Tuesday, February 24, 2009

3 bujang teruna

Aku sebenarnya pening dengan Irfan. Sikap malas dan sambil lewa tu dah terserlah sangat. Bila ditegur selalu, pandai pulak dia kata runsing bila asyik ditegur, diingatkan, dinasihat. Tapi bila dibiarkan dengan harapan dia buat sendiri, naik lemak pulak. Tidak mengulangkaji, main aje. Bukan tidak disediakan jadual apa yang perlu dibuat bila balik dari sekolah. Semua sudah ada. Tapi liat sungguh. Kurang disiplin walaupun jenuh dah aku ajar dari sejak mula awal bersekolah.

Sekarang dah pandai pulak tuang mengaji. Padahal lepas sekolah patutnya mengaji dengan ustaz. Ni tidak ... loceng berbunyi je terus berlari ke padang menyepak bola. Punyalah tawadduknya dia dengan bola ... sampaikan semua seluar sukan koyak berlubang di lutut. Baju-baju t-shirt yang digunakan untuk main bola ... jangan cakap la ... rendam clorox pun tak hilang kesan kotornya.

Kalau aku datang awal, dia masam. Aku datang lambat, beri kesan pada adik-adik yang terpaksa tunggu lama. Bila sampai rumah dah lewat .. masa tu nak makan, masa tu nak buat kerja sekolah, masa tu nak tengok jadual ... macam-macam lagi la.

Tahun depan nak UPSR tu. Tapi inisiatif untuk belajar sangatlah kurang.

Lagi buat aku pening ... tahun depan ada Piala Dunia. Warrrgggghhhhhhhh .....

*****************************

Syabil pun sama. Bila ditanya memanjang kata tiada kerja sekolah. Bila aku periksa beg, melambak kerja sekolahnya. Ada sekali aku biarkan. Nak tengok perangai dia. Habis seminggu, aku pergi jumpa cikgu. Rupanya hari-hari dia kena denda ketuk ketampi dengan berdiri sebab tak selesaikan kerja sekolah. Dapat pulak 'old school' English teacher yang boleh tahan jugak mulutnya bising.

Aku pening ....

*****************************

Ohhhh ... Ali dah pandai jalan. Laju.
Ohhhh ... Ali pun dah pandai mengamuk. Boleh tahan.

Gambar belum upload lagi. Nanti aku tayang gambar Ali tengah jalan pakai kasut Happy Birthday dia. hehehehhe


Belum pening ...

6 comments:

Anonymous said...

ops...anak-anak teruna kamu baca blog kamu ke tak ni? kecik pulak hati depa ibunya cerita kat dunia kenakalan depa.

:)

Pa'chik said...

err... kata suka men panah? ni men bola pulak?

Rozita said...

anak lelaki, nakal nya mmg terserlah zinni.
Ree, pun ada 2 orang, sama lah mcm ni jugak, main nombor satu, nak buat keje sekolah ada aje alasan. Mengaji quran mujur ler ree ajar sendiri, itu pun beribu-ribu alasan dia org kasi setiap kali seblum ngaji. Kekadang2 dia org ni kena jerit2 kan jugak...dah lemak berkrim lah tu! Sabar aje lah!

Rozita said...

pa'chik...tak kan asyik memanah aje..tukau tukau ler plak ngan main bola..ahhaha gurau aje

Zuraini said...

Salam...

tak sabar nak tengok gambar Ali Qa'id...

izinni said...

mudin,
depa tau. salah satu sebab aku tulis pun. harapan seorang ibu, bila di alam nyata tak jalan ... didoakan teguran dialam maya mungkin jalan. insyaAllah.

pa'chik,
panah tu persatuan tapi bola ni minat nombor wahid dia. salah satu sebab aku galakkan dia masuk memanah tu la .. nak bagi disiplin.

ree,
itulah ragam anak lelaki ni. lain sikit dari perempuan. setakat ni nakalnya takat tu je la. aku doakan tak ke benda lain je. insyaAllah ...

ree lagi,
ya ya betui betui betui .. hehehhe

neen,
insyaAllah ... :)