Eksklusif (updated)
Sejauh mana sebuah organisasi bukan kerajaan yang "tidak" mengutip sebarang keuntungan benar-benar memperjuangkan apa yang mereka katakan?
Organisasi-organisasi ini memang lantang bersuara. Mereka mahu pendapat dan hujah mereka didengar. Mereka mahu pengiktirafan ke atas kerja-kerja mereka.
Hormati hak wanita.
Hentikan keganasan terhadap wanita.
Berikan hak persamaan kepada wanita sepertimana lelaki.
Jangan tindas wanita.
Macam-macam slogan. Memang menarik. Memang membangkit semangat.
Namun, ketika seorang lelaki tua pergi kepada mereka-mereka ini untuk berbicara tentang keganasan terhadap wanita, lelaki tua ini ditolak bulat-bulat. Mentah-mentah. Tiba-tiba mereka-mereka ini berkata mereka tidak mahu terlibat. Mereka-mereka ini tidak mahu dikatakan terlibat dengan sebuah kes yang sedang dan akan berjalan di mahkamah.
Lelaki tua itu tidak mahu menuduh atau menjatuhkan sebarang hukuman. Dia hanya mahu berbicara tentang bagaimana wanita boleh diperlakukan dengan begitu ganas dan zalim. Lelaki tua itu mahu menyatakan pendapatnya tentang ketidakadilan dalam menilai wanita yang diganasi ini. Lelaki tua itu mahu meluahkan kekesalannya atas apa yang telah menimpa keluarganya. Lelaki itu mahu mengatakan tentang hak asasi manusia yang telah diperkosa. Itu sahaja. Salahkah lelaki tua itu?
Ya. Mereka-mereka itu memang bukan organisasi yang membuat sebarang keuntungan. Tetapi siapa yang memberikan peruntukan kepada mereka setiap tahun? Jujurkah perjuangan mereka-mereka ini?
Lelaki tua itu hanya mahu mengatakan ini.
Six months back, the court of Malaysia informed us the trial will be tried on 4th of june.Mr shariibuu and other witneses, are the three witnesses subpoenaed by the policeman. they have to be present on the 4th of june at the trail.
They came to the trial at the time it was called and again postponement happened.
If the lawyers or the court were not ready with this case, why they called us so early?
Why they say we are ready to settle down to hear this case?
Seems like the trial people like to play toys, worldwide the people play Olympic games, but the people or the person is not a toy or a game.
It is underestimating me and the people of maalaysia, the people of Mongolia and the whole world.
He thinks there are enough lawyers who can hear fairly independently in malaysia.
Why are they acting?
If cannot hear this case, why not approach the international court to hear it?
I am a witness, I already lost my girl, so for me it is okay.
There are three other witnesses who came here, far away from Mongolia, they are also people, it is the violation of human rights.
And making us as well as people of Malaysia mind and souls stressed. It is also again violation of human rights.
If it is so difficult to hear this court, let the people’s court hear it.
This is only my private opinion. I am too tired.
Yesterday I had blood pressure very high. Your hospital knows this.
On the 18th the trial should be started.
Nota kecik-kenot: Aku tak percaya dengan perjuangan feminisme. Hak wanita sama dan tidak kurang, malah lebih dari lelaki? Wanita berhak jadi imam? Wanita berhak diberi kuasa jatuhkan talaq? Utter nonsense!
28 comments:
kesian pak sharibu.. his blood go upstairs..
that's why i hate politics (apa motif?)
p/s apa nama makanan tu?
secara kasarnya, bagi aku, wanita lebih banyak menyakiti wanita lain...
perjuangan geng tu.. hah... semua lakonan saja... mencari nama dan harta...
O'od, tu mongolian beef buffetPita
setuju!
p/s: pasal perjuangan feminisme, novel bersiri Perempuan, di Wajah Langit Pagi dari Faisal Tehrani dalam majalah Milena Muslim menyentuh tentang ini. Baru bermula dalam keluaran Jun 2007, jadi belum terlambat untuk mengikutinya. Baca di sini:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2007_05_27_archive.html
Perjuangan mereka? Fed up dengar!
Untuk sesuatu kejadian yang dasyat (seperti ada orang kena letup) senarionya agak sunyi.semua tak berani nak komen. Itu cukup menandakan ada sesuatu yang tak kena!
tu sebabla aku tak pernah percaya dengan persatuan2 yang kononnya feminisme ni. Especially yang guna nama adik beradik perempuan islam tuh. Alahai....
