Thursday, January 08, 2009

Tidur Tinggal Penat ...

Tidur

3 hari Syabil sekolah. 3 hari tu jugalah dia tidur dalam kelas. Hari pertama cikgu suruh satu kelas take a short nap. Hari kedua pun sama. Hari ketiga, Syabil tidur tanpa disuruh.
Hari pertama sebelum aku tinggalkan dia, 4 kali menguap.
Hari pertama balik dari sekolah, lepas mandi dan merajuk sebab dia kata ibu tak nak tolong ajar tengok jadual (padahal ibu tengah masak kat dapur dan cakap lepas maghrib tengok jadual sama-sama), Syabil tidur sampai lepas Isya'. Jam 10 mintak makan, lapar. Kemudian, sambung tidur sampai subuh.

Tinggal

"Ali tinggai yekkk .. Sabin tak nak ikut yekkk ... ujan, anti bashah."
"Kalau macam tu Nisaa' pun tak yah ikutlah. Tinggal kat rumah dengan ayah."
"Alaaaa .. Ichak nak ikut. Ujan shikit je."

"Li min, tak dan min ming juge .. sauwa jugeee .. datang nembantu,
tami tak besha dan tami tak tuat .. bila tetejeshama shemua jadi mudahhh .. yeaaa watepet YEAAA!
Apa yang tenting .. tijesama .. apa yang tenting .. tijesama .."

Penat

Yang pasti aku kepenatan yang amat. Suami aku pulak demam. Jadi semua aku kena uruskan sendiri. Aku doakan suami aku cepat kebah demamnya. Kesian dia. Penat seminggu ni melayan urusan anak-anak nak masuk sekolah. Demam power pulak tu. Menggigil-gigil walaupun sudah bergebar tebal sampai dua lapis. Sensitif ya amat. Aku pulak sedih bila tengok dia macam tu, tapi aku tak tunjuk sebab nanti dia lagi bertambah sedih. Boleh nangis woooo. Kalau dah tahap macam tu, maknanya demam dia memang power!

Lepas ni aku tak tau bila boleh nak update blog. Mungkin hujung minggu. Setakat melawat dan baca blog-blog aku boleh la lagi ... nak tinggal komen, sangat susah.

Aku nak tido dah... ada 2 jam je masa lena aku sebelum bangun balik 5am nanti.

Selamat ya.

5 comments:

Rozita said...

izi, serius ke asben ko demam? risau aje..skrg ni mcm2 penyakit pelik2..dah pi check ke?

Pa'chik said...

ko pun nyanyi wonderpet? :P

achik said...

panas kuat la tu..

saya pun semalam camtu.. tp pastu tutup kipas, pakai selimut tebal, tutup pintu bilik [dah jadi cam sauna], tido.. kul 11 lebih dah berpeluh2..



oh2 pa'chik pun tgk wonderpet ke?? ekekke.. ;p

DeeN said...

oit2, pokcik ngan achik pon nengok watepet ka??? ekekke.. ;p

Kak Has, banyak2 sabar ek. Semoga abenya cepat sembuh. Skang neh maybe musim demam bagai kut. Take care tau. :]

izinni said...

ree,
serius jugak la. sampai meracau.

pa'chik,
ya. aku nyanyi. wonderpet adalah anak2 binatang yang bersopan santun dan berperikebinantang :D
mu nengok sama la ek? hehehhe

achik,
memang panas. hari ni baru ada selera makan. buatkan kuah asam tempoyak :)
kamu nengok sama2 dengan pa'chik ke? ekekekke

DeeN,
Alhamdulillah dah kebah dia. cuma badan masih lemah2. memang musim pun. pening kepala.

depa takde anak pun nengok watepet .. ini kan aku ni haa .. ehehehhe