Thursday, May 21, 2009

Doakan aku ...

Salam. Nak sembang-sembang je hari ni.

Sekarang ni tengah berlintas langsung dari Perpustakaan Negeri Selangor. Inilah 'pejabat' aku jika aku memerlukan tumpuan dalam melangsaikan kerja-kerja. Bukan tak boleh bekerja dari rumah tapi banyak benar gangguan. Kejap, kejap .. tok tok tok .. ibu buat apa tu? Ibu tije yea? Ichak nak tengok buleh tak? ... pastu pok pet pot pet mulut dia tak berhenti bercakap. Kejap nanti pulak, datang pulak si bulat terkedek-kedek tersengih. Terus nak panjat duduk atas pangku, nak tekan-tekan keyboard. Macamana nak fokus buat kerja macam tu. Nak tunggu malam lepas semua dah tidur, aku pulak kekadang kong sama sebab kepenatan. hehehhee

Jadi sinilah office aku buat 2,3 jam dua tiga hari dalam seminggu bergantung pada banyak atau tidak kerja yang perlu aku langsaikan.

Ahad lepas, Irfan genap 11 tahun. Dah belasan tahun anak bujang aku. Sedih pun ada. Dah besar panjang dia. Tak lama lagi sama tinggi dengan aku. Dulu tapak kakinya sebesar dua jari aku. Sekarang selipar aku pun dia dah boleh pakai.

Untuk Zinnirah, aku hadiahkan beg warna merah, buku-buku cerita dan sepasang telekung strawberry yang dah lama dia minta.

Untuk Irfan aku belikan juga buku-buku cerita dan beg sandang hitam sebab beg sekolah yang ada macam menunggu hari je. Punyalah ganas pakai beg. Irfan ada 'hint' mahukan jersey Liverpool yang terpampang nombor 8 dan namanya. Ayah cari di uptown Kota Damansara. Murah sikit. Ayah belikan 3 pasang. Bukan untuk Irfan sorang. Sepasang merah untuk Syabil dan satu lagi yang hitam untuk si bulat Ali. Irfan jersey warna kelabu. Rupanya hendak ditampal nama dan nombor punyalah mahal. Adehhhh ... nak dekat RM100. Terus tak jadi tampal. Melampau la pulak setakat jersey nak dekat RM100 lebih harganya. Mujur dia tak kisah. Dah seronok sangat dapat jersey.

Dah bertahun sebenarnya kami tak berikan anak-anak apa-apa hadiah disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Kali ini sebab aku dah mula aktif dengan kerja-kerja freelance, ada la sedikit habuan untuk mereka. Sekarang pun aku sedang cuba usahakan untuk dapatkan satu job dari syarikat oil & gas. Pada mulanya depa cari orang untuk buatkan company profile semata tapi aku nak propose syarikat tu ambil package buat laman web sekali. Korang doakan ya. Boleh aku belikan kanak-kanak 5 orang tu basikal sorang sebijik. Kesian dok tengok depa perhati je anak-anak orang sebelah main basikal. Sedeh woooo ...

Seminggu lagi aku akan berkursus selama 2 minggu dari 1hb sampai 13hb Jun. Kursus terjemahan di Institut Terjemahan Negara kat Wangsa Maju nun. Punyalah jauh tu. Pagi-pagi Nisaa' dan Ali aku akan titipkan pada babysitter yang setia dengan aku dari aku anak sorang sampailah dah 5. Irfan, Zinnirah dan Syabil, ayah akan jaga. Malah akan dibawa sama ke Muktamar PAS nanti sebab ayahnya salah seorang perwakilan. hahahhaa ... adehhh makin aktif cik abang aku sorang ni. hehehhee

Selepas kursus, aku kena ambil peperiksaan depa pulak, baru boleh dapat sijil. Bila dah dapat sijil .. aku SAH penterjemah bertauliah! WOOOHOoOOO!! Korang doakan aku pass periksa ek.

Oh yaa ... semalam ada bungkusan sampai. Dari kakak neen ke? Ada koleksi buku-buku cerita dari Jemari Seni khas untuk Irfan dan Zinnirah. Teruja betul depa bila balik sekolah ada buku atas meja makan. Siap ada signature dari penulisnya lagi. TERIMA KASIH banyak sebab begitu besar ihsan neen untuk anak-anak izinni. Tak terbalas rasanya. Dah banyak hadiah neen untuk mereka berlima. Izinni doakan hanya yang baik-baik sahaja buat neen. Anak-anak pun sekarang dah pandai, ada van poslaju je terus teruja kata kawan ibu mesti bagi hadiah lagi. hahahaha ... tak senonoh!

Lagi satu ... aku sudah mula menulis fiksyen pertama. Dari banyak-banyak idea dalam kepala, aku buat keputusan untuk mendulukan idea yang satu ini. Aku masih tidak pasti samada buku ini sesuai untuk kanak-kanak atau remaja. Yang pasti usia wataknya dalam lingkungan 12 tahun. Tapi isu dan jalan cerita agak remaja. Boleh dikatakan sedikit berat juga. Aku mula menulis malam semalam. Sudah masuk muka ke-17.

Khairyn ... idea trilogi Malaysia, Palestin dan Spain tu aku tangguhkan dulu la ya. Lepas aku selesai dengan yang ini, InsyaAllah aku mulakan yang itu. Aku rasa aku kena buat banyak research dulu sebelum aku boleh betul-betul mula fiksyen yang itu.

