Buat wartawan kosmo yang hampir maut di laut ...
'Misi Royalti Misi Maut?'
Assalamualaikum.
Sebagai rakyat Malaysia dan bekas seorang wartawan, saya terkilan dengan cara pemberitaan saudara dalam membuat liputan 'Misi Royalti' di Kelantan baru-baru ini. Jika tugasan sebegini saudara labelkan sebagai sebuah misi maut, saya tidak tahu apa yang akan saudara labelkan jika diberi peluang membuat liputan di Palestin atau tempat-tempat bergolak seumpamanya. Sepatutnya saudara melihatnya sebagai satu peluang untuk mendalami hidup para nelayan laut dalam yang bertungkus lumus mencari rezeki demi keluarga. Merekalah yang membolehkan kita dapat menjamah produk-produk ikan segar dari laut. Alangkah baiknya jika saudara membuat 'side story' mengenai pengalaman saudara itu, yang bagi saya adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Bukan semua wartawan berpeluang mendapat tugasan sebegitu.
Mungkin saudara terkilan kerana menyangkakan saudara dan kumpulan media serta blogger akan dibawa menaiki kapal persiaran berhawa dingin dengan kemudahan makan minum serta tempat tidur yang selesa. Jika itu yang saudara dambakan, eloklah saudara jangan bertugas sebagai wartawan. Eloklah saudara bertugas di hotel-hotel sahaja.
Tugas seorang wartawan adalah untuk memberi maklumat dan memberitahu orang ramai mengenai apa yang berlaku. Sedikit sebanyak boleh diceritakan pengalaman wartawan sendiri untuk menyedapkan lagi pemberitaan, bukan menokok tambah 'cerita' sebegitu. Itulah yang saya lihat pada berita tulisan saudara.
Saya berpengalaman sebagai seorang wartawan selama 10 tahun. Saya sedih dan malu dengan mutu pemberitaan saudara.
Ikhlas,
Izinni
(dalam surat nama betul laa .. hehehe)
12 comments:
bersyukurlah dia tak mati... patutnya dah rasa hampir nak mati tu.. reti-reti la bertobat... jangan duk keluar cerita nak menipu lagi...
nampak sangat tak nak keluarkan berita sebenar tentang jarak pelantar minyak, yang mana, minyak terengganu pun curik dari kelantan... hahah....
oit oit... aku keje kat otel pun takleh sukati nak tidur kat katil empuk tu laa... ekekeke...
pa'chik,
kalau aku jumpa wartawan tu aku seligi je!! bodoh!! elok jadi wartawan hiburan je la ... tepek kat tepi kain artis.
errr ... hehehehe ... ko keje hotel ek?! wahhhh ... next time aku gi sana ... ko bagi aku accomodation 1/2 price ek ek? ekekekke
ada maksud lain tu ... kena read between the line. hhehehe 'bertugas di hotel2 sahaja' tu maknanya ... jadi gigolo ke dan waktu2 yang sama dengannya .... hahahha
Hehheh, saja cari glamour tuh kot. Kosmo kan akhbar picisan saja!
:)
kalau cari glamour cara gini ... alahaiii murahan sungguh!! nak glamour .. bongkar penyelewengan terhadap rakyat! barulah best!
izinni,
apa kata ko komplen je ngan si Radzuan. Kau ingat tak dia lagi? Dulu selalu kat SUK pas tu menebeng kat kita tanya story apa nak buat kekekeke. Dia kan sekarang news editor Kosmo KL.
Bagi aku ni cerita moaning. Komplen. Patutnya yang ni side story. Story utama dia lawatan tu atau bahayanya kerja kat pelantar hahaha.
Kalau akulah jadi mamat ni, bukan 1 story jer aku tulis, aku boleh bawak balik 5 stories. Boleh buat series lagi. Fuhyoh! berlagak siot!
khairyn,
ingatttt ... mana boleh ku lupa kawan yang sorang tu. hehhee .. kaki nebeng. tapi hati dan attitude ada baikkk ... tarak sombong jugak. tarak berlagak jugak .. kan. nantilah aku calling2 dia ... hehehehe
meh aku listkan story2 yang aku boleh buat dari misi tu .. kalau aku pegi la!
1) pasal lawatan tu ... details pasal kat mana pelantar tu etc
2) details pasal semua pelantar2 yang dikatakan ada kat perairan kelantan .. betul atau tidak berdasarkan fakta
3) pengalaman atas bot
4) pengalaman nelayan (kapten dan awak2) semasa kat laut dalam
5) suasana kerja di pelantar .. pengalaman orang2 yang keje kat pelantar
6) tourism attraction i.e destinasi memancing yang bagus
itu yang ada dalam kepala la. kalau nak buat follow up ... banyakkkkkk ... macam ko cakap la .. buleh buat series untuk 2,3 minggu gitu .. macam kita buat dengkil kan. hehehehe
dulu laa... apa daa.... kikiki...
dia mabuk laut la dei... mana sempat nak pikir cerita lain... lagi pun... hahaha... sesuai jadi wartawan gosip je mamat nih... kawan ngan geng pondan jubir tu... :P
dia mabuk laut la dei... mana sempat nak pikir cerita lain... lagi pun... hahaha... sesuai jadi wartawan gosip je mamat nih... kawan ngan geng pondan jubir tu... :P
aiseyyyy .. dulu ek. sekarang? bukak hotel sindri? hehehehe
kalau takat mabuk laut sikit dah tak boleh nak pikior .. rentikan la nak terus jadi wartawan. memang ler gi laut boleh mabuk laut. bangang ke apa.
semuanya politik
Post a Comment