Friday, February 27, 2009

Bukan langkah pertama ...

Seperti yang korang semua maklum, Ali sudah melepasi tahun pertama hidupnya. Hari ini Ali genap setahun 21 hari. Sudah lebih 3 minggu Ali mula berjalan.

Dari berdiri, berjalan sambil berpaut di kerusi, sofa dan dinding, bertatih selangkah dua ... hinggalah kini ... Ali sudah berjalan beribu-ribu langkah. Kini dia sedang belajar berlari ... sambil dikejar Nisaa'.

Ulangtahunnya yang pertama ... aku belikan dia sepasang kasut dan sepasang selipar bergetah dibelakang. Murah sahaja. Dua pasang tak sampai RM20. Pada mulanya tersangatlah kekok dia berjalan dengan berkasut atau berselipar. Susah sangat nak diangkat kaki. Tapi sekarang dah ok. Bukan itu sahaja, Ali sudah pandai naik tangga tanpa merangkak. Sudah pandai turun juga ...

Tak lama lagi Ali akan berlari, memanjat lebih tinggi ... Ali makin besar ... Ali akan mula berkata-kata ... Ali makin besar ... Ali makin besar ...
Dalam bangga dan gembira ... aku sayu ... Ali makin membesar ...

Nota kecik-kenot:
Sebenarnya ada video yang nak dikongsi tapi punyalah lembab nak upload ... dekat sejam aku tunggu tak abih upload jugak. Hampeh!! Malas nak tunggu lama lagi ... aku kensel aje .. huhuhuhu ..


Tak tau apa masalahnya yang slow sangat ... so lain kali kalau mood aku baik untuk menunggu lama .. aku upload la video tu ek.

7 comments:

Anonymous said...

Ali dah setahun lebih..
Bila Ali nak dpt adik lagi hahahahha

izinni said...

hehehe ... awak dok tanya kita. awak tu?

achik said...

geramnya tgk Ali.. suka betul tgk dia.. muka ceria abis.. :D

Pa'chik said...

fail bidoi tu besor sangat kot....

ali ni asek belenggeng jeeeee.... hikhik...

Mak Su said...

amboi Ali, gembira sungguh - gigi dah ada, selipar dah ada, kasut dah ada, boleh manjat tangga ;p

Zuraini said...

Salam...

dah pandai bergaya Ali ni yer... happy jer dia...

izinni said...

achik,
ohhh Ali memang ceria orangnya :)

pa'chik,
agaknya la kot. dalam seminit 20 saat gitu. hehehe ..nantilah aku kecikkan.

sekali sekala je wei dia berlenggeng. bila nak bagi mandi kena la bukak baju dulu bagi kering peluh ... hehehe ...

maksu,
errr boleh jadi calon menantu tak? hehehehe ...

neen,
ohhh pantang nampak kamera .. terus senyum, gelak2. hehehe