Bebola
Aku ada entri lain nak ditaipkan malam ni tapi atas permintaan orang JAUH nun, aku dulukan yang ini. Entri sepatutnya aku malas la nak buat malam ni! hehehhehe
Isi ikan dikisar dengan garam secukup rasa dan sedikit ais err salji pun buleh. Ikan yang terbaik ikan yang kurang tulang macam tenggiri atau mana-mana species adik beradik mackarel. Kembung boleh juga. Yang selalu beli tu guna ikan parang. Ikan salmon aku tak pasti tapi boleh cuba. Satu hari nanti aku nak cuba jugak.
Boleh tambah lada sulah, lada hitam mengikut kesukaan. Campurkan tepung jagung atau tepung kanji sikit. Masukkan ketulan bebola ikan kedalam sup/kuah yang sedang mendidih. Kalau pandai buat cekodok pisang bulat-bulat, macam tu lah nak jadikan fishball tu bulat. Kalau tak reti, buatlah bentuk apa pun. Masuk dalam mulut, kunyah hancur jugak!
Bila kesemua bebola dah terapung, maknanya dah masak.
Cara yang sama boleh diusahakan untuk membuat bebola AYAM dan daging.
Nota kecik-kenot: Bebola-bebola buatan sendiri lazimnya tidak kenyal seperti yang dibeli dikedai kerana nisbah daging ikan, ayam atau daging lebih dari tepung.
22 comments:
nanti aku cuba, kalau tak sedap salah kau, pasal aku tukang masak yang hebat, tak sedap mesti pasal resepi yang salah.. hahaha...
cheh! kalau ko hebat, patutnya mee kari yang simple tu ko buleh buat! resipi mee kari hari tu pun dah buat tah tidak! hehehhe :P
laaaaaaaaaaaaa resipi rupanya!
bila nak tukar template ni? muehehehehe
mek,
aku pi Chungyi tadi sebab malam ni ada orang nak buat jamuan. Tu la tengok fishball sikit punya mahal. Dekat £2 sepeket chinonit tu.
Tiba-tiba teringin nak makan fishball. hahaha thanx. chicken pops aku dah mahir dah.
nyway, yahoo explorer aku bengong, so webpage semua orang stuck on March 19 aje. so hari ni aku baru tukar 'api musang' harap-harap ok la lepas nih.
king,
rumah orang lain berapi2 .. aku entri makan je la. hehhhe
cheq,
cuba la. anak2 ngan kb kata sedap :)
explorer memang mengong sejak menjak ni. asik tak jumpa page je. aku malas nak tukor musang berapi tu.
belum lagi, tak sempat nak carik udang yang comel-comel.
bukan tak reti buat, aku nak tau versi ko macam mana saja. kan masakan ni, lain tempat, lain cara dia. hahaha...
wah!
nak cuba jugaklah kat rumah.
hahak.
buat solok lada reti tak kak :D
Wah..tu dia chef diva kita..bukan ke dah pernah bagi tau masa dalam kotak komen mee kari hari tu. Orang jauh tu tak pasan kot..
Pa'chik..kalau pandai bebenor, mee kari version kelantan macam mana pulak resipinya. Kasi mari tunjuk skill hehehe
housemate suruh baca entry nih..
oooo..cenggini ek buat fishball.Boleh try lepas ni.
wah resipi bebola...nyum.nyum
gambar bawah tu gambar sup bebola ikan ke. Menyelerakan. Boleh kurang selsema aku.
pa'chik,
sentiasa pandai beralasan! setahu aku masak kari tak banyak beza kat mana-mana negeri pun. hehehhe ...
akira,
solok lada ek? hmm sedapnya makan dengan nasi kerabu ...
ni bagi bahan je. pandai2 la agak sukatan dia ek bergantung pada banyak mana nak buat. kalau 10 solok, ikan dalam 3 ekor. bahan lain ikut sesedap rasa.
- Cili hijau, merah pun boleh
- kelapa muda yang diparut
- ikan kembung
- bawang merah
- santan
- budu atau fish sauce (yang selalu guna dalam thai delicacy)
- Garam & gula secukup rasa
cara:
- Cili potong panjang di bahagian tepi tapi jangan putus.
- buang biji, rendam dalam air garam dalam 5 minit
- isi ikan blend atau tumbuk dengan kelapa parut. seeloknya tumbuk, kalau blend hancur sangat.
- gaul dengan sos ikan pastu sumbat dalam cili
- pastu rebus cili sumbat tu dalam santan sampai santan kering. api sederhana.
uiksss .. dah jadi acara masak-memasak ler pulak! ekekekke
errr pa'chik .. ada betul ka aku punya version solok lada?
iman,
hehehehe dia tak perasan ler tu. takpe aku layan jer sebab aku tak "suka" dia!.. hehehe
hi mimi,
experiment ler tambah memacam dalam tu. kalau buat ayamball, boleh tambah chopped mushroom, lada hitam etc.
zwit,
sluurrrpppppp ....
payakubor,
YA. dah tahu bertanya lagi. hehehhe kalau selsema lagi elok hirup sup ayam panas yang banyak halia.
chewah:)
fuh!..meleleh...
oh ohh tanx kak..
ha ha ha terasa macam masuk blog chef jek :P
Adehla... sedapnyerrrrr
betul la tu, tapi mak aku tak pakai nampla sauce tu, budu pun tidak. takut kalau ada yang tak makan. tapi aku memang tak makan benda ni.
OOooooo .. gitu ek. aku pun selalu pakai garam putih biasa je. bukan senang nak dapat budu pun. lagipun nampla sauce satu botoi kat sini costly gak.
uikkks,
kata terer masak .. tup2 kuar citer musti mak gakkk yang masakkan! :P ehhehehhee ...cepat la buat mee kari tu untuk mak ko!
la.. benda aku tak suka makan, takde aku nak masaknya..
tapi, aku tanya mak aku tadi, memang orang tak letak budu tu. mungkin orang belah-belah dalam kot, atau yang gila makan budu sesangat.
Post a Comment