Moonlighting

Kita boleh menciptakan segala-galanya kerana memang pun kita boleh. Dengan kuasa ada pada kita, kita boleh. Kita boleh. Kita boleh adakan yang tiada. Kita boleh tiadakan yang ada kerana kita berkuasa dan kita boleh. Kita boleh hasilkan kebusukan baru, kalau kita mahu. Kita boleh terus kekalkan kebusukan yang sedia ada. Kalau kita mahu - S.A
dari minda
izinni
at
4:26:00 PM
30
minda berkongsi sembang
Perbualan antara Along dan Angah di dalam kereta dari Taman Tun Dr Ismail menghala ke Bukit Damansara pagi tadi.
Along: Banyak betul gaji orang government naik.
Angah: *senyum*
Along: Melampau sangat. Kata tak ada duit. Naik minyak la. Pastu sekarang ada duit. Macamlah orang government akan berubah. Kawan-kawan along yang kerja dengan government mesti seronok gila.
Angah: Biasalah .. dah nak election.
Along: Memang pun. Tapi tak patut sungguh. Sebelum gaji naik, harga barang dah naik. Ni dah sah naik, mesti naik lagi la harga barang tu. Pastu ada ke patut dinaikkan pencen sama. Ikut current scheme pulak tu.
Angah: *sengih"
Along: Government bukan produce. Tak ada produktiviti. Diaorang more on service. Yang government servant cuma dalam 1juta lebih orang je. Yang private tripple than that. Yang bayar tax bukan government servant je.
Angah: Patutnya the increment should be done years ago. Not in one lump sum like this. Macam nak compensate pulak.
Along: Tu lah. Kalau naik selang 2 tahun in acceptable amount pun takpe. Ini dah lebih sepuluh tahun baru nak naik. Pastu sekali naik, mencanak-canak macam ni. Pastu hujung tahun, dalam budget dok announce bonus lagi. Orang private jugak yang melopong. Lepas ni makin ramai la yang nak keje government.
Angah: Bukan senang nak dapat pun kalau takde connection.
Along: Sejak Pak Lah naik ni makin lemak la government servant. Service sama je, no improvement. I bet they're not going to buck up their act.
Angah: hehehehhe .. biasalah nak undi. Takan nak govern satu term je.
Along: Memang. Kalau satu term malu la dia. Dia mesti make sure dia menang satu term lagi.
Angah: *sengih" ... contruction of the house has resumed?
Along: Alah! menyampah sungguh. Masa meeting hari tu, pemaju cakap kalau 70% of the buyer decides not to proceed with the LAD claims, they would resume construction. Tapi kalau majoriti nak claim jugak, diaorang tak boleh nak proceed sebab kononnya takde duit nak bayar.
Angah: Alah bohong je tu. Talam bukan takde duit. Melambak. Kalau takde duit takan dia still buat projek lagi.
Along: Tu la yang geram sangat tu. 7 tahun lewat. Kalau along claim Talam kena bayar over 30ribu. Bukan sikit. Tapi bila fikir balik rasanya tak nak claim. Yang penting rumah tu siap, pastu nak jual je.
Mokhtar Dahalan ada masa meeting tu. Menyampah tengok dia. Asyik kata akan pantau. Patutnya bila pemaju nak start each phase of construction, kenalah hantar pantau pastu baru arah bank release duit. Ini duit bank dah release penuh. Yang suffer pembeli.
Angah: Biasalah. Kerajaan mesti nak protect developer.
Along: Mana boleh macam tu. Mokhtar tu cakap S&P signed between developer and buyer. So, government is not involved and cannot do anything. Ada ke macam tu. Habis apa guna ada government kalau tak boleh nak protect buyer. Asyik nak protect developer je. Mentanglah Talam provide election money kat area Puchong tu semua.
Angah: *Sengih*
Sembang-sembang yang mengambil lebih kurang 15 minit itu terhenti apabila kereta yang Angah pandu tiba di depan bangunan CIMB, Bukit Damansara.
dari minda
izinni
at
10:43:00 AM
14
minda berkongsi sembang
dari minda
izinni
at
12:03:00 PM
26
minda berkongsi sembang
dari minda
izinni
at
12:28:00 PM
26
minda berkongsi sembang
Seawal usia aku 6 tahun aku sudah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak. Aku suka membaca. Aku suka baca apa-apa pun. Buku sekolah aku baca sampai habis walaupun baru seminggu dibeli. Sebab tu aku suka awal tahun. Banyak buku sekolah yang boleh dibaca. Seronok. Serba-serbi aku baca. Malah signboard pun aku akan baca. Setiap tulisan dalam bas aku akan baca. Suratkhabar bungkus nasi lemak pun aku baca. Plastik pembungkus gula-gula atau coklat pun aku belek baca. Pendek kata aku teramatlah suka membaca.
