Aneh
Manusia ni makhluk Allah yang aneh. Aneh dari segi tingkah-laku, aneh dari segi pemikiran, aneh dalam segala segi.
Semalam aku baca sebuah akhbar kecil sisipan akhbar besar. Akhbar sisipan itu berbicara tentang dunia hiburan. Seperti biasa, kolum wartawan gossip menjadi tumpuan. Ya. Saya juga nak tau kegilaan dan kepelikan terbaru yang terhasil di dunia sebelah sana. Sungguh menarik kepelikan yang saya baca semalam.
1) Ianya berkait kisah seorang pengacara popular sebuah saluran televisyen swasta yang heboh dengan perkampungan dimana SEMUA .. ya! SEMUA pengacara wanitanya ayu bertudung selama 3 hari. Oppsss .. berbalik pada kisah pengacara wanita itu. pengacara itu baru mendapat segulung ijazah. Alhamdulillah .. baguslah. Makin bertambah manusia berijazah di Malaya sekarang. Begitu gumbira di hati pengacara itu. Akibat kegumbiraan tidak terhingga, sekembali dari menerima gulungan ijazah itu .. terus dia ke bilik. Ya. Bilik tidur. Bukan bilik jamban. Dirungkai satu persatu pakaian di badan. Lurutlah baju, kain, seluar dalam, baju dalam. Jadilah dia seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia.
Dengan megah dan bangganya, dia pun bergambar dengan gulungan ijazah itu dalam keadaan BOGEL! Ya .. itulah mahasiswa negara. Makin aneh kelakuan mereka.
Pagi tadi ketika memandu ke tempat kerja terdengar berita ringkas di radio. Menteri Belia dan Sukan mempunyai idea baru bagaimana hendak mengurangkan statistik penganggur berijazah di Malaya. Susah hati rupanya dia ya. Maklumlah negara bernilai trillion ringgit tiba-tiba ramai penganggur yang berijazah.
2) Terdapat hampir 60,000 penganggur terhormat di Malaya ni, kata menteri perempuan bertubuh sasa itu. Jadi, dia menyarankan agar penganggur-penganggur ini "Pandang ASEAN". Bukan "Pandang ke Timur."
Cik Menteri tu kata, eloklah sekiranya mereka-mereka itu merantau mencari peluang pekerjaan di negara-negara ASEAN.
Hmmmm sedangkan rakyat negara ASEAN pun ke Malaya mencari pekerjaan ... Aneh bukan?
Jumaat lalu, sebuah portal web berita mengisahkan penemuan siasatan "Hari Ahad yang Berdarah" a.k.a "Bloody Sunday." Panel siasatan setuju yang pihak yang ada kuasa itu telah menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kekerasan melampau ke atas rakyat Malaya yang turun ke jalan beramai-ramai membantah perintah memanda menteri.
3) Panel siasatan SUHAKAM kata sah polis menggunakan kekerasan melampau. Panel juga bersetuju bahawa rakyat malaya tak perlukan permit untuk berhimpun secara aman di bumi malaya ini. Perintah supaya mendapatkan permit sebelum berhimpun adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaya sendiri.
Semalam polis sambut "Hari Polis" ... ke 200 ya? Sudah bangka rupanya. Temanya cantik sekali "PDRM Ke Arah Terbilang di Dunia". Bagaimana pula dengan terbilang di mata rakyat Malaya? Ya. Betul. Bukan semua polis salah guna kuasa. Majoriti baik dan betul-betul berkhidmat kepada rakyat. Tapi disebabkan pembunuh Altantuya, si kaki pukul demonstrator, si sekutu pemaju, si makan rasuah dan segelintir lagi merosakkan keseluruhan sistem.
Betullah kata orang tua, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." Aneh sungguh!
Itu belum lagi kisah seorang putera raja yang membelasah sang kekasih yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang pegawai polis. Akhirnya pegawai polis itu dihantar ke Sarawak dengan kadar serta-merta. WAH!! Sarawak jadi sarang "orang jahat"! Betul-betul aneh!
Di saluran tv yang satu lagi. Oh! bukan saluran televisyen swasta atau milik rakyat malaya itu. Siaran tv ini hanya boleh diikuti di laman maya. Ya. Dunia tanpa sempadan ini. Aku tertarik dengan kenyataan Ketua pemuda parti warna hijau itu. OH ya! kenyataannya bukan satu keanehan
4) Sudah tiba masanya Pemuda dan Muslimat turun mendekati dan menghulurkan salam kemanusiaan kepada "makhluk" disekitar Chow Kit dan lorong-lorong haji taib. (Kasihan Arwah Haji Taib .. namanya dikaitkan dengan maksiat .. aku masih mencari siapa gerangan Haji Taib ini hingga namanya disemadi didaerah itu.)
