Changkat Jering
Sepanjang hidup aku dibesarkan di bandar bernama Petaling Jaya. Rumah sewaan ayah dan mak disebuah lorang Jalan 7, Sungei Way. Suasana di dunia kecil itu tak ubah seperti kampung. Maklumlah majoriti yang menyewa disitu asal dari kampung juga. Mereka berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki dan akhirnya berumahtangga dan membina keluarga.
Namun, 2 tahun terawal hidup aku berada di kampung. Rumah Opah dan Tok Wan. Aku ingat lagi, mak dan ayah datang menjenguk aku dan kakak sebulan sekali, tiap hujung bulan. Bahagia sangat kalau mak dan ayah datang. Bila mak dan ayah nak balik, aku yang paling dulu menangis. Maklumlah aku masa tu anak "bongsu", belum ada adik.
Duduk di kampung ada seronok, ada tak seronoknya. Yang seronok banyak gak. Nanti aku cerita. Yang tak seronok ialah kakak lebih disayangi oleh orang-orang dalam rumah tu. hehehhe ... kan ke aku pernah cerita aku ni anak yang selalu dipinggir. Aku pun tak tau kenapa tapi yang pasti aku pernah yakin yang aku ni anak angkat mak dan ayah.
Di kampung banyak gak pantang larangnya. Yang paling aku ingat sampai sekarang, bila nak lalu tepi hutan kena mintak izin .. isyyy bida'ah tul. Tapi itulah yang atok nenek opah tok wan oyang kita ngajor. Kalau tak nanti kena tegur, kata depa.
Aku: Boleh tak kita tegur balik kalau kena tegur?
Opah: Isyyy kamu nih!
Aku: Salah ke?
Opah: Hang ni banyak tanya. Cuba duduk diam-diam. (Aku selalu kena marah sebab banyak tanya)
Kampung aku ada 2. Satu kampung belah ayah di Trong, Changkat Jering, Taiping Perak. (Sampai sekarang aku tak pernah jumpa pokok jering pun atau aku yang tau rupa pokok jering! hahahaha)
Tak tau kat mana Changkat Jering? Alaaa .. dekat dengan rumah Jins Shamsudin tuu ... kata rakyat jelata Changkat Jering pada sesiapa yang tak tau kat mana kampung ayah aku ni. Macam la satu Malaya tahu Jins Shamsudin tu orang Changkat Jering! Agaknya sebab tu salah satu siri filem "Esok" Jins ni berlokasi di Changkat Jering. Filem tu "Tiada Esok Bagimu."
Kalau tak pun depa akan cakap, "Alaaa ... yang tayang kat citer wayang Noorkumalasari berlakon tu. Si Mahyon Ismail jadi maknya."
Macamlah dalam wayang tu ada terpampang nama Changkat Jering. Setakat tayang Pekan Ahad adalah. (Laksa kat Pekan Ahad power tau. Atok sedara aku yang jual, so boleh makan free tiap hari Ahad.)
Errr kalau korang nak tau, time Noorkumalasari dok nangis-nangis merayu kat mak dia yang dia tu anak mak dia tu ... aku ada main-main kat laman rumah watak mak tu. hehehhe (Selingan: kalau nak dengar kisah Noor sekarang, gi sini www.damaitv.com)
Kampung lagi satu di Lenggeng, Negeri Sembilan. kampung mak ni. Kampung ni jarang-jarang kami balik.
Aku sebenarnya pernah duduk dengan opah dalam 2 tahun. Mak dengan ayah bekerja di PJ, jadi tiada siapa yang boleh ngasuh aku dan kakak. Ya. Aku pernah bersekolah di Taiping. Nama sekolah tu Treacher's Methodist Girls School (TGMS), Jalan Lumba Kuda, Taiping. Tua sekolah ni. Ditubuhkan pada 1889 oleh mubaligh-mubaligh kristian methodist. Setahun sahaja aku bersekolah di situ. Darjah 1 pada tahun 1979. Jadi ingatan aku pada saat-saat bersekolah disana tidak begitu terkesan di belakang minda aku ni. Hanya beberapa perkara yang aku ingat.
Peristiwa seorang rakan yang dirasuk ketika berada dalam tandas dan sejak itu sesiapa yang nak ke tandas diwajibkan berteman sebab kawasan sekolah tu, terutama dekat tandas dikatakan keras.
