Monday, January 26, 2009

Gerhana hati ini ...

Teruja.
Namun, kita hanya manusia kerdil.
Sekerdil-kerdil manusia yang hanya mampu merancang itu dan ini.
Namun, hakikatnya Allah jua yang menentukan samada perancangan itu menjadi...

Ku sangka terang hingga ke petang, rupanya ini yang menanti ...



Besen ini hanya terdampar di tepi. Tidak mampu menjadi saksi kepada kebesaranMu Ya! Ilahi.


Dengan izinnya, bukan gerhana yang muncul, namun titisan-titisan hujan membasahi pohon dan bumi.


Akhirnya, disini aku menempatkan diri.


Biarpun hanya diskrin, Syukur padaNya kerana mengizini.


Menatap kebesaranmu yang belum tentu akan aku berpeluang lagi nanti.


Ku harap, Julai 22 nanti, umurku panjang untuk melihat gerhanaMu lagi Ya! Rabbi!

Jangan lupa ya ...



Jangan lupa ya ... petang nanti kita sama-sama saksikan kebesaran Allah. Peristiwa gerhana matahari akan bermula lebih kurang 4.30pm. Ingat nak bawak anak-anak ke Planetarium esok ... tapi bila fikir semula .... takung ajelah air dalam besen besar ... pastu nengok reflection dari air tu je. Atau live telecast through website je kat sini --->> www.angkasa.gov.my

Ohhh jangan lupa buat Solat Sunat gerhana ya. Dua raka'at je :)

Kalau nak lebih informasi tentang fenomena ni .. macam pukul berapa gerhana ni start kat lokasi2 berbeza di seluruh Malaysia, cara yang terbaik untuk melihat gerhana tanpa memudaratkan mata dan sebagainya ... gi kat sini --->>> http://www.angkasa.gov.my/attachment/Info_Risalah_PSE_2009_BI.pdf



Gerhana Matahari petang nanti rupanya macam ni la ...



ohhh teringat masa tahun bila tak ingat ... ada gerhana matahari bulat macam ni ... sesiapa ingat tahun bila? masa kecik2 tahun 80-an pun ada gerhana bulat gini gak ... ramai2 tengok kat dalam air takung dalam besen kat luar rumah ... masa tu duduk kat sungai way.

Friday, January 23, 2009

Terbaru ...

Ali 'survived' his 2nd haircut last Sunday.
Seronok gelak-gelak duduk tengok orang ramai-ramai dalam kedai tu!

Letakkan atas kerusi je terus muka jadi sepesen je macam tu. Blur, lidah terjelir sikit. Macam atok dia yang bila asyik benor buat sesuatu benda, lidah tu terjelir sikit. hehehhee
Apalahhh atok ni buat kat kepala saya ni?

Ali's new image. Tengah gelak sakan sebab nengok dinasour melantun-lantun lepas dibaling. hehehhee


Ohhhh ... ini gambar anak dara aku yang ketegaq sangat nak suruh tido. Baru je snap kejap2 ni. Dia merayap la dari satu bilik ke satu bilik. Pastu turun bawah. Pastu naik atas report kata abang, kakak, dengan abang sabin dah tido. Bila tanya tv bukak ke tutup, dia kata, "Bukak la .. ichak lupa pulak nak tutup. Ibu la tuwun tutup tiwi."
Pastu aku suruh tido dia kata, "Ichak tanak tido. Ichak nak engok ibu uwat tije jap boleh tak?"
Bosan nengok aku menaip tak henti-henti, dia gi berdiri depan tv ngadap nengok iklan.