Ayah melanggan akhbar harian setiap hari. Tepat 7 pagi setiap hari, Ane surat khabar akan membaling 2 naskhah suratkhabar yang digulung kemas dan diikat dengan getah pengikat. Berita Harian dan Utusan Malaysia. Aku penunggu setia terutama dihujung minggu. Kedatangan Ane satu kegembiraan pada aku. Sebabnya aku boleh baca suratkhabar lebih dulu dari ayah. Ayah selalunya tidak membenarkan aku baca dulu sebab katanya aku baca lambat.
dari minda
izinni
at
12:59:00 PM
29
minda berkongsi sembang
dari minda
izinni
at
3:16:00 PM
18
minda berkongsi sembang
Anak teruna aku ternampak aku membaca blog. Dia tanya ibu baca apa. Aku cakap aku baca blog. hehehehe ...
Aku jelaskan pada dia blog adalah semacam diari tetapi boleh dibaca oleh orang lain terutamanya kawan-kawan. Dia tanya, "Irfan boleh baca tak?"
Aku katakan boleh sebab memang niat aku untuk anak-anak baca blog aku ni satu hari nanti. Biar mereka tahu apa yang ada dalam kepala ibu mereka ni.
Irfan tanya, "Ibu ada cerita pasal Irfan tak?"
Mahunya tak ada. hehehehhee
Aku beri dia baca entri "Maaf".
Mula-mula senyum lebar. Kemudian, berkerut dahi. Akhirnya jelas terpampang raut sedih.
"Kenapa ibu cerita pasal irfan merajuk? Mana ada ibu jahat. Irfan sedih."
Komen irfan selepas selesai membaca "Maaf".
"Ibu tulis sebab ibu nak ingatkan diri sendiri ...jangan buat kat irfan atau adik-adik macam tu. Jangan sedih."
"Ibu ada cerita pasal adik-adik tak?"
"Ada."
Aku izinkan Irfan baca entri "Tolor" tentang Syabil dan "Nisaa Az-Zahraa".
"Kenapa takde pasal Zinnirah?"
"Ada. Hari Isnin ibu cerita pasal Zinnirah."
"Ibu. Kanak-kanak boleh ada blog macam ni tak?"
"Boleh. Bagus kalau ada. Boleh belajar menulis. Bila nak menulis kena fikir. Berfikir tu kan bagus."
"Ibu buatkan untuk Irfan, boleh?"
Aku senyum. Selama hampir sejam kami sama-sama menjelajahi dunia internet. Buka e-mail buat irfan. Kemudian bukakan akaun blog untuknya. Pilihan dibuatnya sendiri. Ibu tukang tekan keyboard.
Irfan's first entri ... "Diri Saya". Sooo naive. hehehhee
Aku jadi steno Irfan. Dia cakap, aku menaip. Sepanjang menaip, aku senyum lebar ... bahasa buku habis! hahahahhaah
Dalam diam aku sendu ....
Kenapa?
Anak aku dah besar .... sayunya .. my baby is no longer a baby ... but always be my baby until my last breath
Nota kecik-kenot: "Ibuuuu ... nanti Irfan tulis apa yang irfan nak cakap. Pastu nanti irfan bagi kat ibu. Ibu tolong taip sebab irfan taip slow sangat."
Boleh? hahahhahahaa
dari minda
izinni
at
2:03:00 AM
19
minda berkongsi sembang
Ibu mana yang tidak sayangkan anak? Ibu mana yang sanggup melukakan anak-anak? Ibu mana yang sampai hati menghampakan anak-anak?
Betullah bicara orang tua. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tanpa sebarang rungutan. Malah penuh kasih sayang dan kesabaran dengan setiap satu karenah anak-anak.
Namun, 10 orang anak itu belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitulah hakikatnya.
Itu belum lagi dengan cara anak-anak menghargai seorang ibu. Cara anak-anak menunjukkan penghargaan serta kasih sayang adakalanya pelik.
Ada yang "mengharapkan" ibu menjaga anak-anak mereka. Cara menjaga anak pula mesti mengikut telunjuk mereka. Padahal si ibu lebih arif bagaimana hendak menjaga anak. Kalau tidak pandai, masakan anak menjadi orang sekarang?
Oleh sebab tahu anak diasuh ibu sendiri, tiada merasa bersalah balik lambat dari pejabat. Lagaknya masih sama seperti sebelum ada anak. Keluar selepas subuh, pulang selepas Isya'. Bila difikirkan semula kenapa mahu beranak jika masih mahu bersikap begitu?
