Laknatullah ...
Rabu ,14/01/2009 - Wakil Ketua Persatuan Peguam Arab, Abdl Adzim Al-Magribi dalam wawancaranya dengan Televisyen Al-Jazeera Selasa (13/1) mengatakan, Mahmud Abbas menolak kerjasama dengan pihaknya untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.
Al-Magribi menjelaskan, pihaknya sudah bertemu Mahmud Abbas untuk mengajukan jenayah perang Israel ini kepada mahkamah antarabangsa. Ini kerana mahkamah antarabangsa tidak akan menjalankan pengadilannya kecuali jika ada pengajuan dari sejumlah pemimpin negara.
Oleh karena itu, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda tidak akan mengadili jenayah Israel ini kecuali jika ada persetujuan dari Mahmud Abbas. Namun berita muktahir menunjukan, Abbas menolak ajakan kerjasama dengan pertubuhan tersebut.
sumber : COMES (palestinkini.info)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Kutipan demi kutipan wang sumbangan dibuat banyak pihak untuk membantu mangsa kekejaman rejim zionis yahudi laknatullah. Tapi sejauh mana sumbangan itu akan sampai pada yang berhak?
Terus-terang aku musykil samada kesemua wang yang disalurkan melalui Duta Palestin di Malaysia akan betul-betul sampai. Sikap bos Duta itu sendiri, Abbas yang terang-terang enggan menyokong tindakan membawa pembunuh ribuan rakyatnya ke muka pengadilan mahkamah antarabangsa sudah cukup memualkan.
Abbas sendiri elok dihadapkan ke mahkamah antarabangsa sebagai penjenayah perang sebaris Ehud Olmert dan Bush Jr.
Siapa yang tidak tahu sikap bermusuhnya yang menebal terhadap Hamas? Hamas yang menang secara demokrasi melalui proses pilihanraya dianggap musuh dan enggan bekerjasama dengan baik.
Malah, Abbas lebih sanggup bersekongkol dengan Israel dari bersatu dengan Hamas yang lama berjuang untuk umat Palestin tidak kira Muslim atau Kristian. Kalau tidak masakan rakyat Palestin memberi mandat pemerintahan kepada Hamas.
Sehingga sekarang hanya Hamas yang bersungguh-sungguh berjuang menentang Israel. Mana PLO dan 'pejuang-pejuang' mereka?
Kalau Nato ditubuhkan demi menjaga keselamatan negara-negara Eropah, sudah tiba masanya juga OIC bukan sekadar menjadi organisasi berbincang dan melihat cuma. Tubuhkan kekuatan tentera gabungan dari negara-negara majoriti Muslim ini. Kalau negara Arab durjana enggan ... persetankan mereka. Negara-negara yang tidak dayus patut bertindak. Aku pasti, jika dikeluarkan arahan kepada mana-mana yang mahu menjadi askar sukarelawan dalam gabungan ketenteraan itu untuk dihantar ke Palestin, InsyaAllah ribuan, malah puluh ribu yang bakal tampil.
Takut nanti dikata ... "OOhhhh lihat! Umat Islam sudah mula mahu menjadi pengganas. Suka kepada peperangan." ....??
Jadi selama ini tidak adakah yang sudah berkata begitu? Semua yang baik-baik sahajakah pasal umat Islam sekarang?
Kita sibuk mahu baiki imej ... tapi secara tidak langsung jadi semakin lembik, penakut, tiada suara! Sekadar kutuk, kutuk, kutuk.
Cakap ... menulis ... memang senang kan.
Dari duduk melangut bersembang terkekeh-kekeh di McD, Starbuck, Dome dan segalanya ... sekurangnya kita bersuara di alam maya ini.
Ahhhh ... aku sudah kering air mata menangis melihat tangisan dan jeritan dan wajah kecil mulus yang sudah mati di kaca televisyen. Hati aku marah yang amat sangat.
Esok ... PBB akan bersidang khas. Yang pasti tidak akan berlaku apa-apa tindakan proaktif selain MENGUTUK! "
5 comments:
mana satu yang ko tulis? ke tajuk je?
Walo pon ramai yg menyalahkan Hamas, tp Hamas ttp yg terbaek utk saya. Sebab, setakat ini [dan selama ini pon] hanya Hamas saja yg ambik tindakan terhadap Israel secara langsung [tak kasi muka punya] dari kebanyakan pengutuknya yg hanya tahu bersidang, mesyuarat dan bersembang [penakut]. Habuk pon tarak [mangkuk].
pa'chik,
dah nak dekat 2 tahun aku berblog dan hampir setiap satu entri ko baca (aku andaikan ko baca laa) .. takan ko tak boleh agak macamana tulisan aku? :P
DeeN,
Memang Hamas yang terbaik. Walaupun orang dok kata Hamas sekutu syiah sebab Hizbullah banyak bantu, aku peduli apa .. sebab nyata sangat hanya Hamas dan Hizbullah yang benar2 tekun mempertahankan bumi Palestin ni.
Hasnita,
Strategi Israel ni cukup senang: Lanyak Palestin sampai depa putus asa. Itu yang paling penting dalam so-called "War on Gaza" kali ini.
Dia nak tunjuk kepada mereka yang menentang macam ni: "our reprisal would be a thousand-fold."
In fact, Israel tak perlu menceroboh Gaza kalau setakat nak stop Hamas dpd terus menerus menembak roket to Israel.
Tapi untuk tunjuk "superiority" dan untuk menguburkan "semangat" menentang, depa akan terus hentam Gaza.
Trajedinya, negara sekitar buat tak endah. Macam tak dak apa2.
PS:
Saya ada di Klang Valley tapi buku to ada kat Johor. Cuba cari kalau nak tahu hati budi orang Israel yang stuck dengan peranan kaum tertindas walaupun di zaman "reversal of roles" knin.
Wasalam
Hafeez,
Malangnya strategi mereka makin menaikkan semangat sebenarnya buat Hamas.
Arab League ... tindakan mereka memang tidak mengejutkan.
Gencatan senjata mereka kini banyak muslihat walaupun dilihat sbg tindakan 'rela hati".
ohhh .. saya akan cari. thanks.
Post a Comment