Tetiba aku rasa ada benda kat belakang aku dok macam meraba-raba. Rupanya dia dah ada belakang aku dok cium-cium bahu aku. "Ichak shayang ibu. Ichak shayang tangan ibu. Ichak shayang bakang ibu. Ichak shayang memek ibu. Ichak shayang shemua-shemua. Ibu pun shayang ichak kan. Nanti ibu uwatkan shusu ichak ek ... nanti ichak tak buleh tido." Pastu dia tersengih dalam mengantuk.
Sekarang ni dia tengah merayap balik tah apa dibuatnya dalam gelap (Aku biasa buat keje dalam gelap sebab tak nak ganggu Ali tido). Kejap-kejap datang kat aku sembang-sembang tanya macam-macam. Pandai cakap dia ni. Ayat pun elok je susunannya walaupun pelat sikit. Sat gi bila dia dah tertido aku snap gambar dia pastu letak sini ... hehehhehe

Sambung (11.46pm) ....


Tengah mamai. "Ichak tiup bula ... bula ni nak tempis dah." Apa-apa laa nak oiiii ... Akhirnya lena diulit errrr bula ... sampai tido pegangan kat bola tu tak lepas-lepas.

Ehhh! Gambar saya tido pun ibu amik ... :D

Nite-nite all ... Opppsss ... anak-anak je dah lena ... ibu ada kerja lagi laaa ... :P

Thursday, January 22, 2009

Home ...

She's back. Her flight arrived in KLIA at 3:35pm. She was with housemate, who came back ... for I don't know how many times over the past one year. They appeared at international arrival meet up area at around 4:30pm. An hour 'delayed'. She looked calm and composed. Well, I did not expect the opposite from her. Her book editors met her up first before we (Elle, her sister and myself, with Nisaa' and Ali, too) got to embrace her for the first time in 2 years and 4 months. Her red eyes watered when she hugged Elle, but that's was all. She said she's saving her tears for her mother. She wanted to pour every single drops on her mom's shoulder.

She had declared that the first thing she wanted to do was to eat at the red and yellow clown restaurant. Yeahhh ... the one thing she cannot consume while in Glasgow :P. The one she has not been eating for the past 2 years and 4 months! The one with the black pepper sauce that cost almost RM20! The one, which was supposed to be boycotted! :P

Well, she got what she wished for. I know that while she's here she will hunt down all fast food outlets to satisfy her crave for western HALAL burgers and fried chicken ala Malaya. hahahhaa

Now, she's back home. Safely in the arms of her beloved mother, in Melaka. Crying her heart out, for sure.

As for me ... I'm happy she's finally home ... though only for a while as she's leaving for the Queen's Land on the 2nd of February ... but for now ... she's home.

Nota kecik-kenot:
Kepada semua yang berkirim salam tu ... salam kalian sudah disampaikan tadi. Maaf tiada gambar sebab tertinggal kamera di rumah.

Tuesday, January 20, 2009

Allah lebih mengasihinya ...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِين
 ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ


Monday, January 19, 2009

Doaku untuknya ...

Terlupa sungguh hp aku dah mati. Seharian hp aku yang dah kehabisan bateri aku biarkan begitu sahaja. Aku malas nak recharge. Tapi sebab esok sekolah, aku terpaksa recharge sebab kalau tak nanti alarm tak bunyi. Tengahmalam aku on hp dan terima phone message dari khairyn. Bila baca je, aku dah dejavu. Terus berderau darah aku. Terus teringat mak. Macam tu lah perasaan aku masa aku tau pasal mak masuk CCU. Berderau. Meremang.

Doa aku untuk abah hang, khairyn. Selesaikan apa yang patut dulu. Risau. Aku tau. Tapi selesaikan yang hari Selasa tu dulu. Tenangkan diri dan buat yang terbaik. Kalau tak nanti hang kena repeat. Hang mesti tak nak kan. So, do your extra best. Your abah would want that from you. Then, grab your bag and come home.

Take care, friend. InsyaAllah, he'll be alright.

Nota kecik-kenot:
p/s: Sampai spital melaka Selasa nanti, kirim salam maut kat doktor yang telah berjaya 'menghidupkan' abah hang tu ek. nanti buleh aku buat wasiat, kalau aku dah mati, aku nak suruh suami aku bawak je gi spital melaka untuk 'hidupkan' aku balik! :P

BENGONG punya doktor!

Saturday, January 17, 2009

Dari KT from Hubby ...

