Sunday, August 09, 2009

Balasan dari wartawan yang hampir maut ...

Syukur saya, ada seorang yang pernah berkhidmat sebagai wartawan cuba memberi komen tentang kerja saya. Saya yakin saudara lebih memahami kerjaya ini. Saya tidak tahu sama ada saudari baca atau tidak artikel saya. Apa yang saya cuba beritahu adalah dari segi aspek keselamatan, jaket tak ade itu saje. Naik bot sejauh itu, tanpa jaket saudari rasa ok ker? Kita tak tahu apa yang akan terjadi dalam perjalanan itu. Saya mungkin buruk di mata saudari selepas menulis artikel tersebut tapi saya rasa puas kerana dapat memberi teguran kepada pihak penganjur supaya lain kali kalau dibuat trip tolong beri perhatian ttg aspek ini. Kalau saya takut, saya tak akan pergi awal2 lagi. Soal Palestin, Afganistan sume itu, semua menjadi idaman setiap reporter. Soal mati bukan keutamaan, kat mana-mana kita boleh mati even baring kat tilam di rumah.

Mengenai soal menghargai nelayan. Saya pergi bukan untuk melihat nelayan bekerja dan mereka tak kerja pun sepanjang perjalanan saya itu. Jika itu tujuan saya, saya tak perlu pergi dengan anjuran Kerajaan PR ini, banyak alternatif yang saya boleh cari. Tapi kami diberitahu akan dibawa ke pelantar minyak yang menjadi tuntutan kerajaan Kelantan. Untuk melihat kerja-kerja mengukur dan mencari fakta bahawa tuntutan itu logik..selepas mengharungi perjalanan pergi selama 13jam, kami hanya dapat amik gambar lampu2 pelantar sahaja. Saya rasa saudari cukup faham tugasan seperti ini kerana saudari juag merupakan bekas wartawan bukan. Jika itu yang terjadi apa hasil tulisan yang akan saudari akan cuba buat?

Jika saudari sedih dengan artikel saya, saya juga sedih kerana pengalaman 10 tahun saudari sebagai wartawan tidak mematangkan saudari. 10 tahun berkhidmat tetapi kerjaya ini tidak pernah memberi apa-apa kepada saudari sebeb itu saudari keluar dari bidang ini, btol saudari?

Kita bekerja sebagai wartawan, keselesaan buakn keutamaan. Kalau saya nak selesa baik saya kerja teller bank. 8 jam keje dalam air cond. Saya pasti saudari cukup maklum tentang itu.

Untuk pengetahuan saudari, saya bukan bloggers yang cuba menokok tambah cerita, menulis dengan kepentingan. Menyokong apa sahaja yang 'big boss' mereka buat, salah pun boleh dibetolkan supaya bos senang hati. Jangan terlalu taksub, fikir dengan otak yang waras. Tuhan bagi kita akal supaya dapat buat pertimbangan bukan sokong membabi buta. Yang hak tetap hak dan batil tetap juga batil. Renung-renungkan....

**********************************************

Aku tidak sunting walau sepatah perkataan pun. Apa lagi aku nak komen pasal 'wartawan' ni ya? hehehehe .... korang nilai sendirilah ;)

Korang rasa aku perlu balas ke tidak? ehehehhehe ...

Aku dah balas pun. hehehe .. Mula-mula ingat hendak dibiarkan dia 'gloat' dengan 'ilmu' yang dia ada. But, it is not easy being me ... i cannot resist to be ME!

So, here's my reply to him. Lepas ni aku akan bolayan kalau dia balas balik, sebab orang yang besar kepala ni tak guna dilayan.

Here goes ....

Alhamdulillah. Salam kelmarin tidak dijawab. Terima Kasih.

Saya tidak berniat hendak memberi ulasan panjang akan balasan saudara ini. I think in this matter, it looks like we agree to disagree as obviously we have different views. So, no matter what I say and what my view is, it would remain a fact that you will stand on your view and vice versa.

You asked what I'll do if I were in your position? Well, I have several things on my mind on what I shall do. But again, there's no need to share any of them. Benda dah jadi pun.