Sekolah ni dekat jugak dengan sekolah King Edward. heheheheh ... sekolah lelaki ya. Jadi, walaupun masih kecik-kenot tapi perasaan malu dah bercambah. Kalau ada budak-budak sekolah King Edward yang usik-usik, tersipu-sipu malu. Sebab tu boleh relate jugak dengan cerita "Mukhsin" tu. (Eerrrr sebenornya aku tak nengok lagi! hehhehe) Tapi idak ler sampai naik beskal sekeliling kampung sama-sama.
Nama budak King Edwards yang aku suka nengok dan dia pun suka nengok aku tu .. nama dia Shahidan. hahahhaha .. Wah! Aku masih ingat nama itu ya. Errr bukan Shahidan Kassim tu ek! Shahidan ni cumel je. Selalu pakcik, makcik sepupu aku ngusik aku dengan shahidan ni. Bila ingat balik, budus mereka itu. Budak darjah 1 dah diusha-usha jadi boipren, girlpren. Bila aku jumpa semula Shahidan bila kami dah muda remaja, sememang dia cumel. Aku lagi tinggi dari dia. hahahaha ... potong kukus betui!
Oh ok! Berbalik pada noltagia di Treacher's Methodist.
Pernah satu ketika aku mendapat markah 100 untuk ujian ilmu hisab. Kembang kempis hidung. Tersipu-sipu bila dipuji kawan tapi akhirnya sejenak cuma kekembangan itu. Rupanya markah aku dalam 60+ sahaja. Cikgu tersalah semak. Bayangkan perasaan seorang kanak-kanak yang belum pun genap berusia 7 tahun (maklumlah lahir ujung tahun :D) bila diejek kawan-kawan. Chis!!!
Trauma aku dengan subjek ilmu hisab ni sampai sekarang ... sampai setiap kali ujian matematik aku tak pernah harap dapat lebih dari 60 markah! hhahahahaha .. Malah aku selalu yakin aku gagal setiap ujian matematik aku hingga aku pelik bila keputusan SPM aku mengesahkan aku lulus kertas matematik, sampai aku jumpa Puan Julia guru maths sebab tak percaya. Dia pun tak percaya! hahahahahhahampeh!
Yang paling tidak aku lupa ialah seorang guru. Dia guru kelas ku. Sampai sekarang aku pasti tidak akan lupa namanya walaupun kenangan wajah dan lubang hidungnya sememang sudah terpadam dimemori dibelakang minda ini.
Namanya Mrs Quek. Mudah kan? Macam bunyi-bunyian itik ...
Aku dan kakak pernah juga ketinggalan van yang bertanggungjawab menghantar dan menjemput kami pergi dan pulang sekolah. Aku ke tandas. Kakak menemankan. Pakcik (bukan pa'chik ek!) bas terlupa akan kami. Duduklah kami berdua di atas beg kotak bersegi bercorak kekotak berwarna merah bergaris hitam dan putih. Kami menunggu sehingga Maghrib. Tak berganjak langsung dari tempat kami menunggu. Nak terkucil pun kami tahan. Risau ditinggal sekali lagi kalau pakcik patah balik mencari kami.
Akhirnya sebuah kereta peronda pulis menghampiri dan bertanya kenapa kami masih disitu. Kakak penakut. Terkunci rapat mulutnya. Padahal dialah wira becok lebih-lebih lagi kalau nak marah aku.
Aku: "Tunggu pakcik. Pakcik dah pegi."
Pak Pulis: "Rumah kat mana?"
Aku: "Kat Changkat Jering. Dekat rumah Jins Shamsudin (betapa bangganya orang Changkat Jering dengan Jins Shamsudin nih!)
Aku: "Kat Changkat Jering. Dekat rumah Jins Shamsudin (betapa bangganya orang Changkat Jering dengan Jins Shamsudin nih!)
Pak Pulis: Dah nak malam. Jom pakcik hantar balik.
Aku: Ok. Nanti tunjuk jalan. (konfiden! huhuhuhuhu)
Memang aku tunjuk jalan balik ke rumah Opah pada pak pulisi. Kakak aku? Duduk dediam nangis! Aku bangga gila sebab dapat naik kereta polis. Aku hormat depa. Sekarang? Hormat aku makin pudar. Jangan harap aku nak bagi anak-anak aku naik kereta polis .. melainkan mereka ditangkap kerana berbuat perkara yang betul demi agama dan negara.
