Sunday, March 04, 2007

Apabila mereka berbicara ...

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:
- "Islam melangkaui etnik dan bangsa. Jika kita boleh menghulurkan tangan kepada penganut Kristian dan mengadakan dialog antara-agama dengan meraka, kenapa kita tidak boleh berbuat perkara yang sama demi menyatukan umat Islam?" Tanya beliau.


- "Seperti yang telah saya katakan di persidangan-persidangan yang lepas, saya tidak boleh bersalaman dengan seorang Syiah dan berkata ‘Semoga Allah merahmati Abu Bakar, Umar dan Aishah,’ ketika dia berkata, ‘Semoga Allah melaknati mereka.’"

- "Semua pengamal ajaran Sunnah sayangkan para Sahabat," tegasnya. "Siapa yang tidak sayangkan Ali ibni Abi Talib atau Al-Hassan dan Al-Hussein?"

- "Menghina para Sahabat," tambah Qaradawi, "sama seperti kita mengatakan Nabi Muhammad s.a.w bukan seorang model peranan (role model)."

- "Mereka yang menghina para Sahabat mesti menghentikannya serta merta sampai bila-bila," tegas beliau.

- "Hanya kerana penganut Syiah terdahulu melakukan kesilapan, kita tidak boleh meletakkan kesalahan itu ke atas generasi muda kini," ujar Qaradawi.

- "Jika Iran diserang Amerika Syarikat, kita tanpa ragu-ragu akan bersatu menyokong Iran," tegas Qaradawi.

- "Kita tidak boleh bertolak ansur dengan pencerobohan ke atas mana-mana negara umat Islam … saya telah banyak kali menyatakannya. Kita pasti akan menyokong Iran," katanya. Beliau menambah, Iran berhak kepada teknologi nuklear yang aman.

- Qaradawi telah mendesak Khamenei serta para sarjana tertinggi Iran agar berbuat sesuatu dan menghentikan pembunuhan sistematik ke atas golongan Sunnah di Iraq. "Jika tidak, golongan Sunnah di seluruh dunia akan menuduh mereka bersubahat," katanya.

Akbar Hashemi Rafsanjani:
- "Umat Islam mempunyai terlalu banyak masalah di Somalia, Sudan, Iraq dan di merata tempat tetapi perpaduan boleh menyelesaikan segalanya," ujar Rafjansani, yang merupakan salah seorang penasihat yang paling dipercayai bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khomeini – pengasas Republik Islam Iran.

- "Kita menghadapi begitu banyak gelombang fitnah berkaitan isu di Iraq, Lubnan, Afganistan dan di tempat lain. Quran melarang umat Islam bermusuhan. Allah menyuruh kita untuk menambah eratkan perpaduan. Bijak pandai Islam mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hal ini."

- "Kita menghadapi begitu banyak gelombang fitnah berkaitan isu di Iraq, Lubnan, Afganistan dan di tempat lain. Quran melarang umat Islam bermusuhan. Allah menyuruh kita untuk menambah eratkan perpaduan. Bijak pandai Islam mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hal ini."

- Rafjansani turut mengecam golongan Sunnah dan Syiah yang jahil, yang telah memarakkan ketegangan etnik.

- "Sikap ekstrem kedua-dua belah pihak tidak boleh dibiarkan untuk terus memecahkan perpaduan Syiah dan Sunnah. Bahaya lebih utama adalah Gerakan Zionis dan Israel."

- "Negara Islam yang mempunyai hingga 1billion umat dengan lebih 60 negara yang kaya dengan sumber tenaga serta potensi yang hebat mesti berganding bahu untuk mempertahan perpaduan di kalangan umat Islam," tegas Rafjansani

- "Di Iran, kami memulakan khutbah dengan puji-pujian ke atas Rasulullah s.a.w dan Sahabat baginda. Banyak kali kami menangani isu ini dan sudah tiba masanya kedua-dua pihak Syiah dan Sunnah mengeluarkan fatwa mengharamkan penghinaan terhadap para Sahabat.

- "Kami membantu umat Islam di mana sahaja. Bukan kah kami membantu rakyat Bosnia golongan Sunnah? Bukan kah kami membantu rakyat Palestin? Ketika kami mempertahankan Iraq dan membantu jiran kami, kami sebenarnya mempertahankan Islam."

------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan-petikan kata-kata kedua-dua tokoh Sunnah dan Syiah ini saya ambil dari sebuah artikel yang disiarkan di laman Al-Jazeera English, yang saya terjemah bagi tujuan kerja, baru-baru ini. Jika mereka boleh capai kata sepakat, kenapa umat Islam sendiri tidak boleh?


10 comments:

Pa'chik said...

bersatu? ada sunnah, ada syiah, tambah lagi dengan liberal, hadhari lagi.
tu belum lagi geng kakak-kakak dalam Islam tu.

khairyn said...

salam

oh kat sini aku belajar islam pakistan, bangla dan arab juga.

Nak tetapkan hari raya pun tak boleh bersatu. Tak de ikut ru'yah ke hisab ke.. depa bila pakistan raya bila arab raya. belum lagi bab-bab yang lain.

Hish!

zwitterion said...

ya, umat Islam sendiri tak bersatu...

pssst: awat ada gambar makanan?..hehe

kingbinjai said...

susah la dorang ni....

izinni said...

pa'chik,

Bila bersatu maknanya kiamat dah tak lama lagi la tu. Macam di middle east, the moment israel kalah .. tau je la kan.

kakak-kakak dalam Islam tu? tak dapek nak nolong ... sian depa.

izinni said...

salam kembali ryn-ryn,

hang kira raya je. hehehhe ...

izinni said...

zwit,

psssttt ... nak jamu mata kengkawan. hehehhe .. gambar makanan tu dipilih jika ada kena-mengena dengan entry. hehehhe ..

izinni said...

king mangifera caesia,

kita sendiri mula dari rumah. kuatkan semangat dan ukhwah anak2 kita. bila besar depa dah tau apa nak buat, insyaAllah.

Azhar Ahmad said...

Kenapa Katholik dan Protestan mampu, tetapi tidak bagi kita?

izinni said...

salam nor azhar,

Mereka mampu kerana mereka tahu "musuh" sebenar iaitu Islam. Mereka ketepikan ketidaksamaan untuk pastikan agama mereka Kristian menang.

Kita .. masih diulit mimpi, menunggu bulan jatuh ke riba.