Lagi sekali korang doakan la aku ya. Biar otak aku cair masa menulis ni. Kalau block nanti, tertangguh la jawabnya. Lama sangat aku tangguhkan misi penulisan kreatif aku ni. Jenuhlah si gadis pingitan kat Scotland tu dok bagi galakan. Dia dah nak masuk buku ke-3, aku tak mula-mula jugak. hahahahaha ..

Doakan aku ya. Sebab aku buat semua ni untuk anak-anak aku. Terharu tak? hahahahha

Ohhh jangan risau .. bahasa penulisan kreatif tidak carca-marba macam kat sini. huhuhuhuhu ...

Oklah ... korang bebaik ek. ;)

11 comments:

Rozita said...

TAHNIAH..moga sentiasa ada kejayaan buat mu..janji semua tu ikhlas..insya-allah

achik said...

moga semuanya berjalan lancar.. insya-Allah.. :D

DeeN said...

Salam Kak Has, apa khabar?
Lama tak jenguh akak, sebab waktu lepas2 (skang ada sket2 lg) kepala otak tgh mengong sket. Alhamdulillah skang berkesempatan la nak menyebok kat sini (chewah!). Ekceli kak, saya sgt, sgt dan sgt menyokong akak menulis, menulis dan terus menulis, sebab saya akan dapat membaca dan terus membaca hasil terjemahan dan karya2 dr akak (dan jugak kak Khair). Saya du'akan akak dianugerahi kecairan idea yg melimpah ruah seperti air terjun sipiso-piso mahupun nicaragua.

Er.. nampak cam lawak dan agak kemengongan sket kata2 sokongan di atas kan, tp percayalahhhhhh ianya benar2 belaka. ;)

Zuraini said...

Salam...

semoga apa jua yang diusahakan beroleh kejayaan, insya Allah...

tahu ek? tu antara penulis yang saya suka, mmg dah lama tunggu buku kanak2 dari beliau (suka biru ungu cinta, bila ianya menyentuh ttg bahasa)... kiranya buku2 dari Js tu kalau terlepas ke tangan bebudak pun rasa tak bimbang sangat, masih terkawal lagi cerita2nya...

khairyn said...

yep teruskan menulis. Ceritera orang yang biasa buat research dengan ceritera orang yang menulis dari imaginasi memang berbeza. ceritera orang yang menulis dari hati akan beremosi. Kombinasi ketiganya akan menyebabkan ceritera anda lethal!
woah!!!!

anyway, nanti aku emel doa-doa untuk mohon hilangkan writer's block. Sekarang aku tengah cari doa orang kaki judi wakakaka.. sayang aa nak buang solitaire dari lappy aku ni

Pa'chik said...

:P

izinni said...

ree,
terima kasih. InsyaAllah ikhlas :)

achik,
selalu gi rumah achik tapi tak tinggal jejak. hehehhe .. achik gak rajin tinggal jejak kat sini. tochee tochee!

insyAllah .. doa-doakan la ya ;)

DeeN,
Takpe .. difahami. Akak pun jarang-jarang dapat bertandang ke blog orang lain. Kalau sempat pun takat baca je la. hehehe

ohhh sungguh tidak picisan dan bengong kata-kata sokongan awak tu. Amat2 menghargai. terharu sungguh ai.

insyaAllah mudah-mudahan semuanya lancarrrrrrrrr macam maserati yang aku nampak kat hiway hari tu. adehhhh terjatuh chenta!

oppsss melalut. hahahaha

izinni said...

neen,

haaa kan betul. mesti dari neen. neen sorang je yang rajin mengirim-ngirim ni. anak2 pun dah tau .. kalau ada kiriman mesti dari kawan ibu yang kat johor tu kata depa. hehehehe depa dah corrupted :P

untuk pengetahuan neen, irfan dan zinnirah SUKAAAA TERAMAT SANGATTTT buku-buku tu. Tak lekang dari tangan. Nasib dah abih mid year exam. kalau tak jenuh nak suruh depa letak dan baca buku sekolah. masing2 dok bagi komen pasal buku tu .. apa yang best etc. depa kata buku2 tu semua seronok sebab depa memang suka buku2 adventurous ni. selalu pinjam di library je.

on behalf anak2 .. terima kasih sangat2 :)

izinni said...

khairyn,

ya ya. tengah rancak jugak la ni. cuma cuaca panas buat aku lesu dan mudah penat. so dah 2 hari tak boleh nak sambung tulis sebab bila tidokan ali je aku pun tertido sama. hahahaha

tapi ceritera orang yang suka buat research ni ditakuti akan sangat-sangat factual hingga membosankan pulak. hehehhe .. aku kena tajam skil imaginasi aku laa ... dah lemah sangat ni :P

pasal doa tu .. SILALAH EMAIL YA! hehehhe

pasal solitaire .. errr aku pun addicted gak. hahahah bukan ke dari MM lagi kita dok addicted bendalah tu. eekekkekeke ...

izinni said...

pa'chik,

ko ejek aku ya?

ya laa .. aku tak pandai mana pun. berangan pulak nak jadi penulis :P :(

TIARA TOURS said...

HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

ITINERAY :

DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.


SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL