Tuesday, August 18, 2009

Tak jadi ...

Rasanya aku terlupa bagitau yang rancangan bercuti ke Port Dickson terpaksa aku batalkan. Kenapa? Sebab semua tempat penginapan penuh.

Jadi aku buat rancangan untuk tukar lokasi. Ke Kuantan i.e Cherating atau Teluk Cempedak. Ada tempat penginapan yang sesuai. Tapi terpaksa batalkan juga. Kenapa? Sebab duit lambat sangat masuk. Ini pun aku masih menunggu.

Akhirnya terpaksa tangguh. Hmmm .... macam kes kursus terjemahan aku la ni. Tangguh sampai 2 tahun. Jangan bercuti pun tangguh lama gitu jugak. Kesian anak-anak. Depa dah berangan nak mandi laut. Nasib depa terima bila dipujuk. Kalau tak mahu merajuk panjang. Aku pun sedih gak ni sebab dah bertahun tak bercuti dan aku akui yang aku sangat-sangat memerlukan cuti.

Takpe. Kumpul duit balik. Lepas raya aku akan pastikan kami pergi jugak bercuti dan tidur di walau semalam pun di hotel. Ya. Anak-anak aku rasa tidur di hotel adalah sangat best. hehehe..

Errr ada sesiapa nak sponsor aku gi cuti-cuti? hahahahhaa ... :P

Monday, August 17, 2009

Aku suka ...

Malam tadi dalam aku menekan-nekan punat televisyen mencari rancangan yang boleh menjamu halwa mata dan telinga, aku terhenti di saluran tv2. Aku ingatkan ada konsert sebab begitu ramai sekali umat di auditorium berkenaan. Aku katakan 'umat' sebab sememangnya penuh dengan umat-umat sesaudara seIslam aku. Aku pun tunggu sebentar. Ohh .. rupanya rancangan kenyataan atau program realiti hasil 'pemikiran' hero 'pujaan ramai' si Rosyam Nor. Rupanya malam tadi sudah rancangan akhi dan ditayangkan secara langsung dari Negeri Sembilan.



Aku bukan mahu beri sebarang ulasan tentang apa yang terjadi di atas pentas. Ramai yang sudah sedia maklum akan aksi-aksi abang-adik serta adik-kakak peserta-peserta rancangan berkenaan. Bila aku katakan aksi abang-adik dan adik-kakak itu, fahamilah ya. Belum lagi aksi-aksi mak dan anak, bapak dan anak. Sungguh rapat dan erat sekali. Mereka sesungguhnya mempertahankan kepentingan mengeratkan tali silaturrahim.



Ohh ... aku tidak sepatutnya melarat ke perkara itu. Sedangkan lain yang ingin aku katakan.



Begini. Auditorium itu sememangnya penuh semalam. Sampai ada yang terpaksa duduk di tangga. Begitu hebat penangan rancangan mencari pelakon-pelakon 'berbakat' ini. Dari jumlah penonton itu, jika tidak separuh, suku daripada mereka adalah KANAK-KANAK. Ya. Kanak-kanak.



Rancangan yang tamat sekitar jam 11 malam mungkin. Esoknya, iaitu hari ini adalah hari persekolahan. Ada kanak-kanak ini selain dari sama-sama bersorak macam orang hilang akal, ada juga yang duduk seolah terpinga-pinga dan ada juga yang menguap tanda suka atau mengantuk. Ada juga sedap memeluk tubuh sambil mengusap-gusap lengan. Sejuk agaknya. Maklumlah penonton yang ramai pasti menyebabkan pihak pengurusan memaksimakan kekuatan penghawa dingin.



Ibu bapa dan saudara-mara yang membawa anak-anak ini ke rancangan ini tidak ada fikirankah? Balik lambat, tidur lambat, maka pasti akan bangun lambat. Dapat ibu bapa yang sporting, pasti anak-anak itu akan dibiarkan tidak ke sekolah kerana kepenatan.



Aku teringat kata-kata Menteri yang berkaitan dengan hal-ehwal kanak-kanak yang lantang menyatakan yang tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga yang membawa anak-anak menyertai demonstrasi atas alasan membahayakan nyawa anak-anak berkenaan.



Sejauh mana seriusnya antara membawa anak-anak ke demonstrasi membantah kezaliman dan ketidakadilan pada hari Sabtu, dengan membawa anak-anak ke konsert-konsert hiburan melalaikan sambil melihat lelaki wanita bukan muhrin berpegangan dan berpelukan sehingga jauh malam di hari Ahad?



