Saturday, August 08, 2009

Makan-makan-makan

Akhirnya. Selepas hampir setahun. Berjumpa jua bertentang mata. Makin comel si dia. Hampir tidak perasan kalau tidak ditegur dulu. Kali akhir bersua bertentang mata, ketika bertandang ke singgahsananya sempena lebaran. Masa itu, si dia masak Soto ayam kalau tak silap.

Berjumpa kali ini di luar sahaja. Agenda adalah makan-makan dan sembang-sembang. Si dia hendak bersedekah. Belanja lima kanak-kanak yang kuat makan. Sudah dimaklumi awal-awal lagi akan kekuatan mereka menjamu selera. Jika tidak dimaklumi, pasti terkejut kingkong si dia melihat keasyikan kanak-kanak yang lima makan.

Memang licin juadah yang dibelanja. Besar selera kanak-kanak. Selera pun bukan main lagi. Mulanya rambang mata. Hendak ayam atau lempeng berlauk orang Itali. Akhirnya, lempeng yang dipilih walaupun ayam tetap bertakhta di hati. Dipujuk yang di kedai menjual lempeng turut ada menu ayam. Cuma bahagian ayam hanya kepaknya. Tiada paha yang montok.


Kanak-kanak yang kelaparan terus berdoa dan menerpa lempeng dan ayam di depan mata. Hingga lupa hendak menyemadikan potret lempeng dan rakan-rakannya yang lain sebelum dilicinkan kanak-kanak. Akhirnya, hanya dulang dan pinggan kosong yang tinggal. Itulah gambar yang boleh diambil.



Dan kerana tangan tidak stabil kerana sibuk memangku dan menggelek kanak-kanak yang paling kecil, banyak gambar 'blur', tidak fokus. Maaflah ya. Tapi sebagai imbuhan, sebuah gabungan foto-foto yang lebih cantik hasilnya telah diculik dari blog si dia. Lihatlah dibawah. Pencahayaan lebih cantik kan. Si kecil berbaju merah lebih jelas imejnya.


Terima Kasih. Lain kali ibu kanak-kanak pula belanja makan ya. Kanak-kanak adalah sangat gembira. Ibu pula suka hati sebab tidak perlu masak malam ini. :D

Update:
Gambar paling terbaru. Diambil tidak sampai 30 minit tadi. Jangan ditanya kenapa si Ali menyelak bajunya .... buat-buat faham aje lah ya ... hahahahaha

4 comments:

akirasuri said...

Wah! Tak payah masak ke kak Has? Saya takut jek budak-budak tak kenyang.. Sebab makan lempeng tu selalunya kenyang sat jek.. Huhu..

Terima kaseh ek sebab sudi datang bangi, Hahak! Patutnya saya nak belanja kenalah datang sana, ni kena gak budak2 datang sini.. Huhu..

Takpe, lain kali kita makan ayam pulak ek.. Senorok tengok dorang makan.. Tak sia-sia jek order banyak2.. Dorang memang power la! :))

akirasuri said...

Ish typo.. Seronok pun dah jadi senorok.. :))

Aha! Rupanya dah tak cam saya ek.. Patut pun masa saya mula-mula tegur tu masing-masing terpinga-pinga termasuk ketua batalionnya sekali! =))

izinni said...

ati,
sungguh. tak payah masak dah. kan ke depa pulun kaw-kaw punya. akak pun terkejut irfan boleh makan 6 keping lempeng tu, dengan sup semangkuk, ayam seketul, aiskrim gelas panjang, air berkali2 tambah. Syabil pun sama. Ali pun boleh habiskan baked cheese rice tu .. berlumba2. macam seminggu tak makan! :P

takpe ... lain kali kami kena ke sana pun takde hal pun. 1/2 jam drive je :D

ohh ayam ya next time! AYAM adalah sangat seksi dan best.

Zuraini said...

Salam...

seronok bila mkn2 semuanya habis... baru tak rasa membazir...

nampak ceria bebudak berlima tu... tapi tulah gambarnya tak banyak, cam tak puas lak tengok...

rambut Nisaa' baru dipotong ke? Ali lak nampak cam dah kurus sikit...