Monday, June 18, 2007

Opah

2am - telefon rumah berbunyi nyaring. Aku memang dah terjaga sebab menyusukan Nisaa'. Jantung terus berbunyi laju. Deringan telefon melebihi jam 12 tengahmalam memang mencemaskan. Dalam kepala teringat mak dengan ayah. Aku berlari ke bawah.
"Assalamualaikum..." aku cuba mengurangkan nada cemas ketika menjawab telefon.
"Angah. Along ni." Adehhhh .. lagi la aku suspens.
"Ngapa?"
"Pak Teh baru je call. Opah. Sesak nafas. Dia gi tandas tadi, pastu terus tak boleh nak nafas."
"Dah bawak hospital ke?"
"Opah tak nak. Pak Teh dah panggil orang baca Yassin. Along dah call Mak Ngah. Mak Ngah call Pak Lang dengan yang lain-lain."

"Ayah?"
"Tu yang call angah ni. Tak tau nak bagitau ayah sekarang ke atau tunggu subuh nanti."
"Baik bagitau sekarang. Dia anak sulung. Kalau tak bagitau nanti kalau jadi apa-apa kita yang kena."
"Tapi takut la. Nanti ayah terkejut. Jantung dia ..."
"Takpe. Ayah ok tu. Call, cakap pelan-pelan. Bagitau Opah sesak nafas. Jangan cakap teruk ke apa. Nanti pandai la ayah call Pak Teh tanya details."
"Ok la."
"Nak Angah call bagitau ke?"
"Takpela. Along call."

Pagi ni ayah call. Seawal jam 7 pagi.

"Ayah dah nak balik ni. Tengah tunggu ijam."
Awal ayah bersiap. Mesti seawal selepas subuh dia dan mak dan bersiap-siap.
"Janji pukul berapa dengan Ijam?"
"Dah suruh datang awal pagi. Tapi tak sampai lagi."
Ijam. Susah anak jantan yang sorang ni. Kalau tak dikejutkan, haram dia bangun.
"Takpe. Angah call dia tanya dah kat mana."

6,7 kali deringan tapi tak berjawab. Sampai habis nada dering, masuk ke voice mail. Aku dail sekali lagi. Deringan ke 5 baru dijawab.

"Dah kat mana?"
"Orang kat umah lagi." Adehhh .. tersirap mendengarnya. Rumah kat Puchong. 7am tak keluar lagi padahal dia tahu trafik di sekitar kawasan tu amat parah. Pukul berapa nak keluar rumah? Pukul berapa nak sampai Bukit Beruntung?
"Ayah dah lama siap. Dah tunggu tu."
"Ya la. Ya la. Tapi orang kena gi amik Pak Lang dulu."
"Dah tau kena ke Klang dulu, keluar la umah lepas subuh. Ok la. Ayah dah tunggu tu. Kesian dia."
Aku tak nak membebel lebih-lebih sebab yang sorang ni kaki merajuk. Bila dah bengang, sesuka hati je merajuk. Nanti dia tak nak bawak ayah dengan mak balik Taiping pulak nanti. Baru ke naya.

"Ayah. Angah dah call Ijam. Dia kat rumah lagi. Dia kata kena ambik Pak Lang dulu."
"Haa. Ya la." Nada ayah sedikit kecewa. Pasti dia ingat anak bujang dia yang akan menikah hujung tahun ini itu sudah dalam perjalanan ke Klang atau Bukit Beruntung. Tak berubah-ubah. Dah dapat tido, tak nak bangun!
"Ayah tunggu je la kejap ya. Sarapan dulu. Nanti lapar plak dalam perjalanan."
"Ya la." Terbayang wajah cemas dan kecewa ayah. Maklumlah ayah anak sulung Opah. Dia yang jaga adik-adik. Dia yang jaga Opah ketika Opah dalam pantang selepas melahirkan adik-adiknya. Adik-beradik ayah ada 9 orang. 2 dah kembali kerahmatullah. Pasti ayah tak sabar nak berada di sisi ibundanya.