Tidak rasional pemikiran aku? Konsert tidak membahayakan dan tidak membawa kecederaan fizikal? Demonstrasi membawa bencana dan boleh menyebabkan kecederaan fizikal? Adakah kita mahu anak-anak kita lena dek hiburan dan menjahanamkan pemikiran kritis yang menentang ketidakadilan dan kezaliman?



Lepas ini marilah kita sama-sama bawa anak-anak ke konsert dan persembahan hiburan yang ada demi kesejahteraan negara.



Ohh ya. Pak Perdana Menteri nasihatkan rakyat jelata supaya elakkan berhimpun di tempat-tempat awam untuk mengelakkan penularan selsema babi. Baguskan? Sungguh prihatin. Aku suka.



Tiba-tiba, perhimpunan menyambut kemerdekaan akan tetap dilangsungkan tapi bukan di Dataran Merdeka atau tempat-tempat terbuka yang lain. Prihatin sungguh mereka kerana memindahkan lokasi sambutan di tempat TERTUTUP iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Eh! Bukankah perhimpunan itu satu perhimpunan awam juga?



Oh! Tidak mengapa rasanya. Perhimpunan ini untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada negara. Lagipun nasihat Pak Perdana Menteri itu dikeluarkan selepas perhimpunan 1 Ogos lalu. Jadi saranan itu tidak sesuai untuk sambutan 31 Ogos nanti. Ibu bapa yang ada anak-anak terlibat dalam persembahan sempena sambutan nanti pun tidak perlu khuatir akan penularan selsema babi sebab semuanya DEMI NEGARA yang TERCINTA.



MALAYSIA BOLEH!



Opsss ... itu tagline Pak Perdana Menteri yang lama. Sekarang Pak Perdana Menteri baru.



RAKYAT DIUTAMAKAN, PENCAPAIAN DIDAHULUKAN. Molek sangatlah tagline yang ini. Aku suka juga.

Sunday, August 09, 2009

Balasan dari wartawan yang hampir maut ...

Syukur saya, ada seorang yang pernah berkhidmat sebagai wartawan cuba memberi komen tentang kerja saya. Saya yakin saudara lebih memahami kerjaya ini. Saya tidak tahu sama ada saudari baca atau tidak artikel saya. Apa yang saya cuba beritahu adalah dari segi aspek keselamatan, jaket tak ade itu saje. Naik bot sejauh itu, tanpa jaket saudari rasa ok ker? Kita tak tahu apa yang akan terjadi dalam perjalanan itu. Saya mungkin buruk di mata saudari selepas menulis artikel tersebut tapi saya rasa puas kerana dapat memberi teguran kepada pihak penganjur supaya lain kali kalau dibuat trip tolong beri perhatian ttg aspek ini. Kalau saya takut, saya tak akan pergi awal2 lagi. Soal Palestin, Afganistan sume itu, semua menjadi idaman setiap reporter. Soal mati bukan keutamaan, kat mana-mana kita boleh mati even baring kat tilam di rumah.

Mengenai soal menghargai nelayan. Saya pergi bukan untuk melihat nelayan bekerja dan mereka tak kerja pun sepanjang perjalanan saya itu. Jika itu tujuan saya, saya tak perlu pergi dengan anjuran Kerajaan PR ini, banyak alternatif yang saya boleh cari. Tapi kami diberitahu akan dibawa ke pelantar minyak yang menjadi tuntutan kerajaan Kelantan. Untuk melihat kerja-kerja mengukur dan mencari fakta bahawa tuntutan itu logik..selepas mengharungi perjalanan pergi selama 13jam, kami hanya dapat amik gambar lampu2 pelantar sahaja. Saya rasa saudari cukup faham tugasan seperti ini kerana saudari juag merupakan bekas wartawan bukan. Jika itu yang terjadi apa hasil tulisan yang akan saudari akan cuba buat?

Jika saudari sedih dengan artikel saya, saya juga sedih kerana pengalaman 10 tahun saudari sebagai wartawan tidak mematangkan saudari. 10 tahun berkhidmat tetapi kerjaya ini tidak pernah memberi apa-apa kepada saudari sebeb itu saudari keluar dari bidang ini, btol saudari?

Kita bekerja sebagai wartawan, keselesaan buakn keutamaan. Kalau saya nak selesa baik saya kerja teller bank. 8 jam keje dalam air cond. Saya pasti saudari cukup maklum tentang itu.

Untuk pengetahuan saudari, saya bukan bloggers yang cuba menokok tambah cerita, menulis dengan kepentingan. Menyokong apa sahaja yang 'big boss' mereka buat, salah pun boleh dibetolkan supaya bos senang hati. Jangan terlalu taksub, fikir dengan otak yang waras. Tuhan bagi kita akal supaya dapat buat pertimbangan bukan sokong membabi buta. Yang hak tetap hak dan batil tetap juga batil. Renung-renungkan....

