Hantuk Kepala
Berbelas ribu .. mungkin puluhan ribu sudah "grad' program latihan khidmat negara. 19 kematian, kecederaan banyak juga. Terbaru E.Prema, 18 tahun. Ibunya kata susah dia nak lepaskan 3 orang lagi anaknya untuk menyertai PLKN di masa akan datang. Ibu mana yang tidak serik?? Kalau dihantar jadi lain, kalau tak hantar disaman ke mahkamah pulak nanti.
Sehari selepas kematian Prema, seorang lagi anak gadis bakal hilang arah tujuan hidup dan cita-ita. Asilah Latin, 17 tahun patah tulang belakang ketika membuat latihan tekan tubi. Dia mungkin lumpuh dari kaki ke bawah.
Siapa pula selepas ni?
Baru sekarang PLKN nak timbang agar semua pesertanya jalani pemeriksaan kesihatan dulu sebelum ke kem. Kenapa baru sekarang terfikir? Sepatutnya dari dulu lagi syarat ni disertakan. Bukan selepas ramai yang mati baru tak senang tido memikirkan nasib peserta PLKN!
Sedangkan masuk universiti kena hantar laporan pemeriksaan kesihatan masa mendaftar, ini kan pula ke program yang memerlukan peserta membuat pelbagai aktiviti fizikal yang lasak. Tu belum latihan tembak-menembak. Adehhh ... penat betul memikirkan kenapa selalu begini. Dah terhantuk baru nak terngadah!! Elok dihentuk je kepala orang2 tua dalam PLKN tu ke dinding2 kem latihan PLKN!
Ingat anak-anak orang tu anak ayam ke? Sampai sekarang aku terfikir ... komputer PLKN jumpa tak secara "rawak" nama2 anak2 pak2 menteri2 dan yang sewaktu dengannya?!
8 comments:
waa.. dulu kan, masa batch yang paling awal plkn, ada kawan yang jadi tenaga pengajar budak-budak ni, kerja mereka malam-malam, mengintai budak-budak pelatih beromen, dah puas tengok, baru mereka tangkap.
Bila tahu, saya sound je la, kenapa tak bawak ke atas perkara ni. katanya kesian, nanti malu budak-budak tu.
jap jap.
diorang ni lembik ke hahahaha
mcm mana boleh terlepas pandang pasal pemeriksaan kesihatan ni?..huhu
mula-mula dulu orang cakap PLKN dibuat secara tergesa-gesa, yang difikir hanya untuk membentuk minda budak..
tapi dinafikan...
tak tergesa-gesa ke?
pergi mati, tak pun cedera..
kalau tak pegi kena saman..
harga nyawa bukan macam harga ayam pencen..
bayu,
saya cuba nak kaitkan pembentukan minda oleh plkn ni dengan kerosakan maruah gadis2 melayu seperti yang dikaji ilmuwan UKM.
jika responden2 kajian itu dirawak dan diarah menyertai plkn .. apa akibatnya ya?
ikut logik, kerajaan mana yang nak akui kesalahan? lebih2 lagi kerajaan mesia ... kalau di korea atau jepun, abih botak MP depa sebab protes sesuatu keputusan atau akta. letak jawatan adalah perkara biasa .. di mesia .. pak menteri boleh berbangga dapat berkata "go to hell" pada sesiapa yang cuba mencabarnya. gah betui kan?
btw .. ayam pencen pun mahal dari ayam daging sekarang ni. buek rondang sodap!
pa'chik,
lorrr kawan-kawanmu itu buleh jadi pioneer team skodeng kat ganu. heheheh .. nasib dah kena reject kalau tak wajib diterima sebab skill amatlaaaa menakjubkan! heheheh
cheh! alasan orang gatal tu .. tak nak budak2 tu malu .. depa skodeng tu tak tau malu pulak. hehehehe
ryn-ryn,
depa bukan macam kita .. keras kematu. hahahahhaha ... kalau hantar ujung dunia lagi laa suka.
tapi kan ko kalau kena plkn musti tensen sebab menu air depa sah-sah AIR SIRAP! hahahhahahaa
salam zwit tweetty i tawt i taw a pussycat! hehhehehe
bukan terlepas pandang tapi sengaja dilepas pandang. kementerian kesihatan kata depa tak mampu nak uruskan pemeriksaan kesihatan untuk 30,000 peserta plkn dalam satu masa. buleh?!?!?
Post a Comment