Pot dan perempuan
Aku dah lama tak hubungi kawan yang seorang ni. Dia kawan lelaki. Kawan baik suami yang secara langsung menjadi kawan baik ku juga. Dia muda 2 tahun dari aku. Dia tahu susah senang aku dan suami.
Malah sebelum berkahwin, hanya dia sahaja kawan lelaki yang aku selesa berbicara terutama apabila ada kaitan dengan kawan baiknya iaitu bakal suamiku diwaktu itu. Dialah yang rajin melayan sembang dan karenah ku. Dia lah juga yang sentiasa mendengar kemarahan dan kebenganganku terhadap sesuatu perkara. Walaupun selalu kena marah dengan aku tapi dia tak pernah marah kat aku.
Itulah Pot. Sebagaimana gelarannya, begitu lah raut wajah dan badannya ... amat kena dan sesuai.
Kali akhir aku hubungi Pot dalam 6 bulan lalu. Kesibukan dengan kerja masing-masing menghalang kami berhubung. Berjumpa juga sudah lama tidak berkesempatan. Bertahun juga rasanya walaupun dia sering berjumpa suamiku tapi katanya segan nak ke rumah. Rasa nak pelangkung je kepala periuk itu!!
Berbalik pada kisah yang kami bualkan ketika aku sedang memandu pulang ke rumah dari KL ke USJ, hari Isnin baru ni. Dia mengadu nasib. Sudah menjalinkan hubungan cinta dengan agak ramai perempuan, namun nasib sentiasa tidak menyebelahinya. Dia nak kawin tapi belum ada jodoh.
Sejak cinta pertamanya kecundang, nasibnya dalam hal percintaan seperti terkena sumpah. 2 kali putus tunang, putus cinta lebih dari sedozen kot. Sungguh simpati pada Pot.
Ketika dan saat ini dia sedang bercinta. Dengan seorang pelajar IPT. Agak lama, hampir 3 tahun kalau tak silap. Masalahnya gadis ini mahu Pot sentiasa ada sisi. Pot kata "Gila apa? Abih aku tak payah keje? Dah lah pendapatan aku bergantung pada komisen. Kalau tak keje, tak ke sana ke sini, nak makan apa?" adu Pot. Kedengaran tertekan sungguh dia.
Pot hairan. Sebelum mereka serius, Pot sudah terangkan keadaan sebenar kerjanya dan gadis ini dengan sesungguhnya meyakinkan yang dia faham dan akan menyokong. Tapi sekarang?? Pot semakin pening kepala.
Pot terus bercerita. "Aku pelik la pompuan ni. Dulu ada la 2,3 orang ni. Aku siang-siang dah cakap aku single. Depa tak caya. Depa nak percaya aku ni laki orang. Aku bagitau jugak aku single, depa tak nak dengar. Lama-lama bila dah makin serius, depa siasat aku. Bila depa tau aku ni betui-betui single, terus depa nak putus."
Pot pelik. "Kenapa?" aku tanya.
"Depa kata tak best kawan dengan lelaki single. Depa suka kawan dengan laki orang! Sebelum depa confirm aku ni single elok je, bila dah tau kata tak best pulak!"
Pot pening kepala. Aku pun pening juga. hehehhehe ...
Sekarang Pot masih lagi pening kepala. Dia kata nak cari perempuan macam aku. hehehehe .. Aku kata perempuan jenis aku dah lupus. Kalau ada sikit-sikit pun mungkin ada kat Scotland! Tapi kat Scotland tu idamkan german caucasian! Jadi Pot kena cari Swedish kot! hahahahhaa ...
Kenapa perempuan zaman millenium ni semakin pelik cara dan pemikiran mereka? Aku yang perempuan pun tak faham.
20 comments:
Selain pompuan yang kat Scotland..pompuan yang kat sini pun ada..kenalkan aje dengan pengomen pertama nehh hahaha
haha..ramai lagi yg single mingle nih..
iman,
HAHAHAHHAHAHAHA ... menyerah diri nampak!?
zwit,
memang ramai yang single mingle jingle nih tapi dia selalu dapat yang single mingle tringle. heheheh
Belum cuba belum tau hahahaha..gatainya dak iman neh
cakap ngan pot, dia kena cari yang nama ti, baru sesuai,
ti-pot.
oh oh saya ini ada juga..ha ha ha..meh kenalkan abang pot dengan saya..hahak..
Errr... saya pun berminat juga nak berkenalan..
HUHUHUHUHU...
ramainya senduk mencari periuk! ahahahaha
iman,
gatai ek? garu .. jangan tak garu. heheheh
pa'chik,
tak payah cari 'ti', ni ha ramai dah mengofferkan diri. heheheh
salam si gadis jepun,
selamat datang ke lubuk sembang saya :)
makkk aiiii ... abang pot! hahahhahahaha .. naik pangkat dah!
zurd,
akhirnyaaaaa .. ko datang jua! kerana seorang pot ko sembang gak kat sini. hehehhehe
berminat ek? aku buleh bayangkan .. sorang lampai, sorang lebar .. hahahhahahaha
rasa cam tak sesuai pulak senduk mencari periuk, dalam kes ni, nampak cam periuk yang cari senduk.
errr ... sapa periuk, siapa senduk? aku dah konfuse
aaaa satu lagi!!
aku tak offer serah diri tapi aku serah kan gak huruf Ty
Pot-ty
lalalalala
ooohhhh lelaki germanku. Oli?
hahak..terasa pot itu seperti nama pol pot..oh ohh dia kijamkah orangnya?ha ha ha..
Wah3x...banyaknya rival saya...hahaha...tak de application form yg nak kena isi ke?..first count first serve hahaha
pelik juga ye, ramai sangat perempuan yang berselera pelik yang pot kenal. Mujur dia nak perempuan seperti kamu, kalau kamu yang dia nak,naya!
h, ramainya nak berkenalan dengan pot..kalu dah terlebih calon tu nanti minta pot kenalkan kat aku plak..heheh
khairyn,
heheheh aku tau ko tak akan serah diri punya. hahhaha
akira,
ekeh ekeh ekeh .. ooh sesungguhnya tidaklah kijam orang bernama pot ni. dengan pompuan begitu teratur adabnya. hehehehe
iman,
application form? buleh diuruskan .. hehehhe ... ku terasa pot seperti periuk lelong di kedai. first come first serve gitu! ehehheeh
salam kuboq,
begitulah adanya nasib kawan saya ni. saya hanya boleh mendengar je luahan hati.
hmmm .. kalau saya yang dia nak .. bukan suami yang akan pelangkong dia tapi saya sendiri akan karate dia. huhuhuhuhu ...
kemat lithobius,
heheheh ... buleh aje. hahahaha .. hang tu kena usha lebih sikit kat blog hang .. kekekeke
macamana ya pot tu sekarang?!
alahai...
alahai bayu,
begitu prihatin dengan nasib pot. Nantilah esok kalau saya tak sibuk sangat, saya akan call dia. ek? pastu kita sambung kat sini. eehhehehe
Post a Comment