah. errr part mana yang comel? ekekekkeke

izinni said...

akira,
jangan tahan. gelak je. hehehe

pa'chik,
chit! aku dah agak ko musti nak komen macam tu. heheheh :P

king,
isyy baru je berapa hari buat renovation. sat-sat la. lagipun kamu dah buat saya rambang mata. heheheh

izinni said...

huk alohhh pa'chik weiiii, apa yang ko merepek tuuuu ... banyak bertenang ek. hehhehhe

iman,
baru semalam. uiiksss .. typicalnya! takan tunggu raya baru nak tukor langsir? hehhe ..

Pa'chik said...

tu senarai geng jahat yang kuat dalam katun bleach.

Pa'chik said...

dan aku memang dah agak kau agak aku akan komen macam nun kat atas tu.. haha..

izinni said...

huh! patutlah ko "baik"! :P

PayaKubor said...

alamak!!!memang ada dua je ke. Bukan tiga ke. Abis tu aku..aku..aku..

INDERA KENCANA said...

Hahahaha... En Payakubor pucat dah..

izinni said...

lorrrr ... hang ada 3 ke? wah! menarik sekali .. boleh buat kajian nih! hehehhee

indera,
saya sedang bayangkan payakubor pucat .. hahahhaha

13may said...

keh keh keh......

kemat said...

kanak2, bila terjumpa sesuatu yg baru, terus teruja..dah tahu, daia kan mencari 'telor' itu pada orang lain pula..hati2.seisi rumah..hahah

izinni said...

May,
hek hek hek

kemat,
errr dia tau lelaki je ada tolor! heheheh ...