Hummm pendapat saya. Kenapa perlu dismaratakan. Bagi saya, wanita-wanita yang baik-baik ada tempatnya tersendiri di hati seorang lelaki, disisi agama, dan di singgahsana Firdausi....
Tidak cukup lagi?
So'od,
ingatkan dah tak nak singgah dah. hehehe
memang kesian orang tua tu. Orang malaysia ni ingat depa satu famili cabuk sangat ke. sesuka buat macam tu.
p/s: Nama Makanan itu telah dijawab assistant yang bernama pa'chik. hehehe
pa'chik,
ada kebenarannya disitu. secara halusnya pulak macamana?
najmudin,
saya akan singgah ke rumah faisal nanti. thanks
accia,
Geram bila difikirkan. Masa kononnya warga cina disuruh ketuk ketampi bogel, abis satu malaya kecoh sampai kerajaan mintak maaf lagi pada kerajaan cina. pastu tup2 bukan rakyat cina. memalukan! Yang ini .. lebih dan sangat serius. semua senyap seribu bahasa. Imej mangsa yang dah berkecai pulak dicela dan diburukkan.
khairyn,
Depa semua tu ada agenda tersembunyi. yang guna nama adik beradik perempuan islam tuh ..huh!!! menyakitkan hati!
azhar,
pada yang mengerti, jauh dari nak pertikai. yang tak mengerti tapi merasakan lebih tahu dari orang lain yang arif sahaja yang suka pertikai itu ini. itulah manusia.
entahlah. sebenarnya aku pun macam org Malaysia lain, nak tahu kenapa perempuan tu kena bunuh. anyway, kita ni kadang macam menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan.
baca MM semalam, yang The Dialogue Box, then u know what I mean.
yang hal mahkamah tu pun satu hal. dah la tukar hakim la apa la, patutnya kes tu tak dibicarakan dulu sebab banyak lagi kes tertunggak sejak 2000 kat court di Shah Alam. Kenapa pulak kes ni yang diberikan perhatian sgt.
Nak cerita kes ni kena priority sebab ia kes bunuh, mcm mana dengan kes bunuh lain tu yang tak pernah mula bicara pun.
sudahnya mahkamah kita pun orang persendakan. nak jadi apa?
yang pasal adik berasik perempuan dalam Islam tu, en es tee je yang rajin layan. kalau bee ech tu tak kuasa. ingat lagi dulu yang kempen monogami, sampai panggil arwah tu rasmi, paper mana jadi champion?
bukanlah aku suka sgt bermadu, tapi kena tengoklah keadaannya, jangan main harung je.
agaknya diaorang ni lebih suka lelaki islam simpan mistress mcm kawan2 bukan islam.
the thing is, semakin terukla nasib perempuan, sebab semua org tau, kalau jadi mistress tu, hidupnya mcm telur dihujung tanduk.
div,
inilah MALAYSIA. setiap apa yang jadi tu mesti ada udang disebalik meehoon.
secara halusnya...
err... tak nampak.. halus sangat...
Geram bila difikirkan. Masa kononnya warga cina disuruh ketuk ketampi bogel, abis satu malaya kecoh sampai kerajaan mintak maaf lagi pada kerajaan cina. pastu tup2 bukan rakyat cina. memalukan! Yang ini .. lebih dan sangat serius. semua senyap seribu bahasa. Imej mangsa yang dah berkecai pulak dicela dan diburukkan.
err... bising pasal warga asing, bila keluar cerita kata orang melaya, langsung hilang berita itu.. macam benda tu takpe kalau buat kat orang kita, kat orang luar takleh... bangsat sungguh..
Salam..
Sori luar tajuk nie
pB dah masak nasi ayam tu. Ikut resepi Iz , cayalah memang superb..
Thanx ..