**********************************************

Aku tidak sunting walau sepatah perkataan pun. Apa lagi aku nak komen pasal 'wartawan' ni ya? hehehehe .... korang nilai sendirilah ;)

Korang rasa aku perlu balas ke tidak? ehehehhehe ...

Aku dah balas pun. hehehe .. Mula-mula ingat hendak dibiarkan dia 'gloat' dengan 'ilmu' yang dia ada. But, it is not easy being me ... i cannot resist to be ME!

So, here's my reply to him. Lepas ni aku akan bolayan kalau dia balas balik, sebab orang yang besar kepala ni tak guna dilayan.

Here goes ....

Alhamdulillah. Salam kelmarin tidak dijawab. Terima Kasih.

Saya tidak berniat hendak memberi ulasan panjang akan balasan saudara ini. I think in this matter, it looks like we agree to disagree as obviously we have different views. So, no matter what I say and what my view is, it would remain a fact that you will stand on your view and vice versa.

You asked what I'll do if I were in your position? Well, I have several things on my mind on what I shall do. But again, there's no need to share any of them. Benda dah jadi pun.

I like to quote you, "Jangan terlalu taksub, fikir dengan otak yang waras. Tuhan bagi kita akal supaya dapat buat pertimbangan bukan sokong membabi buta. Yang hak tetap hak dan batil tetap juga batil".

Thank You. It's a good one. I'll take that as an advice from a junior reporter to a former reporter who apparently had not learnt anything from her 10 years of reporting. Thank You.

Saya akan pegang kata-kata awak yang itu and I'll be keeping an eye on your reportings, supaya akal yang diberi Allah akan digunakan untuk membuat pertimbangan waras, bukan menyokong membabi buta. Betul sangatlah tu .. YANG HAK tetap HAK, yang BATIL, tetap juga BATIL.

Good Luck!


Saturday, August 08, 2009

Makan-makan-makan

Akhirnya. Selepas hampir setahun. Berjumpa jua bertentang mata. Makin comel si dia. Hampir tidak perasan kalau tidak ditegur dulu. Kali akhir bersua bertentang mata, ketika bertandang ke singgahsananya sempena lebaran. Masa itu, si dia masak Soto ayam kalau tak silap.

Berjumpa kali ini di luar sahaja. Agenda adalah makan-makan dan sembang-sembang. Si dia hendak bersedekah. Belanja lima kanak-kanak yang kuat makan. Sudah dimaklumi awal-awal lagi akan kekuatan mereka menjamu selera. Jika tidak dimaklumi, pasti terkejut kingkong si dia melihat keasyikan kanak-kanak yang lima makan.

Memang licin juadah yang dibelanja. Besar selera kanak-kanak. Selera pun bukan main lagi. Mulanya rambang mata. Hendak ayam atau lempeng berlauk orang Itali. Akhirnya, lempeng yang dipilih walaupun ayam tetap bertakhta di hati. Dipujuk yang di kedai menjual lempeng turut ada menu ayam. Cuma bahagian ayam hanya kepaknya. Tiada paha yang montok.


Kanak-kanak yang kelaparan terus berdoa dan menerpa lempeng dan ayam di depan mata. Hingga lupa hendak menyemadikan potret lempeng dan rakan-rakannya yang lain sebelum dilicinkan kanak-kanak. Akhirnya, hanya dulang dan pinggan kosong yang tinggal. Itulah gambar yang boleh diambil.



Dan kerana tangan tidak stabil kerana sibuk memangku dan menggelek kanak-kanak yang paling kecil, banyak gambar 'blur', tidak fokus. Maaflah ya. Tapi sebagai imbuhan, sebuah gabungan foto-foto yang lebih cantik hasilnya telah diculik dari blog si dia. Lihatlah dibawah. Pencahayaan lebih cantik kan. Si kecil berbaju merah lebih jelas imejnya.


Terima Kasih. Lain kali ibu kanak-kanak pula belanja makan ya. Kanak-kanak adalah sangat gembira. Ibu pula suka hati sebab tidak perlu masak malam ini. :D

Update:
Gambar paling terbaru. Diambil tidak sampai 30 minit tadi. Jangan ditanya kenapa si Ali menyelak bajunya .... buat-buat faham aje lah ya ... hahahahaha

Makan-makan ...

Petang nanti ada acara jalan-jalan dan makan-makan dengan anak-anak dengan orang TJ. Bila dicongak-congak, sudah hampir setahun tidak berjumpa sua. Yang akhir, berhari raya ke rumahnya. Lepas itu berdating-dating dalam talian telefon dan talian internet semata.