New Message: Zauj

9:07pm
FINAL: PAS menang 2,681! Hancur UMNO.

UPDATE:

Suami aku dah dalam perjalanan balik ke Lembah Klang. InsyaAllah ... sebelum subuh atau selepas subuh baru sampai rumah ... dengan buah tangan KOPOK LEKOR. kekekkeke ...
Esok sarapan kopok ler kami .. huhuhuhuhu ...

Ohhhh .. bijan po'chik dah balik KL .. ekekkee

---------------------------

Terbaru dari Tranungkite yang kena hacked dan sekarang beroperasi dari blogger .. hehehhehe


Takbir PAS/Pakatan rakyat menang majoriti 2,631 undi

Oleh SP

Keputusan terakhir PAS 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi serta hilang wang pertaruhan (tak boleh bantu fakir miskinlah...)

Peratus keluar mengundi ialah 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar.

Pilihan ke-12 sebelum ini Haji Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad Sabu 31,934 undi dan Maimun 685 undi.

Wednesday, January 14, 2009

Laknatullah ...




Rabu ,14/01/2009 - Wakil Ketua Persatuan Peguam Arab, Abdl Adzim Al-Magribi dalam wawancaranya dengan Televisyen Al-Jazeera Selasa (13/1) mengatakan, Mahmud Abbas menolak kerjasama dengan pihaknya untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.

Al-Magribi menjelaskan, pihaknya sudah bertemu Mahmud Abbas untuk mengajukan jenayah perang Israel ini kepada mahkamah antarabangsa. Ini kerana mahkamah antarabangsa tidak akan menjalankan pengadilannya kecuali jika ada pengajuan dari sejumlah pemimpin negara.

Oleh karena itu, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda tidak akan mengadili jenayah Israel ini kecuali jika ada persetujuan dari Mahmud Abbas. Namun berita muktahir menunjukan, Abbas menolak ajakan kerjasama dengan pertubuhan tersebut.

sumber : COMES (palestinkini.info)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Kutipan demi kutipan wang sumbangan dibuat banyak pihak untuk membantu mangsa kekejaman rejim zionis yahudi laknatullah. Tapi sejauh mana sumbangan itu akan sampai pada yang berhak?

Terus-terang aku musykil samada kesemua wang yang disalurkan melalui Duta Palestin di Malaysia akan betul-betul sampai. Sikap bos Duta itu sendiri, Abbas yang terang-terang enggan menyokong tindakan membawa pembunuh ribuan rakyatnya ke muka pengadilan mahkamah antarabangsa sudah cukup memualkan.

Abbas sendiri elok dihadapkan ke mahkamah antarabangsa sebagai penjenayah perang sebaris Ehud Olmert dan Bush Jr.
Siapa yang tidak tahu sikap bermusuhnya yang menebal terhadap Hamas? Hamas yang menang secara demokrasi melalui proses pilihanraya dianggap musuh dan enggan bekerjasama dengan baik.

Malah, Abbas lebih sanggup bersekongkol dengan Israel dari bersatu dengan Hamas yang lama berjuang untuk umat Palestin tidak kira Muslim atau Kristian. Kalau tidak masakan rakyat Palestin memberi mandat pemerintahan kepada Hamas.

Sehingga sekarang hanya Hamas yang bersungguh-sungguh berjuang menentang Israel. Mana PLO dan 'pejuang-pejuang' mereka?

Kalau Nato ditubuhkan demi menjaga keselamatan negara-negara Eropah, sudah tiba masanya juga OIC bukan sekadar menjadi organisasi berbincang dan melihat cuma. Tubuhkan kekuatan tentera gabungan dari negara-negara majoriti Muslim ini. Kalau negara Arab durjana enggan ... persetankan mereka. Negara-negara yang tidak dayus patut bertindak. Aku pasti, jika dikeluarkan arahan kepada
mana-mana yang mahu menjadi askar sukarelawan dalam gabungan ketenteraan itu untuk dihantar ke Palestin, InsyaAllah ribuan, malah puluh ribu yang bakal tampil.

