Wednesday, June 27, 2007

bla bla bla ... Jawapannya 'B'

huh! semuanya gagal memberikan jawapan yang tepat lagi betul. Puan-puan yang bersembang sakan tu bukan typical punya puan. Kununnya mereka ini puan-puan yang duduk kat sebuah bandar satelit yang sangat up-to-date gitu. Jadi perbualan mereka tidak di lokasi yang biasa-biasa. Maka mereka merasakan adalah lebih up-to-date bersembang tentang diri dan keluarga mereka di tempat dimana ramai orang boleh melihat dan mendengar mereka.

Oleh itu jawapannya adalah:

B) Tepi kereta distesen minyak

Kedua-dua puan ini telah berada di tepi kereta salah seorang puan lagi di sebuah stesen minyak lebih 30 minit. Mereka baru sahaja selesai mengisi minyak untuk kereta-kereta mereka yang canggih itu. Selesai memberi minum kereta-kereta itu, mereka berkeputusan untuk bersembang seketika tanpa mengalihkan kenderaan masing-masing dari petak mengisi petrol itu. Jadi puan-puan ini pun memulakan sesi bersembang dengan kuat dan bersemangat sekali tanpa mempedulikan orang lain yang ingin mengisi tangki minyak kereta mereka. Kebetulan pula jam dalam 8 pagi, memang ramai yang memenuhi stesen untuk mengisi keperluan kereta tapi apa puan-puan ini peduli. Berselang-seli kereta-kereta di petak-petak lain beredar tapi mereka masih lagi disitu. Walaupun ramai mata yang memandang dan kepala menggeleng, mereka tetap utuh dengan semangat sembang mereka. Sungguh menakjubkan azam puan-puan itu untuk melangsaikan sembang mereka ditepi kereta di stesen minyak.

Aku? Antara pemandu yang bengang sebab 2 petak tak boleh diguna disebabkan puan-puan dua orang ni. Aku dah isi minyak, dah masuk beli cikedis dengan ribena, isi angin tayar, pegi tandas .. depa masih kat situ gak. Macam tak dak port lain nak sembang. Gi la salon ke, kafe ke, kedai runcit ke, kedai mamak ke, tandas ke ... adehhhh

Nota kecik-kenot: Accia, makanan yang dipaparkan itu adalah sejenis sate yang dicucuk menggunakan batang serai.

20 comments:

achik said...

ish2.. kalau time lengang tu buleh diterima lagi la kan.. huhu.. sabo je la..

so'od said...

yg x pegi sound tu apsal?
kalau aku la..
sila makan ayat-ayat sarkastik la jawabnya.. :)

izinni said...

achik,
entah kenapa pagi tu tahap kesabaran aku agak tinggi ... hehehhe

am,
malas nak sound. aku bukan puan yang up-to-date. hahahhaa .. lagipun takde mood nak sound orang pagi2 .. nanti effect mood aku pulak. besides .. kalau aku sound mesti jadi kes punya .. sebab aku bila sound tak hengat dunia la plak. hahahhahaa

Anonymous said...

ha ha ha.
dasat sungguh puan-puan tu ek.
kenapa tak disound. oh! dah ada jawapan di atas :D

ermm. 'jualikan' betul puan-puan itu. [sambil membayangkan gaya-gaya puan-puan itu di dalam kepala]. oh! objek dalam kepala saya sangat. erk? ha ha ha.

izinni said...

akira san,
mereka sangat la moden .. 'bertudung' togel ... gaya ala2 ogy tu la. hehehhe
dengan handbag dikepit di ketiak.

Anonymous said...

oh, ni kisah benar? sate tu daging kan? izinni, sorrylah, awak kena tag. gi jap kat blog saya ye?

zwitterion said...

woah..mujuq xde yg gatal tangan nak hon depa..haha

izinni said...

accia,
memang kisah benar. sate tu sate ayam.
adehhh .. accia pun dah pandai main letak tanda harga ek? hehehehe

zwit,
tu yang pelik .. sorang pun takde hon puan-puan tu. orang2 usj sungguh 'sopan' dan 'berbudi bahasa' kot. hahahahaha

Pa'chik said...

rasanya aku dah kumen tadi...

lenkali... ko cucuh rokok, campak kat deme tu...

khairyn said...

laaa izinni,

sebenaqnya hang jeles. Tak dak maid macam depa kakakakaka. Keta hang pun tak lawa macam depa. Ngaku jer la.. tok sah bagi alasan2 tak memberangsangkan ni. Sejak bila plak tak suka sound menyaound. Dah pencen jadi sound engineer kekekekeke

aku jahat!! Tapi aku tetap doakan ko..

Cepat-cepatlah kaya, toksah keja dok tension-tension lagi. Boleh duduk rumah n enjoy didik anak2 ko dengan baik. Semoga keluarga kau happy sentiasa.

Amiiiinnnn!

izinni said...

pa'chik,
apa rasanya? pedas, masam, payau, kelat?
errrr aku nak carik rokok kat mana? mintak kat hang? hehehehe

khairyn,
errr ... bukan ke aku mengikut nasihat ko supaya jangan jaki dengan orang lagi dah. hang suruh aku jadi orang baik. aku dengar cakap hang ... hehehehe

Doa-doakan aku selalu naa ... Aminnnnn ...

Anonymous said...

hehheh, orang macam tue... kalau terjumpa dengan Tok Mudin, siap!!! :>

Azhar Ahmad said...

Hahhahahah, welkam tu da klab buk izzi. Saya dan Rasso, selalunya menjadikan sok sek macam ni sebagai ramuan blog.... Pastu kita komen.... Besh!

BaYu SenJa said...

huh.. tak paham, tak paham...
menyembang cerita hal peribadi mana best.. mengata orang lagi mengasyikkan..

kingbinjai said...

laaa apsal tak hon je? ataupun langgar je mereka tu dapat point tau

banggugar said...

salam,

banyak idea kot kalau bersembang dekat situ..

sapa tahu..
hehehehe
(",)

Anonymous said...

alahai. kita ni kadang nak ambik duit pun, pastikan habis isi minyak, lepas tu park kat tepi bangunan stesen tu baru masuk ambik duit. Lagilah kalau awal pagi. Kalau tak, g ambik duit kat tempat lain.

MakcikMuda said...

hakhak =))

mati2 ingat kak izinni tuh slh satu puan2 tersebut :P

Girl A said...

huhuhu....sama cam rynakk...
ingat akak yg involve dlm conversation tu...hahaha....cukup menyampah mereka2 yg lambat mengisi minyak!

LadyTiz said...

ciskek...silap... kes tak think outside the box...