Friday, February 06, 2009

Entri pukal ...

~1~

Aku sememangnya tidak mahu sama-sama bicara tentang apa yang kini sedang berlaku di negeri tanah tumpah ayahanda dan suamiku. Sudah penuh segala laman berkata tentangnya. Tapi aku masih mahu bercakap biarpun sedikit. Cukup untuk meredakan berat di hati ini.

Petikan dibawah adalah dari akhbar The New Straits Time. Ianya berdasarkan ucapan bakal Sultan Perak di FIRST MALAYSIAN STUDENT LEADERS SUMMIT 2007.

Raja Nazrin Shah says the Constitution is the supreme law of the land and guarantees the rights of every Malaysian. Therefore, the integrity of the Constitution must be preserved.

Get a copy of the Federal Constitution and read it. The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, in making the call to young Malaysians, said protecting the integrity of the Constitution was every Malaysian's way of promoting national unity.

"The Constitution is the supreme law of the land. It guarantees the rights of every Malaysian. The integrity of that document must be protected at all cost," he said to applause at the first Malaysian Student Leaders Summit 2007 here yesterday.

The Constitution was a cleverly crafted document which clearly provided for adequate checks and balances against excesses through the separation of powers between the executive, the legislature and the judiciary, each protected from encroachment by the other, he said.

"It has often been said that many a misunderstanding may be avoided if principles embodied in the Constitution are adhered to strictly. Upholding the rule of law is paramount," said Raja Nazrin.

bla bla bla bla .....


The third, is good governance and a thriving civil society. "Only those who are capable, responsible and scrupulously honest should be allowed to serve in positions of leadership. Those who are inefficient, incompetent and, most importantly, corrupt, should be held in absolute contempt."

Apabila si anak bercakap tentang peri pentingnya rakyat mematuhi dan mengangkat
Perlembagaan Negara, apa pula tindakan si ayah?

Hmmm ... takpe lah. Benda dah jadi. Eloknya kejadian ni jadi pengajaran. Mulalah muhasabah diri. Kaji dan betulkan yang tidak betul. Mengalah bukan bererti kalah. Jangan ikutkan hati sangat nak melawan. Kuasa yang lebih besar ditanganNya. Jika DIA sudah menetapkan setakat itu sahaja, tidak mengapa. Allah ada rencana yang lebih besar lagi. Usah dilawan sangat. Lawan pun biar berhemah. Biar orang hormat pada kita biarpun kita terpaksa mengalah dan melepaskan apa yang kita ada. Tidak salah. Jangan diikutkan sangat kemarahan dan kekecewaan. Lawan biar bertempat, biar berstrategi. Percaya padaNya. Bukankah DIA sudah berjanji yang Islam pasti menang juga nanti. Jadi, lepaskan lah dulu ... nanti pasti akan dapat balik apa yang 'hilang', InsyaAllah.

~2~


Saya sudah 1 tahun hari ini. Kesian saya tak ada yang ucap Happy Birthday untuk saya kecuali auntie Neen. Semua orang yang lain macam lupa je. Ibu, ayah dengan kakak-kakak dan abang-abang aje yang ingat. Ibu, abang-abang dengan kakak-kakak peluk cium saya, cakap kejap je saya dah besar. Saya seronok. Saya mesti berusaha untuk dapat jalan dengan cepat sebab saya nak main sama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang kat luar. Ibu masak spagetti bolognese dengan baked potato untuk saya. Saya suka. Saya pandai makan. Saya makan semua yang ibu masak untuk saya. Saya suka gelak. Saya suka bachakkkkk ... Saya suka panjat-panjat. Saya suka tarik rambut kakak Nisaa'. Saya suka gigit ibu, ayah. Saya suka dapat dukung.





~3~


"Pakai talipinggang. Kalau kena saman nanti, ibu guna duit raya masing-masing bayar saman tu."

"Alaaa ... jangan la bu. Nanti abis la duit Sabin."
"Nisaa' cepat pakai talipinggang."