Takut nanti dikata ... "OOhhhh lihat! Umat Islam sudah mula mahu menjadi pengganas. Suka kepada peperangan." ....??
Jadi selama ini tidak adakah yang sudah berkata begitu? Semua yang baik-baik sahajakah pasal umat Islam sekarang?
Kita sibuk mahu baiki imej ... tapi secara tidak langsung jadi semakin lembik, penakut, tiada suara! Sekadar kutuk, kutuk, kutuk.

Cakap ... menulis ... memang senang kan.
Dari duduk melangut bersembang terkekeh-kekeh di McD, Starbuck,
Dome dan segalanya ... sekurangnya kita bersuara di alam maya ini.

Ahhhh ... aku sudah kering air mata menangis melihat tangisan dan jeritan dan wajah kecil mulus yang sudah mati di kaca televisyen. Hati aku marah yang amat sangat.

Esok ... PBB akan bersidang khas. Yang pasti tidak akan berlaku apa-apa tindakan proaktif selain MENGUTUK!
"






Sunday, January 11, 2009

Gerhana ...

Aku takut aku keterlupaan.

Awal bulan, aku baca artikel dalam majalah Asuh milik anak-anak, edisi Januari. Rupanya dalam tahun ini, akan berlaku 2 kali gerhana matahari. Sekali pada tarikh 26 Januari, 2009. Yang kedua, pada 22 Julai nanti.

Kemudian, sekali lagi tahun hadapan 2010 pada 15 Januari 2010.

Nanti aku cari semula majalah tu. Ada penerangan jelas tentang waktu berlakunya gerhana itu nanti. Boleh aku kongsi-kongsi di sini pada yang berminat hendak menunggu dan mengambil gambar.


KEMASKINI! (14 Jan, 2009)

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Jan ini. Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Gerhana Matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia. Dalam satu kenyataannya, Angkasa berkata fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari. "Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai 'sentuhan pertama' iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa." Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Jan ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur. Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem "SOS Planet" di Teater Angkasa pada 5 petang dan Tayangan Laser "The Legend of the Night Sky". Orang ramai juga boleh menyaksikan Pameran Gerhana Matahari dan menyertai pelbagai aktiviti lain secara percuma menerusi Program Harian Gerhana Matahari Separa pada 20 hingga 30 Jan ini di tempat yang sama. Menurutnya, tujuan menganjur program ini adalah untuk memberi pendedahan sekali gus menanam minat terhadap astronomi di kalangan rakyat Malaysia selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my.

Racau yang gila ...

Musim demam. Viral fever.

The whole family is down with fever. Except Ali and me.

Hari Jumaat Zinnirah yang demam berkeras jugak hendak ke sekolah. Tak nak ketinggalan katanya. Kalau tak ke sekolah nanti homework bertimpa-timpa katanya. Jadi aku lepaskan dia ke sekolah dengan bekal syiling dan pesanan agar menalifon kalau dia betul-betul tak larat.

Syabil dan Irfan betul-betul tinggi panasnya. Viral fever. Gitulah penangannya. Tak lalu makan, muntah-muntah, lemah satu badan. Aku tarik tilam bujang ke ruang tamu. Ayah berbaring atas sofa. Irfan dan Syabil berbaring sama atas tilam. Bergebar tebal sampai comforter pun tak cukup memanaskan badan yang kesejukan dalam cuaca yang panas di luar rumah.

Nisaa' berlari, melompat seperti biasa. Makan dan makan dan makan. Minum dan minum dan minum. Sama macam Ali. Panjat semuanya sampai aku tak menang tangan. Menjaga yang demam dan mendisiplin yang tidak demam.

Jemput Zinnirah tepat jam 4. Selalunya aku tiba lambat dalam 5.30. Bagi peluang Irfan berlatih bola baling. Alhamdulillah nampak ok tapi katanya badan lemah dan tak lalu makan macam selalu.

