Aku Salah
Semalam aku menangis. Pagi ini aku menangis lagi.
Kenapa?
Aku tidak tahan melihat kerakusan manusia mengasari manusia lain semata-mata kerana harta dunia. Aku tidak tahan melihat deraian air mata anak-anak kecil yang ketakutan melihat keganasan dihadapan mata mereka.
Aku tidak sanggup melihat orang yang diamanahkan menjaga rakyat tapi bersekongkol dengan sekumpulan manusia yang tak berhati perut ingin merampas hak orang lain.
Aku marah kerana sikap manusia yang tidak sabar untuk menuntut hak yang belum lagi dijanjikan kepada mereka.
Aku sakit hati dengan perangai manusia yang berselindung disebalik kuasa untuk menindas manusia lain yang tidak berdaya.
Aku sangkakan aku dah lali dengan peristiwa-peristiwa begini tapi nyata aku salah!
20 comments:
ohh saya juga mahu menangis jugalah walau tak tau asbabnya..mahu cuci mata dengan air mata..dan hidung juga barangkali!!
sob sob sob..
Jangan lali. Jadi manusia tak berperasaan nanti.
manusia itu yang membenarkan diri mereka dizalimi juga. Maka mereka juga tergolong dalam orang yang menzalimi diri sendiri
......... tapi wanita, kanak-kanak, orang yang tidak berdaya dan orang tua adalah golongan yang WAJIB dilindungi.
Sedegil-degil aku, aku tak sanggup dengar kanak2 menangis kerana ketakutan atau kesakitan (kecuali sebab anak2 buah aku degil sangat dan menangis tak kuar air mata pun)
Jiwa yang halus walaupun lahiriahnya gagah..itulah keistimewaan wanita
Tu dia sehari 2 entri terus...baru awal2 blogging...lelama nanti mau sehari 5 entri kot hehe
izinni,
saya tertarik dengan komen iman, hehe :) bersemangat pelik ni, ada mimpi apa semalam?!
kita melihat dengan hati..
kalau izinni melihat sebahagian arab di sini, walaupun hanya berjiran.. malah tanah di hujung sana telah dirampas juga.. masih leka...
sedih lagi melihat umat yang tidak sedar
Bayu, bersemangat pelik? apa yang peliknya..konpius neh. Mimpi?..mimpi minum kopi berempah serbuk buah pelaga kot hehe
akira,
menangis kenalah bersebab .. kalau tak bersebab mengada namanya. hehehhe
paya,
insyaAllah perasaan dan naluri saya masih intact...susah nak lali. kalau lali saya tak boleh keje ni lagi dah. :)
pakcik,
betui. mereka yang biarkan diri mereka dizalimi tapi kita sebagai manusia berhak beri mereka peluang kedua jika mereka sudah sedar akan kesilapan mereka.
tau ke punca kesedihan aku tu?
khairyn,
entah kenapa kita selalu sama walaupun tak serupa. hati keras tapi bila tiba tang bebudak, orang tua .. alahaiiii cair!! dah tengok ke?
iman,
haaa itulah istimewanya wanita. hehehe
errrr .. itulah namanya work smart! heheheh .. entri hari wanita tu dah dibuat lama, khas untuk hari ni. :)
lagipun otak ni bila dah start berfikir, tangan ni laju je menaip. hehehhe
bayu,
errr nanti takde entri dikata keyboard hancur pulak! hehehhe ...
takde mimpi apa pun semalam ... bukan paklah macam zwit, dan bukan juga mimpi hati yang dicuri dilempar ke tepi.
umat tak sedar sebab tak kena kat batang hidung sendiri. bila dah kena baru terkial-kial.. rasa empathy mereka tidak cukup kuat.
isyy iman,
jangan diganggu hati yang gundah gulana itu dengan pertanyaan yang pelik! hehehheeh ...
errr aku tak minum kopi laa .. takut hitam! hahahahah
minum kopi leh hitam ka??/..lol ekekkeke
entah, kampung berembang ke? haha..
oit, kata tian chua kena cas cubaan bunuh? macam mana?
iman,
gitulah kesahnya .. hehehhee.
masa kecik2 dulu aku duduk ngan opah kat taiping. pak tam aku gelap orangnya. kebetulan gemor benor minum kopi. so akai budak ni dok pikir dia hitam sebab selalu minum kopi. dah ler dipanggil pak tam (itam)! hahahahaha .. sampai sekarang aku tak minum kopi sebabkan logic akai budak aku dulu. tak leh nak telan walaupun aku tau minum kopi tak jadi hitam. tapi nescafe ok je ... sebab tak hitam. hehehehe
hmmm teringin plak nescafe ais kaw kurang manis si yoges!
pa'chik,
nak aku explain kat sini pepanjang ka? ko tengok je la update kitaorang nanti. heheheh .. reporter aku dah gi PC dia nih.
Apapun, saya bingung....
bingung ya nor azhar?
apa yang boleh saya bantu bagi merungkai kebingungan itu?
alahaiii skema sungguh diriku ini! hehehhehe
air mata itu kuasa wanita..
ya ya..
jika kita terus menangis mereka yang rakus diluar sana akan terus bergelak ketawa..kata mereka kita hanya tahu menangis...dan membiarkan mereka dengan labu2nya...
mahu melawan, bagaimana..
akira,
kalau selalu sangat gunakan airmata sebagai senjata untuk menguasai, orang akan lali. hehehe
kemat,
insyaAllah tangisan saya bukan tangisan kelemahan. makin membakar semangat saya untuk bekerja .. sampai hari2 balik lambat. kesian pulak pada anak2.
cara melawan? pilihanraya kan ke dah dekat ... :) dan jangan sekali-kali takut turun menyatakan bantahan atau ketidakpuasan hati .. peacefully of course. :)
izinni,
bayu mau ajak iman berminum kopi di sini.. bersama izinni :)
salam...
datang menghulur tisu....
jgn nangis lagi yea:))
bayu,
boleh saja. silalah .. err tapi saya nak teh boleh? :-D
May,
aduhai ... apabila romeo dah datang bertandang ... hehheheh tengkiu.
Post a Comment