Tuesday, June 12, 2007

Gah

Banyak persoalan dalam kepala aku.

Kenapa disiapkan jalan dulu? Kenapa tidak disiapkan terowong banjir dulu? Bila banjir, kata jangan salahkan SMART sebab tidak siap dan belum beroperasi lagi. Tapi jalan dah siap dan sudah beroperasi. Bayaran nak guna jalan akan mula hari Jumaat ni. Tak mahal. RM2 je. Padahal tujuan terowong SMART tu dibuat adalah untuk mengatasi masalah banjir. Malah begitunya canggihnya terowong itu sehingga rancangan National Geographic membuat satu dokumentari mengenainya yang akan ditayangkan hujung tahun nanti. Makin gahlah nama Malaya di seantero dunia. Bangga sungguh.

Tiba-tiba semua mengatakan terowong gah itu belum pasti dapat mengatasi masalah banjir. Kajian kena dibuat dulu. Padahal dulu kata lain. Kemudian dikatakan rakyat bersalah sama sebab suka buang sampah. Umpama kata-katanya yang dulu menyuruh rakyat ubah cara hidup dan mesti berjimat cermat. Sangat pandai mereka itu memberi nasihat.

Oppsss .. terlupa. Jawapan sebenarnya sudah ada kepada semua persoalan "bodoh" aku itu.

Terowong banjir tidak mendatangkan hasil. Jalan tu sangat mendatangkan hasil. Sudah tentu benda yang membawa keuntungan akan didahulukan berbanding perkara yang tidak membawa untung dalam bentuk wang ringgit. Ribuan yang rugi sebab banjir itu? Bukan satu masalah besar. Dalam rugi pun mereka masih perlu bayar pelbagai jenis cukai. Walaupun kereta yang rosak tak boleh jalan untuk berminggu lamanya, cukai jalan masih tetap kena bayar. Jadi bukan satu masalah besar kepada negara. Jadi banjir bukan satu masalah. Hujan yang turun secara luar biasa banyaknya itu. Semuanya kuasa tuhan, kata orang yang satu lagi. Jadi bersyukurlah. Sekurangnya tiada yang mati sebab banjir macam di Indonesia, China dan Australia. Negara lain pun banjir. Jadi banjir di KL bukan satu isu besar. Terimalah seadanya.



Nota kecik-kenot: Apa yang pasti. Jam 4.30pm aku akan keluar dari Kuala Lumpur yang penuh lumpur ni ... hujan atau tidak.

13 comments:

banggugar said...

salam,

duit habis berbilion2 hanya utk rugikan negara..

apa punya worang da!..

macam2

Pa'chik said...

dengar-dengar nama sebenarnya stupids...

Sebuah Terowong Untuk Pencuri IDup Senang

Anonymous said...

ho ho ho.

kalaulah terowong banjir tu pun dikenakan caj untuk setiap laluan air yang lalu kat terowong tu. nescaya depa siapkan cepatkan. ha ha ha. apalah saya merapik ni..

Pa'chik said...

lagi satu... kalau ada bencana lagi la depa suka... lebih banyak duit yang akan dapat dikongsi bersama rakyat.. ho ho ho...

Anonymous said...

ye, kita akan jadi mahsyur dengan gajah-gajah putih!

khairyn said...

ntah kenapa aku tak pelik.

selalu macam tu la konsep memang cantik atas kertas aje.

p/s aku masih setia dengan trunk roads hahaha.

Anonymous said...

Dasar BN buat projek untuk mengkayakan diri dan kroni, bukan untuk rakyat. NOKTAH!

zwitterion said...

saya setuju dgn semua di atas..:)

izinni said...

bang gugar,
sebab bukan duit depa la depa buat macam tu. hehehhe

pa'chik,
jenuh depa nak menjawab nanti kat SANA nanti

akira sa,
dah krismes ek? hehehhe
kalau nak caj macamana ek? satu liter air RM2 jugak? sapa nak bayar? setiap isi rumah/bangunan yang berada 4 atau 5km sekitar dan sepanjang terowong?
rapik hang ada isi :D

pa'chik,
ho ho ho ... dan seperti biasa ...orang MELAYU akan terus gembira bagi undi mereka! huhuhuhuhu .. stupid leaders for stupid people.

accia,
lebih gah dari negara gajah putih sendiri. HIDUP MALAYSIA!

khairyn,
sebab kita dah nengok dan dengor yang lebih pelik lagi. hehehhe
ingat tak time kita jelajah dengkil tu .. beli laporan pembangunan tu ... sikit punya canggih dan marvellous on paper. implementation? sampai sekarng takde apa yang marvellous pun!

p/s ko macam krol ... cukup setia dengan trunk roads juga. hehehhe

najmudin,
nasib si samy ada sekor je anak .. kalau ramai ...adehhh .. satu kenduri RM1juta. kalau 4 kenduri? huhuhuhuhu ..


zwitterion said...
saya pun setuju jua. aminnnnn ... :)

13may said...

makan laksa bubuh kuah sampai banjir gak yg best:))

izinni said...

hahahaha ... ahmay memang best! begitu peka dengan persekitaran.

semalam baru lepas perabihkan laksa yang berusia satu minggu! huhuhuhu .. macam kari, lagi perhangat lagi power!!!

LadyTiz said...

rumah siap pahat berbunyi.

izinni said...

tyrex,
biasalah tu kat malaya ni. mahkamah shah alam takde kebocoran? :D

next week ada pesta media lagi kat sana. dah atur strategi macamana nak masuk tv lagi? hehehe