Miss Kim
Sebelum korang baca ... aku nak bagitau citer ni panjang. hehehehe .. kalau rasa nanti nak komen citer aku ni panjang .. skip je .. tak payah baca! :-P huhuhuhuhuhuhu
Kisah ni terjadi kira-kira 15 tahun dulu. Fuhhhh terasa diri semakin muda!
Setiap hari jumaat dan hujung minggu, aku bekerja part-time di sebuah pusat rangkaian permainan kanak-kanak terbesar di dunia di Subang Jaya. Maskotnya berupa seekor zirafah comel yang suka tersenyum. Bahagian yang perlu ku jaga ialah bahagian "Ticket Item".
Maksudnya, jika ada yang ingin membeli barangan dari bahagian ini, mereka perlu menarik tiket yang tergantung di bawah setiap barangan yang diperagakan, contohnya basikal dan permainan elektronik seperti Gameboy dan sebagainya. Tiket tu dibawa ke jurukira di kaunter untuk dibuat pembayaran. Barangan akan diambil dengan menunjukkan tiket yang sudah dicop.
Aku suka bahagian ni sebab ianya menyebabkan lengan ku berotot pejal tanpa perlu menjalani latihan di gym. Aku perlu turunkan kotak berisi rangka basikal tak kira kecil atau besar dari para-para sebanyak 3 tingkat dari bilik stor. Kemudian rangka-rangka itu akan dipasang sehingga menjadi sebuah basikal yang mengujakan kanak-kanak kecil dan besar.
Selain itu, bahagian ini mengajarku menjadi pemain permainan video elektronik yang berwibawa. Apa saja jenis permainan boleh ku mainkan dengan jayanya terutamanya permainan bernama "Tetris" dan "Super Mario's Bro" yang menjadi kegilaan di waktu itu.
Bukan itu sahaja, uniformnya lebih menarik jika dibandingkan dengan uniform di tempat lain. Sehelai baju seakan kot labuh berjalur merah putih yang dikenakan dengan seluar JIN dan sepasang sepatu sukan. Menarik kombinasinya pada pandangan ku di masa itu.
Begitu dedikasinya aku bekerja, adakalanya aku ponteng sekolah pada hari jumaat agar aku boleh mula bertugas "full day" pada hari berkenaan. Sungguh mata duitan aku ketika itu. Maklumlah perbelanjaan untuk Tingkatan 6 aku perlu langsaikan sendiri kerana ayah boikot tak mahu tanggung pengajianku di tahap itu sebab kedegilan ku enggan melanjutkan pelajaran ke universiti walaupun mendapat tawaran. hehheheehe ... :-P
Bekerjalah aku ... dengan gembira bersama-sama teman-teman yang best!
Hendak dijadikan kisah, kami mendapat store manager baru. Seorang wanita bernama Miss Kim. Belum berkawin walaupun hampir 30-an. Mukanya kurang gula dan bicaranya agak angkuh. Wajahnya hanya akan terukir senyuman apabila disapa oleh kaum Adam.
Setiap pagi, kami akan bersarapan di dalam store beramai-ramai. Menu pelbagai. Dari nasi lemak, sandwich ke cekodok pisang. Satu hari, mungkin kerana asyik makan sambil bersembang, kami terlewat beberapa minit pergi ke kawasan jagaan masing-masing.
Miss Kim datang mencari. Mukanya menyinga bila nampak kami masih di dalam stor. Cepat-cepat kami habiskan makanan dan bergegas ke kawasan masing-masing.
"You, come here," ehhh dia panggil aku rupanya.
"You're lazy irresponsible person. If you don't want to work, you can leave."
Makkkk aihhh!! Aku sorang je ke yang kena? Aku memang dah sedia bengang dengan minah ni sebab kepoyoan dia.
"What is your problem? I'm about to return to my post when you stop me."
"You're the one who have problem. Not me!" bentaknya macam singa betina kelaparan.
"Excuse me! You will never admit you have problems. In fact, you are a loser. That's why you're not married until now. You and your sour face!"
"You are very rude!" jerit pompuan tu.
"You are the one who are being rude. You deliberately scolded me when others did the same mistake."
Muka singa makin merah padam sebab aku lawan dia.
"You .. you .. you ... " haaa tergagap-gagap tahan marah.
"You don't have to tell me. I quit!!" aku terus blah masuk rest room, tukar baju .. keluar dengan penuh kepuasan hati. hahahahahhaah ...
Hujung bulan datang balik .. amik gaji, gi makan Mc'D! ekekekkeek ...
------------------------------------------------------------------------------------
Hmmm apalaaa jadi dengan miss kim tu ek? dah kawin ke belum dia ....
8 comments:
eleh.
aku sikit pun tak terasa.
Aku dah masuk 30an pun, tak kawin. Tapi muka manis... semanis nama aku kan kan kan?
Not even bitterSWEET... just plain sweet. That's me! hahahaha
Siot je kau. Miss Kim tu 3 bulan berturut-turut hantar gambar kat ruangan kembang setaman tau. Nak cari teman. Kau Kijammmm!!!!! Tapi aku suka. Hahaha
Miss kim kawin ngan mr ball, mereka jv buat bisnes sos kimball.
err... kalau aku, aku tulis nama dia jadik miss kimak.
cayalah....world peace..hehe
khairyn,
dengan ko aku memang tak heran .. ko kan kes keras kematu. hahahah .. minah tu deprived. ko tak kan? kan? kan? hehehhehe
payakubor,
aku memang kijam! hehehehe ... sebab tu aku kureng suka bos pompuan nih .. tup2 aku jadi acting boss pulak sekarang .. adehhhh ... bos patutnya masuk tengah bulan ...dia bantai sambung sampai ujung bulan. jangan dia april's foolkan aku tak masuk 1hb depan udah!!
pa'chik,
ko suka sos tu ek? aku suka sos aminah tu. hehehehe
zwit-zwit,
world aku je peace ... dunia tetap carca-marba :(
haha sos kimball..pa'chik2...
Cayo lah izinni kalau lawan rosnah mat aris ni sure menang haha
iman,
pakcik tu kalau bertandang ke sini dia ingat makan minum je. hari tu ti-pot, ni kimball pulak. hehhehe
aku lawan rosnah ... huh!! mau mana berpinau dipanah kilauan rambutnya. hahhahaha
huh, dan orang kata aku mak tiri? hehehe ko lagi brutal tahap dewata la has.
Post a Comment