Itulah antara kenangan aku ketika bersekolah di Taiping. Masuk Darjah 2, aku sudah berada di Petaling Jaya. Kembali bersama mak dan ayah. Aku sekolah kat Sekolah Anak Setan pulak! Oopssss Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah 2, Petaling Jaya (SKSAS). Akan aku ceritakan kisah aku di sekolah ni satu hari nanti bila benak di belakang minda ini terurai :D
OH ya! Satu lagi kisah yang masih terpahat di kepala ini ketika aku bernetap di Changkat Jering dekat rumah Jins Shamsudin, bersama Opah dan arwah Tok Wan.
Aku pernah dikejar lembu. Ya. Betul. Masa tu aku ke tadika dekat surau Jalan Air Kuning. Uniform tadika aku berwarna merah menyala. Balik dari sekolah aku akan lalu denai tepi-tepi hutan kecik dan belukar serta belakang rumah orang. Kampung dulu-dulu mana ada jalan yang bertar. Denailah sistem jalanraya yang paling mudah. Tak perlu bayar tol pun! :p
Kebetulan satu hari seekor lembu jantan sedang asyik meragut rumput di tepi belukar dekat dengan kubur. Entah kenapa aku pun asyik memerhatikan lembu itu makan tengahari rumput-rumput subur berkhasiat.
Tetiba lembu tu menoleh dan matanya singgah manja ke arah saya yang tengah melengu memerhati binatang besar sasa itu santap.
Terus lembu itu merengus. Aku tak tau apa makna rengusan tu. Masih lagi sedap bersandar bawah pohon manggis bersenang-lenang.
Kaki kanan lembut itu menguis. Wah! Mahu menarikah dia?
Rengusan lembu itu semakin kuat. Barulah rasa risau dan takut bersarang dihati. Hati kata "LARI!" tapi minda kata "NANTI." Siapa menang?
Tentulah hati menang. Aku lari sekuat hati macam pelesit. Tak jijak tanah wooo! Jarak dari "Crime Scene" sehingga umah Opah ada lah dalam 1km. Aku berlari, si lembu mengejar. Aku nangis, lembu rengus. Tak terasa jauhnya larian Olimpik itu. Sampai rumah, aku masuk tutup pintu, intai balik tingkap. Eh! Lembu dah takde. Aku tak tahu setakat mana lembu itu berhenti mengejar. Yang pasti sejak itu Wan Chu (anak no-9 opah, adik bongsu ayah. ayah anak sulung) wajib menjemput aku balik dari tadika. Kalau Wan Chu lambat, aku takan berganjak dari tadika.
Kawan baik aku ialah Intan. Dia suka sangat makan nestum. Tak nak makan nasi. Aku cakap dia baby. Ye lah, baby je suka makan nestum. Aku rindu Intan. Kami terputus hubungan sampai sekarang. Pernah terserempak dengan Intan masa bersekolah di Menara tingkat 13. Dia ambil jurusan accountancy kalau tak silap. Kurus je orangnya. Mana taknya dia suka makan nestum! hehehehe.
Masa aku jumpa dia tu aku tanya dia makan nestum lagi ke ... Intan kata kekadang ada gak! Adehhhh!! Sekarang aku tak tau dimana Intan. Kalau tanya Wan Chu mungkin dia tahu kot. Dah berkeluarga agaknya.
Kenangan semasa di Changkat Jering - panjat pokok manggis, mandi di anak sungai sebelah umah Opah, main selut kat bendang, berlari-lari di batas sawah, tunggu durian jatuh di kebun buah Tok Wan, main congkak tanah, buat anting-anting guna anak buah kelapa, berbatu seremban, tengok opah buat cendok dengan laksa guna sejenis alat dari kayu pastu jual cendol yang opah buat masa bulan puasa - isyyyy banyak sungguh ... memang boleh buat aku tersenyum sendiri.