Aku ke pejabat. Tiada mood nak bekerja. Dah la hari mendung. Aku bagitau bos, aku on standby. Anak-anak Opah semua dah dalam perjalanan ke Taiping. Cucu-cucu dan cicit-cicit masih lagi di Lembah Klang .. menanti. Menanti dengan debaran. Doaku semoga Opah cepat sembuh. Doaku agar semput Opah tidak melarat.....

Pada yang tak tau .. orang perak panggil kuih loyang. ada panggil kuih rose.

Nota kecik-kenot: Hati dah kat Changkat Jering. Ayah dalam perjalanan. Kali akhir call, dah sampai Tapah. The only reason aku masih di sini sebab Irfan dan Zinnirah sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Esok hari terakhir. InsyaAllah, tiada aral aku dan keluarga akan menyusul ....

20 comments:

Unknown said...

semoga opah akak cepat sembuh...aminnn

Anonymous said...

oh oh!
tumpang kerisauan jugak..
mudah-mudahan opah kak has cepat sembuh..
jangan sedih-sedih ya kak..

jaga diri.

Pa'chik said...

tumpang kerisauan jugak..
mudah-mudahan opah kamu cepat sembuh..

Azhar Ahmad said...

Sabar ye buk Izzi....

Anonymous said...

si bintang tiba mentaburkan stardust

kak has !

sabar ya !

ryn doakan opah kak has.

psst !

izinnikb

i-irfan
zin-zinnirah
n-nisaa'
i-syabil iman
kb-khairol basri

betui x neh ?

Iman Mawaddah said...

Lahai, orang perak rupanya. Semoga opah akak cepat sembuh.

Anonymous said...

semoga segalanya ok... :)

pB said...

Salam..

moga Opah tidak apa apa ...

insyaallah ...

LadyTiz said...

Moga selamat diatas Opah...
amin...

13may said...

moga semuanya selamat...

berhati hati di jalan raya!

achik said...

semoga opah akak sembuh..

so'od said...

semoga opah akak sembuh..

izinni said...

salam semua.
terima kasih atas doa-doa kalian semua. amat teramat sangat tersangat sungguh tersungguh berbesar hati dan berterima kasih.

Alhamdulillah ayah beritahu Opah semakin stabil penafasannya. Mungkin bila anak2 semua pulang menjenguk, terus terasa sihat :)

Ayah kata Opah kena banyak berehat. Tapi seperti biasa, Opah degil .. masih nak terima tempahan buat kuih loyang dan upah membuat ketupat palas.

Ayah dah arahkan segala jenis aktiviti berat tidak lagi dibenarkan untuk Opah. HIDUP AYAH!! huhuhuhuhu

dan ayah pesan ... tak perlulah cucu-cucu dan cicit-cicit Opah balik ke Changkat Jering, sebab Opah dah semakin pulih.

:)

DeeN said...

Alhamdulillah! Opah terlalu kuat bekerja. Hidup Opah!!

Salam, kak izinni :)

kingbinjai said...

saya doakan semoga semuanya selamat. jika berlaku apa apa hadapilah dengan tabah

achik said...

syukur opah akak dah makin pulih..

oh2 saya suka kuih loyang.. :)

Anonymous said...

alhamdulillah opah mu koho segar doh...

oh2 sayo dok tahu lagu mano kuwei loye tuh...

izinni said...

kuih loyang tu kuih rose .. selalu ada time raya. nantilah aku post gambar kuih tu

Pa'chik said...

oh... kuih rose, oghe sin'nih panggel sare tbue... haha..
oghe sbeloh rumoh aku ado buwak jual got'tuh...

achik said...

adoi tersalah.. saya bayangkan kuih loyang tu kuih lain.. huhu.. ;p