Seorang anak tidak perlukan material. Seorang anak hanya mahukan belaian dan kasih sayang seorang ibu. Apatah lagi anak itu masih lagi bayi. Sukarkah untuk difahami?
Kepenatan menjaga cucu menyebab ibu yang sudah lanjut usia cepat lesu. Hampir 3 bulan menggelek cucu, kesihatan nyata terjejas. Selepas diberi "cuti" beberapa hari, si ibu kembali menjaga cucu.
-----------------------------------------------------
Rokiah Mohd Amin. Ibuku tersayang. Angah sayang mak. Angah tak pernah ucapkan. Angah tidak zahirkan kasih sayang yang amat mendalam ini. Semuanya tersemat dihati. Angah tahu betapa peritnya mak menjaga serta mendidik kami 4 beradik. Angah tahu mak. Sebab tu angah berjanji pada diri sendiri. Angah tidak akan minta mak jaga anak-anak. Angah tak mahu mak jaga anak-anak angah. Biar cucu-cucu mak yang berempat ni bermanja semata dengan neneknya. Angah tak mahu mak susah lagi. Biar angah rasa sendiri peritnya menjaga anak-anak sendiri.
Angah tahu mak tak pernah mintak apa-apa dari kami adik-beradik. Tapi, angah tahu kami banyak melukakan hati mak. Angah tahu mak banyak pendam perasaan. Angah tahu mak banyak makan hati dengan karenah kami adik-beradik yang seperti tidak berkesudahan. Selama ini angah banyak berdiam diri. Angah cuba sedaya upaya menggembirakan hati mak dan tidak membebankan mak. Tapi apa daya angah nak menghalang yang lain dari terus berlaku sebegitu. Sabarlah wahai ibu tersayang. Anak ini akan sentiasa ada di sisi. Anak ini akan sentiasa mendoakan. Anak ini akan sentiasa menyayangi. Anak ini akan sentiasa melindungi sedayanya. Terimalah anak ini seadanya kerana anak ini amat rindu dan sayang padamu, MAK. pecal kegemaran mak :)
Nota kecik-kenot: Rasulullah pernah bersabda bahawa di akhir zaman nanti seorang ibu akan melahirkan tuannya. Benar sekali.
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu.
dari minda
izinni
at
1:15:00 AM
16
minda berkongsi sembang
NASI DAGING
1 kg daging....potong sebesar
4 inci dan rebus dgn halia sampai lembut
6 cawan beras (bersih dan toskan)
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam secukup rasa
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
2 bawang besar
3 ulas bawang putih (cincang atau tumbuk)
1 inci halia
Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi atas dapur (jangan korang letak badan rice cooker tu sekali atas dapur .. mau meletup plak nanti)
2. Tumiskan bahan tumis
3. Masukkan air rebusan daging, susu cair dan daging. Biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam, beras
6. Pindahkan periuk nasi tu ke badannya dan biarkan nasi masak macam biasa. 7. Hidangkan dengan jelatah tomato
Jelatah tomato
Hiris bulat tomato. Hiris bawang merah, cili merah/api. Masuk dalam mangkuk.
Bakar belacan pastu hancurkan. Gaulkan belacan dengan semua bahan dalam mangkuk sampai mesra ria ceria gembira.
dari minda
izinni
at
10:41:00 AM
11
minda berkongsi sembang
Entri kali ini adalah untuk mengingatkan aku akan kepentingan melunaskan hutang. Tanpa aku sedari hutang-piutang aku makin berlonggok sehingga aku kesuntukan masa untuk memastikan setiap satu daripadanya dilangsaikan. Aku takut nanti tidak kesampaian masa. Walaupun setiap mereka yang memberi hutang itu tidak memberi sebarang tarikh akhir untuk aku melunaskan hutang-hutang mereka, aku tetap menjadi tidak tentu arah memikirkan tanggungjawab yang tidak selesai. Jadi, aku akan cuba sedaya upaya dan kudrat aku untuk memastikan segala hutang dilunaskan satu persatu.
Senarai hutang yang perlu dibayar:
1) Pemberi hutang - Bayu Senja
Tag meminta diterangkan mengenai kesihatan, fizikal, gaya hidup, pemakanan, sikap serta kesalahan paling besar yang pernah aku lakukan. Memang amat personal.
2) Pemberi hutang - pa'chik
Didalam satu sembangnya disebalik tingkap, dia ada bertanya dan mahu tahu kenapa aku jadi wartawan.