Malam semuanya DOWN. Termasuk Nisaa'. Aku dah pening. Panas ya amat depa berlima. Belum lagi part meracau. Ayah meracau. Irfan meracau. Aduhhh ....
Ayah meracau bercakap yang bukan-bukan. Ada ketika dia menangis panggil bonda dan makcik dia. Puas aku pujuk baru dia sedar terpinga-pinga.

Irfan tengah malam terjaga dengan mata membuntang. Berlari tak tentu hala sampai meludah merata. Aku panggil dia jegilkan mata. Dia hempaskan kepala di bantal. Nasib bantal, bukan lantai atau dinding. Aku terpaksa pekik untuk sedarkan dia.
Dia lari ke pintu, berlari ke bawah. Ayah kejar. Dah bukak pintu nak keluar. Katanya, ibu nak pukul dia. Aku termangu. Nak menangis pun ada. Takut aku tengok dia macam menggila.

Lepas tidurkan semula adik-adik yang terjaga lepas dengar pekikan aku, aku turun ke bawah. Irfan kata dia turun ke bawah sebab nak minum. Dia nampak botol air atas meja berpusing dan terbalik. Dia lari naik ke atas semula sebab rasa macam dikejar sesuatu. Masa itulah dia menggila meludah merata dan hempas diri. Dia hanya sedar masa ayah tangkap dan peluk dia masa dia nak keluar dari rumah. Ayah suruh mengucap, suruh Istigfar.

Aduhhhh ... pertama kali Irfan demam sampai meracau macam tu. Tadi pun jadi sekali lagi. Tengah tidur atas sofa tiba-tiba dia terjaga dengan mata terbuntang. Pandang aku macam hendak ditelannya. Aku peluk dia. Aku ajar mengucap. Istigfar. Dia diam. Aku suruh dia ikut. Dua, tiga kali disuruh baru dia boleh ikut.

Kemudian dia terus menangis minta burger tapi masih dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Suara dia tinggi dan mata dia besar. Aku suap burger yang memang aku dah buat tapi simpan sebab dia dah tertidur. Dalam mengunyah, Irfan bertempik "Ibu! Nak makan burger!"
Mata dia meliar. Ayah ambil air zam-zam sapu ke kepala dan muka sambil baca ayat Kursi. Kemudian, Irfan ajak ayah naik ke atas. Katanya burger ada di atas. Sambil berjalan ke atas, dia pandang aku sambil cakap, "Ibu. Irfan mintak maaf."

Bila turun semula, Irfan dah nampak normal. Mulut terkumat kamit membaca ayat. Aku di sebelah kanan, ayah di sebelah kiri. Takut dia melompat dan berlari ke arah pintu macam malam tadi. Dia makan sepotong kecil burger, aku suapkan ubat dan terus ajak naik ke atas tidur.

Dia baca Al-Fatehah, Ayat Kursi, Ayat 3 Kul, semua hafazan yang dia belajar sampai dia tertidur. Ayah kata esok dia nak tanggalkan ukiran kayu didinding yang kakak aku hadiahkan. Souvenir dari Sabah ke Sarawak. Aku tak ingat.

Aku tak berani nak tidur. Risau dia bangun dan meracau menggila lagi ...

Lagipun, badan Nisaa' panas sangat lagi. Perlu dilap, diperhatikan selalu. Kesian. Mengerekot dia kesejukan walaupun sudah diselimut. Syabil dan Zinnirah sama.

Alhamdulillah ... Ayah dah kebah walaupun badan masih lemah-lemah. Tengahari tadi dia kena migraine. Rupanya macam tu rasa sakit kena migraine, kata ayah. Dia tak pernah rasa. Aku yang selalu kena. Aku kata satu je ubat untuk migraine ... tidur dalam gelap! InsyaAllah ok la lepas tu. Betul, katanya ;)

Alang-alang tidak ketiduran ni ... boleh la aku tonton filem wayang Denzel Washington main kat TV3 ni haa ... pasal boxing. hehehhehe ....

Adios ...

Thursday, January 08, 2009

Tidur Tinggal Penat ...