Kata Ketua itu, jika mereka tidak mendekati "makhluk-makhluk" itu, siapa lagi? Hendak diharapkan makhluk yang sukakan keris yang dihunus? Makhluk itu lebih rela menggadai nyawa terjun di kutub utara.
Ketua itu kata tidak salah menyapa memberi salam. Tunjukkan rasa kemanusiaan, bukan kejian dan pandangan hina kerana mereka itu semua hambaNya juga.
Bagus gesaan ketua itu, walaupun seorang pemimpin wanitanya baru sahaja kehilangan nafas dikejar mat pit baru-baru ini. Harap tidak melunturkan niat baik untuk berdakwah.
Oh ya! Semalam televisyen yang ada 4 saluran itu buat undian lagi. Kali ni tentang program anak-anak remaja yang mahu diajar berperang dan berinteraksi sesama kaum. Harapan aku semoga makhluk Malaya yang suka bergesel antara lelaki dan perempuan demi memperjuangkan kesamaan jantina tidak akan menentang.
5) Ketua negara nombor Ithnain yang dikatakan tak sebulu dengan ketua nombor Wahid. (Betul la tu .. memang bulu-bulu mereka tidak sama!)
Ketua nombor Ithnain itu sedang berkira-kira untuk mengkaji saranan untuk memisahkan peserta PLKN perempuan dan lelaki. Keputusan undian menyatakan 54% setuju dan selebihnya tidak setuju.
Aku? Setuju la. Anak perempuan aku ada 2. Kalau ditakdirkan depa masuk PLKN tu aku nak depa selamat dari mata-mata dan tangan-tangan makhluk yang tak betul.
Nota kecik-kenot: Makhluk Malaya semakin aneh ...antaranya keanehan manusia yang lepas kencing atau berak tak reti nak flush!! Pastu tong sampah sah2 ada dalam setiap cubicle tandas tapi masih buah tisu dalam mangkuk jamban! BONGONG!
33 comments:
tua saja.. tapi bongok!! tambah pulak ketuanya pun, dabel bongok.
sibibir merah tu... haha.. cakap ngan dia, batalkan la program tu..
err... takde ke gambar pengacara tu... ekekekek...
p/s: ko saja lalu taknak singgah ye...
member aku kata...polis dlm cerita gerak khas saja yg baguih...hahha...
Saya anti rasuah:D
pa'chik,
ko part bugel tu laju je mintak! hahahaha ...
p/s balik: hari jemaat umah ko banjir. weekend aku malas nak bukak internet. aku main ngan anak2. hari ni baru jelajah umah kawan2. dah banyak komen aku letak kat tingkap ko tu. :)
kumay,
pak pulisi dalam gerak khas memang semua baguih! ekekekkee ... ikut skrip maaa :D
mana ada laju.. aku mintak pelan-pelan saja.. haha.. aku dah lama tau isu tu sebenarnya... tapi masih tak tau sapa..
Banyak keanehan kat Mesia skrg nie. Benda2 pelik, yg tak terikir selama ini boleh terjadi. Hu, rasa takut pulak pikir'n tentnag keanehan ini.
sungguh gilos pengacara itu...
wah! gila! baby tua dengan segulung ijazah di potretkan? macam buruk jek. ha ha ha.
nasib saya perempuan dan bukan lelaki. kalau lelaki pasti! sudah banyak berimijinasi dengan baby tua segulung ijazah. ha ha ha.
lupa TM saya.
menci tau! ha ha ha.
hahahahaa
hantar ke tingkap email ku jua.. aaaa apa salahnya. Dah lama tidak ku lihat baby melayu bertopi empat segi aaa atau segulung kertas putih tu.
Pandang ASEAN je ke? Wah sekarang dunia globalisasi, pandang Barat boleh Timur boleh, Selatan boleh Utara pun boleh. Mak, janganlah teriau, anakanda pergi mencari rezeki lalalalala
Tu lah yang aku musykilkan juga. Lorong2 gelap itu seperti dipinggirkan. Bakal menjadi Thailand ke 2 kah kita ni?? Tu belum lagi di JB. Jalan Wong Ah Fook yang terkenal dengan 'ayam-ayam tua'.
hahahahahahaha masalah toilet nampak??
pasal 60k graduan tu, mereka cakap macam tu, sebabnya, utk SJER tu, mereka bebaskan serikat yang nak melabur kat situ dari syarat kena amek 30% tenaga kerja bumiputera...
izinni, tu gambar laksam ya? awak buat sendiri ke? sori, lari dari topik sikit.
Semua dah tak ngeti nak letak akal di tempat yang betul.
salam,
akal dikepala letak pulak dikepala lutut, memang samanya bang**g dgn kerbau..
pueh hati aku kata kat dia..