3) Pemberi hutang - Dr So'od
Pop culture madness. Aku diminta memberi senarai lagu-lagu popular yang memberi makna ketika aku berusia 18 tahun, tidak kira aku suka atau tidak lagu-lagu itu. Dia kata dia nak tahu samada tahap kebrutalan aku selari dengan lagu-lagu yang aku minati. Another request which i feel was quite personal.
4) Pemberi hutang - Iman Mawaddah
Yang ini hutang baru. Iman nak resipi ayam adobo dan nasi daging. Mudah untuk dilangsaikan sebab tidak perlu memerah kepala memikirkan segala macam nostalgia dan rasa hati.
5) Pemberi hutang - pB
Baru juga. Mahukan resipi nasi ayam hainanese dan nasi daging. InsyaAllah.
6) Pemberi hutang - izinni (errrkkk aku la tu!)
Finale "Meeting Barata". Aku sendiri tidak pasti bila aku dapat menukilkan pengakhiran bicara aku dengan Duta negara Cuba ke Malaysia yang sudah lama tertangguh. Dua episod bersama Barata mengambil sekurang-kurangnya 1 jam lebih untuk setiap satu untuk aku sempurnakan. Segalanya ada dibalik minda ini masih terngiang setiap butir bicara bersama Barata. Namun untuk menzahirkannya memerlukan konsentrasi yang jitu.
Wah! banyak juga hutang piutang dalam senarai. Ada lagi ke?
Nota kecik-kenot:
“Semua dosa orang mati syahid akan diampuni kecuali masalah hutang piutang.” (Hadith riwayat Muslim); namun ...
"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
dari minda
izinni
at
9:29:00 PM
11
minda berkongsi sembang
Hari Selasa 24/4/07. Hari jiwa kacau semakin serabut. Call suami yang dah sedia ada dirumah untuk keluarkan ayam dari dalam peti sejuk. Dalam kepala dah terbayang-bayang nak masak apa. Sampai je kat rumah, lepas menggelek anak-anak .. terus ke dapur memulakan operasi terapi jiwa kacau. Dan ini hasilnya .... hainanese chicken rice.
Hari Rabu 25/4/07. Penat sangat selepas seharian di Ijok. Memang kalau diikutkan tak larat nak masak atau makan apa-apa. Tapi terapi mesti diteruskan. Memandangkan dah beberapa hari juga tekak dok teringin sangat nak makan laksam, jadi projek buat laksam disetkan dalam kepala. Dah lama tak buat. Masalahnya tak reti la pulak nak buat laksamnya. Tahu buat kuahnya aje. Jadi alternatifnya, gunakan laksa je la. Yang penting kuahnya.
Hari Khamis 26/4/07. Bos dok cerita dia masak lamb biryani kat rumah. Alahaiiiii sedapnya. Call cik abang mintak tolong belikan daging kambing dengan beras basmathi. Diturutkan je la .. sebab dia tahu isteri tengah tak betui! hehehhee
Hari Jumaat 27/4/07. Hari "mogok" sedunia. Aku dan bos buat keputusan untuk protes! 3pm dah balik! hahahhaha ... So aku singgah ke pasaraya besor dan beli bahan-bahan untuk buat PIZZA! Pastu singgah rumah kakak untuk songlap oven dia sebab aku takde oven. huhuhuhuhu .... 6 keping pizza!
Hari Sabtu 28/4/07. Hari "Ijok" Sedunia. Satu famili ke Ijok sebab aku terpaksa bekerja dan suami sudi menemankan aku dan bantu jagakan anak-anak ketika aku sibuk "menjaga" anak2 teruna orang yang bengong!! Aku buat spaghetti bolognese, boiled potatoes, meehoon goreng, garden salad.
Hari Ahad 29/4/07. Sekolah anak-anak ada karnival. So terpaksa perabih duit kat situ tapi makkkk aiiiii meehoon sup utara satu mangkuk kecik kenot RM4!!! Sabor je lah! So petang tu pergi beli tulang untuk buat sup. Blend cili padi dengan kicap. Hulalala!
Hari Isnin 30/4/07. CUTI!!! Teringin nak makan ayam adobo. Ayam Adobo ni lauk jenis stew yang popular kat Filipina. Simple tapi amat sedap. Sesuai untuk anak-anak.
Hari Selasa 1/4/07. Hari Pekerja! Tapi ibu tak berhenti bekerja! :) Buat Nasi Daging resipi ayahanda. Siap dengan sup daging, papadom dan jelatah tomato. HMMMM YUMMYYYY!!
Hari Rabu 2/4/07. Semalam la tu ek?! Goreng kueteow je! hehehhe
dari minda
izinni
at
2:56:00 PM
24
minda berkongsi sembang