Sunday, August 26, 2007

3

Sudah 3 hari 3 malam.

Satu tempoh yang didamba sekian lama.
Satu tempoh yang begitu dinikmati.

Ho HO ho! seronoknya duduk rumah. Tanpa perlu memikirkan apa yang terjadi diluar sana. 3 hari tanpa suratkhabar. 3 hari tanpa peduli apa-apa.

Inilah yang dikatakan BEBAS. MERDEKA.

Banyak perkara aku belajar selama tempoh itu.

Muhammad Irfan semakin sensitif. Mudah terasa bila ditegur.
Zinnirah semakin kurang pula sensitif. Lebih mudah mendengar kata.
Syabil Iman lebih mendengar kata abangnya dari mendengar kata aku dan ayahnya.
Nisaa' Az-Zahraa makin keletah. Sudah pandai 'melawan' bila dibuli atau digomol abang-abang atau kakak. Makin bertambah butir perkataannya. Sudah pandai mengira 'atu' sampai 'che-uyoh' dan menyambut lirik akhir lagu "Tepuk Amai-amai" dengan "ibu e-gi i-jeeee!!!" Sangat comel.

Oh! Nikmatnya kemerdekaan ini. Inilah Merdeka sebenar.

Sampai aku semakin melupakan dunia ini. Dunia blog.

Maaf kalau tidak sempat menjenguk rumah-rumah kalian yang lain. Kalau menjenguk pun tidak meninggalkan jejak. Sekadar membaca.

Bila anak-anak dah mula sekolah nanti, mungkin aku akan lebih lama di sini. InsyaAllah.

Nota kecik-kenot:
Sangat gumbira. Sudah lama tidak segumbira ini. hehehehhehe

25 comments:

khairyn said...

huhuhu

semoga terus bergumbira!

izinni said...

ya ya.

acihhh ... ameeee. :D

Pa'chik said...

oit, ko baca sokkabar bintang tu.. tak pun blog roslansistempesananringkas, pasal budak sekolah agama yang bangang.. risau sangat pasal tak leh nak kenal donia maksiat masa sekolah... la ni cakap pun tak ubah cam pendakyah kumpulan orang kena tipu, tak tau yang tarikh lahir tohan mereka tu sebenarnya tarikh lahir tohan matahari... rosak...

Pa'chik said...

bagi la budak yang sebut cheuyoh tu kat aku weh.. kekekek.... nanti aku bagi tau dia, 'atu' tu hantu...

Iman Mawaddah said...

Syoknya.

MakcikMuda said...

sonoknyew,kak has.hiks!

da makin pandai adik2 ryn :P

akirasuri said...

he he he..
cumel!
nanti dah besar nisaa jd cam cik ati tau..
ek ek ek..?
he he he...

selamat bergumbira!
:)

Anonymous said...

enjoy!!! :)

achik said...

wah2 gumbira sakan.. bestnya!!! ;)

zwitterion said...

:)

Azhar Ahmad said...

Kebanyakan entri buk izzi bertemakan --> Wehhh kawen seronok tau... Boleh belai anak...

Waaaa, nak kawinnnn

Girl A said...

besnyer dia duduk umah...sudah sehat...amik masa 2 minggu utk pulih sepenuhnya dari jakarta influenza :))

BaYu SenJa said...

gembiralah akak...
teruskan kegembiraan..

pasti permata-permata hati akak lebih bersinar dengan senyum gembira akak...

Mak Su said...

terlupa semuanyer dengan keletah anak2 kan.....

13may said...

bahagia sungguh :)

LadyTiz said...

entri resipi tak buat dh ke?...kek ke? biskut ke? laksa, nasi bagai jenis.. hoho

*lapar*

Accia said...

salam izinni,
masa saya berhenti kerja dulu pun dalam bulan merdeka juga. tarikh akhir bekerja pada 30 ogos. memang sahlah merdeka lepas tu.

blackpurple @ jowopinter said...

Sebab itu wajib dihargai rasa 'kemerdekaan' itu. [walau apapun takrifan dan perspektifnya...]

:)

blackpurple @ jowopinter said...

Sebab itu wajib dihargai rasa 'kemerdekaan' itu. [walau apapun takrifan dan perspektifnya...]

:)

kingbinjai said...

saya sudah seminggu tak tgk berita

Mimiamilia said...

oh..azhar ahmad mempunyai fikiran yang sama dgn saya..


"Kebanyakan entri buk izzi bertemakan --> Wehhh kawen seronok tau... Boleh belai anak...

Waaaa, nak kawinnnn"

CerminDiri said...

salam kehidupan,

merdeka dan merdeka.
salam merdeka buat anda yang sedang merasai kemerdekaan.

Achik_Sufi said...

salam merdeka,
rasailah kemerdekaan yang sebenar...ha..ha..

Anonymous said...

Alhamduillah, semoga menjadi seorang surirumah yang mithali. Kekekeke...

Anonymous said...

Alhamduillah, semoga menjadi seorang surirumah yang mithali. Kekekeke...