Saturday, May 23, 2009

Aku yang marah ...

Aku marah. Aku bengang.

Tapi setakat manalah kemarahan dan kebengangan aku ini dipedulikan. Aku orang-orang biasa saja. Tiada kepentingan. Tiada kedudukan. Tiada kekuasaan. Kalau aku lalu depan orang pun belum tentu orang peduli dan pandang (sesuatu yang aku senangi sebenarnya sebab aku tidak suka tumpuan). Tapi tidak bermakna kemarahan dan kebengangan aku itu tiada erti.

Aku tinggal di kawasan perumahan di dalam sebuah bandar yang boleh dikatakan didiami oleh orang-orang yang mampu dan ramai juga yang berada. Namun belum tentu aku salah seorang daripada mereka. Banyak kekurangan aku dibanding dengan mereka semua. Kelebihan aku hanyalah anak-anak sebab tidak ramai diantara mereka mempunyai anak yang seramai aku. hehehhee ... maknanya aku sememangnya kaya juga la kan. :P

Disebabkan bandar ini didiami orang-orang mampu dan berada, khidmat sekuriti untuk menjaga kawasan kejiranan adalah perkara biasa. Suami aku pernah di'approach' wakil kejiranan. Mereka bertanya kalau-kalau kami berminat untuk mendapatkan khidmat rondaan keselamatan. Kira bayar tong-tong antara semua jiran untuk khidmat berkenaan. Suami aku kata dia tak mampu. Lagipun itu kerja polis kawasan kejiranan kami. Apa guna ada pondok polis berdekatan (shoplot 2 tingkat sebenarnya :P) kalau tidak mampu nak jaga keselamatan? Itu katanya. Boleh?! hahahahhaha ...

Berbalik pada khidmat sekuriti tadi. Pada yang berinisiatif, mereka dapatkan khidmat ini. Kiranya syarikat keselamatan memang boleh buat duit la berkat 'kekurangan' pegawai polis untuk menjaga keselamatan rakyat. Ada pengawal keselamatan menjaga 'pintu' masuk ke dalam sesebuah kawasan kejiranan. Ada juga pengawal keselamatan yang meronda 24jam untuk memastikan keselamatan kawasan berkenaan. Kebanyakan rumah pula ada alat penggera keselamatan. Kiranya memang selamat sungguhlah kawasan-kawasan kejiranan ini. Ada duit, semua boleh jadi.

Itu di kawasan perumahan orang-orang yang mampu dan berada. Bagaimana dengan kawasan kejiranan biasa-biasa? Jika kejiranan berkenaan komited, adalah jawatankuasa rukun tetangga buat rondaan. Kalau tidak, masing-masing jagalah hal masing-masing.

Jadi bila ada inisiatif dari pihak penduduk (baca: RAKYAT) untuk menjaga keselamatan sendiri dengan menggunakan duit sendiri, walaupun mereka juga pembayar pelbagai jenis cukai yang digunakan untuk membayar gaji orang-orang yang sepatutnya diamanahkan untuk berbuat demikian, apa kerja orang-orang yang dibayar gaji itu? (Faham? Kalau tak faham, buat-buat faham je la ek.)

Boleh lepas tangan? Tempat lain yang tiada khidmat sedemikian tidak perlu dipantau?

Memang bangsat! Aku marah sebab penyangak, pembunuh, perogol dah boleh masuk rumah orang siang-siang buta macam rumah orang tu rumah mak bapak diaorang. Aku marah sebab mana ke jadahnya polis? Jaga keselamatan apa kalau ramai yang kena rogol, kena bunuh, kena rompak dalam rumah sendiri!

Lepas ni nak kena kunci mangga setiap pagar dan pintu yang ada dalam rumah ke, baru nak rasa selamat? Duduk dalam rumah sendiri pun macam dalam penjara. Baik duduk dalam penjara. Memang sah selamat sebab ramai pegawai penjara yang jaga.

Bila ditanya, BAPAK segala polis dok suruh beri kerjasama pada polis untuk jaga keselamatan sebab polis tak boleh buat semuanya sendiri. Tak cukup kerjasama ke lagi? Nak kerjasama macam mana lagi? Berhenti kerja atau ambil cuti selang-selang antara jiran, pastu ronda kawasan perumahan sendiri?

Bangang ke apa??!

7 comments:

Zuraini said...

Salam...

Pak polisi tu nak jaga 'benda2' lain yang lagi mengarut... nyawa & keselamatan rakyat tu tanggungjawab rakyat tu sendiri... tp pada yang mampu 'menghulur' tu sangat2 dialu2kan... dia org ni terlupa kot yang kita ni ada tempat yang nak dituju dan di sana akan dipersoalkan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan...

Pa'chik said...

ko kena carik cara cemana nak hidup dalam derama berak khas tu... baru leh jumpa yang wat keje... kikiki...

Unknown said...

Jangan marah-marah sangat puan. Sabar~~~. Kita doakan semoga polis memberikan lebih prioriti kepada keselamatan daripada menjaga orang pergi mengundi/bangunan Dewan Undangan Negeri.

DeeN said...

Polis banyak keje lain kot. Tak sempat nak jaga yg sepatutnya. Hmm.. kadang2 ada jugak pak guard2 (bukan semualah) ni yg jenis harapkan pagar, pagar makan padi!

achik said...

ada sesetengah pak polisi tu meronda bukan nak jaga keselamatan, nak 'pau' org lagi ada la..

Rozita said...

pihak polis duk sibuk pi jaga org2 parti pembangkang..hahahha takut dia org buat ceramah haram..berkumpul tanpa permit..

izinni said...

jawapan pukal untuk semua,

bila difikir balik .. macam penat je marah-marah ni kan. tapi kalau asyik cakap 'kita kena redha .. terima je .. nak buat macamana .. ikut je, doa je' .. nampak sangat macam jenis terima bulat2 je apa yang orang buat kat kita. melemahkan semangat sungguh! macamana nak berjihad kalau gitu kekdahnya?

rasanya kita rakyat malaysia ni kebanyakannya jenis tak kisah. sanggup keluar harta benda, duit ringgit sendiri demi keselamatan sendiri tapi bila pengorbanan tu di'taken for granted' ... menyirap la wei! dah la tak dihargai, banyak songeh pulak dengan komen-komen depa yang menyakitkan hati.

sampai bila nak gini?? suruh rakyat matang tapi depa matang sangat ke?

penat sungguh laa ... dah la nak migrate duitnya takde. hahahhaha