I like to quote you, "Jangan terlalu taksub, fikir dengan otak yang waras. Tuhan bagi kita akal supaya dapat buat pertimbangan bukan sokong membabi buta. Yang hak tetap hak dan batil tetap juga batil".

Thank You. It's a good one. I'll take that as an advice from a junior reporter to a former reporter who apparently had not learnt anything from her 10 years of reporting. Thank You.

Saya akan pegang kata-kata awak yang itu and I'll be keeping an eye on your reportings, supaya akal yang diberi Allah akan digunakan untuk membuat pertimbangan waras, bukan menyokong membabi buta. Betul sangatlah tu .. YANG HAK tetap HAK, yang BATIL, tetap juga BATIL.

Good Luck!


10 comments:

akirasuri said...

Huhu.. Kalau dia baca tanpa fikir, mesti dia ingat dia dah menang masa baca emel Kak has ni.. ;)

izinni said...

akira,
kalau dia rasa gitu ... sememangnya dia menang ... menang dalam menegakkan kebodohan, kesombongan dan kekosongan akal dia ;)

mudin001 said...

Jom langgan Kosmo dan baca tulisan mamat ni hari-hari.

Heh!

:D

izinni said...

mudin,
errr tak nak la ... hahahaha ... aku google je nama dia hari2 atau gi kosmo online je ..boleh?

sekarang aku nak tunggu laporan dia pasal nelayan ... kan dia kata ada alternatif lain utk dia buat gitu kan. hehehehhe

Rozita said...

tak nak komen lah ye..
singgah santai2 je la kali ni

ńĕĕń said...

Salam...

Baca jawaban balas wartawan berkenaan, boleh agak tahap pemikiran dia kat mana & apa yang berlegar2 di kepala dia tu...

Pa'chik said...

kosmo sokkabar cikai la weh... aku gelak-gelak je baca kosmo nih... tu yang asek jadik penghias kat laman itam tu... ekekeke....
nanti ada yang baru... ingat tak nak tulis... tapi layan laa... hahaha...

khairyn said...

jap jap bagi aku gelak jap...
part yang ni yang PALING aku suka sekali

"Kalau saya nak selesa baik saya kerja teller bank."

Kat sini jer aku dah tau kat mana tahap dia yang sebenarnya hehehehe.

dik, kerja kena profesional. Mana yang diamanah, itu yang diselesaikan dulu. Bab nak dush orang tu side-bar jer, barulah kita nampak tak emotional.

Kalau concern sangat pasal tak de keselamatan kat bot, buatlah secara berhemah. Yakni, dapatkan response dari pihak berkuasa ke. Polis marine ke apa ke.. mana-manalah, barulah kita kelihatan intelligent.

Takkan tu pun aku nak ajar hahahahaha

Anonymous said...

Salam,

Adakah encik wartawan ni produk dari sekolah atas bukit? Kalau yer, malunya aku nak mengaku dia junior aku dengan tahap 'kewartawanan' dia tu.

Err... puan izzini, terima kasih kerana bersusah payah singgah bangsar ni untuk menghantar CUCOQ CEMPEDAK tu.. Tak dan 3 minit, licin. huhuhuhu... err len kali singgah la lagi bawak cucoq kodok ka, cucoq udang ka, karipap ka... mi goreng ka.. spegati ka.... bla bla bla...

izinni said...

khairyn,
hehehehe sengal kan? beria2 reply panjang2 kat aku tapi hampeh punya defensive.
benda tu senang je. kita sebagai wartawan ADA HAK! kalau sungguh rasa tak selamat, tak cukup life jacket .. kita ada hak untuk TIDAK ikut sekali expedisi tu, sebab faktor2 keselamatan.

aku rasa dia memang cari alasan nak merengek je. hehehhee

supermodel bangsar,
kalau sungguh dia produk sekolah atas bukit .. aku tak heran sebab produk sekolah tu lepas batch2 kita .. dah takde umpphh!! tak tough macam kita2 ni. semuanya lembek! ko pegi je la sana sekarang ... hampeh semua. tahu nak berlagak dengan glamor je. kerja .. sangat hampeh!

ooohhh no problem pasal cucur cempedak tu. takat tu je yang aku mampu sebelum dapat gi dating dengan ko .. hehehhee