Sunday, August 02, 2009

JB PD

Bosan sebenarnya nak update blog ni. Macam dah kehilangan punca nak menulis merapu meraban. Merayap kat blog orang pun .. takat baca, baca, baca ... malas nak tinggal jejak. Buku cerita pun dah lebih seminggu tanpa sebarang tambahan baru. Semua dalam kepala. Nur Hussin nak buat apa, Indera nak buat apa. Apa akan jadi seterusnya. Semua dalam kepala. Tapi tangan malas hendak mengetuk papan kekunci untuk menurunkan apa yang ada dalam kepala.

Kepala sebenarnya 3,4 hari ni dok fikir pasal nak gi bawak anak-anak bercuti. Yang dekat-dekat. Yang murah-murah. Dalam kepala terfikir dua tempat. Janda Baik atau Port Dickson. Janda Baik kurang sikit tol dia kot. Port Dickson lebih sikit kot. Janda Baik, mungkin murah sikit kot kalau bercuti 3 hari 2 malam. Port Dickson .. hmmmm hampir semua tempat menginap, harga RM150 ke atas. Murah untuk orang lain, tapi agak mahal untuk aku. Susah sungguh aku ni .. nak bercuti pun terpaksa congak habis-habis :P

Cuba bagi cadangan sikit kat aku ni. Janda Baik? Port Dickson? Janda Baik .. takat ada sungai, suasana alam semulajadi. Anak-anak dah selalu mandi sungai dan tengok hutan. Port Dickson .. ada pantai, pasir, laut. Anak-anak tak pernah mandi laut dan bermain di tepian pantai. Masa bawak gi Kelantan dulu pun ... depa boleh kata Laut China Selatan tu SUNGAI!! Kesiannnn ...

So macamana?? JB or PD? hmmmm ....

13 comments:

Rozita said...

cari tmpt yang kos nya di dalam kemampuan kita.
yang penting anak2 seronok & kita sekeluarga dpt beriadah bersama..
kita kena buat apa yg kita mmpu..
insya-allah, nnti rezeki dah berlebih2..boleh jln jauh2..naik belon lagi..pegi obersea ke..apa2 aje lah :)

achik said...

gi PD la kak.. err saya slalu gi PD balik hari je.. penat mmg penat, tp tetap seronok..

Pa'chik said...

nur usin tak gi demo ke semalam? :P

DeeN said...

Er.. kalo saya kan, kalo saya la .. saya akan pilih Janda Baik. Sebab pertama, saya tak penah pegi. Sebab ke dua kos tak tinggi (mcm akak katalah) dan sebab ke 3, er.. nak tgk betul ke kat sana ramai janda.

Err.. er..! Ekceli saya tak suka mandi laut. Huhuk. Tapi kan, budak2 slalunya suka pantai! Hehe..

Pa'chik said...

err... gi teras jernang je la... lagik jimat... kikiki...

izinni said...

ree,
kalau nak kira kos sungguh .. gi selayang je. hehehe ... tapi ni nak bawak anak2 bercuti lama sikit dalam budget yang sangat2 sederhana :)

achik,
memang rancang nak ke sana la. tengah dok cari pakej yang murah2. maklumlah 7 orang kan. nak pergi hari, boleh jugak tapi kena keluar rumah macam nak gi sekolah .. awal gitu. tengoklah macamana .. kebetulan anak2 nak periksa bulanan ni .. so nak kena adjust date betul2.

pa'chik,
yang sebenornya ko memang suka nama tu kan kan kan? hahahaha
tak pegi pun ... aku sorang je .. susah sikit.

izinni said...

DeeN,
Hmmm ... Janda Baik ek? lepas bincang2 ... JB tu simpan untuk next cuti2 pulak. hehehhee

pa'chik lagi,
teras jernang .. hujung minggu ni .. ada orang teras jernang dah janji nak belanja makan! hahahahaha

Tyra said...

pergi PD akak cari rumah rehat yg dia bagi duk semalam RM80-100 per house. rumah jenis banglo.. dalam tu ade semua kelengkapan dapur dsb.

family sy kalau pergi PD gerenti sewa satu punye. sbb sgt murah dari hotel. mknan pun bleh masak.

khairyn said...

Cuti cuti ni banyak pakai duit kan? Aku yang sorang ni pun kalau bercuti, dapat buat sekali setahun jer.

cuti cuti Malaysia la plak huhuhu

izinni said...

tyra,
ok gak cadangan tu. apa kata bagi contact number banglo yang tyra sefamili selalu sewa. ;)
but come to think of it ... bercuti sepatutnya sungguh2 bercuti la kan. kalau bercuti, akak nak kena gak masak 3 kali sehari .. adehhhh ... hehehhe

khairyn,
memang banyak. ko sekali setahun pun .. habis merayap satu europe gak. hahahahaa ... aku ni nak keluar dari negeri Selangor ni pun alahaiiiiii ... hehhehe

akirasuri said...

Nak ikut pergi PD! (sambil jerit kuat-kuat)..

Hahak!

izinni said...

akira,
JOM! hehehhe

Tyra said...

Rumah tu PKNS punye... arwah ayah dulu kerja PKNS... tu sebab selalu duduk situ. saya tak tahu pulak nombor dia sebab dah lama saya tak pergi PD.

tp mmg penat la sebab kena masak. haha. no doubt pasal tuh.