Tidur

3 hari Syabil sekolah. 3 hari tu jugalah dia tidur dalam kelas. Hari pertama cikgu suruh satu kelas take a short nap. Hari kedua pun sama. Hari ketiga, Syabil tidur tanpa disuruh.
Hari pertama sebelum aku tinggalkan dia, 4 kali menguap.
Hari pertama balik dari sekolah, lepas mandi dan merajuk sebab dia kata ibu tak nak tolong ajar tengok jadual (padahal ibu tengah masak kat dapur dan cakap lepas maghrib tengok jadual sama-sama), Syabil tidur sampai lepas Isya'. Jam 10 mintak makan, lapar. Kemudian, sambung tidur sampai subuh.

Tinggal

"Ali tinggai yekkk .. Sabin tak nak ikut yekkk ... ujan, anti bashah."
"Kalau macam tu Nisaa' pun tak yah ikutlah. Tinggal kat rumah dengan ayah."
"Alaaaa .. Ichak nak ikut. Ujan shikit je."

"Li min, tak dan min ming juge .. sauwa jugeee .. datang nembantu,
tami tak besha dan tami tak tuat .. bila tetejeshama shemua jadi mudahhh .. yeaaa watepet YEAAA!
Apa yang tenting .. tijesama .. apa yang tenting .. tijesama .."

Penat

Yang pasti aku kepenatan yang amat. Suami aku pulak demam. Jadi semua aku kena uruskan sendiri. Aku doakan suami aku cepat kebah demamnya. Kesian dia. Penat seminggu ni melayan urusan anak-anak nak masuk sekolah. Demam power pulak tu. Menggigil-gigil walaupun sudah bergebar tebal sampai dua lapis. Sensitif ya amat. Aku pulak sedih bila tengok dia macam tu, tapi aku tak tunjuk sebab nanti dia lagi bertambah sedih. Boleh nangis woooo. Kalau dah tahap macam tu, maknanya demam dia memang power!

Lepas ni aku tak tau bila boleh nak update blog. Mungkin hujung minggu. Setakat melawat dan baca blog-blog aku boleh la lagi ... nak tinggal komen, sangat susah.

Aku nak tido dah... ada 2 jam je masa lena aku sebelum bangun balik 5am nanti.

Selamat ya.

Sunday, January 04, 2009

Kisah 2 hari ...

Esok Sekolah

Dua hari ini memang sangat sibuk.
Semalam beli barang sekolah, mana yang tiada lagi.
Hari ini balut buku lebih dari 50 buah termasuk buku tulis, jahit lencana dan tanda nama, gosok baju.
Baru tadi sebelum tidur, anak-anak siapkan beg, kasut, stokin.
Yang paling teruja, Syabil. Tahun pertama dia ke sekolah betul. Seluar biru tua, baju ungu muda dengan songkok baru.
Esok jam 6.30am sudah kena keluar dari rumah. Hantar abang dan kakak dulu sebab hendak 'chop' tempat duduk. Kalau lambat, terpaksalah duduk belakang.
Kemudian, kena lari ke sekolah Syabil. Hari pertama sekolah ... entah macam mana dia pula. Dari sejarah masuk ke tadika selama 2 tahun, dua tiga hari pertama muka masam kemudian pasti menangis tidak mahu ke sekolah.
Harap-harap kali ini Syabil ok.

Hilang

Semalam di Mydin, Nisaa' hilang dua kali. Aku rasa dia ingat Mydin itu macam rumah dia agaknya. Aku sibuk mencari barang Syabil. Ayah sibuk menggelek Ali yang tidak betah lama di dalam 'stroller'. Abang dan kakak sudah diamanahkan melayan Nisaa'. Rupanya, abang dan kakak sibuk menonton CD promosi 'Bola Kampung". Nisaa' sudah entah ke mana. Ayah, abang melilau mencari dalam keramaian yang padat itu. Hampir 1/2 jam, Nisaa' ayah jumpa sedang menyusun troli di bahagian luar tempat membeli belah. Ayah kata Nisaa' senyum-senyum seronok sambil menyusun troli.

