Berita Hari Ini
Kuala Lumpur - Menteri Pelancongan Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Yaacob menyatakan kekesalannya kerana kenyataannya mengenai pengendali blog wanita telah disalah-erti pihak media, terutama media berbahasa Cina.
Didalam kenyataan akhbarnya kepada semua media cetak dan eletronik hari ini, Tengku Adnan berkata kenyataannya telah diputar belitkan media sehingga kini beliau dikritik keras oleh pengendali-pengendali blog, terutamanya pengendali blog wanita.
Kenyataan beliau itu dikatakan telah dibuat ketika seluruh wanita di dunia sedang menyambut "Hari Wanita Sedunia."
Tengku Adnan menjelaskan beliau telah diminta mengulas ulasan seorang wartawan media elektronik Indonesia di dalam laman blognya yang kesal dengan layanan Majlis Pelancongan Malaysia ketika wartawan berkenaan berada di negara ini untuk membuat rakaman promosi Tahun Melawat Malaysia, baru-baru ini.
"Kata-kata saya telah disalah petik sesetengah media. Saya berkata tidak semua pengendali blog di Malaysia adalah penipu. Malah saya yakin bukan semua wanita tidak bekerja adalah pengendali blog yang menipu dan cuba menyebabkan huru hara di negara ini," katanya.
Oleh kerana itu, Menteri Pelancongan itu menuntut agar akhbar berbahasa Cina berkenaan memperbetulkan laporan mereka, atau tindakan undang-undang akan diambil kerana cuba mencemarkan nama baik beliau.
-------------------------------------------------------------------------------------
haaaaa .. ni baru dikatakan menipu! korang takan jumpa berita ni kat mana-mana pun kecuali di sini. hehehehehe ... kalau menteri tu sedikit pandai, dia akan berdiam diri .. tapi jika akai dia suku inci, dia akan beri kenyataan cliche "I was misquoted!" hehehehhehe ....
btw, dalam acara menjelajah dunia web hari ini, aku terjumpa satu maklumat yang sangat menarik mengenai "the One who said all women bloggers are liars." Kononnya, dia self-proclaimed Tengku. Dia dilahirkan sebagai Adnan bin Mansor tetapi ketika berusia 21 tahun, tiba-tiba dia menjadi Tengku Adnan. Ayahnya turut menjadi Tengku Mansor. huhuhuhuhuhu ... so who's liar now? lawak betui!
maklumat mengenai "penipuan" itu didapati dari http://www.malaysia-today.net/MMblues/2005/05/how-to-build-six-million-dollar-house.htm

16 comments:
aku cukup tak suka la dengan wartawan ni. mereka suka sangat salah memetik kata-kata orang kenamaan, artis. Semuanya macam tu. Jahat sungguh orang kerja wartawan ni.. haha... kesian mereka, selalu sangat disalahkan.
cerita perkataan tengku yang muncul secara tiba-tiba tu, pernah dengar dulu, tapi dah terlupa pasal mamat ni bukannya glamer sangat pun.
wah, sakan izinni la ni noo... penyiasat pun ada tanjak boleh jadi gak :)
hahaha izinni,
Betul! "I was misquoted" itu cliche.
aku teringat masa kita - interview/interrogate lelaki itu. Di tingkat 20. Bangunan SAAS. Selalu menuduh kita 'salah quote' dia. Padahal dia yang tak menjawab soalan. Aku kan pernah 'warning' dia, kalau tak mahu di salah tafsir, dia musti bercakaps dengans terangs! Bukans berkiass-kiass. hahahaha. Makin marah dia dengan kita kan?
Nak ambil tindakan undang2 konon. Kita ada bukti, buku kuning. Dia ada apa? Air liur. Masuk mahkamah pun senang2 kena reject dengan hakim.
errr....nanti aku nak buh nama aku tengku gak ler...hahhha:D
tengkuteenmay?
baru berkesempatan jenguk blog nih tapi x sempat nak jenguk kesemuanya.err..Selamat Hari Wanita!
pa'chik,
aku pun tak suka wartawan! hahahaa tapi aku suka wartawan yang bertaraf sahabat kepada aku sebab depa semua baguihs! hehhehe
denan tu memang tak glamer sebab tu bagi statement bodoh!!
aku tak dengar lagi apa2 statement bangkangan dari shahrizat yang memperjuangkan maruah dan hak wanita itu.
bayu,
jadi investigator dunia maya ni bukannya susah .. tak berpeluh pun. tekan sana tekan sini, dah jumpa. yang penting personal assistant miss google mesti ada. hehehee
khairyn,
masakan aku bisa lupa kenangan bersama lelaki itu. dalam dia tak suka kita .. dia tetap tak boleh lari dari kita sebab kita je yang berani tanya soalan2 yang dia tak boleh jawab dan disebabkan kita dia femes. sekarang kita takde ... citer pasal dia semakin kurang sebab reporter sekarang hancus!! hahahahaha .. aahhhh how i miss those time!
kesemua buku kuning aku ada lagi. simpan sampai sekarang. sebab tu aku tak takut masa kena saman 70juta tu. ehhehehehe
May,
lorrr teringin nak jadi tengku ke? hehehhehe
blue turtle,
Selamat menjenguk. Di Hari Wanita saya dan wanita-wanita lain telah dicop penipu. hehehe
mcm tu la pulak..cakap biar jelas..haha.sapa yang suka buat spekulasi nih?..pa'chik?..hohoho
Lawak! Lawak! Kalau dah betul kenapa di misquoted... Apapun, bacalah mengenai jurnalis indonesia itu.....
zwit,
hehehhee .. spekulasi tu kalau buat duit, dah lama kaya raya orang mesia. hehehhe .. ni sekarang dok main spekulasi bila nak election plak! ahakkss...
errrr nor azhar,
dari hari tu nampak bumbung rumah je ... bila nak beli perabot dan pindah rumah? hehehhe
keybod saya dah tak terbakaq :p
hahak..jadi tengku akirasuri pun sedap jugak nama tu :P
Waaaa... Nor Azhar adalah Azhar Ahmad adalah Nor Azhar... Waaaa.....
Selalunya orang yang dah biasa menipu memang suka tuduh orang penipu sbb nak cover line dia.
akirasuri,
huhuhuhu .. hujung nick tu dah kira macam permai'akira'suri. lagi power wooo
nor azhar,
looorrrrrrrr melopong den! chit!! si perut gendul rupanya! :-P
iman,
hhehehe masalah line dia dah tak clear. tembelang dah pecah! busuk plak tu. hehehhe
Post a Comment