Monday, September 08, 2008

Beli baju raya ...

Pertama kali sejak ada anak, kali ni yang pertama belikan baju raya di minggu pertama puasa. Selalunya lagi seminggu atau dah nak 2, 3 hari sebelum raya baru gi beli. Alasannya mudah ... beli lambat sebab mudah nak memilih dan lebih selesa. Ya. Kalau dah nak dekat raya tak ramai sangat umat kat shopping mall. Ramai dah balik kampung.

Semalam suami ajak berbelanja untuk askar-askar tu. Jadi pegi la kami untuk kayakan si mamak mydin. Waduhhhh ... ramai sekali manusia yang nak bagi mamak mydin tu jadi billionaire. Berdondon-dondon depa dengan anak beranak memasing. Aku merasa sungguh 'normal'. Sebahagian dari manusia gila berbelanja. Jadinya, aku jadi takut. Takut jadi macam mereka juga. Berbelanja. Sebabnya aku tak biasa berbiasa. Bagi aku berbelanja adalah satu aktiviti yang merbahaya dan menakutkan.

Merbahaya sebab anak-anak aku yang ramai ni boleh hilang di dalam lautan manusia. Susah nak control depa terutama Syabil dan Nisaa'.

Menakutkan sebab duit akan mengalir macam air paip yang sekarang RM11 percuma di Selangor (errr ... dah 2 bulan aku makan air free sebab bill tak cecah pun RM11 .. hehehehhe).

Positifnya ... mamak mydin tu orang Islam. Sekurangnya beli kat orang Islam gak. Kasihan pulak nengok pak raksasa kat sebelah yang makin kecil ruang letak kereta kerana kurang umat yang ke sana berbelanja.

Jadi tentera aku tahun ini berkeputusan nak beruniform serba biru pilihan sendiri. Segala jenis biru ada. Biru nila, biru pekat, biru berona merah muda, biru muda. Seronok sungguh depa. Takpe la setahun sekali. Lagipun harganya pun berpatutan juga berbanding di tempat lain yang mencanak ... (dengan izin ya khairyn .. hehhehe) ... harganya.

Aku? Takde. Aku pakai baju arwah mak aje la kot. Banyak yang ayah suruh ambil hari tu. Dah memadai, malah lebih dari cukup. Cuma kena kecikkan sikit mana yang patut.

Hampir 3 jam juga di sana. Lama sebab menongkah arus manusia yang ramai. Sampai rumah .. semua pengsan lepas solat Zohor. Bila sedar dah masuk Asar ... terus bersiap nak gi berbuka di luar pulak. Errrr ... kat surau .. bukan restoran. hehehhehe ...

11 comments:

Zuraini said...

Salam...

bila tiba nak raya, biasanya yang meriah bebudaklah kan... Kiranya bolehlah nyanyi lagu sepasang kurung biru... tp tu lagu sedih kan...

Teringat masa kecik2 dulu (teringat lagi), pakai jer apa yang org tua, Abg Ngah & Abg Uda belikan. Yang penting baju kurung tu mesti arwah emak yang jahitkan, tak nak org lain... Pernah sekali tu, dalam darjah 2, bangun sahur tu, lepas bersahur Abg Ngah dah sibuk ambil tali rapiar, ingat nak buat apa, rupanya nak buat ukuran kat badan saya, Abg Ngah nak belikan beberapa pasang baju gaun utk beraya... Masa tu dia dah kerja di Kota Tinggi. Sah baju tu memang saya pakai pada musim raya jer, saya lebih suka baju kurung, t-shirt & seluar panjang.

La ni, meriah gak bagi kami yang masih single ni... Tema warna tak ditentukan, cuma biasanya bila dah berkumpul tu warnanya lebih kurang jer, macam janji2 pulak. Mujur baju2 tu dah disediakan sebelum puasa lagi, kira dah tak berebut2 lah... Cuma tulah tema utk jamuan raya sykt & jabatan belum ditentukan, kalau warnanya dah ada oklah, ni kang kalau di minta tah warna apa2, jenuh lak nak mencarinya... Kalau warna hijau selamatlah, mmg tiap2 tahun warna tu ada...

Pa'chik said...

oit oit... anak-anak ko lompat ke kapal layor ye... ekekek...

Unknown said...

wow... serba biru! hehehe... nanti naik kereta satu family warna biru!

MakcikMuda said...

boria lain2 kaler!

dulu masa kecik2,baju rynn mesti sepasang dgn kakak2.

adik rynn aje yg x penah merasa jd boria.

rynn pun tahun neh ada baju biru. leh la berjalan sama nnt. hoho!

akirasuri said...

Kak Has!

Saya nak sedondon dengan askar-askar kak has jugak! Huahuahua! :D

khairyn said...

wah! Aku sudah terima baju raya baru tahun ni.. yay!

Kau nak ke no telefon mamak mydin tu. Aku ada simpan lagi ni... manalah tau kot2 nak shopping exclusive kan kan kan hahahaha

aku izinkan chewah!

achik said...

saya sehari sebelum puasa hari tu kununnya nak gi beli baju utk anak2 buah saya.. pegi2 ramai giler orang dah tu pilihan x banyak lagi.. sudahnya dapat beli utk anak buah pompuan je.. nak kena gi skali lagi la utk hero2 plak.. ;p

izinni said...
This comment has been removed by the author.
izinni said...

huh! punya lah lama aku nak balas kumen. sorry semua .. kesibukan.

neen,
dulu saya dan kakak selalu disedondonkan mak. gaun sama, baju kurung sama, bagai baju bebet lagi! kiranya kami ler budak pompuan yang paling vogue sebab mak memang suka beli macam2 pesen baju untuk kami. maklumlah beza kami hanya setahun je. tapi ... perangai sangat2 beza dan tidak serasi. alahaiiii ...

pa'chik,
sungguh aku blur ... kapal layar apa plak ni??!!

azah,
anak2 je serba biru. ayahnya still setia dengan baju melayu lama warna maroon. entah kenapa tiap kali raya tak nak beli baju melayu baru. mungkin nak tayang yang dia masih buleh pakai baju yang lebih 8 tahun tu kot. hehehhe
as for ibu ... warna hitam kot. warna wajib tu. ehheheh
beraya di klang ke singapore?

ryn,
wahhh ... berkurung biru la ya. raya balik semenanjung ke? ada rejeki buleh la jumpa si bintang ni. hehhehe

izinni said...

ati,
nanti kita gi raya rumah awak .. kita suruh depa pakai baju biru .. awak pun berbiru sama la ek. pastu amik gambor bebanyak ... mesti orang ingat depa anak ati sebab satu acuan ... sepet! hahahahhaa

khairyn,
acheewahhhh .... warna apa? mesti dok try banyak kali tu. hehehhe

errr .. kalau aku contact pun mamak tu pastu dapat shopping free of charge takpe gak. hehehhe

aku rasakan ... ko patut buat satu buku tajuk "MENCANAK"! ahahahha

achik,
rasanya mydin sekarang ni tersangatlaaa popular. si raksasa kat sebelah tersangattttt laaaa bengang. hehehhe
Selamat berbelanja .. jaga anak2 buah tu jangan sampai hilang ;)

roselynn said...

salam..
berminat dengan baju kurung dari indonesia??
jom singgah di sini..
rm125 termasuk pos laju
cepatt stok terhad