Adik
Sembang 1 antara 2 sahabat berusia 6 tahun
Adik 1: Eeee .. awak makan apa tu?
Adik 2: Kita makan tolor la
Adik 1: Kenapa awak suka telur? Kita suka ayam goweng
Adik 2: Kita suka la ... tolor sedap
Adik 1: Nak sikit boleh tak?
Adik 2: Tadi awak kata suka makan ayam gogheng.
Adik 1 terus berlalu pergi .... Adik 2 ikut sama. Beberapa minit kemudian, mereka bermain dan bergelak ketawa bersama-sama.
Sembang 2 antara kumpulan sahabat kecil berusia 4 dan 5 tahun.
Adik A: Awak dah besar nak jadi apa?
Adik B: Kita nak bawak kapaterbang. Kita nak jalan-jalan.
Adik A: Kita nak jadi doktor la. Lagi best. Boleh potong orang macam dalam MedikTv.
Adik C: Ki.. Ki.. Kita kan .. dah..dah..dah be..be..besar nanti kan..kan .. nak ja..ja..jadi cikgu ..
Adik B: Awak cakap setop-setop .. tak boleh jadi cikgu. Cikgu Yah tak cakap macam awak pun
Adik C: Ki..Ki..Kita nak ja..ja..jadi cikgu jugak
Adik D: Kita lagi best. Dah besar nanti-nanti kita nak jadi orang angkat sampah.
Adik A, B, C ketawa.
Adik D: Tak baik ketawakan kita tau. Kalau takde oghang angkat sampah nanti rumah awak busuk sangat. Padan muka awak ...
Adik A,B,C terus diam. Kemudian, semua senyum dan meneruskan aktiviti seperti biasa.
------------------------------------------------
Itulah dunia kanak-kanak. Indah kan? Takde pun yang merajuk panjang.
4 comments:
bayu kecil-kecil dulu minat nak bawa bas :)waktu tu fikir, pemandu bas atau kondaktor bas satu kerja yang popular..
Hehe kanak-kanak umur begini memang seronok layan. Idea mereka asli dan direct je berdasarkan apa yang mereka tengok di sekeliling mereka.
bayu,
saya pulak nak jadi wartawan. saya suka baca suratkhabar dari muka 1 sampai akhir tanpa tinggalkan satu berita pun biarpun yang kecik2.
dalam kepala ... macamana orang yang tulis tu dapat berita tu? mesti best dapat tau dulu apa yang orang lain akan tahu esoknya.
iman,
bak kata suami saya ... budak2 ni takde kepentingan macam orang dewasa yang bercakap banyak nak jaga hati sampai yang salah pun didiamkan.
teringat ayat laser pertama anak yang sulong.
kami berjalan2 di shopping complex. irfan baru 4 tahun masa tu. mata dia ligat dok pandang orang2 yang berjalan. terus dia bercakap dengan innocentnya ...
"Eeeiii ibu, ramainya orang tak tutup aurat. diaorang tak tau malu ke dengan Allah?"
adehhhh .. kuat pulak tu. hehehhee ....
Post a Comment