Nanti kongsi lagi resepi resepi yang best best ...
sori izi... banyak lak komen aku...
sang diva kata;
agaknya diaorang ni lebih suka lelaki islam simpan mistress mcm kawan2 bukan islam.
err.. dulu pernah baca lama dulu.. memang ada yang kata mereka lebih suka begitu, pasalnya... harta pusaka tidak akan jatuh ke tangan orang lain... memang ada..
pa'chik,
cheh! yang iya nya hang tak tau nak cakap apa! hahaha
pa'chik 1,
aku setuju sangat. itupun rakyat malaya tak sedar dek untung jugak. asalkan tak jadi kat depa atau keturunan depa! cer kena, hebih tapi takda sapa nak layan. hahaha..
pB,
salam kembali :)
takpe ... no problem. Alhamdulillah. mesti anak2 suka kan :)
InsyaAllah. Kalau nak, mintak je macam po'chik selalu buat tu. kalau yang diminta tu ada, saya akan buat entri.
pa'chik 2,
takpe .. komen ler bebanyak mana hang nak. aku kan baik. hehehhe
Owh... NGO yang sebegitu. Maaf cakaplah, retorik saja yang lebih barangkali...
[Saya NGI, Non Governmental Individu :)]
saya sebenarnya tercari2 NGO yang bagus untuk disertai sbb ingin juga menabur bakti yg sedikit ini....tapi takder la yg macam adik beradik perempuan islam tu..aurat kat kepala pun tak nak tutup..
izinni said...
purp,
terlalu banyak retorik hingga tak tau mana lagi yang betul atau tidak.
pengantin baru :)
NGO banyak. Kena tahu kemat nak tabur khidmat dalam bentuk apa. Sebenarnya tak perlu masuk NGO pun boleh berbakti.
Kalau masa mengizinkan, bila cuti sekolah, saya bawak anak2 ke rumah anak yatim untuk mereka bersilaturrahim dengan anak2 itu. Biar anak2 saya tahu betapa susahnya hidup tanpa ibu dan ayah.
Banyak cara kita boleh buat sebanarnya. Antara nak dengan tak je :)
saya pun x percaya pada perjuangan feminisme.. err jgn nanti ada yg nak hak kawin 4 gak.. huhu ;p
ada NGO yg ada agenda tersembunyi.. baru2 ni terbaca mastika thn lepas.. menakutkan..
hmmm.
inilah wajah-wajah hipokrasi. gaya hidup terkini. hipokrasi asas kehidupan. bayangkanlah benda tu sendiri terkena batangg hidung depa. agak-agak mesti melenting gila depa-depa tukan. huh! menci!
pssstt: kak has pun kena beratur ke nak bercanda dengan dato' seri. ha ha ha.
achik,
jangan terkejut kalau satu hari nanti ada yang akan minta hak itu. Perempuan imamkan solat jemaah pun dah ada.
akira san,
hippo pun cumel bila jadi maskot kan. hehehhe
puussssttt: uikss .. ada peraturan kena beratur ke? idak pulak aku tau! hahahahaha .. kalau betui ada, aku nak boikot dato' seri hang tu! huhuhuhu
encik shaariibu kelihtn sugul hari 4 june...
----
situasi tukar-tukar lawyer dan pihak pendakwaan ni memang berlaku pada hampir kebykkan kes yg dibicarakan di malaysia...
dan bagi kes2 yg tidak sehigh profile seperti ni, postponed tu sudah jadi perkara biasa. (hasil pemerhatian masa buat attachment di High court)
Jadi, mengapa kalau kes ni br nk sibuk2 nk bengang kerana postponed? kenapa kes2 lain seperti kes bunuh yg ada diklngn witness dtg jauh dr sperti perlis ke s'gor tidak sibuk2 seperti ini?
ya, sy benci org kita yg suka mengagungkan bangsa atau rakyat negera lain lalu diberi priority...
tyrex,
kes ni jadi tumpuan sebab ada unsur politik yang mungkin melibatkan top people dalam pemerintahan negara.
kes lain? ikan bilis je ... tiada kepentingan pada sesiapa.
pathetic kan.
well
check pasal cerita nih buleh?
aku suka wanita:D
pa'chik kate...
err.. dulu pernah baca lama dulu.. memang ada yang kata mereka lebih suka begitu, pasalnya... harta pusaka tidak akan jatuh ke tangan orang lain... memang ada..
ha kalau dah sibuk nak rebutkan harta dunia tu, baik strip je nama Islam kat nama NGO tu. bikin malu dan jatuhkan nama Islam je.
tapi jangan lupa, sekarang ni mahkamah dah terima kalau mistress tuntut harta sugar daddynya. so, sama je kan.
lagi satu, dah tgk dah link tu pa'chik. hehehe susah nak ckp la, tapi ada satu org terkenal dalam dunia hiburan yang sekarang digelar dr pun benarnya dapat degree dari universiti online ni.
Post a Comment