Nota kecik-kenot : Aku tengah tersengih sengsorang depan pc nih! :D
27 comments:
panjang weh..
wah.. ko pun pelakon juga...
err... ko jadik pelakon ni.. takde amek gambar sendiri ke? heheheh...
hehehehe .. panjang ek? jenuh aku menaip ... ko baca tak? hahahhaha
pelakon sisipan je .. budak umur 6 tahun apa yang dia tau. noorkumalasari tu pun aku tak kenal masa tu. pelik aku nengok dia nangis beria-ia. hehehhe
eleh, rupanya dia pun berjiwa lembut....
ni entri panjang2 ni nak cabar entri bayu ka?!
nota: elok juga hikayat hidup izinni ni dibukukan.. kalau jual tak laku, elok saja simpan untuk anak cucu nanti :)
ah.. ko mengelak dari jawab soalan aku.. hikhikhik...
kawan ko nestum tu, mesti dia lebih banyak sudukan nestum tu ke mulut dia dari anak dia kan.
bayu,
lembut ek? aa..auwww! hahahhaaha
bukukan? tak payah ler! nanti dalam wasiat, aku tulis add blog ni untuk anak2 aku. hehehe
pa'chik,
ngelak amendanya? ko nak nengok gambor bugel ke? hahahahah separuh bugel ada .. masa tu aku tengah meniarap .. siap dalam studio lagi! gambor itam putih kehidupan ... umur aku 7 bulan! hahahahhahaa
entah ler .. gamaknya la kot. nantilah aku balik taiping raya posa aku tanya wan chu intan kat mana sekarang .. buleh aku tanya.
he he he saya juga tersengeh di depan pc baca entri ni..he he he..
besh kan masa zaman budak-budak dulu..duduk kampung..alahai..rindu :)
haha..sy baca sampai habis tau
Mak saya dulu kalau singgah Pekan Ahad Changkat Jering mesti beli Kuih Maniram. Saya panggil Kuih Telinga Keling.
Entah apa sedapnya kuih tu, saya pun tak tahu...
zwit,
clap clap clap! tengkiu :D
akira,
errrr jaga2 sengih tu .. nanti ada yang kata sewel! hehehehe
indera,
kueh tu manis sangat. tak berapa suka benda2 manis ni
Oooo. Orang Cangkat Jerin...
Teringat pecal dan sate kat Pekan Sabtu...
http://jiwarasa.blogspot.com/2004/12/pasar-minggu-changkat-jering.html
kak izinni..
tak pe, saya kat rumah..paling kurang mak saya akan kata saya tersengeh gatal depan pc. ha ha ha..
Patut la jadi reporter..dari kecik dah banyak soal hehehe
selain shahidan kasim, kat perlis jugak ada shahidan kusyen, kedai dia dekat utan aji.
uish... panjangnye ceta...
btw, penampor jepun tu macam mana ya?
ni entry lepas gian ke ni. Ohhh..kau artis rupanya. Nak sainnnn
oit, cerita la pasal lojing tu. Aku nak tau jugak. Tengok kat tibipasdotkom tu, tak banyak isi.
ice kacang:)
wah, panjangnya. saya baca sampai ais kacang. gambar makanan Miss Google tu selalu buat saya lupa topik sebenar!
Tak bais citer lagi nehhh... Esok sambung ek... Tak sabar nehhhh
korang-korang,
hari ni busy sangat pasal isu lojing, jadi masa untuk berjurnal dan bertandang ke rumah korang-korang amat terhad. Maaf sebab tak sempat nak menjawab satu-persatu komen korang-korang.
Terima Kasih :)
teringin la tengok ais kacang tu!!!!!
baru ni time main salji, member bayu bawa susu, kacang dan sirap gula..
aduih, kebas rengkong :)
izi, kalau buleh ko dedah je sapa yang terlibat. selalunya hal tanah kat negeri ni mesti berkait dengan perempuan dari siam tu. apa-apa pun, mesti nak ada nama dia.
tak ramai yang nak bagi signal yang rakyat dah tak suka dengan dia tu. Perampas tanah.
chop! perempuan siam tu sapa? hehehhe .. aku blur kejap. anis tu ke?
pa'chik .. hang puas hati tak dengan story semalam?
aku nak korek pasal sazmi miah tu pulak. musti tak dapat projek sebab tu tensen naik heli gi check lojing
baguh dah tu.
jeming tu, dia memang gila ngan lojing, dari dulu dok cari salah ngan lojing tu je.
ko jangan la tulis nama teghang-teghang.
pa'non,
kalau pasal pompuan tu .. susah sikit la sebab dia ala2 daulat gitu. kan ke dia salah sorang yang kunun hak tak boleh sentuh dalam perlembagaan! :P
errr kalau 3,4 hari aku senyap je .. maknanya aku dah kena daulat siam! hahahahaha ...
Post a Comment