Kali kedua ketika kami semua berjalan ke arah kaunter bayaran. Nisaa' sedang menggendong minuman berkultur. Tidak mahu dipegang jadi aku suruh abang ikut dari belakang. Dalam pada itu pun dia hilang juga. Sampai ke barisan yang panjang untuk membuat bayaran, Nisaa' sudah entah ke mana. Ahhhh! Sudah! Hilang lagi!

Aku dan abang pula mencari. Aku ke kanan, abang ke kiri.
Lepas 15 minit, aku balik ke barisan. Abang sedang mendukung Nisaa'. Abang kata jumpa Nisaa' di rak minuman berkultur itu. Sedang asyik menyusun minuman itu sambil bercakap sendiri.


Gila-gila

Tadi petang sambil buat kerja, aku tonton gambar Melayu "Gila-gila Remaja" di kotak bodoh. Walaupun tajuknya sedemikian, bahasa Melayunya tidak gila-gila.

"Kita jangan jadi seperti mereka."
"Remy. Tenang, tenang"

Itu antara dialog yang aku ingat. Jika wayang itu dikeluarkan di era kini, pasti lain dialognya.

"Kita tak macam diaorang."
"Remy. Relax aaaa, Cool beb."

Segila-gila zaman itu, dialognya masih tertib nahu dan perkataannya.

Menu

Ini menu makan malam tadi. Gulai lemak udang dengan batang keladi, kembung goreng cicah sambal tempoyak.

Thursday, January 01, 2009

Sah! ...

Sah! Aku kerajinan.

*

Sah! Calon yang lagi satu untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ialah YB Wahid Endut. Siapa itu?

*

Sah! 242 saman sudah dikeluarkan khas untuk mereka yang gagal mengenakan tali pinggang keledar belakang.
Minggu depan, kalau anak-anak aku beralasan macam-macam, akan aku berhentikan kereta dimana ada polis trafik. Suruh gertak.

*

Sah! Negara-negara arab semakin kebengongan. Alasan paling 'logik' yang mereka boleh fikirkan kenapa Israel serang Gaza sesuka hati mereka. Prince Saud Arab Saudi kata sebab Hamas tidak berbaik dengan Fatah. Logik sungguh kan?
Kemudian, PBB kata rancangan genjatan senjata tajaan Liga Arab berat sebelah, tidak adil.
Sementara itu, ribuan yang cedera, ratusan yang mati. Kanak-kanak, wanita, orang tua.
Senjata paling canggih dalam dunia VS senjata buatan sendiri, batu.
Adil kan?

*

Sah! Aku rajin sangat masak akhir-akhir ini. Masak makanan yang aku tidak pernah buat. Bereksperimen. Seronok.

Dua minggu lepas. Ada inti kentang berkacang almond dengan daging cincang. Patutnya hendak dibuat karipap tapi sangat-sangat membosankan pula. Jadi aku buat quiche, walaupun quiche aku tidak se'quiche' yang orang Peranchis buat. Quiche yang dimakan dengan black pepper gravy.


Aku teringin hendak belajar buat roti sendiri. Resipinya sudah digodek dari internet berbulan lamanya. Cuma masa tidak mengizinkan. Jadi aku nekad. Mesti buat juga. Suami aku pun sudah lama bagi 'hint', cuma ketiadaan oven.

Jadi dari hari itu, ada roti daging gulung, roti sausage, roti bun. Abaikan kehangusan itu. Itu hasil dari 'kerja tangan' Nisaa' yang memulas-mulas butang suhu di oven.




Ohhh ... ini Syabil. Dia mahu buat roti juga.


Lama tidak menjamah lauk gulai lemak daging salai dengan kembung bakar cicah sambal ikan bilis tumbuk perah asam limau. Bila masak lauk-lauk ini, teringat pada arwah mak. Semalam buat satu lagi kegemaran arwah. Asam rebus kembung dengan batang keladi.