Tuesday, March 27, 2007

Iklan

Ada perkara yang berlegar di kepala aku tapi agak berat topiknya, jadi aku abaikan dulu.

Dalam perjalanan ke pejabat sehari-hari, radiolah peneman setia penghibur hati. Selain lagu-lagu yang berkumandang, tidak sah kalau tiada selitan iklan demi iklan yang adakalanya menganggu keseronokan mendengar radio. Ada iklan yang OK, ada jugak iklan yang KO. Ada 2 buah iklan yang begitu menarik perhatian aku. Mesej serta maksud tersirat iklan yang dua ini sering buat aku sengih sendiri. Pada yang pernah dengar butir-butir dialog iklan-iklan tu, pasti boleh cam produk apakah yang cuba dipasarkan. Apa pula yang cuba diterapkan dalam pemikiran orang-orang yang mendengar iklan-iklan ini?

IKLAN 1
Perempuan : "Minggu Pertama"
Lelaki: "Wahhh! Cantiknya isteri abang."

Perempuan: "Minggu Kedua"
Lelaki: "Wahh! Besarnya kereta baru isteri abang."

Perempuan: "Minggu Ketiga"
Lelaki: "Wah! Seronoknya percutian kita di luar negara .. sayanggg."

Perempuan: Hidup akan lebih mewah bila menjadi agen kosmetik bla bla bla .....

Lelaki: "WAHHH! Indahnya rumah baru kita sayanggggg."

IKLAN 2
Cik Nah: "Zulkifli .. Zulkifli ... Zulkifli"

Cik Mon: "Eh! Bukan ke nama suami awak Hashim?"

Cik Nah: "Ya, Cik Mon. Tapi saya tak bolehlah kalau tak ada Zulkifli, Cik Mon."

Cik Mon: "Isyy .. Biar betul Cik Nab. Cik Hashim tak marah ke?"

Cik Nah: "Tak adalah. Cik Hashim la yang kenalkan saya dengan Zulkifli, Cik Mon."

haaa lebih kurang gitulah dialog-dialog iklan yang aku dengar. Macam-macam orang buat untuk lariskan barang ....



Nota kecik-kenot: Aku "suka" iklan Jomheboh yang baru .. ramai makhluk terkinja-kinja termasuk pak haji muda yang zaujahnya cantik bertudung litup :D

13 comments:

Iman Mawaddah said...

Benci betul bila dengar satu iklan ubat gigi ke berus gigi. Yang berbaur mengada2 18sx skit. Macam manalah boleh lepas.

Pa'chik said...

aku paling tak suka iklan bank rakyat tu, yang adik perempuan tu nak mintak loan, ekspresi muka, macam sial!!! hahaha... dan satu lagi hiklan budak botak melompat jadi pucung tu.

Anonymous said...

dulu iklan lagi teruk.iklan tongak ali ke ape.hish.. agaknya diorang ingat kalu ade double meaning skit, iklan tu jadi lebih catchy kot .

akirasuri said...

saya tak suka iklan radio. kadang-kadang rasa geleman pun ada. ha ha ha. tapi jomheboh. ha ha ha. menci tau!

Anonymous said...

hahaha...sokong pakchik, pasal iklan budak botak jadi pocong.
dia tue... memang perlukan banyak minyak wangi, sebab dia macam... kentut!

khairyn said...

Samala juga dengan iklan2 kat sini. Banyak mengarut tapi ada juga yang kelakar.

p/s aku jarang dengar radio sejak kotak hitam tu diletak di ruang tamu. Hari Sabtu sambil menggosok sambil dengar KLfm hahahaha. Aku suka kenangan lalu KL fm :)

zwitterion said...

kdg2 iklan lawak bodoh..

kingbinjai said...

suka iklan digi

Azhar Ahmad said...

Uhummmm saya dan kawan2 saya akan gelak berjemaah bila dengar satu iklan beras...

"Cap, cap, cap, beras cap rambutan"

Kenapa?

Ada unsur lucah disitu...

Anonymous said...

assalamualaikum izinni,
kalau iklan TV saya suka, iklan radio saya tak suka. mmm...sedapnya lauk petai tu.

izinni said...

iman,
Asalkan rm masuk, mesti lepas punya …

pa’chik,
Eheheheh iklan bank rakyat tu memang siot. Urusan camtu pun nak harap kakak tanyakan!
Budak botak pochong tu ek? Hehehehe … lawak gak kekadang aku nengok

penyu,
Diaorang tak peka yang dengor radio ni budak2 kecik ada sama

akira,
Menci kan kan kan …

mudin,
Uiksss bucuk aaaa

izinni said...

khairyn,
Kelakar takpe buleh gelak. Ko memang penggemar setia KLfm … aku cuba gak dengar tapi tak boleh masyuk aaa. Sekarang ni aku suka dengor Sinarfm .. heheheh sebab pagi2 ada salleh yaacob buat lawak bodoh! Ekekekke .. pastu lagu nostalgic abis .. lagu time2 sekolah dulu, rock kapak etc .. huhuhuhu

zwit,
Iklan lawak bodoh takpe, boleh layan lagi. jangan lucah! Tak kesior teman!

king,
Iklan digi memang cute. Hehehehe .. yang India kawin tu, yang kat airport tu ..

azhar,
Errr part mana ayat tu yang lucah? Hehehhee

accia,
Waalaikumsalam :0
Saya suka jingles iklan tv… petai tu kalau campur dengan masak tempoyak ikan bilis .. adehhhh! Menjilat jari sungguh!

CikguAndey said...

pernah tengok iklan di tv indon. Kompem korg ketawa je