"Ichak tau la. Ichak nak pakai la ni."

"Kenapa tak pakai lagi? Meh abang sabin pakaikan."

"Ichak pandaiiiii .. Ichak kan bijap. Sibuk la abang sabin ni."








"Meh la abang tolong. Kalau tak reti, abang boleh buatkan. Kan abang sabin ni terer."






~4~


"Kat sekolah tadi Ipan nangis."

"Kenapa pulak nangis? Kena buli ke?"

"Tak ... tadi kawan-kawan cerita pasal nenek diaorang. Ipan sorang je tak citer apa-apa. Ipan dengar je diaorang citer macam-macam yang best pasal nenek diaorang. Ipan sedih la... itu yang Ipan nangis."

"Ok. Takpe sedih. Tapi kalau betul sayang nenek, tiap kali lepas solat jangan lupa sedekah Al-Fatihah untuk nenek dan doa pada Allah jauhkan nenek dari seksa api neraka dan maafkan semua dosa-dosa nenek. Doa Ipan mudah makbul sebab Ipan belum baligh, insyaAllah."

"Ok. Nanti hari sabtu ke ahad ... kita ziarah kubur nenek ya, bu."




~5~


"Kakak suka tengok ibu masak."

"Setakat suka je tak boleh. Kena tengok juga cara ibu masak, apa ibu buat sambil-sambil masak tu. Kena kemas, jangan comot-comot."

"Ooooo .... Masak ni kena sabar ya, bu?"

"Mestilah. Kalau tak sabar, tak jadi la makanan tu. Kalau tak sabar, mesti kita nak bukak api kuat-kuat sebab nak cepat masak. Kalau api besar, mestilah hangus kan. Jadi mesti sabar, baru jadi."

"Oooooooo ...."


~6~

Sepanjang drama yang terjadi di Perak, aku jadi tukang sampai berita pada suami yang kini hampir seminggu di Acheh. Terkejut juga lah dia mendengar apa yang berlaku di negeri tanah tumpah darahnya itu. Rasanya jika dia ada di sini, pasti sahaja dia naik ke Ipoh menjadi sebahagian dari 'sejarah' dibom gas atau turut ditangkap. Yang pasti, bila dia selamat tiba Ahad nanti sudah tentu tidak putus-putus 'jeritan' sms yang masuk, sejurus kad sim Malaya dimasukkan semula ke dalam telefon, menggantikan kad sim tanah seberang. Jadilah dia orang paling sibuk dalam dunia melayan sms dan pelbagai panggilan dari teman-teman.

Aku? Tukang dengar laa ... hehehe ...

~7~

Pada yang masih mahu membaca entri pukal yang panjang ni ... sila lah baca keratan akhbar ni. Analisalah sendiri kata-kata Raja Nazrin ini. Walk the talk??

Rulers not merely complementing national customs, says Raja Nazrin
Monday, 21 July 2008 06:47PM
© Bernama

KUALA LUMPUR, July 21 (Bernama) -- The Rulers feel that their roles are not merely to complement the customs of the country because "they are neither blind, deaf nor mute" or insensitive to the goings on in the country, said Raja Dr Nazrin Shah.

The frank opinions of the Rulers in matters concerning national unity, the role of religion, freedom of the judiciary as well as corruption and abuse of power were made out of their desire to ensure that the country continued to be strong and peaceful, and the people lived in prosperity, he said.

Everyting that transpired were within their knowledge, said Raja Nazrin, who is the Raja Muda of Perak, at a talk entitled "The Institution of the Monarchy" at Intan, here Monday.
He said that after 50 years of independence, the Rulers had reached a level of
maturity by understanding their roles especially when the country faced a crisis.

However, in order to preserve respect for the monarchy, the Rulers must remain neutral and avoid from being involved in political disputes or being used as an instrument by any quarters in the competition to gain political power, Raja Nazrin said.