Ada rezeki, akan upload gambar-gambar kanak-kanak 5 orang makan-makan. Tapi gambar ibu dan orang TJ yang baik hati dan comel, berkemungkinan besar tidak akan diuploadkan. hehehhee

Pagi ini, bersarapan cekodok cempedak. Malam kelmarin, bermakan malam Spagetti Chicken Bolognese. Malam semalam, nasi berlaukkan sambal tumis ikan bilis, telur dadar dan sup kentang dengan so'on. (Gambar tiada sebab lupa nak snap. hehehe)


Jemput makan jemput-jemput cempedak :D


Bolognese yang kurang berseri warnanya tapi sedappp .. hehehehehe


Nota kecik-kenot:
Baru perasan, tarikh dan waktu di gambar-gambar adalah tidak tepat.

Friday, August 07, 2009

Buat wartawan kosmo yang hampir maut di laut ...

'Misi Royalti Misi Maut?'

Assalamualaikum.

Sebagai rakyat Malaysia dan bekas seorang wartawan, saya terkilan dengan cara pemberitaan saudara dalam membuat liputan 'Misi Royalti' di Kelantan baru-baru ini. Jika tugasan sebegini saudara labelkan sebagai sebuah misi maut, saya tidak tahu apa yang akan saudara labelkan jika diberi peluang membuat liputan di Palestin atau tempat-tempat bergolak seumpamanya. Sepatutnya saudara melihatnya sebagai satu peluang untuk mendalami hidup para nelayan laut dalam yang bertungkus lumus mencari rezeki demi keluarga. Merekalah yang membolehkan kita dapat menjamah produk-produk ikan segar dari laut. Alangkah baiknya jika saudara membuat 'side story' mengenai pengalaman saudara itu, yang bagi saya adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Bukan semua wartawan berpeluang mendapat tugasan sebegitu.

Mungkin saudara terkilan kerana menyangkakan saudara dan kumpulan media serta blogger akan dibawa menaiki kapal persiaran berhawa dingin dengan kemudahan makan minum serta tempat tidur yang selesa. Jika itu yang saudara dambakan, eloklah saudara jangan bertugas sebagai wartawan. Eloklah saudara bertugas di hotel-hotel sahaja.

Tugas seorang wartawan adalah untuk memberi maklumat dan memberitahu orang ramai mengenai apa yang berlaku. Sedikit sebanyak boleh diceritakan pengalaman wartawan sendiri untuk menyedapkan lagi pemberitaan, bukan menokok tambah 'cerita' sebegitu. Itulah yang saya lihat pada berita tulisan saudara.

Saya berpengalaman sebagai seorang wartawan selama 10 tahun. Saya sedih dan malu dengan mutu pemberitaan saudara.

Ikhlas,
Izinni
(dalam surat nama betul laa .. hehehe)

Sunday, August 02, 2009

JB PD

Bosan sebenarnya nak update blog ni. Macam dah kehilangan punca nak menulis merapu meraban. Merayap kat blog orang pun .. takat baca, baca, baca ... malas nak tinggal jejak. Buku cerita pun dah lebih seminggu tanpa sebarang tambahan baru. Semua dalam kepala. Nur Hussin nak buat apa, Indera nak buat apa. Apa akan jadi seterusnya. Semua dalam kepala. Tapi tangan malas hendak mengetuk papan kekunci untuk menurunkan apa yang ada dalam kepala.

Kepala sebenarnya 3,4 hari ni dok fikir pasal nak gi bawak anak-anak bercuti. Yang dekat-dekat. Yang murah-murah. Dalam kepala terfikir dua tempat. Janda Baik atau Port Dickson. Janda Baik kurang sikit tol dia kot. Port Dickson lebih sikit kot. Janda Baik, mungkin murah sikit kot kalau bercuti 3 hari 2 malam. Port Dickson .. hmmmm hampir semua tempat menginap, harga RM150 ke atas. Murah untuk orang lain, tapi agak mahal untuk aku. Susah sungguh aku ni .. nak bercuti pun terpaksa congak habis-habis :P

Cuba bagi cadangan sikit kat aku ni. Janda Baik? Port Dickson? Janda Baik .. takat ada sungai, suasana alam semulajadi. Anak-anak dah selalu mandi sungai dan tengok hutan. Port Dickson .. ada pantai, pasir, laut. Anak-anak tak pernah mandi laut dan bermain di tepian pantai. Masa bawak gi Kelantan dulu pun ... depa boleh kata Laut China Selatan tu SUNGAI!! Kesiannnn ...

So macamana?? JB or PD? hmmmm ....