Tanda Harga
Aku dah kena tag sebelum aku ada blog lagi .. dan aku pun tak paham benor kenapa aku kena layan .. macam surat berantai ler plak. Kalau tak jawab, burung berak kat windshield keta aku hari-hari ke?
Memula tu aku tak paham apa benda'alah tag ni. Tag bagi aku adalah satu TANDA HARGA pada barang yang kita nak beli. Kalau mana-mana kedai takde tag harga sekarang ni, pasti disaman. Tapi, ada la sorang kawan jawa aku yang tak reti cakap jawa suruh aku senaraikan perangai pelik aku. Hmmmm dia tak tau lagi ke? hehehhehehe
Layan je laa ... nanti ada yang merajuk, jenuh zurd nak pujuk. hehhehhee ...
1) Aku anti-establishment. Aku sentiasa nak pertahankan perangai anti-establishment aku dari kecik sampai sekarang. Haaaaaa ... musti korang dah kerut kening. cakap anti-establishment je terus ingat aku ni keje kantoi gomen je. tak berkembang betui pemikiran. hehehhee ...
Maksud aku, aku tak suka ikut buat apa yang majoriti manusia dalam dunia ni suka buat. Orang suka tampal macam2 sticker kat cermin keta i.e "Child on board" la .. tapi aku tak suka. nampak anak aku meloncat dalam keta dah satu statement yang kuat ada budak dalam keta. Zaman aku sekolah, semua terhegeh2 nak masuk science dengan perdagangan sebab konon ada kelas, aku nak masuk sastera. hehehhehe .. sebab aku nak jadi reporter la. Orang lain pelik dengan cita-cita aku. Bengong ler depa tu.hehehheeh ... Aku tak suka blogging sebab semua dah ke arah tu sekarang. Sekarang paham kenapa aku liat nak start benda ni??
2) Aku gila ikan keli dan sembilang. Hari2 lauk tu pun takpe. Sampai budak kedai nasi kat bawah opis aku dah tahu menu aku. Sejak aku start keje bulan 9 hari tu, itulah lauk aku tiap2 tengahari. budak opis panggil aku akak ikan keli. hahahahahampasss ... kalau takde, aku akan amik ayam-yam-yam atau tak makan atau aku amik 6 jenis sayur. hhehehehhee ...
3) Aku tak boleh makan kalau takde sayur. Tak lengkap.
4) Aku pantang nampak nyamuk. Aku akan kejar nyamuk tu sampai dapat tak kira di pelusuk mana pun dia terbang. Tak kira nyamuk kurus atau nyamuk gemuk. Kalau gemuk berisi lagi la aku bersemangat nak kejar. Bila dah dekat, aku akan hampiri nyamuk tu pelan-pelan macam askar gerila. Aku ambush nyamuk tu dengan tepukan manja sebab aku tak nak dia mati melepek berlumuran darah begitu sahaja dan mengotorkan lantai atau mana-mana permukaan. Aku nak dia pengsan je. Pastu aku akan ambik nyamuk pelan2, cabut setiap satu kaki dan kepak dia. Bila dah togel, aku akan picit nyamuk tu dengan hujung jari telunjuk dan ibu jari sekuat hati. Pastu aku basuh tangan dengan hati yang puas. Kemudian pengejaran dimulakan semula. Aku sanggup bangun tengah malam check semua family member aku kena gigit nyamuk ke tak ... hhhehehe .. pastu pemburuan pun bermula! hahahahahhaha ....
5) Aku mudah nangis baca sesuatu yang menyentuh perasaan tapi tak akan menangis tengok sad movies.
6) Aku tak suka dimanja. Geli! hehehhe ... Besides kalau ada nampak macam nak manja-manja dengan aku, aku terus suspicious ..hhehehe ni mesti nak sesuatu. isyyyy me and my syak-wasangka which work really well in my line of work.
CUKUP PELIK? PUAS HATI? Jangan buat macam ni lagi noooo .. tak bagus tau. :-D
Lepas ni kena tag 6 orang lain pulak ek? hmmmmm ....
Aku tak nak tag sesiapa! kenapa? aku kan anti-establishment. lagipun aku baik ..tak suka nyusahkan orang ... special trait second child - baik, independant, tak suka susahkan orang ... hahahahhhahahaha

18 comments:
perkh!
Bukan setakat anti establishmen, anti animal right gak. Ko tepuk2 manja lepas tu ko siksa dengan cabut kaki & kepak. Dah tersiksa habis baru kau bunuh dia. Apa kau ingat nyamuk tu tahanan OSA? Ops ISA? hahahaha
Aku tau la ko suka makan, lepas ni gambar makanan apa lagi kau nak bubuh kat blog baru kau ni??
Kau keli aku ayam, dalam newsroom bertemu juga hahaha.. best tak?
kamu zalim yang amat terhadap nyamuk. haha..
keli sedap kalau masak padphed.. fuh.. tapi tukang masak kegemaran aku dah meninggal tahun lepas.
alah.. takkan marah kot kena tag, kan khairyn kan... haha..
pa'chik, kita buat kotak komen dia jadi tempat borak kita pula.
ya-ya betul tu saya setuju. Takkan marah kot?
keli masak padphed.. wah! pa'chik kena masakkan untuk saya nanti ni. Orang kata air tangan tukang masak yang jadikan masakan dia sedap :)
al-fatihah pada tukang masak yang sudah meninggal tu.
Akak ikan keli..meh la datang kampung saya..kampung saya banyak nyamuk..hehe..Macam ni senang lah tak perlu susah panggil orang jabatan kesihatan sembur ubat nyamuk..sebab ada askar gerila nyamuk dekat sini
ny,
hehehehe aku ni gestapo+yakuza+nazi+mossad! tu yang over brutal tuh.
errr ko leh bezakan antara animal ngan insect ek? nyamuk tu WAJIB dibunuh sebab bawak penyakit. boleh bawak maut wooo. lagi afdal aku yang bunuh dari majlis perbandaran datang dengan asap dia yang menyesakkan hidung tu. ko rindu nyamuk ke kat sana? sampai jadi pejuang hak asasi nyamok plak!
setiap entri aku akan ada gambor menda makan .. sambil korang baca, korang menjamu selera mata. hehehehe baik aku kan.
hahahahah kita memang best! errr balik nanti kita buat down memory lane trip gi dengkil nak? ekekekeke
pa'chik,
zalim yang amat kat nyamuk takpe .. jangan zalim kat manusia. sekurangnya ku cuba jadi penyelamat manusia dari terus dihisap darahnya oleh si nyamuk.
keli masak padphed. hmmmm ujung minggu buleh terai nih.
Al-Fatihah untuk yang dah pergi.
eh eh ko lagi?
buat ler macam umah sendiri. takpe. aku suka sangat-sangat. aku kan baik .. tak macam ko .. kemut! borak sikit kat kotak ko ..ko bantai letak tanda harga kat aku sampai aku terpaksa pro-establishment jap! sian aku.
hi iman,
chet! budak perak totok ni panggil aku akak ikan keli plak. nanti laa ... aku cari mana opis ko yang letak sebelah soping komplek tu .. aku nak ambush! hahahaha ...
jangan tak percaya, aku ngan khairyn pernah investigate nak tau member sorang ni opis kat mana ... jumpa tau! hehehheeh .. tak caya tanya khairyn ... budak tu dapat apa dari kitaorang. hehhehe
buleh gi kampung hang tapi kena belanja makan ikan keli sawah la .. tak nak yang bela. ehehehehe
dulu, masa kat machang, tuan rumah sewa aku ada kolam ikan, stu hari tu, dia kena pergi ke johor tiga hari, mintak aku tolong bagi makan ikan-ikan tu, jadinya, dua hari aku tak bagi makan, hari ke tiga, aku mengail keli ngan talapia. dapat 5 ekor keli, 4 ekor talapia. haha..
Malam tu, aku serahkan tiga ekor keli untuk dimasak oleh tukang masak kat sebuah restoran berdekatan. Yang lain, kami goreng saja.
adeh pa'chik,
orang amanah bagi makan ikan ... ko dah la tak bagi makan, ko makan balik ikan-ikan tu. hehehhehe
errr tapi kan musti sedap kalau bakar cicah budu ikan2 tu kan?kan?kan?
alah, selalu pun, memang kami yang bagi makan bukan dia buat bisnes pun, saja suka ada kolam. , memang selalu kami memancing kat kolam tu, tapi, pasal susah sangat nak dapat, tu yang tahan dulu tu.
Bakar tawar, cicah air asam la, baru sedap ratah.
err... time dekat blog ni tak kena la. pakai gmt canada ke?
wah, mesra dan cerianya komentar dalam blog ni.. hehe
suka ikan keli tak pelik la.. yang pelik, tak suka ikan keli..
memang dari planet lain tu :)
bayu, rumah baru, kena la kasik meriah sikit, baru tuan rumah tak rasa sunyi...
pa'chik,
time salah ek? abih sah2 aku kat awang-awangan ...masa mana2 pun buleeehhhh ... hehhehe
welkam, welkam, vanakam sunset wind a.k.a bayu senja,
bila dah terjemah macam nama Red Indian. I like! hehhehe
semua yang datang sini dialukan berbual mesra sesama sendiri atau dengan tuan rumah ... tiada larangan, tiada had laju.
tak pelik ek makan ikan keli hari2 berbulan-bulan, bertahun-tahun?? orang lain muak .. aku lalu je! hehehe ...
aku tak pelik ada yang tak suka makan ikan keli sebab ada yang geli nengok keli ni. kan ke licin, hitam ala-ala ular gitu. keli ok lagi .. jangan belut ... seriau wei!
testing!
yeaaa bulehhhhhh dahhhh :-P
Post a Comment