Sunday, January 11, 2009

Gerhana ...

Aku takut aku keterlupaan.

Awal bulan, aku baca artikel dalam majalah Asuh milik anak-anak, edisi Januari. Rupanya dalam tahun ini, akan berlaku 2 kali gerhana matahari. Sekali pada tarikh 26 Januari, 2009. Yang kedua, pada 22 Julai nanti.

Kemudian, sekali lagi tahun hadapan 2010 pada 15 Januari 2010.

Nanti aku cari semula majalah tu. Ada penerangan jelas tentang waktu berlakunya gerhana itu nanti. Boleh aku kongsi-kongsi di sini pada yang berminat hendak menunggu dan mengambil gambar.


KEMASKINI! (14 Jan, 2009)

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Jan ini. Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Gerhana Matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia. Dalam satu kenyataannya, Angkasa berkata fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari. "Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai 'sentuhan pertama' iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa." Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Jan ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur. Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem "SOS Planet" di Teater Angkasa pada 5 petang dan Tayangan Laser "The Legend of the Night Sky". Orang ramai juga boleh menyaksikan Pameran Gerhana Matahari dan menyertai pelbagai aktiviti lain secara percuma menerusi Program Harian Gerhana Matahari Separa pada 20 hingga 30 Jan ini di tempat yang sama. Menurutnya, tujuan menganjur program ini adalah untuk memberi pendedahan sekali gus menanam minat terhadap astronomi di kalangan rakyat Malaysia selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my.

11 comments:

Pa'chik said...

wei.. manade aku tengok wandepet tuh... aku penah dengar budak kecik duk nyanyi lagu wandepet tuh.. haha...

izinni said...

hahahaha lagi tak nak ngaku nengok watepet.

watepet watepet tami tatang ... eantu pa'chik yang tesushahan. tami tak besar dan tami tak tuat bila betetekeshama shemua jadi udah .. yeaaaa watepet!

ganyang muka pa'chik dengan budu!

:P

akirasuri said...

nanti hapdet date dia ek.. :)

DeeN said...

HaHaHa .. amik hang pokcik, kene setepet.
Dah kebah ker demam budak2 tuh kak? Seriau gak baca kisah si Irfan. Panas sangat badan dia kot? Mudahan2 semua sihat walaafiat seperti sediakala.

Pa'chik said...

bukan meningitis ke weh?

ńĕĕń said...

Salam...

anak2 Izinni apa khabar? Harap semuanya dah kembali sembuh... insya Allah...

achik said...

gerhana yg pes masa CNY nanti la ek.. :)

13may said...

gerhana cinta luka....hehhe

Mak Su said...

sudi-sudikanlah berkongsi :)

izinni said...

akira san,
dah update :)
nanti culik gambar ek ;)

DeeN,
Irfan Zinnirah dah kebah. Syabil dah ok tapi tadi dia demam balik. Kat sekolah seharian di sick bay. Pelik cikgu tak call jemput balik. Syabil kata hp cikgu takde duit ??!?!? :P

Sekarang Nisaa' beransur-ansur sihat tapi masih lemah. Ali baru je kena kelmarin. Kesian dia mata kuyu, hingus meleleh macam air.

Pa'chik,
isyyy tak de laa ... confirm viral.

izinni said...

neen,
Alhamdulillah abang, kakak dah sihat. tinggal batuk2 je.
Tinggal yang kecik2 ni je haa ...

achik,
ha ah .. masa CNY. Lunar year yang gerhana. hehehhehe .. masa cuti tu .. buleh snap gambar dengan kamera kodak tu. hehehhee

may,
huh! tengah angau ke tengah frust tu? hehhehehe

maksu,
dah update ... :)