"In line with the spirit of the Constitutional Monarchy which is normally practised, the role of the Ruler is to rule and not to administer. The Ruler must be above politics and the daily administrative matters which involves bureaucracy and various controversies.

"As he sits on the throne which is on a higher level, The Ruler is only involved whenever the situation warrants it," said Raja Nazrin. The national constitution, he said, provided that the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers had the discretion which could be applied according to their Royal prerogative subject to certain constraints.

"The prerogative of the Ruling Monarch encompasses the power to appoint the Prime
Minister at the federal level and to appoint the Menteri Besar at the state level, and the right to give consent to the dissolution of Parliament at the federal level and the State Legislative Assembly at the state level.


Nota kecik-kenot:

Ohhh ... penyokong pakatan rakyat bukan RAKYAT Malaysia ke??

10 comments:

DeeN said...

Tu dia. Bila dah bukak kembali, panjang sedepa. Hehehe... banyak citer leh kongsi ni kan kak kan.. ;)

Pasal Perak, saya dah tak leh nak ckp apa dah. Berserah saja pada DIA yg Maha Kuasa!

Oh ya, Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran ya Ali ku sayang! Jgn nakal2 tau. Cepat besar, pastu belajar pandai2, jadi kuat, pastu pegi 'basuh' sket org2 yg sangat kejam, tidak bijak dan pentingkan diri sendiri kat luar sana tu tau!

izinni said...

DeeN,
tu la ... dek kerana kerambangan mata ni .. sampai sekarang tak abih2 lagi shopping barangan perhiasan baru untuk rumah ni. ekekekkee .. nasib di alam nyata diri ini tidak rambang mata bila tiba soal shopping. huhuhuhu ...

Perak .. hmmmm .. macam akak katalah .. jangan ikutkan sangat nak lawan tu. ikut je dulu pastu atur strategi baru. insyaAllah rakyat akan nampak ...

huh! hang brainwash Ali ke? ehehhehe ... takpe ... ibu ayah dia kaki brainwash. ohhh janganlah cepat besar sangat ... nanti ibu rindu dah takde baby dah :(

achik said...

wah, Ali dah setahun.. cam kejapnya.. hepi besday Ali Qaid.. :D

ichak cantik2 pakai kebaya tu nak gi mana? :D

err mengalah bukan bererti kalah kan.. dari biarkan diorang putar belitkan keadaan sampai nampak seolah2 PR tu teruk sgt.. huhuhu..

izinni said...

ya .. kejap je dia dah besar. macam baru sangat je lagi dia lahir ke dunia. huhuhu ...

ichak cantik2 tu nak gi tido .. hahahaha

ya la tu .. mengalah bukan erti kalah. atur strategi lagi power pastu nanti belasah sungguh2 sampai terduduk. sekarang patutnya lebih cool dan gentleman ...

Zuraini said...

Salam...

mengalah tak bererti kalah kan... semuanya telah ditentukan Allah...

yang dulu pernah menjadi pengamal undang2, lah ni kenapa mcm boleh tak nampak lak apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara tu... ke perlembagaan tu dah jadi lembaga...

Perak dgn citernya... Johor pun ada citernya... nak tergelak pun ada... kesian pun ada gak... itulah bila terasa diri kita ni yang paling berkuasa hingga terlupa pada Yang Paling Berkuasa...

Yes, dah dapat tengok semula gambar Ali & abang2 & kakak2nya...

Pa'chik said...

panjang benau weh...

apa la ko harap dari orang yang dah rampas peluang sedara maranya jadik soltan supaya jurai keturunan dia leh terus bermaharaja lela?

Itu la orang bijak. bijak untuk diri sendiri.... hahahha....

Anonymous said...

salam izinni,
cepatnya setahun?!! semoga menjadi anak yang soleh!!

Anonymous said...

pun org perak jugak, kecewa mmg ada. tapi mengalah tak beerti kalah

kingbinjai said...

ha ha comei

Pa'chik said...

moh kite ke bukit gantang...