Keluar
Semalam saya pergi ke sekolah untuk masuk Talk-Show. Yang pertama cikgu ajar saya bagaimana ibu melahirkan kita.
Ibu melahirkan kita
1 bulan = kita sudah ada mata, otak dan kepala kita besar tetapi badan kecil kerana Allah s.w.t memproses otak kita, baru Allah s.w.t mencipta kepala kita. Ibu saya berkata sebelum buat kena fikir. Allah s.w.t beri kita akal untuk berfikir.
2 bulan = Sama saja masa 1 bulan. Tetapi jari tangan kita sudah ada 5 daripada yang sebelumnya.
3 bulan = Mata kita sudah ada benda yang berwarna putih itu dan kita ada telinga.
4 bulan = Kita semakin kuat dan kita boleh bergerak sana-sini.
5 bulan = Kita sudah ada tali pusat yang disambung dengan placenta. Tali pusat kitalah yang bagi kita makanan dan oksigen.
6 bulan = Sama saja yang di atas.
7 bulan = Kita sudah boleh keluar tetapi badan kita masih lemah. Ada yang bayi dilahirkan semasa 7 bulan macam saya. Saya dilahirkan 7 bulan kerana badan saya kuat sebab itu saya boleh keluar.
8 bulan = Kita bertambah kuat kerana semasa 9 bulan kita sudah boleh keluar.
9 bulan = Kita sudah boleh keluar.
------------------------------------------------------------------------------------
Itu "blog" Muhammad Irfan yang ditulis dalam buku contengannya. Itu pemahaman dia tentang bagaimana seorang ibu melahirkan seorang anak. Pastu aku tanya Muhammad Irfan ...
"Abang tulis kita sudah boleh keluar. Keluar kat mana?"
"Dalam video Fan tengok baby kuar lepas doktor potong perut. Tapi cikgu cakap kalau tak potong pun boleh keluar jugak."
Dia diam.
"Kenapa diam?"
"Fan malu nak cakap kat ibu."
"Cakap je la. Kita sama-sama belajar."
"Cikgu cakap baby boleh keluar ikut faraj atau vagina. Kat mana tu bu?"
"Oooooo .. faraj atau vagina tu ada di kemaluan seorang perempuan. Tapi orang lelaki tak boleh tengok."
"Ooooo .. yang kat tempat kencing ke?"
"Ya."
Muhammad Irfan nampak berpuas hati dengan jawapan aku .. setakat ini. :-)
... "Fan keluar kat faraj ibu?"
"Ya."
"Mesti sakit kan?"
"Ya. Tapi kejap je."
"Kenapa?"
"Sebab tengok irfan dah keluar, sakit semua hilang."
"Ooooo ... kesian ibu."
"Kenapa?"
"Sakit sebab nak keluarkan irfan."
Aku senyum.
Disclaimer: Maaf. Sedang editing entri ni masa kalian melampirkan komen.
24 comments:
satu pembelajaran yang jujur
Pendekatan yang bijak. Tahniah Izinni.
aku juga berpuashati dgn penerangan yg ko berikan pada anak lelaki ko.semoga tidak ade anasir luar yg akan merosakan fikirannya bila dewasa nanti.
king,
dengan anak-anak perlu jujur. kalau tak mereka akan cari jawapan dengan cara lain. itu yang bahaya. lagipun fikiran mereka bersih, tak menyimpang walaupun pada kita apa yang kita terangkan tu agak sensitif.
bentara,
terima kasih. tersipu-sipu saya .. hehehhe
penyu,
Alhamdulillah ko puas hati. tu baru yang sulong .. ada 3 orang lagi. hehehhe
anasir luar tetap akan mendatangi anak-anak kita. doaku agar mereka kuat iman, teguh pendirian. InsyaAllah.
oit, ni yang suka berdemo tu ke?
iya la oit. ngapanye?
Puan buat saya sedih lagi......
uikks aduhai. tak bermaksud nak menyedihkan sesiapa. Minta Maaf bebanyak.
errrr malam nanti call mak awak lagi ek ...
adehhhh .. aku tak reti pujuk laaa :(
pembelajaran yg bagus..ilmu ni..
oit oit, takde apa, saja tanye. tak tau nak komen apa..
sebab tu aku heran kenapa ada sesetengah parents malu nak explain pada anak2 pasal perkara ni. padahal anak2 tu nak tau .. fikiran dia suci .. takan rewang fikir lain macam orang dewasa yang dah corrupt fikirannya.
zwit,
errr jangan muntah udah ler time anak ko tanya nanti .. hehehehe muntah sebab panik .. tak ready. hehehe
pa'chik,
uiksss .. sejak bila tak tau nak komen apa? kalau tak tu dia yang paling terer bab mengomen nih! hehehehe
oooo macam tu ke?
aku mana reti bab ni, orang pompuan buleh la.
tapi, anak kau memang baik, pasal aku pun keluar awal dua bulan hari tu, kesian kan mak aku, malas nak susahkan dia lelama. haha..
tapi anak kau tulis;
Saya dilahirkan 7 bulan kerana badan saya kuat sebab itu saya boleh keluar.
aku tulis;
aku dilahirkan,tak sampai sehari pun, dalam kandungan ye la 7 bulan. haha..
iman,
ha'ah macam tu la kira-kiranya. :)
pa'chik,
hampeh betoi hang nih! hehehheh .. ko nak bandingkan nahu ko ngan nahu budak darjah 3 yang belum genap 9 tahun memang la.
ko kena reti jugak pasal ni sebab satu hari nanti ko akan ada anak gak. takan semuanya ko nak suruh orang rumah buat kot! hehehhehe
ni kisah benar ke ni?
sweet pulak dialognye ;)
wah wah wah:)
oh ohh..irfan itu umur berapa?
sweet :)
salam,
saya mengetahui ini ketika dah pun masa saya menanggung amalan jahat dan baik sendiri..
irfan.. beruntung, kecil sudah mengenali 'sakit' ibu melahirkannya.
(",)
dayah,
ya. kisah benar. muhammad irfan tu anak sulong saya :)
may,
weh weh weh :)
akira,
umur muhammad irfan 8 tahun 10 bulan :)
dik_gugar,
alhamdulillah. muhammad irfan suka bertanya. dari seawal 3 tahun dia begitu. kadang2 saya pulak yang tak boleh nak jawab. kami memang selalu berbicara tentang banyak perkara termasuk tentang kematian. in fact saya sedang sediakan dia untuk menghadapi saat ditakdirkan ibu dan ayah diambil Allah. :) maklumlah dia anak sulong lelaki. ada adik 3 orang dibawah dia.
oh kecik lagi..
ingat nak jadikan pakwe tadi.
ha ha ha.. :D
kem salam sayang kat irfan ek :D
lorrrr kalau dah buleh jadi pakwe mu, takan ler dia tak tau lagi baby kuar kat mana! and i won't be having that conversation with him! hahahahah ... takan tak perasan betapa lurusnya tulisan dia tu? hehhehe
Post a Comment