(masih sabau..)
(",)
mafhum hadis nabi..
Islam bermula dengan pelik, dan akan sampai akhir zaman nanti Islam dilihat kembali pelik...
tapi..
bukan pelik macam izinni cerita...
alahai
bayu tag izinni...
saja tambahkan kerja :)
kuikuikui
anehnya
pa’chik,
Heheheh … tu ayat nak aku bagitau sapa manusia pelik la tu ya? Hehehe
kemat,
Apa yang lebih menakutkan ialah bila ramai menganggap keanehan itu satu kebiasaan.
achik,
Dia tak puas bugel kot .. hehhehe
akira,
Huh! Menci tauuuuu .. ekekekeke … bukan macam buruk. Memang buruk pun.
Khairyn,
Hantar tingkap ko ek? Errr aku dapat nanti aku bagi. Kekekke
Dunia je globalisasi, Malaya ni glokal! Ekekeke
Bakal menjadi Thailand ke-2? Aku rasa dah lama pun jadi kembar haatyai.
Huh! Ko pun tau hubungan cinta aku ngan toilet kan? Ekekekek ko pun sama gak kan kalau “kekasih” hati tidak sempurna kebersihannya. Hehehhe
Pa’chik,
Hmmm menarik info ko pasal SJER tu. Perhaps aku boleh buat follow-up pasal tu.
Salam accia,
Selamat datang ke rumah saya. :)Ya. Itu gambar laksam tapi bukan saya buat .. personal assistant saya yang buat. Miss Google :D hehehe
Accia, kat sini dibenarkan off topic. No restriction whatsoever. Nak sembang2 pun sangat digalakkan. Hehehe
iman,
Itulah manusia. Akal tidak dihargai .. padahal akallah harta manusia yang paling bernilai yang diberi Allah.
dik_gugar,
Sekurangnya kerbau yang bangang itu sedap kalau dagingnya dibuat rendang minang!
bayu,
Islam pelik pada yang tidak tahu. Kepelikan yang terjadi sekarang bukan sebab agama tapi sebab manusia yang tak amal agama.
bayu,
Tag?? Apa itu tag?? Virus pelik apakah itu? OHH!! AKU TAKUT! :P
king,
memang aneh ....
elok la tu. aku pun cuma baca kat laman marhaen saja.
Negara kita sememangnya banyak yang pelik-pelik. Terutamanya apabila melibatkan mereka yang memegang tampuk kuasa..
Wah..banyak isu dibangkitkan dalam entri ini. Tak tau mana satu nak komen..
Komen secara general...
Kalau pemimpin dah bobrok, lama-lama negara pun jadi bobrok. Jangan sampai jadi negara kokang nanti.
indera,
betul tu. rakyat juga yang jadi mangsa akhirnya.
BP,
itulah menjadi kerisauan sekarang ni sebab tanda2 nak jadi negara kokang dah semakin banyak.
hmmm..
ko baca blog rokibru dak?
yang cerita pasal khazanah, sjer, dan pelantikan berendanPARIAra tu.
suruh la budak ko pegi tekan kazanah tu.
zwit,
humming lagu apa tu?
pa'chik,
baca. hari-hari. budak aku? malas nak citer ah! hehehhe .. insyaAllah BOSS! hehehhee
kalau budak ko takleh harap, ko la pegi. mesti lagi tak seronok bos kazanah tu.
Wahhh buk izzi semakin lantang!
pa'chik,
aku gi ek? buleh tapi anak2 aku nak letak mana? especially yang masih menyusu tu? aku bukan ada maid. hehehhehe ... takpe nanti aku rancang apa yang patut, insyaAllah.
bapak ajehar,
lantang ke? tak rasanya ... hehehe
ko kerja bawak anak ke?
pa'chik,
masa memula keje bulan 9 lepas aku terpaksa bawak budak2 datang opis especially time cuti sekolah. yang selalu ikut syabil iman.
weekend kalau terpaksa keje, kena bawak anak2 la. depa suka ikut aku dari ayah depa. muhammad irfan ikut aku masa aku cover kg berembang. dia kata ibu wartawan hebat! hahahahhaa
aku kalau boleh elak gi outstation. immediate boss aku pompuan, dia pun ada anak. so dia faham. dia bagi aku outstation time cuti sekolah so aku boleh bawak anak2 sekali. yang kecik tu memang tak boleh tinggal la. masih menyusu badan.
itu sebabnya aku tak boleh turun Johor walaupun aku nak sangat korek banyak benda pasal WPI tu.
boss aku masuk keje balik minggu depan. kami akan berbincang, insyaAllah.
uikkss! pa'chik tanya 5 patah, aku jawab berpuluh patah! hahahahhaa :P
Post a Comment